Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, January 3, 2012

Breaking News.. 'BOBOI' Naib Juara Maharaja Lawak Mega Masuk UMNO..

Akhirnya, Aflin si Raja Lawak telah membuat pilihan … UMNO pilihannya untuk berbakti dan memberikan perkhidmatanya kepada masyarakat.


Alhamdulillah, selamat berjuang sahabat …. Semoga dengan kehadiran Aflin dalam arus perjuangan UMNO akan memberikan khidmat baktinya kepada masyarakat.


Khabarnya, Aflin akan menyerahkan borang menyertai UMNO hari nie .... kita tunggu kesahihan berita tersebut .....

Source: Sahabat Gunung


TC: Ternyata UMNO di hati Afdlin Syauki..

GEMPAQ.. ANUAR IBRAHIM DAN MAT SABU BERGADUH UNTUK TAKHTA

Juara dan Naib Juara Maharaja Kelentong..


Jika Astro boleh mengadakan rancangan Maharaja Lawak apa salahnya dalam senario politik tanah air diwujudkan pula anugerah Maharaja Kelentong.Dalam soal mengkelentong rakyat Ee rasa eloklah Maharaja Kelentong dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim sebagai juaranya dan naib juaranya pula bolehlah diberikan kepada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu..Mereka begitu bersahaja dalam usaha meraih sokongan dengan membuat pelbagi Pembohongan,Fitnah dan Propaganda,dalam masa yang sama mereka cuba menutup aib diri mereka sendiri.Pada Ee inilah antara sebab2 mengapa mereka layak digelar Juara Maharaja Kelentong dan Naib Juara.

Mungkin kenyataan Ee ini akan mendapat cemuhan dari peminat2 fanatik Anwar Ibrahim dan juga Mat Sabu.Namun Ee tetap mempertahankan apa yang Ee katakan ini berlandaskan kelayakan mereka berlandaskan fakta2 yang diakui benar oleh semua rakyat negara ini bahkan dunia mengakuinya hanya HamPAS2 yang tidak ingin mengakuinya pasti ada saja helah2 HamPAS untuk membantu dalam usaha pemimpin mereka mengkelentong rakyat..

Ee rasa pada setiap kali 16 September pasti akan ada yang tergelak bila teringat bagaimana Anwar dengan muka sepuluh sennya menipu rakyat negara ini kononnya akan berlaku perubahan kuasa kononnya ramai ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang akan menyertai mereka dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru pada tarikh tersebut dan Penubuhan kerajaan baru itu turut disokong oleh Yang DiPertuan Agong serta pehak tentera.Bukan saja rakyat di negara ini kena kelentong bahkan rakyat luar negara pun kena kelentong.Satu lagi kes yang Ee rasa nak gelak Nik Ajis, pemimpin2 PAS lainya dan para penyokong PAS pun kena tipu sehingga sanggup penjadi penjilat punggung si Anwar.Nik Ajis sendiri kena kelentong sehingga sanggup keluar bermacam fatwa menyokong Anwar..Hehehe..

Begitu juga dalam kes memburukan negara di luar negara Anwar dengan muka selamba memgkelentong pemimpin2 luar untuk meraih simpati untuk mendapatkan sokongan jadi PM.Tidak terkecuali mengkelentong rakyat Indonesia untuk membenci kerajaan BN.Inilah kelebihan Anwar dan beliau begitu layak mendapat gelaran tertinggi ini.Begitu juga dalam skandal vedio sexnya dengan muka selamba mengatakan bahawa jam tangan omeganya berada dalam simpanan isterinya tetapi sebenarnya berada dalam simpanan pehak berkuasa.

Dalam menutup segala keaibannya Anwar begitu yakin dengan mengunakan seorang blogger upahan Raja Petra untuk memfitnah PM dan Isterinya,ini semua diaku oleh Raja Petra.Bukan itu saja terlalu banyak yang telah kena kelentong dik Anwar Ibrahim.Yang Ee rasa hairan bin pelik Mahasiswa-Mahasiswi yang cerdik pandai bakal pemimpin negara juga kena tipu sanggup menjadi penjilat jubuh Anwar dan sanggup mati memperjuangkan Anwar bakal pesalah Penjara Sungai Buluh.Jika nak diterangkan segala apa yang diKelentong dik anwar rasanya tidak cukup ruangan..

Mat Sabu pula dalam usaha menyaingi Anwar Ibrahim pula telah bertindak mengkelentong rakyat semasa Bersih 2.0 yang lalu kononnya beliau telah dilanggar oleh polis.Begitu juga Mat Sabu cuba menjadi pakar Kelentong dengan cuba memutar belitkan fakta sejarah dengan mengngkat komunis sebagai wira negara dan menuduh pehak polis pula sebagai pengkianat.Inilah antara kelebihan dua orang pakar dalam mengkelentong rakyat dan selayaknya mereka mendapat gelaran Juara dan Naib Juara Maharaja Kelentong..

by Ee Si Kucing FB on Tuesday, 3 January 2012 at 03:54

TC: terbuka minda baca post ni.. Hebat..

Monday, January 2, 2012

PALSU.. PALSU.. HUDUD PAS PALSU..

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

"Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

GEMPAR - KRONOLOGI SEBENAR PADA MALAM RUSUHAN DI UPSI

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan "we love upsi ". Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadapPerdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan "Buka Pintu" dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya "membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO". Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO' DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM

TC: buka mata, buka minda, buka hati..

Wednesday, December 28, 2011

Tolong Siasat Anak Haram Ini Hina Tulisan Allah..

Kes gambar ni meletops hari ni kat FB.. Anak Haram merangkap Puk; mak ni suka suka hati pan¥a¥ mak dia hina kalimah Allah..

TC: minta pihak berwajib siasat kejadian ini yg sedang berleluasa di FB.

Sumber: MIM

PANTUN KOMENG XDE TELOQ BY SEKUPANGDUA.. Best aku reka.. Ekekeke..

Sebatang sungai pemisah kita,
Inginku tegur berkali-kali,
Bertentang KOMENG dan SEKUPANGDUA,
Bertegur sapa jauh sekali..


Ingin KOMENG melangkah bertemu muka,
Terasa kaki amatlah berat,
Terasa hati SEKUPANGDUA amatlah suka,
Untuk melafaz apa yang tersirat..


Tapi hati KOMENG tidak sepakat,
Sepakat dengan anggota diri,
Tempat yang jauh terasa dekat,
Tetapi SEKUPANGDUA masih berdiri..


Berdiri SEKUPANGDUA hingga ke dinihari,
Menunggu SAMAN jatuh ke riba,
Menunggu SEKUPANGDUA berhari-hari,
Entahnya bila masakan SAMAN tiba..


SEKUPANGDUA perangsang kejayaanku,
Akan dikau dah pernah sedar,
Terima kasih ikhlas dariku,
Masa depan RAKYAT tak lagi pudar..


Gembira hatiku tidak terlakar,
KOMENG Pengecut tak datang-datang,
Renyuk buang ataupun bakar,
Tiada siapa menghalang SEKUPANGDUA sekarang..


KOMENG PENGECUT..
KOMENG TAK DAK TELOQ..
KOMENG KULUP KASI SIMPAN..


TC: hahahahaha.. Amacam bro SEKUPANGDUA..

Sunday, November 13, 2011

LARI TOPIK BLOG AKU.. Keputusan AIM 18 (Anugerah Industri Muzik 2011) Keputusan Penuh Anugerah Industri Muzik 2011..



Anugerah Industri Muzik AIM 2011 telah pun melabuhkan tirainya malam ini. Ternyata malam ini ada juga beberapa kejutan di AIM. Apapun AIM tahun ini adalah yang terbaik yang kiteorang  pernah saksikan.Ac Mizal dan Zizan juga memang mengacarakan majlis AIM dengan baik dan kelakar..hehe..Persembahan pun semua best2…


Tahniah buat semua pemenang  AIM 18 (Anugerah Industri Muzik 2011)


ARTIS BARU TERBAIK AIM 18

-Najwa


LAGU POP TERBAIK AIM 18

-Sedetik Lebih – Anuar Zain


LAGU NASYID TERBAIK AIM 18

-Nora feat VOU – Pedoman


LAGU POP ETNIK TERBAIK  AIM 18

-Adibah Nor (Joget tak Senang Hati)


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) AIM 18

-Anuar Zain (Sedetik Lebih)


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) AIM 18

-Yuna (Penakut)


PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU AIM 18

-Tiga Suara (beribu sesalan)


KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka AIM 18

-Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)


RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam AIM 18

-

VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah AIM 18

-Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)


LAGU ROCK TERBAIK AIM 18

-API  (Pelita)


LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK AIM 18

-Najwa (Got To GO)


LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA AIM 18

- Ku Menunggu (Rossa)


SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah AIM 18

-Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)


LAGU  TERBAIK AIM 18

-Yuna (Penakut)


ALBUM TERBAIK AIM 18

-The Malaysian Philharmonic Orchestra (Sheila Majid)


Artis Kembara AIM 18

Yuna


Artis Mobile Celcom Terbaik AIM 18

6ixth Sense


Anugerah Sri Wirama AIM 18

Puan Beh Suat Peng


Info AIM 2011

Isu boikot dan beberapa isu lain menjadi isu pertama kepada seluruh karyawan seni sejak pengumuman penganjurannya AIM 2011 baru-baru ini. Rasa tidak puas hati dan rasa tersisih diterjemahkan secara terus kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menjadi tulang belakang.


Paling terkesan apabila jumlah kategori  Anugerah AIM 2011 yang dipertandingkan sudah semakin mengecil jika mahu dibandingkan dengan tahun lalu. Kali ini, hanya 18 kategori berbanding 28 kategori pada tahun sebelumnya dan ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada seluruh karyawan muzik.


Isu artis tempatan sendiri tidak layak dan isu artis luar tercalon tidak mencacatkan majlis yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini. Sebabnya fokus yang lebih besar  AIM 18adalah mencari mereka yang benar-benar terbaik yang mampu memacu industri muzik ke pasaran yang lebih luas.


Di tambah dengan keupayaan anugerah AIM 2011  itu sendiri yang diadili oleh barisan juri-juri yang cukup arif dan bijaksana sudah pasti keputusan untuk setiap kategori itu nanti bakal menjawab siapakah yang benar-benar terbaik di antara yang terbaik.


Penguasaan beberapa penyanyi tempatan dalam beberapa kategori  AIM 2011 sedikit sebanyak mencerminkan yang industri muzik tempatan masih belum ketandusan bakat-bakat baru. Aizat dan Yuna misalnya dilihat mampu memberikan cabaran kepada karyawan yang lain dengan hasil kerja mereka.


Bagi Rosmin Hashim yang bertindak sebagai Pengerusi Penganjur bersama AIM18, isu boikot dan beberapa isu panas yang lain bukan satu perkara yang besar memandangkan masih banyak agenda yang perlu dicapai dalam penganjuran kali.“Ramai yang masih tidak faham dengan kriteria yang ditetapkan pihak kami berkenaan dengan pencalonan.


Anugerah ini adalah anugerah untuk karyawan tempatan dan tidak ada siapa yang dapat mempertikaikannya.


Published with Blogger-droid v2.0.1

Friday, November 11, 2011

Jamil Khir Perjelas Salah Faham Mengenai Twitter Najib “Selesai Haji”.. Sial Blogger PR Putar Belit..

SEPANG, 10 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.


Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.


Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.


“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.


“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.


“Jadi pada petang itu mungkin…barangkali soalan itu ditanya petang itu…selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.


“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau.


sumber : http://umno-online.com/ 


Panglima dapat lihat bagaimana terdesaknya Pakatan Haram apabila ibadat haji yang merupakan rukun kelima Islam telah dipolitikkan pembangkang.


Bermula isu pengawal PM sehingga isu tweet beliau ‘selesai tunai haji’, semua dijadikan modal oleh mereka.


Sebagai seorang rakyat biasa dan juga blogger, Panglima melihat politik yang diamalkan Pakatan Haram sudah tidak sihat dan tidak diterima oleh mana mana rakyat yang sihat akal fikirannya.


Jika mahu menyerang Perdana Menteri sekalipun janganlah sehingga ibadat haji juga dipolitikkan dan anak isteri juga diserang. Ia dikira sudah melampaui batasan berpolitik.

Bukankah dalam peperangan kanak-kanak dan perempuan selain orang tua perlu dielak dari menjadi mangsa peperangan mengikut ajaran Islam ?


Jika mereka ahli politik, seranglah semahu-mahunya tetapi jika serangan anda kosong dari fakta, tentu serangan akan berbalik kepada penyerangnya samada dalam bentuk penolakan rakyat dalam PRU akan datang atau dihujani surat saman jutaan ringgit atas serangan jahat yang terancang dan  penuh unsur fitnah.


Mari kita berpolitik dan berblog dengan cara sihat jauh dari sebarang  fitnah atau fakta palsu tanpa meninggalkan adab sopan sebagai Melayu beragama Islam yang menjadi pakaian kita sejak dulu, kini dan selamanya.

Sekian, mohon disebarkan.


Sumber artikel dari :


Panglima Perang Siber


Published with Blogger-droid v2.0

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC