Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, April 30, 2011

PANAZ.. PAS MEMANG SESAT DARI TAHUN 1978..

Tahun 1978: Dewan Ulamak, PAS Kelantan dalam perjumpaan mereka di pondok Pasir Tumbuh, Kelantan sebaik-baik PAS dipecat daripada BN, sekali lagi membawa hukum berbentuk fatwa "Orang UMNO menjadi kafir kerana tidak melaksanakan hukum Allah".

Ayat 44, 45 dan 47 surah al-Maaidah diberikan makna lahir ayat dan bercanggah dengan tafsiran Ahlus Sunnah wal-Jamaah yang mengaitkannya dengan sebab ingkar barulah menjadi kafir. Sebaliknya jikalau tidak punya kemampuan maka dimaafkan.

Peristiwa ini diceritakan sendiri oleh Tuan Guru Haji Mohd. Noor Ab. Majid, Selising (Salah seorana ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak, PAS Kelantan). Beliau sendiri terpaksa keluar daripada PAS apabila pandangan bantahannya pada majlis tersebut tidak diterima. Yang lebih jelek lagi ialah hukum kafir itu hanya untuk UMNO.

Walaupun PAS bersama memerintah dengan UMNO dalam Kerajaan Campuran Kelantan (1973) dan Kerajaan BN seluruh negara (1974-1977) hukum kafir itu tidak terkena pula ke atas PAS. Sekarang PAS telah memerintah Kelantan dan Terengganu juga sama-sama tidak melaksanakan sebagaimana yang PAS desak supaya UMNO membuatnya dahulu.

Disini jelaslah menunjukkan bahawa cara pelaksanaan Islam yang dilakukan oleh UMNO dan BN sudah betul mengikut tahap kemampuan seperti yang dituntut oteh Allah s.w.t.; PAS selewengkan hukum dan buat fitnah.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

UMNO KELANTAN SERAH SEMULA TANAH DIRAMPAS PAS JIKA MANDAT DI BERI..

KOTA BAHARU: Jika Barisan Nasional (BN) diberikan mandat untul mentadbir Kelantan pada pilihan raya umum ke-13, UMNO Kelantan akan menyerahkan semula tanah yang diambil daripada rakyat oleh kerajaan PAS untuk projek Ladang Rakyat.

Janji itu diberikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed hari ini.
"Jika (BN) dipilih rakyat untuk terajui Kelantan, ambo (saya) janji akan ambil tanah ladang rakyat dan serahkan semula kepada rakyat yang hilang tanah mereka," katanya semasa berucap melancarkan Gelombang Merah Penerangan UMNO Negeri Kelantan di sini, hari ini.
Mustapa berkata, pihaknya sudah mendengar rintihan rakyat di pedalaman yang mendakwa tanah yang mereka usahakan dengan tanaman selama berpuluh tahun dirampas dan diambil begitu sahaja oleh kerajaan negeri tanpa perundingan.

Bagaimanapun, kerajaan negeri Kelantan menafikan dakwaan penduduk terbabit dengan menyatakan tanah berkenaan adalah tanah milik kerajaan negeri.

Pada 27 April lalu, tiga lelaki kaum Orang Asli Temiar dari Pos Belatim memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Kota Baharu supaya menghalang kerajaan PAS Kelantan daripada meluluskan tanah di Pos Belatim, Gua Msang kepada Perbadanan Ladang Rakyat Negeri Kelantan untuk projek Ladang Rakyat.

Mustapa, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, pelbagai isu akan diperjelaskan dalam program gelombang merah termasuk isu pengagihan air dan nasib peniaga yang dipindahkan ke bazar Tok Guru. - BERNAMA


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 29, 2011

Ekoran Video Blue Anwar: Dato T bersumpah laknat di Masjid

Saksikan video terhangat sumpah laknat yang dilakukan di Masjid ekoran video porno Anwar Ibrahim..

http://www.youtube.com/watch?v=NpA_qxtVqYE&feature=player_embedded



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 19, 2011

ANALISIS PILIHANRAYA SARAWAK DAN KESANNYA KEPADA MELAYU.

Memang BN menang di Sarawak dan dapat membentuk 2/3 majoriti. Namun, disebalik kejayaan itu jelas, trend pengundi dari kaum Cina masih tidak berganjak sejak dari 2008. Boleh dikatakan majoriti kaum Cina terutamanya di bandar-bandar menyokong DAP.

Kaum Cina telah pun bersatu. Mereka memilih jalan demokrasi untuk cuba menguasai arena politik tanah air. Bolehkah mereka di persalahkan? Semestinya tidak. Mereka tidak memilih jalan yang salah di sisi undang-undang, bahkan, prosedur mereka adalah betul. Pada masa yang sama pula, MCA dilihat lemah untuk menarik undi kaum Cina, ini adalah fakta sebenar.

Sebagai orang Melayu dan beragama Islam, ini lah masanya untuk orang Melayu menunjukkan kekuatan sebenar sebagai pemegang kuasa politik unggul di Malaysia. Melayu sudah banyak berpecah, terutamanya sejak 1998 apabila Anwar Ibrahim dipecat. Pada ketika itu (1999) BN dikatakan menang dengan undi kaum bukan Melayu. Pada 2004 pula, mood rakyat kembali kepada BN apabila politik di Malaysia melihat peralihan kuasa PM, Tun M kepada Pak Lah. Namun 2008 menjadi sebaliknya bagi Pak Lah, BN tewas di 5 negeri.

Persamaan pada kedua-dua situasai pada tahun 1999 dan 2008 ialah, adanya faktor Anwar Ibrahim. Oleh kerana itu lah orang Melayu berpecah-belah, ditambah lagi dengan tertubuhnya parti PKR, dan PAS pula pandai mengambil kesempatan menyebabkan orang Melayu pecah undi. Kaum Cina dapat melihat perpecahan orang Melayu sebagai satu landasan untuk mereka menunjukkan kuasa mereka dengan memenangkan ramai calon DAP, termasuk menyokong rakan sepasukan DAP, termasuk PKR dan PAS. Pada ketika ini PAS amat berbangga dengan mengatakan bahawa dakwah mereka telah sampai pada DAP. Sedangkan DAP ada objektif mereka sendiri.

Agak jelek pula jika DAP tidak mengaku mereka memperjuangkan kepentingan kaum Cina sahaja. Yang lebih teruk, mereka mempertahankan dinasti Lim Kit Siang dan Karpal sekeluarga! Lihatlah di Pulau Pinang, orang dari Melaka yang juga anak sang Presiden parti menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang!! Cuba lihat tweeter Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching pada 11 April. Dia mahukan lebih ramai kaum Cina balik mengundi di Meradong kerana pengundi Iban telah meningkat. Tidak rasiskah ini?

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak mendapati pembangkang telah berjaya meningkatkan sokongan kaum Cina pada DAP.

Kekalahan PAS adalah disebabkan ia bertanding di kawasan yang kurang pengundi Cina. Jika ia bertanding di kawasan yang ramai kaum Cina, pastinya PAS akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan. Namun PAS berjaya mengekalkan rekod tanpa kerusi.

Untuk mendapat kerusi yang banyak pada pilihan raya akan datang, PAS perlu bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina dan perlu bersaing untuk mendapatkan kerusi tersebut daripada DAP, sanggupkah mereka?

Mereka hanya berani dengan sesama Melayu sahaja. Dengan kaum lain mereka menikus. PAS ibarat membakar diri dan prinsipnya sendiri untuk menerangi seteru agamanya.

Pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah belahkan Melayu dan menyatukan kaum Cina. Hasrat mereka untuk melihat kaum Cina menjadi tuan di bumi ini pasti akan terlaksana.

Jihad mereka telah berjaya dan sumbangan derma jihad ahli-ahli mereka telah membuahkan hasil dan amatlah tidak sia-sia. Jihad dan pengorbanan PAS serta ahli-ahlinya telah menghasilkan syurga kepada rakan mereka daripada DAP.

Syurga adalah balasan di atas kehancuran bangsa sendiri kerana apalah sangat bangsa pada mereka. UMNO perlu berjuang dengan lebih gigih untuk menyatukan orang Melayu kerana orang Melayu sebenarnya tiada parti lain selain UMNO.

Janganlah terlalu mengharapkan kerjasama dengan PAS kerana ia hanya membuang masa. Biarlah mereka dengan ego dan fantasi mereka. Jadilah Melayu yang bermaruah. Biar menang dengan bermaruah daripada menang bagai lembu yang dicucuk hidungnya.

Kini makin terserlah objektif DAP dalam cuba untuk merubah lanskap politik negara seperti mana yang telah berlaku di negeri Perak. DAP menguasai barisan Exco dan orang Melayu hanya menjadi MB boneka kepada DAP. Apa yang berlaku di Perak tidak mustahil untuk berlaku di negeri-negeri lain mahupun peringkat negara. Cuma sedikit pesanan buat mereka, apa yang mereka inginkan, tidak semua bisa ditunaikan oleh kerajaan. Keinginan mereka untuk melihat kaum Cina menguasai politik negara belum tentu dapat memberi keamanan negara apa tah lagi dengan orang Melayu sebagai majoriti. Itu sebab apabila orang Melayu berpecah-belah, ia merupakan satu peluang terbaik bagi mereka untuk menonjolkan kekuatan kaum mereka.

Orang Melayu pula harus sedar, di Perak contohnya, Sultan dan perlembagaan negeri lah menjadi penyelamat dari negeri dipimpin oleh bukan Melayu, namun, sudah terbukti, adanya Menteri Besar Melayu pun, belum tentu dapat menyelamatkan melayu dan umat Islam jika barisan Exco dikuasai oleh bukan Melayu dan bukan Islam. Sampai bila orang Melayu sanggup nak bergantung kepada Sultan dan perlembagaan negeri? Namun di peringkat kabinet, tiada peruntukan pon yang menetapkan orang Melayu atau Islam yang harus menjawat jawatan Perdana Menteri.

Kepada orang Melayu, bangkitlah!! Kini terbukti yang PAS dan PKR tidak mampu untuk membawa agenda Melayu dan Islam. Mereka-mereka ini amat lemah, lebih-lebih lagi apabila mereka sanggup menggadai prinsip perjuangan mereka demi menjaga dan melindungi ketua mereka Anwar Ibrahim yang penuh dengan masalah peribadi dan kepimpinan. Jangan disalahkan kaum Cina atas kesepakatan mereka. Itu hak mereka.

Dan janganlah masing-masing menyalahkan orang lain tidak cukup Islam dari yang lain, orang ini berdosa, dan sebagainya. Kerana, jika orang Melayu hilang kuasa, agama Islam pun tidak mungkin dapat dipertahankan lagi di bumi Malaysia ini. Yang penting, orang Melayu dan umat Islam seluruhnya harus bersatu mempererat hubungan antara mereka, dan bersatu membentuk satu kuasa politik yang paling kuat. Insya Allah, apabila kaum-kaum lain melihat akan kekuatan orang Melayu yang padu, nescaya kesepaduan antara kaum akan menjadi lebih mudah kerana masing-masing akan faham hak masing-masing dan menghormati seadanya.

Sama-samalah kita fikirkan. Wallahuallam..

http://taipingcentral.blogspot.com/
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, April 7, 2011

JAMIL KHIR BIDAS KOR MING DI PARLIMEN...


Perbuatan orang bukan Islam membaca dan menghuraikan ayat-ayat al-Quran dengan sewenang-wenangnya tanpa perasaan ikhlas dan jujur adalah satu penghinaan terhadap kesucian kitab itu.

Ia termasuk perbuatan membaca ayat al-Quran oleh pemimpin bukan Islam dalam ceramah-ceramah politik, terutama semasa kempen pilihan raya kerana ia boleh mendatangkan keraguan dan fitnah dalam masyarakat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ketetapan itu dibuat oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam satu muzakarah khas yang diadakan 3 Disember 2010.

“Ketetapan ini bertujuan melindungi dan mempertahankan kedudukan serta kesucian Islam selaku agama Persekutuan sebagaimana termaktub dalam Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

“Perbuatan itu perlu dihentikan dengan segera kerana ia boleh menyebabkan timbulnya suasana tidak harmoni dalam negara serta benci-membenci dalam kalangan masyarakat berbilang kaum dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) mengenai tindakan kerajaan bagi memastikan al-Quran tidak dijadikan gimik politik oleh pemimpin bukan Islam, di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Jamil Khir, dengan keputusan itu, pihak berkuasa boleh mengambil tindakan undang-undang mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan terhadap sesiapa sahaja yang berniat mahu melukakan hati penganut Islam.

Mengenai dakwaan Siti Zailah Mohd. Yusoff (Pas-Rantau Panjang) bahawa keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan itu bakal menakutkan penganut bukan Islam, beliau berkata, tuduhan tersebut tidak berasas sama sekali.

“Kita bukan mahu menakutkan orang bukan Islam, mereka bebas untuk mendalami Islam, tetapi dalam kes membaca ayat al-Quran, ia perlu disertakan dengan keikhlasan dan bukannya bersifat politik semata-mata,” jelasnya

Sunday, March 27, 2011

DATUK T DIPERSALAHKAN..


Masyarakat tidak harus menuding jari menyalahkan trio Datuk T semata-mata ekoran pendedahan mereka terhadap pembongkaran video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, orang ramai perlu bersikap positif terhadap pendedahan tersebut kerana ia bermatlamat untuk membongkar sebuah kebenaran.

Justeru, tegasnya, adalah tidak adil untuk mendesak agar tindakan dikenakan terhadap trio tersebut semata-mata kerana dianggap bersalah membongkar video seks tersebut.

"Pendedahan yang dilakukan itu adalah perkara yang berbeza dengan pemilikan atau tayangan video lucah untuk tayangan mahupun edaran kepada umum.

"JMM yakin ia (pendedahan) dibuat bukan untuk merangsang perhatian umum seperti penayangan video lucah sebaliknya kerana mendedahkan sebuah kebenaran," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Awal minggu ini negara digemparkan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka Datuk T sebelum misteri mereka terungkai apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah trio tersebut.

Tengku Amalluddin berkata, pendedahan seperti yang dilakukan oleh Datuk T juga tidak boleh disamakan dengan matlamat penayangan video lucah yang lain yang mampu membuatkan penonton terangsang.

Sebaliknya, kata beliau, tujuan video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan adalah untuk mencari kebenaran semata-mata.

Malah beliau yakin dan optimis sekiranya dipertontonkan kepada umum, masyarakat akan berasa jengkel dan geli dengan aksi 'pelakon' dalam video seks tersebut.


Saturday, March 26, 2011

Bukti penting ditemui, wanita dalam video dicari..


Bukit Aman semalam menahan dua individu dipercayai boleh membantu siasatan kes rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita muda warga asing.

Tanpa menyatakan identiti kedua-dua individu terbabit, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ghazali Md Amin, berkata polis juga memperoleh bahan bukti penting, termasuk salinan rakaman video berkenaan daripada mereka.

Katanya, salah seorang individu ditahan turut membawa polis ke sebuah bilik hotel mewah yang terletak di Daerah Dang Wangi dipercayai lokasi rakaman adegan seks berkenaan dilakukan.

"Unit Forensik dari Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dihantar bagi membantu siasatan pasukan khas di tempat kejadian, termasuk menjalankan pemeriksaan ke atas rakaman CCTV di hotel berkenaan pada tarikh dan masa kejadian," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Ghazali turut mengesahkan kedua-dua individu terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dijalankan ke atas mereka, namun boleh dipanggil pada bila-bila masa bagi melengkapkan proses siasatan.

Penahanan kedua-dua individu terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan media dan orang ramai, termasuk mengaitkannya dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang membuat pendedahan berhubung rakaman video seks berkenaan.

Bagaimanapun, Rahim ketika dihubungi menafikan beliau salah seorang daripada dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam.

"Mana ada saya ditahan... saya yang pergi sana (Bukit Aman) petang semalam (Khamis) untuk memberi keterangan, termasuk menyerahkan bahan bukti. Itu sekali saja saya pergi Bukit Aman dan sampai sekarang saya belum dipanggil (polis). Cerita fasal saya kena tahan ini mungkin timbul dari salah faham.

"Cerita fasal tangkapan ini atau siapa yang ditahan, semuanya saya percaya satu propaganda... tidak pastilah untuk tujuan apa sebenarnya. Yang paling penting sekarang, siapa pelakon dalam video itu. Bagi saya, itulah isu utamanya... itu yang rakyat mahu tahu," katanya.

Justeru, beliau meminta cerita mengenai penahanan atau penangkapan itu dihentikan segera kerana boleh membuatkan rakyat keliru dengan isu yang sebenarnya.

"Tidak timbul saya ditahan atau tidak... saya ke sana (Bukit Aman) hanya untuk beri kenyataan dan membantu siasatan polis. Persoalan utama sekarang, siapa yang muncul dalam video itu. Persoalan itu yang harus dijawab," katanya.

Rabu lalu, Rahim bersama Eskay dan seorang lagi rakan mereka, Datuk Shuib Lazim yang juga Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat pengakuan bahawa mereka adalah Datuk T atau Datuk Trio yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media.

Pengakuan itu menyusul tiga hari selepas sekumpulan media, termasuk wakil agensi berita asing dipertontonkan kepada rakaman adegan seks berkenaan di sebuah bilik dikawal rapi di Carcosa Sri Negara.

NIK AZIZ DI DAKWA KELUAR FAKTA EKORAN BLUE FILM....


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC