Tuesday, February 22, 2011

TPM UMUM CALON KERDAU.. AISEH KETAYAP DENGAN KEMEJA BURUK JE.. CAYALAHHH..



Teka-teki mengenai calon yang akan mewakili BN di Kerdau terjawab sudah. Anak tempatan, berjawatan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau sebentar tadi.

Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin memberitahu kredibiliti calon, Syed Ibrahim, beri harapan yang cerah untuk BN mengekalkan kerusi DUN tersebut.

Beliau juga berharap 54 peratus pengundi Kerdau yang merupakan ahli UMNO menunjukkan sokongan padu kepada parti dengan keluar beramai-ramai 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil Kerdau perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Dewan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung, 12 Februari lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim dan kawasan berkenaan mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, enam peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC