Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, April 7, 2012

SELAK - 8/1000 KESONGSANGAN PEMIMPIN JUAK PAKATAN.

Soalan yang perlu mereka jawab dan perlu rakyat tahu apakah kesongsangan puak pembangkang :

1) Anwar dikatakan telah meliwat Sukma, Mior, Azizan, Ismail Harun, Ahmad Hairani, Saiful Bukhari dan ramai lagi, namun beliau tak pernah merasa aib malah masih cuba menegakkan benang yg basah walaupun spermanya dijumpai dalam rektum Saiful. Rakyat mahukan seorang pemimpin yang punya tahap moral bernafsu kuda?

2) Nik Aziz masih mempertahan Mat Sabu bermati-matian walaupun Mat Sabu telah ditangkap khalwat di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Baru. Hari ini Mat Sabu pula diangkat sebagai Timbalan Presiden PAS. Penyokong PAS mahu cakap apa lagi?

3) PAS masih meletak semula Saiful Bahrin sebagai ADUN Selising walaupun Saiful sebelum ini pernah ditangkap dalam bilik VVIP 1 gerabak keretapi KTM bersama isteri orang. Yang menangkap mereka Pembantu Nik Aziz sendiri dan dalam keadaan isteri orang itu hanya memakai tuala merah dan Saiful hanya berseluar dalam. Apakah PAS kini sudah tidak punya moral?

4) Elizabeth Wong masih lagi dikekalkan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor walaupun beliau bersekedudukan dengan Helmi yang mendedahkan gambar bogelnya. Dimanakah letaknya pegagan agama Puak PAS yang masih menyokong Elizabeth?

5) Badrul Amin masih dikekalkan sebagai Ahli MPT PKR dan Penerangan Kerajaan Selangor walaupun ditangkap khalwat bersama isteri orang jam 2 pagi dlm sebuah bilik hotel di Kuantan. Sehingga hari ini Azmin belum kerluar sebarang kenyataan berkenaan Badrul Amin. Mengapa Azmin membisu sedangkan dia Ketua Displin PKR?

6) Anwar yang kantoi bila gambar video lucahnya dengan Pelacur China didedahkan oleh Dato Eskay, masih tak tahu malu dan mengekalkan kerusinya sebagai Ketua Pembangkang. Mengapa sehingga hari ini dia tidak berani mengangkat sumpah?

7) Nik Aziz yang kantoi kerana nak pergi menunaikan Haji dengan duit hasil Suapan Abroad Technologies Sdn Bhd bernilai RM650,000 setelah meluluskan hampir 3000 hektar konsesi balak dan konsesi pasang billboard kepada Abroad Tech, tanpa segan silu mengakui bahawa beliau dah 20 tahun ke Mekah dan tak pernah pakai duit dia walau 5 sen. Apakah wang rasuah halal jika digunakan ke Mekah?

8) Ir Ariffahmi Bin Abd Rahman, Menantu Nik Aziz dilantik oleh beliau sebagai CEO PMBK sehingga rugi berjuta ringgit,Nik Aziz tak pernah rasa bersalah. Apakah ini merupakan cara mengumpul harta dengan kroni?

Kredit to: keris7lok.blogspot

TC: bila kena kat depa semua ok.. Hampehhh..

Friday, April 6, 2012

BERSIH 3.0 - Sepatutnya penyokong BN yang kena sertai bukan pembangkang.

Bagi yang pertama kali dengar atau akan menyertai Bersih, biar TC buat sedikit 'recap' :

Bersih adalah badan bukan kerajaan yang ditaja 100% oleh Kerajaan Pakatan Rakyat kononnya untuk menuntut keadilan dalam sistem pilihan raya Malaysia. Antara tuntutan Bersih 2.0 (bukan 3.0)pada Julai 2011 adalah seperti berikut :

1. BERSIHKAN SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS

3. GUNA DAKWAT KEKAL

4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI

5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL

6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM

7. HENTIKAN RASUAH

8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Berkenaan itu ,Kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen yang bertanggungjawab untuk menambahbaikkan sistem pilihanraya sebagai bukti kerajaan tidak pernah mengenepikan pandangan Bersih, khasnya, ataupun mana-mana pihak.

Untuk itu juga, SPR telah dan sedang melakukan semakan dan kemaskini bagi memastikan tiada kes pengundi yang diragui kewujudan atau tempat mengundinya.

Namun, seperti juga semua sistem pilihanraya di seluruh dunia, adalah mustahil untuk SPR memastikan senarai pengundi yang 100% tepat kerana ia akan memerlukan kerjasama setiap rakyat untuk mengemaskini rekod masing-masing termasuk rekod kematian sanak saudara mereka.

Dan Bersih telah dengan sengaja menolak hakikat ini serta berdegil menuntut rekod yang 100% tepat yang mustahil dicapai walaupun di negara termaju di dunia seperti Amerika Syarikat.

Begitu juga dengan undi pos di mana Bersih telah mempersoalkan ketelusan pihak yang menguruskan undi pos. Jelas bahawa mereka telah dengan sengaja mengenepikan hakikat bahawa setiap parti yang terlibat berhak menjadi pemerhati dan pemantau dalam satu-satu proses undi pos dan penipuan adalah mustahil sama sekali.

Kredit to: emma harith fb


Bukan ke ada pooling agent dari setiap parti, bukan ke ada counting agent dari setiap parti, agak2 le macam mana le nak tipu. Provoke provoke juak haram ni..

TC: Psssst, dengar kata lebih 70% petugas sukarela spr juak pembangkang, betul keeee.. Patut penyokong BN yg kena sertai Bersih ni.. Mana tau, kot kot depa ni........

Thursday, April 5, 2012

AIR - BERJUTA PERUNTUKAN UNTUK KELANTAN. Awat Kualiti Air Macam Taik Je..

Projek bekalan air: Kelantan tidak pernah dianaktirikan

KUALA LUMPUR 4 April - Kerajaan Pusat tidak pernah 'menganaktirikan' mana-mana negeri dalam pemberian peruntukan untuk meningkatkan infrastruktur perkhidmatan bekalan air.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berkata, demikian juga halnya Kelantan yang tidak dibezakan dengan negeri-negeri lain yang telah menerima kemudahan pinjaman mudah yang disediakan.

Jelasnya, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan meluluskan peruntukan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM241.98 juta bagi pelaksanaan sembilan buah projek bekalan air di Kelantan.

''Antara projek yang dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan tersebut adalah program pembinaan loji dan meningkatkan sistem agihan, program menaik taraf loji rawatan air, program pengurangan kadar kehilangan air tidak berhasil, program sistem pemantauan kawalan dan penyatuan data (SCADA) dan sistem telemetri.

Wednesday, April 4, 2012

Tarik Balik Atau Saman WSJ - DAH SELESAI KATA NIK AZIZ. Aikkk. CAMTU JE.

Majlis Syura PAS memberi kata-dua kepada manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan - Anwar

"samada menarik balik kenyataan "menyokong sebarang usaha untuk mempertahankan negara Israel" seperti yang disiarkan oleh media pro-Yahudi Wall Street Journal, atau menyaman WSJ kerana memfitnah!

Sehingga hari ini Anwar tidak mematuhi kata-dua Majlis Syura itu. Tarik balik pun tak, saman WSJ pun tak! Sebaliknya Anwar bersama beberapa penaksub Anwarinasnya berjumpa Datuk Nik Aziz; dan membuat kenyataan "semuanya dah selesai".

Datuk Nik Aziz, yang memberi "katadua" itu membuat komen, "Anwar sudah memahami pendirian PAS". Itu sahaja? Macam tu sahaja dah selesai semua?

Ini satu penghinaan besar kepada PAS. Pengikut PAS tak berani nak tanya.

errr. Semua orang tahu bahawa PAS cukup fobia dengan perkataan "Israel" ni! Sampai pemain kriket Israel datang pun dema buat demo tengahari panas. Sanggup masuk jail lagi!

Sekarang…pemimpin PAS sendiri cakap, boleh urusniaga la pulak.

ki ki ki. yang berkuasa dalam PAS tu orang PAS ke Anwar.

TC: PAS tak pernah konsisten. PAS terlalu jauh kebelakang. kalau bagi memerintah. Malaysia akan mundur jauh ke belakang. mudah ja. tolak PAS. PAS tak relevan...

SIAPA ZALIM. Naik 10sen RON97 atau naik 300% kadar sewa pejabat di Selangor.

Apapun kenaikan 10sen untuk RON97 adalah bertepatan bagi kerajaan kerana sudah tentu yang memakai minyak ini adalah tuan punya kereta besar bak kata orang 'ORANG KAYA'. Takkan pula di beri subsidi yang banyak untuk pengguna-pengguna yang memakai kereta besar tu. Di samping mengekalkan RON95 dan diesel untuk kesenangan rakyat yang rata-rata pakai minyak ini dalam kehidupan seharian, perkara ini wajar di contohi.

Itupun juak-juak pembangkang masih mengatakan keraajaan BN zalim, aik kome orang kaya laaaa yang dok pakai RON97 ehh. Klu xmampu jangan pakai, pakai 95 jeee.

Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.

Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).-Utusan

TC: sapa zalim ekkk, pikir-pikir la yeee..

Tuesday, April 3, 2012

EKSLUSIF - 7 SOALAN HARUS ANWAR JAWAB. @anwaribrahim

Soalan-soalan ini wajib anwar ibrahim. Rakyat nak tahu realiti. Bukan pusing pusing jawapan pi mai pi mai ntah kemana mana jawapan yang di beri.

1. Kenapa Anwar menyokong kristian menggunakan kalimah ALLAH?

2. Kenapa Anwar menyokong murtadnya Lina Joy?

3. Kenapa Anwar menyatakan undang-undang liwat dah lapuk?

4. Kenapa Anwar menyokong Majlis Peguam bila dema melancarkan Seks Bebas LBGT?

5. Kenapa Anwar masih mempertahankan ucapan pluralisma di LSE yang menyatakan semua agama adalah sama?

6. Kenapa Anwar melancarkan manifesto Pakatan BiaDAP-PKR-PAS yang tidak menerima penubuhan Negara Islam dan menolak perlaksanaan hudud?

7. Kenapa kitab Jinggay langsung tidak sebut pasal Daulah Islamiyyah & perlaksanaan undang-undang Islam?

Kredit to: Ahmad Albab FB

TC: Jawab jangan tak jawab..

Monday, April 2, 2012

BONGKAR - NIZAR TERLIBAT AKTIVITI HARAM SEMASA MB.

Tahniah kepada sahabat TC angkatan pemikir atas pendedahan beliau terhadap exMB nizar, rupanya ada perkara-perkara tidak elok yang telah di buat semasa pemerintahan 11 bulan di Perak. http://angkatanpemikir.blogspot.com/2012/04/panaskami-dedahkan-nizar-terlibat.html?m=0

Bloggers pakatan rakyat sibuk keluar fitnah yg kononnya MB Perak Dr Zambry Kadir menjual tanah. Seluas 1000 hektar kepada VALE, kebetulan sahabat teman kata dia ada bukti sebelum ni nizar pun terlibat, kenapa yerk! Rasanya pasai dia masa jadi MB halal kot! Atau tak sempat merasa jadi kali ni balas dendam ler kot! Tu yg semua jentera bloggers haprak disuruh anggukan jer!

Nizar kena jawab, apa ke benda semua ni. Jangan plak ambil sikap tak tahu.

TC: blogger pakatan rabak.... Apa cer ni. Hahahaha, jawab le. Nganga apa..

PUAD ZAKARSHI AJAK FIGHT DGN NAIB PRESIDEN PAS DI BATU PAHAT. ADA BRAN KE..

"Kalau berani bertandinglah di Batu Pahat."

Itulah cabaran yang dilontarkan oleh Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi ketika diminta mengulas kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub yang berhasrat bertanding di negeri ini.

Beliau mengalu-alukan hasrat Salahuddin itu tetapi pada masa yang sama turut bersimpati dengan nasib pemimpin Pas itu yang disifatkannya sebagai telah 'ditolak oleh Pas Kelantan'.

"Keadaan beliau bagaikan habis madu, sepah dibuang. Para pemimpin mereka, masing-masing hendak mencari tempat selamat di Kelantan sehingga Ahli Parlimen Kubang Kerian ditolak keluar," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Persidangan Berkelompok UMNO Cawangan-cawangan Dalam Bahagian Batu Pahat yang dirasmikan oleh Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim, di sini hari ini.

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC