Wednesday, October 13, 2010

Fw: [Taiping Central Blog Harapan Melayu] PANAZZZ.. Pembukaan PejabatPersatuan M...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: taipingcentral_harapan melayu <taipingcentral@gmail.com>
Date: Tue, 21 Sep 2010 21:12:52 -0700 (PDT)
To: <taipingcentral@gmail.com>
Subject: [Taiping Central Blog Harapan Melayu] PANAZZZ.. Pembukaan Pejabat Persatuan M...

Susulan pembukaan pejabat baru Persatuan Kebajikan Ekonomi Anak Melayu Minang Larut Matang Selama di Taiping menarik minat TC semalam. Mana taknya ia dirasmikan oleh Dato Zainol Padzi (EXCO Kesenian Perak), dijemput pula tetamu VVIP iaitu Dato Seri Wan Md Isa (OBJ Taiping), Dato Pakeh Adam (ADUN dari Sg Siput) dan lain lain kehormat..

TC membuat tinjauan ke tempat tersebut disebabkan zaman sekarang banyak persatuan @ pertubuhan yang muncul kebelakangan untuk mengambil kesempatan dikala pihak kerajaan (BN) sedang bermurah hati melabur dan memerlukan sokongan rakyat. Terdetik dihati TC adakah PPKEAMM ini benar2 tulus dan menyokong kerajaan bilamana ia menyatakan hasrat menyokong kepimpinan BN. Kalau benar Alhamdulillah, tapi kalau ia sekadar ingin beroleh sesuatu untuk mengenyangkan perut TC berasa sungguh sedih.

Maka berpusu-pusulah pemimpin kerajaan menabur pelbagai habuan bilamana persatuan yang ingin join link dengan kerajaan BN. Aduhhhh, pedih jugak hati TC mengenangkan nasib ini. Kan ada yang lebih memerlukan, kan ada yang masih susah, kan ada persatuan lain yang masih mampu membantu, kan ada persatuan yang memang berlatarkan BN yang setia pada perjuangan..

TC mengambil peluang mencari anak melayu minang di Taiping mencari maklumat sebenar. Bukan tidak percaya tapi ingin mencari kepastian, selagi ia tidak terjawab hati TC tidak akan tenteram. Terserempak dengan seorang yang menggelarkan sebagai OM (PAKCIK dalam bahasa minang). Beliau menceritakan apa yang telah berlaku dalam persatuan minang ini..

OM bercerita.... :

Persatuan minang ni asalnya memang bagus. Dulu ia banyak membantu anak2 Melayu Minang di Taiping. Kenduri-kendara, sakit, meninggal malah anak-anak cemerlang pun dapat saguhati. Ia kemudian menjadi kucar-kacir bila Yang DiPertua beralih kepimpinan (yang lepas). Mesyuarat Agung xpernah buat 3tahun berturut, ahli-ahli terabai tanpa bantuan, malah tabungan persatuan pun tanpa arah tuju. Bila ditanya kemana arah tuju persatuan, dijawab kita akan buat.

YDP bersekongkol dgn S/U masa itu, bermacam-macam agenda dibuat untuk kepentingan sendiri. S/U bukan orang minang pun. Hanya pandai bercakap tp habuk pun takde. Malah Bendahari pun naik fedup dan letak jawatan. Mana taknya, buku cek pun tak pernah tengok, duit dalam bank pun tak tau. Selama 4-5 tahun ahli persatuan malas dan tak mau ambik peduli dengan persatuan. Kata mereka pi mampuih la kat hangpa, hangpa makan la duit persatuan kami tak halalkan (tu diaaa, dahsyat tu - tercengang TC)..

Desakan ahli makin kuat masa itu. Semua bersemangat ingin mahu hidupkan semula persatuan. Ahli-ahli yang menyampah kat persatuan dulu, kini mahu kembali demi Anak Melayu Minang. YDP dgn S/U semakin terdesak. Ahli meminta mengadakan mesyuarat. Kali ini mesti mau jadi. Akhirnya YDP akur dan adakan M/A, ahli-ahli lega. YDP menyatakan hasrat untuk tak bertanding jawatan no 1 ini. Malah jawatan S/U ditukar pada hari tersebut. Oleh kerana tidak ingin memecah belahkan keadaan dan mengambil inisiatif buang keroh, bekas YDP ini dilantik sebagai Timb. YDP dan S/U sebagai AJK.

Rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan pulak di tengahari. Asalnya YDP baru sangat kuat bekerja. Tanpa mengira penat lelah, wang ringgit malah masa beliau. Kehebatan YDP baru membuatkan YDP lama dan S/U lama panas punggung. Mulalah agenda mereka. Ia bermula apabila wang kutipan mangsa gempa bumi di Sumatera dipertikai. Dihamburkan fitnah, malah kredebiliti YDP baru dicerca. YDP baru terasa letih, pengorbanan yang di hamburkan untuk persatuan sepenuh hati di kotak katikkan.

Kredibiliti YDP baru dicabar lagi. Biro Kesenian ditubuhkan tanpa persetujuan YDP. Tapi YDP baru tak melompat, malah dia kata bagus untuk kebaikan persatuan. Rupa-rupanya ada udang sebalik batu. Biro ini tempat puak2 yang menjahanamkan persatuan bernaung. Dipengerusikan oleh orang yang manis mulut, agenda mereka diteruskan lagi. Yang menjadi persoalan, bak kata orang bodoh punya kerja, "Boleh pulak Timb.YDP(YDP Lama) dilantik menjadi S/U Biro".. Aduhhhh, apa yang mereka merepak ni.

Biro Kesenian memulakan gula2kan ahli. Mulanya dicanangkan Biro akan mengadakan jamuan makan Di Raja usahasama dengan Kerajaan Negeri Perak. Uiissshhhh, hebat. Tapi sampai sekarang habuk pun takdak. Bila contact dengan pejabat EXCO Kesenian,Kebudayaan,Belia dan Sukan Negeri Perak tak dak pulak program macam tu. Bila di contact dengan pegawai khas MB Perak pun tak dak gak. Aduiiihhh, depa ni dah kencing ahli persatuan. Agak2 le, orang bukan sekolah atap jer. Dalam masa yang sama mereka menabur fitnah ke atas YDP baru.

YDP baru tak nak ini berpanjangan, biarlah mereka nak buat apa pun. Mesyuarat AJK, YDP letak jawatan. YDP lama pun senyum ler apa lagi. Agenda dia menjadi. S/U baru pun letak jawatan tak boleh tahan. Penolong S/U tak nak ambik port. Ahli2 semakin marah, luka lama akan terpalit kembali, Sejarah akan berulang. Biro Kesenian semakin gah sombongnyer. Pandang ahli lain atas bawah je. Agenda mereka termakbul. Ayat Pemangku YDP dibuang terus diguna nama Yang DiPertua, hebatttt..

Kemuncak kepanasan Persatuan Minang ini, M/A terbaru mereka menggubal undang2 kecil. Ditukarkan UUK perlantikan S/U, Pen S/U, Bendahari yang dipilih dalam M/A kepada dilantik oleh YDP.. Yang menjadi persoalannyer cukupkah korum 2/3 ahli yang hadir, kalau cukup undi yang menyokong cukup kah majoriti 2/3. Musykil-Musykil. Makin panas lagi selang 2 hari sampai surat panggil mesyuarat AJK dengan bertandatangani S/U baru. Aiiiikkkkkkk, M/A baru je lagi gubal UUK, YDP dah lantik S/U.. Kah kah kah kah, lawak lawak, tak tau berpasatuan ni.. Patut minit mesyuarat tu di hantar ke Pendaftar Pertubuhan untuk diregister pastu dapat surat baru UUK boleh dijalankan. Proses ni selalu 2-3 minggu..

Hari demi hari, ahli semakin meluat. Sejarah telah berulang kembali. Ada ahli telah merungut. Mana perginya wang derma hasil jualan cd gempa bumi. Dengar khabarnya berbelas ribu ringgit. Mana duit yang dijajanya konon Dato Rais Yatim peruntukkan RM45k pada persatuan.. Mana janji nak buat EXPO Perniagaan Kaum Minang besar-besaran di Ipoh. Mana janjinya nak buat FORUM PERDANA ISLAM.. Mana perginya wang derma mangsa gempa di Sumatra individu termasuk MB perak, ADUN Kamunting, ADUN yang lain, Ketua UMNO Bahagian Taiping, Ketua2 Pemimpin yang lain. Dengar khabar ada buku bertandatangani oleh vip-vip ini.. Semua dilakukan dalam Biro Kebajikan..

Itulah yang diceritakan oleh OM kat TC...

Apa yang ingin TC sampaikan bukanlah kemelut dalam persatuan tapi harus kita ingat setiap persatuan yang bagus adalah dari pentadbiran yang cekap. Wajarkah peruntukan dihamburkan kepada persatuan yang tidak tulus malah ahli pun tidak bersepakat sama sekali. Mungkin ada persatuan yang lebih cekap, efisyen dan proaktif yang boleh dibantu oleh pihak kerajaan BN.

TC hanya menulis apa yang diceritakan oleh OM.. Ada cerita baik pasal S/U Persatuan yang akan TC korek akan datang.. Tunggu yer S/U...

TC terus menjejak, dalam Perasmian Pejabat Persatuan Minang tempoh hari, dihadiri tetamu2 kehormat dan juga dihadiri ADUN Kamunting lebih kurang 100 orang yang hadir.. Lebih separuh merupakan rakyat i/c merah (tidak boleh mengundi), ada yang hanya memakai visa dan ada juga yang tidak ada passport (masuk M'sia haram).. Tidak lebih 25orang warganegara M'sia, separuh darinya adalah pembangkang.. Di khabarkan hanya 2 orang UMNO tulen, seorang cawangan KG Jana Smbgn dan seorang lagi Cawgn Dato Malek.. Yang lain 'entahlah', mungkin ada udang sebalik mee.. Atau ada agenda tersendiri... Itu yang diceritakan oleh ahli yang hadir masa itu.. Mana ahli yang lain, kenapa tak hadir, dengar kata "DIBOIKOT (x satu kapal)"...

TC: Haaaaaa, apa macam.. FIKIR FIKIRLAH WAHAI PEJUANG BANGSA..

p/s: Dengar khabar ada pinjaman persatuan untuk ahli-ahli, kenapa ramai tak tahu.. ADUHAI...

--
Flannegan's Finagling Constant: That quantity which, when multiplied by, divided into, added to, or subtracted from the answer you got, gives you the answer you should have gotten.

Get Free Random Signatures for BlackBerry at www.getempower.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

--
Posted By taipingcentral_harapan melayu to Taiping Central Blog Harapan Melayu at 9/21/2010 09:10:00 PM

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC