Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, February 19, 2013

Dasar Buaya Darat - Dah Ada 3 Bini Pun Di BALUN Nya Budak 'U'

Biarpun sudah mempunyai tiga isteri, ia ternyata masih belum cukup memuaskan nafsu seorang lelaki apabila ditahan penguat kuasa agama kerana disyaki berkhalwat dengan remaja berusia 18 tahun di motel murah di Pantai Chenang, Langkawi, awal pagi kelmarin.

Lelaki berusia 41 tahun yang juga ahli perniagaan itu ditahan bersama pasangannya, penuntut institusi pengajian tinggi awam oleh sepasukan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat serbuan di motel murah berkenaan dalam operasi maksiat di pulau pelancongan itu kira-kira jam 2 pagi.

Ketika disoal siasat, lelaki terbabit mendakwa pergi ke pulau itu bersama remaja wanita berkenaan untuk bercuti selama tiga hari dan baru tiba jam 1 tengah hari pada hari tangkapan dibuat.

Mereka dikatakan menjalin hubungan cinta sejak beberapa bulan lalu dan ahli perniagaan berkenaan mendakwa akan berkahwin dengan pasangannya yang berasal dari Kelantan dalam tempoh terdekat sebagai isteri keempat.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jaik, Syeikh Muhammad Suhaimi Salleh berkata, ketika serbuan lelaki terbabit yang berkemeja-T dan berseluar pendek membuka pintu bilik serta membenarkan pemeriksaan dijalankan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan seorang wanita yang hanya berkemban didapati turut berada di dalam bilik, tetapi kedua-dua mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

"Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuah, Langkawi untuk dibuat laporan tangkapan. Mereka dibawa ke Pejabat Agama Daerah Langkawi (Padal) untuk diambil keterangan," katanya.

Menurutnya, pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 9(1) dan (2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah 1988 kerana disyaki berkhalwat yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.


p/s: Kedah Sejahtera... Hahaha...


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

HOT - PENGAKUAN AWEK BERBAJU KUNING DI CELAHAN PERHIMPUNAN BERSIH 2.0 KENA...?

Aku merupakan seorang lelaki yang sangat bahagia. Awek aku cantik dan kami telah bercinta selama lebih dari setahun, jadi kami memutuskan untuk bertunang. Hanya ada satu hal kecil sering mengganggu aku, iaitu adik awek aku, Fara yang lebih muda dan lebih cantik.

Calon adik ipar aku itu sering mengenakan baju yang sangat ketat dan selalu tanpa bra. Jika di rumahnya Fara seolah-olah sengaja dan sering membungkuk ketika di depan aku menyebabkan aku sering 'terpaksa' melihat kemantapan dan keindahan flora dan fauna di sebalik bukit yang berkembar itu.

Suatu hari aku berkunjung ke rumah awek aku. Entah kenapa hari itu hanya Fara seorang diri berada di rumah lalu kami berdua lepak dan berborak berdua-duaan di dalam rumah. Hari itu Fara mengenakan baju kuning yang nipis dan sangat ketat. Berkali-kali aku cuba membawa mata aku ke pohon-pohon rambutan dan pokok gajus di luar rumah namun usahaku hanya sia-sia.

Sedang asyik berborak tiba-tiba Fara mendekati dan membisikkan kepada aku bahawa dia sedang mempunyai perasaan dan keinginan yang tidak mampu ditahan lagi. Perlahan dia mengucap ditelinga aku bahawa dia ingin bercinta dengan aku sekali sebelum aku menikahi kakaknya.

Aku benar-benar terkejut dan diam tidak mampu berkata apa-apa. Kemudian perlahan-lahan dia bangun menampakkan lekuk seluruh tubuhnya sambil berkata "Fara ingin ke bilik, kalau abang mahu ikut la Fara."

Aku merasa saat itu seluruh badan aku gementar melihat Fara selangkah demi selangkah perlahan dengan menggoda menaiki tangga ke biliknya.

Ketika berada di puncak tangga dia melepaskan seluar dalamnya dan melemparkan ke arah aku.

Aku tidak dapat menahan lagi lalu terus menuju ke pintu rumah dan berlari keluar menuju ke keretaku.

Tiba-tiba kedengaran tepukan gemuruh dari bawah rumah awek aku, seluruh keluarga dan awek aku keluar dari bawah rumah dan semuanya bertepuk tangan.

Awek aku tersenyum bangga melihat aku, ayahnya mendekati aku lalu memeluk mengucap tahniah "Kami sekeluarga merasa sangat gembira kerana kamu telah lulus ujian kami, kamu ternyata pemuda yang sangat baik dan tidak mudah tergoda dengan pujuk rayu wanita."

Aku merasa sangat gembira dan dengan ini aku berpesan kepada korang semua:

"Jangan sesekali menyimpan kondom anda di dalam dompet, simpanlah ia di dalam kereta".


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

KERANA TAKSUB PADA ANWAR, SANGGUP DI LIWAT OLEH....?



Tu lah ragam manusia, pantang ada yang berbau kunyit pasti di BALUN nye.

Penduduk Parit Sulong gempar dengan kejadian lelaki warga negara asing cuba melakukan hubungan seks luar tabii dengan lembu, di kebun sawit.

Perbuatan pekerja kilang perabot berusia akhir 30-an itu disedari pemilik lembu itu ketika memeriksa ternakannya, kira-kira jam 5.30 petang, Isnin lalu, sebelum bertindak mengejarnya.
Lelaki itu kemudian ditahan dan diserahkan kepada pihak berkuasa.

Pernah diberi amaran

Difahamkan dia pernah melakukan perbuatan yang sama kira-kira enam bulan lalu, tetapi diberi amaran oleh penduduk.

Dalam kejadian terbaru, lelaki itu sedang berusaha menumbangkan lembunya yang berusia setahun itu ke tanah selepas mengikat kedua-dua kaki haiwan berkenaan.

Pengusaha lembu, Sukiman Ab Majid, 54, berkata ketika memeriksa lembunya di ladang sawit berhampiran Perindustrian Sri Sulong, beliau terkejut apabila ternampak kelibat lelaki berkain pelikat dan berbaju kemeja-T cuba menumbangkan lembunya.

“Kain pelikat lelaki berkenaan terselak sehingga ke punggung membuat saya syak dia cuba melakukan perbuatan terkutuk dengan haiwan ternakan.

“Saya menyergah lelaki itu sebelum mengejarnya. Selepas menemui lelaki berkenaan yang sedang bersembunyi di kawasan semak berhampiran, saya terus menangkapnya sebelum menghubungi polis,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

p/s. dah kemaruk sangat..Nie semua ikut perangai tak senonoh Ketua Pembangkang lubang kunyit jugak dicari.....

Fuiyoooo.. Bloggers Cacai Pakatan Terima RM3000 Seorang.. BuktiBergambar Di sertakan..



Peeerggghhhhhh ........... RM3000 seorang sebagai upah kepada blogger PR !

Cit ! Apa dia ? Apa dia ? Blogger tak berbayar ? Menulis demi perjuangan ? Blogger Umno semua blogger upahan tapi blogger PR TAK DIBAYAR ?



VIDEO HOT 18SX- 6 HARI BERTUNANG KANTOI TAK SABAR BUAT 'PROJEK'

Tidak sabar untuk hidup bersama sebagai suami isteri, sepasang kekasih yang baru bertunang selama enam hari dicekup selepas disyaki berkhalwat di sebuah flat di Pandan Indah, di sini, awal pagi semalam.

Ketika pemeriksaan pada jam 1 pagi itu, lelaki berusia 28 tahun itu bersama tunangnya berusia 26 tahun itu ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Pegawai Masjid Al-Azim, Pandan Indah.

Pegawai Masjid Al-Azim, Ahmad Nawi Othman berkata, pihaknya yang mengetuk pintu beberapa kali dan melihat melalui cermin tingkap mendapati seorang lelaki hanya memakai seluar pendek cuba menyorok di belakang sofa.

“Lelaki itu terkejut melihat kehadiran penguat kuasa dan memberi alasan tinggal seorang diri di rumah berkenaan, namun anggota penguat kuasa menemui seorang wanita berseluar pendek dan berbaju kemeja menyorok di dalam sebuah bilik,” katanya.

Ahmad Nawi berkata, lelaki yang bekerja di sebuah bank itu memaklumkan baru sahaja bertunang dengan kekasihnya yang bekerja di sebuah syarikat swasta di ibu kota itu, Isnin lalu.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan yang dijalankan bersama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela), sepasang kekasih turut ditahan di pangsapuri sama.

Ahmad Nawi berkata, lelaki berusia 29 tahun itu memberi alasan baru pertama kali datang ke rumah sewa teman wanitanya yang berusia 26 tahun.

“Pasangan berkenaan yang bekerja sebagai penghantar surat dan kerani berpakaian lengkap ketika ditahan,” katanya.

Beliau berkata, kesemua ditahan dibawa ke Balai Polis Pandan Indah untuk siasatan lanjut sebelum dijamin keluarga atau kenalan masing-masing.

Dalam pada itu, sepasang kekasih dicekup ketika asyik bermadu asmara dalam kereta di Bukit Langat.

Ahmad Nawi berkata, perbuatan lelaki berstatus suami orang dan kekasihnya yang merupakan penuntut institut pengajian tinggi awam (IPTA) itu dikesan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan Masjid Al- Azim Pandan Indah.

Katanya, Penguat kuasa Jais mendapati pasangan berkenaan berpelukan dan berciuman

Monday, February 18, 2013

Isteri Kecewa, Suami Gemar Kunjungi Spa Untuk Berz ina. Gambar Kantoi Di Ipad.

"Isteri mana yang tidak kecewa apabila mengetahui suami yang dipercayainya melakukan kerja terkutuk di belakangnya, sudah tentu kebahagiaan yang dibina boleh berkecai," kata pendakwah bebas, Zawiah Hassan.

Beliau berkata, kunjungan ke pusat spa yang menawarkan khidmat urutan gadis haram di sisi agama malah terdedah dengan pelbagai pelakuan maksiat lain.

"Walaupun ada suami yang mengakui mereka ke pusat spa hanya untuk berurut tetapi jika ia dilakukan tukang urut wanita tetap haram hukumnya.

"Apatah lagi jika berlaku zina dengan wanita itu mereka dikira berdosa besar. Sudah ada isteri yang halal digauli kenapa tergamak mencari wanita lain sekadar untuk melayan keseronokan yang hanya bersifat sementara," katanya.

Zawiah berkata demikian ketika mengulas laporan Harian Metro, kelmarin yang mendedahkan seorang isteri hilang sabar selepas mengetahui suaminya mempunyai hubungan sulit dengan beberapa wanita warga Vietnam di spa terkemuka di bandar raya Ipoh.

Wanita yang dikenali sebagai Rohani, 48, itu turut kesal dengan perubahan sikap suaminya yang sering mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah zahir dan batin akibat penangan wanita Vietnam itu.

Rohani mengetahui hubungan suaminya itu selepas memeriksa telefon bimbit lelaki itu dan mendapati SMS berbaur lucah serta beberapa gambar wanita Vietnam di atas katil dalam keadaan mengghairahkan.

Dia percaya semua gambar wanita Vietnam yang beraksi manja itu diambil dalam bilik hotel dan spa di bandar berkenaan.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

@mbnizar TERKEDU. 1000 Ahli Penyokong Pas Sokong BN Di Pasir Panjang.

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menerima tamparan hebat apabila kira-kira 1,000 ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Panjang yang diwakili beliau membatalkan keahlian mereka dan menyatakan sokongan kepada Barisan Nasional (BN).

Kumpulan tersebut yang diketuai bekas Pengerusinya, S. Saravanan, 42, berbuat demikian setelah hilang kepercayaan kepada Pas dan Mohammad Nizar yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya Pas negeri.

Menurut Saravanan, mereka nekad meninggalkan DHPP setelah merasa tertipu dengan pelbagai janji manis yang ditabur oleh Pas dan Mohammad Nizar.

"Saya sudah bersama dengan Pas hampir lima tahun dan kami semua amat menderita kerana tidak ada satu pun permintaan kami seperti meminta kemudahan lampu jalan dan taman permainan dilayan oleh wakil rakyat.

"Lebih menyakitkan hati apabila kami meminta peruntukan untuk mengadakan jamuan kecil tetapi kami dimarahi dengan alasan tiada sebarang peruntukan," katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas hadir bersama beberapa bekas ahli DHPP DUN Pasir Panjang menyerahkan borang keahlian MIC kepada Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir di majlis Perhimpunan Jentera BN Parlimen Lumut di sini semalam. -UTUSAN



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

[Video] Remaja Tingkatan 1 Ditangkap Khalwat Dengan Gadis 20 Tahun

"Duit saya sudah habis, tidak dapat balik rumah, sebab itu terpaksa tidur dengan kakak," kata seorang remaja lelaki mengaku berusia 13 tahun yang dicekup ketika berdua-duaan bersama seorang gadis yang didakwa saudara kandung dalam bilik sebuah hotel bajet di ibu negara, awal pagi tadi.

Bagaimanapun ketika ditanya penguat kuasa, remaja berkenaan menukar pula kenyataannya dengan mengatakan gadis berusia 20 tahun itu adalah teman wanita abangnya dan mereka terpaksa tidur bersama kerana tidak dapat menghubungi keluarga.

Pasangan berkenaan antara 10 yang ditahan dalam operasi cegah maksiat sempena hari kekasih yang dijalankan penguat kuasa Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (Jawi) di sekitar ibu kota bermula jam 11 malam semalam sehingga 5 pagi tadi.

Kesemua yang ditahan berusia 13 hingga 50 tahun dan disiasat di bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah 1997 yang membawa hukuman denda dan penjara jika sabit kesalahan.

Selain pemeriksaan hotel bajet, 60 penguat kuasa Jawi turut melakukan rondaan di sekitar Taman Tasik Titiwangsa dan mengeluarkan notis hadir untuk sesi kaunseling kepada tiga pasangan yang didapati berkelakuan tidak sopan di khalayak ramai.

Operasi diketuai Ketua Pegawai Penguatkuasa Jawi, Wan Jaafar Wan Ahmad dan Pegawai Perhubungan Awam Kanan, Tuan Asmawi Tuan Umar.

#Kuat giler nafsu budak ni.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC