Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Saturday, December 11, 2010

TC KEMBALI MENEBUS MARUAH.. BERJUANG DIALAM MAYA MENGHAPUS PENKHIANAT BANGSA..


Ini bokan soal ludah nak jilat balik. Ini bukan soal hampuk di tarik balik. Ini adalah soal perjuangan yang TC anggap ia adalah sebahagian asam garam dalam kehidupan. Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, dilalui dengan penuh liku, bagaikan mendaki bukit tinggi yang terjal, menang tanpa perjuangan panjang bagaikan menang tanpa kebanggaan. Jika tidak ada kesukaran, tidak ada kesuksesan. Jika tidak ada sesuatu yang diperjuangkan, tidak ada yang akan dicapai. Kesukaran mungkin menakutkan bagi orang yang lemah. Namun memberikan perangsang menyegarkan bagi orang yang tegas dan berani. Segala pengalaman hidup memang berperanan membuktikan bahwa rintangan yang menghalangi kemajuan manusia mungkin, pada umumnya, dapat diatasi dengan perilaku yang baik, semangat yang jujur, aktifitas, ketabahan, dan kebulatan tekad mengatasi kesulitan.

Terima kasih bebanyak TC ucapkan pada rakan rakan perjuangan Perak yang masih utuh bersahabat atas dasar Perjuangan. Semangat yang diberikan, galakan yang berterusan, nasihat yang dijadikan pegangan oleh sahabat sahabat otai bloggers dan muka muka baru Insyaallah TC akan ingat. Tq so much.. Anda adalah sahabat sejati.. Anda memberikan semangat baru buat TC untuk berjuang..

Kebangkitan Taipingcentral akan bermula dari sekarang.. Secara rasminya TC dengan ini membubarkan PROTES SENYAP yang dilancarkan bagi diri TC sendiri.. Posting dalam Perak mahupun diluar akan berada dialam maya bermula saat ini.. Saat ini TC tak peduli lagi, ganjaran, habuan, Dajjal yang merompak hak TC, fitnah yang dihamburkan kepada TC dan rakan2, laptop yang masih tersangkut payment, kekai mamak yang menjadi lokasi surfing, tetap TC akan terus berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir..

Kepada sialan-sialan bangsa, anda memang bergaya di alam sekarang tapi INGATLAH dimuka pintu pengiraan bahu kiri dan kanan anda, terimalah dengan sedahsyat-dahsyatnye..

Kepada pejuang pejuang Bloggers yang bersama-sama dengan TC, BANGKITLAH, SEDARLAH, TERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA, KITA AMUK, AMUKAN YANG HEBAT, BIAR APA ORANG NAK KATA, PEDULIKAN SEMUA, YANG MENJADI KEUTAMAKAN SEKARANG ADALAH PERJUANGAN KITA FISABILILLAH...

Hidup adalah
perjuangan. Itu kata orang. Memang benar, dalam hidup akan penuh dengan perjuangan. Terutama bagi mereka yang memiliki cita-cita besar, baik cita-cita pribadi maupun cita-cita dalam dakwah.. Bagi mereka yang tidak memiliki cita-cita besar, tidak akan mampu melihat bahwa hidup penuh dengan perjuangan. Yang ada di depan SIALAN SIALAN BANGSA ini hanyalah bagaimana mencari kesenangan belaka.. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
..

BANGKITLAH ANAK BANGSA, BANGKITLAH PEJUANG BLOGGERS PERAK, MARILAH BERSAMA, KITA BUKTIKAN, AMUK.... AMUK.... AMUK....

DAULAT TUANKU.. HIDUP MELAYU.. HIDUP PERAK..

Sunday, November 21, 2010

TC KECEWA DI FITNAH.. LAPTOP TC AKAN DILELONG MURAH..


Apa nak di kata lg.. Hati pun pedih, jiwa pun kecewa, otak dah malas nak fikir..

Rasa dah 3 bulan xde action yang diterima.. Bukan kata action, nak ajak table talk pun haram skali. Takpa la, lantak hangpa la. Jadi TC nak berikan tepukan gemuruh la pada sialan2 bangsa yang menabur fitnah kepada rakan2 bloggers perak. Tabik spring pada lu orang bro. Lu orang dah berjaya bangsatkan melayu lu orang sendiri. Dah la lu orang buncitkan perut lu orang, kasi anak bini lu orang makan lepas tu lu orang PUNAI KAN kita orang ye.. Ni bro, neraka jahanam peringkat ke tujuh la tempat lu orang.. AKU TAK HALALKAN ATAS APA HAK YANG DINAMAKAN ATAS NAMA TAIPINGCENTRAL..

Bg kawan2 yg difitnah bersama dgn TC, lantak korang la samada nak halalkan atau tak. Yang aku tau hak aku mesti la untuk aku walaupun kecik. Bukannya aku hadapkan sangat benda ni, tapi kalau si sialan bangsa ni sapu orang punya hak depa mesti dapat ganjaran selevel benda yg depa sapu. That's the true thing.. Hahahaha, jadi orang putih aku kejap.. APA LU AMBIK KESAH, ekekekeke..

Protes senyap dalam mengpost hal2 berkaitan Perak TC masih lg sambut bersama kawan2 yg lain. Selagi nama bloggers Perak tidak disucikan selagi itu protes berjalan. Tidak selangkah sahabat2 berundur, tidak sesekali TC berganjak.

Dalam pada masa yang sama, hati TC dah bosan, meluat pun ada, menyampah apatah lg berkelodak dalam hati ni. Nak post apa pun naik letih campur geram. Laptop TC yang sering diguna dalam peperangan seolah-olah tiada peluru/peluru masuk angin. Jap2 TC tengok laptop ni ada baiknye dijual. Makin lama TC tengok makin geram TC kenangkan apa yg telah berlaku.. HUUAAAARRRGGGHHHH..

Komporm. Apa nak jadi, jadilah.. Alang2 menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. Kalau hati ni kembali bertaut dan penyucian fitnah dari sialan2 berlaku, TC akan pikirkan untuk mengepost kembali di arena alam maya..

Dengan ini di isytiharkan LAPTOP TC JENIS ACER AKAN DIJUAL DENGAN HARGA RM900.. PM @ email TC untuk rundingan urusniaga.. Jikalau ada sahabat2 yang nak bagi lebih, Alhamdulillah diucapkan..

FEDUP, MENYAMPAH, MELUAT, BOSAN DAN BENCI ATAS APA YANG BERLAKU..

p/s : Hutang Kredit Kad bayar bulan bulan masa beli laptop ni masih berbaki 2 bulan. Adush, rugi kaw2 aku, takpe lah dari hati ini semakin sakit..



DAULAT TUANKU.. HIDUP UMNO.. HIDUP NEGERI PERAK..

Saturday, October 16, 2010

TAK PEDULI PERAK.. TC SAMBUT PROTES SENYAP..


SELAMA HARI INI TC SENYAP... SELAMA HARI INI TC SABAR... SELAMA HARI INI HATI TC BERGELORA.. SELAMA HARI INI OTAK TC BERKECAMUK.. SELAMA HARI INI FIKIRAN TC BERKECAMUK...

HARI INI BADAN TC BERGETAR... HARI INI LIDAH TC TERASA PEDIH... HARI INI TANGAN TC MENGGENGGAM ERAT PADU...

BAKTI YANG YANG DICURAHKAN, NAJIS YANG DITERIMA... BUNGA YANG DI KALUNGKAN, SAMPAH YANG DIHAMPUK DIKEPALA.. SUDAAAAAAHHH LAAA..
TC NAK NAK AMBIK PEDULI LAGI..

Bukan nak berpihak mana2 pihak, TC amat geram dengan apa yang terjadi.. Imbas kembali ketika kumpulan perjuangan blogger jalanan perak ini di tubuhkan, ssesen haram pun tak pernah terlintas untuk meminta.. Atas perjuangan, atas bangsa dan atas kehendak masing2.. Bukan kata broadband TC mampu beli, pendrive pun pinjam kat kawan.. maka kedai2 mamak la tempat berjuang sesekali terhidu bau kari..

Bila mana angin kus kus yang bertiup kencang terbang melibas-libas di telingan TC mengatakan blogger jalanan terima habuan ribu riban tiap2 bulan semata2 blog ini.. Maka darah TC pun naik.. P&k! M@k hangpa.......

Dah broadband tak pernah pakai hari2 mengadap mamak sampai muka dah naik hitam, dah ler laptop bayaq bulan2 tersangkut sangkut payment macam minyak motor abih, lagi lu orang kata dapat ribu2.. Haram jadah......

Kalau tidak disebabkan darah yang mengalir adalah darah perjuangan bangsa yang sejati, lama dah TC tinggal alam maya yang sedikit sebanyak mengusutkan perjalanan kehidupan TC.. Udah leeeeeeee, Maleh lagi nak pikiaq...

Seperti sekupang dua, pejuang bangsa dan bloggers jalanan perak yang lain.. Taiping Central DENGAN INI BERSUMPAH SETAKAT HARI INI DAN JAM INI, TAIPING CENTRAL TIDAK MENERIMA RIBUAN RINGGIT SECARA BULANAN SEPANJANG BERGIAT DI ALAM BLOGGER...

Dan Bersama2 sahabat2 perjuangan bloggers jalana Perak yang lain, DENGAN INI TAIPING CENTRAL MENYAMBUT KEMPEN PROTES SENYAP YANG DILANCARKAN BERKUATKUASA SEKARANG DAN TIDAK AKAN MENGPOST SATU ARTIKEL PUN BERKAITAN HAL2 PERAK SELAGI MANA, NAMA BAIK DAN MARUAH BLOGGERS JALANAN PERAK DISUCIKAN SEPENUHNYA....

PROTES SENYAP.. PROTES SENYAP.. PROTER SENYAP..

DAULAT TUANKU..... HIDUP YAB ZAMBRY..... HIDUP NEGERI PERAK.....

Wednesday, October 13, 2010

Fw: [Taiping Central Blog Harapan Melayu] PANAZZZ.. Pembukaan PejabatPersatuan M...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


From: taipingcentral_harapan melayu <taipingcentral@gmail.com>
Date: Tue, 21 Sep 2010 21:12:52 -0700 (PDT)
To: <taipingcentral@gmail.com>
Subject: [Taiping Central Blog Harapan Melayu] PANAZZZ.. Pembukaan Pejabat Persatuan M...

Susulan pembukaan pejabat baru Persatuan Kebajikan Ekonomi Anak Melayu Minang Larut Matang Selama di Taiping menarik minat TC semalam. Mana taknya ia dirasmikan oleh Dato Zainol Padzi (EXCO Kesenian Perak), dijemput pula tetamu VVIP iaitu Dato Seri Wan Md Isa (OBJ Taiping), Dato Pakeh Adam (ADUN dari Sg Siput) dan lain lain kehormat..

TC membuat tinjauan ke tempat tersebut disebabkan zaman sekarang banyak persatuan @ pertubuhan yang muncul kebelakangan untuk mengambil kesempatan dikala pihak kerajaan (BN) sedang bermurah hati melabur dan memerlukan sokongan rakyat. Terdetik dihati TC adakah PPKEAMM ini benar2 tulus dan menyokong kerajaan bilamana ia menyatakan hasrat menyokong kepimpinan BN. Kalau benar Alhamdulillah, tapi kalau ia sekadar ingin beroleh sesuatu untuk mengenyangkan perut TC berasa sungguh sedih.

Maka berpusu-pusulah pemimpin kerajaan menabur pelbagai habuan bilamana persatuan yang ingin join link dengan kerajaan BN. Aduhhhh, pedih jugak hati TC mengenangkan nasib ini. Kan ada yang lebih memerlukan, kan ada yang masih susah, kan ada persatuan lain yang masih mampu membantu, kan ada persatuan yang memang berlatarkan BN yang setia pada perjuangan..

TC mengambil peluang mencari anak melayu minang di Taiping mencari maklumat sebenar. Bukan tidak percaya tapi ingin mencari kepastian, selagi ia tidak terjawab hati TC tidak akan tenteram. Terserempak dengan seorang yang menggelarkan sebagai OM (PAKCIK dalam bahasa minang). Beliau menceritakan apa yang telah berlaku dalam persatuan minang ini..

OM bercerita.... :

Persatuan minang ni asalnya memang bagus. Dulu ia banyak membantu anak2 Melayu Minang di Taiping. Kenduri-kendara, sakit, meninggal malah anak-anak cemerlang pun dapat saguhati. Ia kemudian menjadi kucar-kacir bila Yang DiPertua beralih kepimpinan (yang lepas). Mesyuarat Agung xpernah buat 3tahun berturut, ahli-ahli terabai tanpa bantuan, malah tabungan persatuan pun tanpa arah tuju. Bila ditanya kemana arah tuju persatuan, dijawab kita akan buat.

YDP bersekongkol dgn S/U masa itu, bermacam-macam agenda dibuat untuk kepentingan sendiri. S/U bukan orang minang pun. Hanya pandai bercakap tp habuk pun takde. Malah Bendahari pun naik fedup dan letak jawatan. Mana taknya, buku cek pun tak pernah tengok, duit dalam bank pun tak tau. Selama 4-5 tahun ahli persatuan malas dan tak mau ambik peduli dengan persatuan. Kata mereka pi mampuih la kat hangpa, hangpa makan la duit persatuan kami tak halalkan (tu diaaa, dahsyat tu - tercengang TC)..

Desakan ahli makin kuat masa itu. Semua bersemangat ingin mahu hidupkan semula persatuan. Ahli-ahli yang menyampah kat persatuan dulu, kini mahu kembali demi Anak Melayu Minang. YDP dgn S/U semakin terdesak. Ahli meminta mengadakan mesyuarat. Kali ini mesti mau jadi. Akhirnya YDP akur dan adakan M/A, ahli-ahli lega. YDP menyatakan hasrat untuk tak bertanding jawatan no 1 ini. Malah jawatan S/U ditukar pada hari tersebut. Oleh kerana tidak ingin memecah belahkan keadaan dan mengambil inisiatif buang keroh, bekas YDP ini dilantik sebagai Timb. YDP dan S/U sebagai AJK.

Rupanya panas tidak sampai ke petang, hujan pulak di tengahari. Asalnya YDP baru sangat kuat bekerja. Tanpa mengira penat lelah, wang ringgit malah masa beliau. Kehebatan YDP baru membuatkan YDP lama dan S/U lama panas punggung. Mulalah agenda mereka. Ia bermula apabila wang kutipan mangsa gempa bumi di Sumatera dipertikai. Dihamburkan fitnah, malah kredebiliti YDP baru dicerca. YDP baru terasa letih, pengorbanan yang di hamburkan untuk persatuan sepenuh hati di kotak katikkan.

Kredibiliti YDP baru dicabar lagi. Biro Kesenian ditubuhkan tanpa persetujuan YDP. Tapi YDP baru tak melompat, malah dia kata bagus untuk kebaikan persatuan. Rupa-rupanya ada udang sebalik batu. Biro ini tempat puak2 yang menjahanamkan persatuan bernaung. Dipengerusikan oleh orang yang manis mulut, agenda mereka diteruskan lagi. Yang menjadi persoalan, bak kata orang bodoh punya kerja, "Boleh pulak Timb.YDP(YDP Lama) dilantik menjadi S/U Biro".. Aduhhhh, apa yang mereka merepak ni.

Biro Kesenian memulakan gula2kan ahli. Mulanya dicanangkan Biro akan mengadakan jamuan makan Di Raja usahasama dengan Kerajaan Negeri Perak. Uiissshhhh, hebat. Tapi sampai sekarang habuk pun takdak. Bila contact dengan pejabat EXCO Kesenian,Kebudayaan,Belia dan Sukan Negeri Perak tak dak pulak program macam tu. Bila di contact dengan pegawai khas MB Perak pun tak dak gak. Aduiiihhh, depa ni dah kencing ahli persatuan. Agak2 le, orang bukan sekolah atap jer. Dalam masa yang sama mereka menabur fitnah ke atas YDP baru.

YDP baru tak nak ini berpanjangan, biarlah mereka nak buat apa pun. Mesyuarat AJK, YDP letak jawatan. YDP lama pun senyum ler apa lagi. Agenda dia menjadi. S/U baru pun letak jawatan tak boleh tahan. Penolong S/U tak nak ambik port. Ahli2 semakin marah, luka lama akan terpalit kembali, Sejarah akan berulang. Biro Kesenian semakin gah sombongnyer. Pandang ahli lain atas bawah je. Agenda mereka termakbul. Ayat Pemangku YDP dibuang terus diguna nama Yang DiPertua, hebatttt..

Kemuncak kepanasan Persatuan Minang ini, M/A terbaru mereka menggubal undang2 kecil. Ditukarkan UUK perlantikan S/U, Pen S/U, Bendahari yang dipilih dalam M/A kepada dilantik oleh YDP.. Yang menjadi persoalannyer cukupkah korum 2/3 ahli yang hadir, kalau cukup undi yang menyokong cukup kah majoriti 2/3. Musykil-Musykil. Makin panas lagi selang 2 hari sampai surat panggil mesyuarat AJK dengan bertandatangani S/U baru. Aiiiikkkkkkk, M/A baru je lagi gubal UUK, YDP dah lantik S/U.. Kah kah kah kah, lawak lawak, tak tau berpasatuan ni.. Patut minit mesyuarat tu di hantar ke Pendaftar Pertubuhan untuk diregister pastu dapat surat baru UUK boleh dijalankan. Proses ni selalu 2-3 minggu..

Hari demi hari, ahli semakin meluat. Sejarah telah berulang kembali. Ada ahli telah merungut. Mana perginya wang derma hasil jualan cd gempa bumi. Dengar khabarnya berbelas ribu ringgit. Mana duit yang dijajanya konon Dato Rais Yatim peruntukkan RM45k pada persatuan.. Mana janji nak buat EXPO Perniagaan Kaum Minang besar-besaran di Ipoh. Mana janjinya nak buat FORUM PERDANA ISLAM.. Mana perginya wang derma mangsa gempa di Sumatra individu termasuk MB perak, ADUN Kamunting, ADUN yang lain, Ketua UMNO Bahagian Taiping, Ketua2 Pemimpin yang lain. Dengar khabar ada buku bertandatangani oleh vip-vip ini.. Semua dilakukan dalam Biro Kebajikan..

Itulah yang diceritakan oleh OM kat TC...

Apa yang ingin TC sampaikan bukanlah kemelut dalam persatuan tapi harus kita ingat setiap persatuan yang bagus adalah dari pentadbiran yang cekap. Wajarkah peruntukan dihamburkan kepada persatuan yang tidak tulus malah ahli pun tidak bersepakat sama sekali. Mungkin ada persatuan yang lebih cekap, efisyen dan proaktif yang boleh dibantu oleh pihak kerajaan BN.

TC hanya menulis apa yang diceritakan oleh OM.. Ada cerita baik pasal S/U Persatuan yang akan TC korek akan datang.. Tunggu yer S/U...

TC terus menjejak, dalam Perasmian Pejabat Persatuan Minang tempoh hari, dihadiri tetamu2 kehormat dan juga dihadiri ADUN Kamunting lebih kurang 100 orang yang hadir.. Lebih separuh merupakan rakyat i/c merah (tidak boleh mengundi), ada yang hanya memakai visa dan ada juga yang tidak ada passport (masuk M'sia haram).. Tidak lebih 25orang warganegara M'sia, separuh darinya adalah pembangkang.. Di khabarkan hanya 2 orang UMNO tulen, seorang cawangan KG Jana Smbgn dan seorang lagi Cawgn Dato Malek.. Yang lain 'entahlah', mungkin ada udang sebalik mee.. Atau ada agenda tersendiri... Itu yang diceritakan oleh ahli yang hadir masa itu.. Mana ahli yang lain, kenapa tak hadir, dengar kata "DIBOIKOT (x satu kapal)"...

TC: Haaaaaa, apa macam.. FIKIR FIKIRLAH WAHAI PEJUANG BANGSA..

p/s: Dengar khabar ada pinjaman persatuan untuk ahli-ahli, kenapa ramai tak tahu.. ADUHAI...

--
Flannegan's Finagling Constant: That quantity which, when multiplied by, divided into, added to, or subtracted from the answer you got, gives you the answer you should have gotten.

Get Free Random Signatures for BlackBerry at www.getempower.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

--
Posted By taipingcentral_harapan melayu to Taiping Central Blog Harapan Melayu at 9/21/2010 09:10:00 PM

Wednesday, September 8, 2010

SALAM LEBARAN AIDILFITRI 2010 DARI TC

Salam Aidilfitri TC ucapkan pada semua sahabat2 seperjuangan tak kira yang mengenali diri TC secara terang atau di alam maya, juga tidak lupa kepada rakan diluar iringan perjuangan yang saya ikuti ini.. Sesungguhnya yang baik datang dari Allah SWT dan yang buruk itu dari saya yang masih dan mencari ilmu..

Ampun dan maaf andainya aku ini…
Terkasar bahasa dalam bicara
Tersilap bicara semasa bersama
Termarah yang tak kena tempatnya
Tertanya tak tentu hala..
Tersasul yang tak sengaja
Terpukul kat mana-mana
Terpekik kuat di telinga
Terhantuk terketuk di kepala
Terpinjam terambil harta & benda
Termoody tak semena-mena
Terumpat bila ada cerita,
Teremail benda yang tak sepatutnya kau terima
Termacam-macam yang kena-mengena.. ,,
Di hari yang mulia sepuluh jari ku hulurkan semua,
Memohon kemaafan atas segala dosa yang ada
Kerana aku masih bernama manusia
Pastinya tak lepas membuat dosa
Semoga dimaafkan,
Salam Aidil Fitri Maaf zahir & Batin


--
The mediocre person is always at his best.

Get Free Random Signatures for BlackBerry at www.getempower.com
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, July 4, 2010

SEKITAR PERSIDANGAN UMNO DAN 3 SAYAP PARTI BAHAGIAN TAIPING.. SYABAS...

Tahniah dan sekalung perhargaan diucapkan kepada kepimpinan UMNO bahagian Taiping yang telah menjalankan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian. TC berasa bangga atas ketrampilan pejuang2 bangsa yang rata2 orang muda dalam menjalankan misi dan visi tanahair. TC sempat menghadiri kesemua persidangan terrdiri dari Wanita, Pemuda dan Puteri tempoh hari. Syabas atas perlaksanakan persidangan yang TC boleh anggap berjaya dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Ketua Bahagian Dato Hj Ahmad Shalimin


Timb. Ketua Bahagian Saudara Ton Zailani Mohd Darus


Naib Ketua Bahagian Dato Seri Abd Hishan


Biasa lah, dalam persidangan ada yang puas hati dan ada yang tidak. Bagi TC kita tidak mampu untuk memuaskan hati semua pihak. Yang paling penting kita kurangkan rungutan dan laksanakan tanggungjawab dengan amanah.
Bab perpaduan menjadi isu yang paling utama dalam persidangan kali ini. Rata2 perwakilan berkehendakkan kesatuan, penyatuan dan toleransi antara satu sama lain. TC rasa ini mungkin boleh diperbaiki dari semasa ke semasa.


Ketua Wanita Datin Yatimah Khalid

Ketua Pemuda YB Dato Zahir B Dato Khalid


Bagi Persidangan Wanita dan Pemuda juga memainkan isu perpaduan dalam Parti. TC nampak kedua-dua sayap penting ini cukup menitik berat soal penyatuan. Alhamdulillah jika semua pihak memain peranan masing2 dalam perjuangan ini, Insyaalah UMNO Bahagian Taiping akan jadi lebih kuat dan lebih mantap. Yang penting bagi TC adalah pilihanraya, bab2 pemilihan ini haruslaj kita tolak ketepi. Nama pun pemilihan. Pemimpin silih berganti, bab2 kroni dan pengalaman dok jaga anak buah harus kita kikis. Yang penting PARTI UMNO...


Persidangan Puteri pula, lain sikit halnye. Deraian airmata membasahi dewan persidangan. Ketua Puteri UMNO Taiping mengumumkan perletakan jawatannya serta merta. Ramai perwakilan tidak menduga akan hal ini akan berlaku. Menurut sumber yang boleh dipercayai, perletakan jawatan ini adalah bersifat peribadi (kekeluargaan). Mungkin Puan Alia ingin menimpukan sepenuh perhatian dalan keluarganya. TC harap Puan Alia memperolehi kebahagian dalam membina institusi keluarga dengan berjaya..

Apapun yang berlaku, TC merasakan akan ada hikmah disebaliknya. Yang penting UMNo Bahgian Taiping harus MEMPERKASAKAN PARTI.

SYABAS TC UCAPKAN..

RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....

Friday, June 25, 2010

TELAH DIJUMPAI.. TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT..


ALHAMDULLIAH.. Syukur pada Allah SWT adik hanis yg berumur 16 tahun ni yang dikatakan telah hilang selama 2 minggu kini telah kembali..

Di katakan adik hanis telah dijumpai bersama2 dengan remaja yang menjadi suspek di kawasan Sungai Petani ketika minum pagi disalah sebuah gerai..

Sekumpulan penduduk yang nampak terus menahan mereka dan melaporkan kepada pihak polis.. Kini adik hanis telah kembali kepangkuan keluarga..

TC ingin mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada orang persorangan, pihak polis, rakan2 bloggers, rakan2 FB yang secara langsung atau tidak atas sokongan dan keprihatinan saudara semua dalam menyesaikan permasaalahan ini..

Hanya Allah yang dapat membalas budi baik sahabat seperjuangan semua.. Apa yang penting kerjasama antara kita dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi ini..

Syabas semua TC ucapkan.. Semoga keluarga adik hanis kembali ceria dan sentiasa diberkati Allah SWT.. Amin............

Tuesday, June 8, 2010

MOHON BANTUAN KEMBALIKAN ANAK GADIS DARI TAIPING INI..


TC DIDATANGI SAHABAT MEMINTA PERTOLONGAN UNTUK MENYEBARKAN BERITA INI.. ANAK GADIS INI TIDAK PULANG KERUMAH SEHINGGA HARI INI SUDAH 2 MINGGU.. DIA DIPERCAYAI DI BAWA OLEH SEORANG LELAKI YANG BERMOTOR ENTAH KEMANA. DI PERCAYAI ENTAH BETUL ATAU TIDAK KINI BERADA DI KEDAH..


BERIKUT TC LAMPIRKAN BEBERAPA DOKUMEN UNTUK TATAPAN SAHABAT2 SEMUA..


JIKA SESIAPA TERNAMPAK ATAU BERTEMU DENGAN ANAK GADIS 16 TAHUN INI ATAU MOTOR YANG DI SYAKI ATAU PEMUDA YANG MENJADI SUSPEK POLIS INI BOLEHLAH BERHUBUNG DENGAN...:

1. AHMAD HAJI KENEK (BAPA BUDAK PEREMPUAN) - 012 5231787 2. CIF INSPEKTOR FAIZAL ( IPD TAIPING ) - 019 5572999.


BERIKUT ADALAH LAKARAN SUSPEK PEMUDA YANG MELARIKAN ANAK GADIS DARI TAIPING INI..



TC : KELUARGA MANGSA BERADA DALAM KERUNSINGAN.. MOHON BANTUAN SESIAPA DAPAT MENGUAR-UARKAN BERITA INI.. HANYA ALLAH SWT YANG DAPAT MEMBALAS BUDI BAIK ANDA.....

Thursday, May 13, 2010

SERUAN DS ZAMBRY MB PERAK

Tawaran terbuka tanpa interview, tanpa surat sokongan, tanpa kabel, tanpa janji temu, tanpa rundingan, tanpa cagaran dan tanpa tawaran..

Cuma anda perlu mengisi borang permohonan beserta RM 2 untuk seumur hidup..

Jangan tunggu lagi, marilah beramai-ramai menyertai pertubuhan yang satu-satunya membela nasib orang Melayu..

AYUH KITA, MOH KITA YOEP...

UMNO TERUS MARA..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 11, 2010

SYABAS UMNO.. SELAMAT HARI UMNO KE 64..

UMNO ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dan merupakan parti tunjang yang menperjuangkan kemerdekaan negara ini.. Sebagai parti politik yang memiliki kuasa yang paling lama dalam dunia, rakyat dan ahli UMNO mengharapkan UMNO mampu bertindak lebih dari apa yang dilakukan sekarang untuk menjamin kesejahteraan rakyat..

Menurut YAB PM berkata, Malaysia berjaya disebabkan dasar yang didokong oleh UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyebabkan tranformasi yang besar kepada negara Malaysia.

Bagi TC, UMNO masih tetap relevan pada hari ini walaupun keadaan politik dan keinginan rakyat telah berubah sejak PRU yang lalu. Sekarang tiba masanya UMNO perlu berubah menjadi pertubuhan yang benar2 memperjuangkan nasib rakyat tak kira agama dan kaum..

Bak kata Dato Seri Khir Toyo, UMNO seharusnya sudah bergerak kearah bukan hanya menjadi parti politik semata-mata, tetapi menjadi parti yang benar2 diperlukan rakyat. Selama lebih 60 tahun UMNO memimpin, sudah tiba masa parti tertua di Malaysia ini merakyatkan UMNO, selain membawa ahli2nya ke satu tahap yang baru dan kekal relevan mengikut peredaran zaman..

Syabas TC ucapkan, semoga UMNO terus memartabatkan Bangsa Malaysia dan Umat Melayu..

TC: UMNO akan terus relevan dan bergerak dengan penglibatan golongan berpengalaman dan baru sebagai kunci kematangan..

HIDUP UMNO.. HIDUP UMNO..



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

SELINGAN HARI INI

Sewaktu TC berlegar-legar dalam pekan Taiping.. Biasalah bandar Taiping waktu2 bekerja ni, sunyi rasanya.. Takde ape2 yang menarik..

Tiba-tiba, jeng jeng jeng (ewahh macam trill plak).. Satu lori yang memang bapak besaq potong kereta TC.. Pebenda dia bawak tuuu, rupa2nyer kontena yang diubahsuai jadi office..

Apa yang menarik nyer, tak dak pa pa pun.. Cuma yang tak syoknya, TC kena ikutlah punggung lori ni sampai ke destini TC.. Mana tak 2 lorong dia sapu habis.. Berduyun duyun kereta mengekor lori nie..

TC : NAK BUAT CAMNE, I FOLLOW JE LAH..

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 10, 2010

TRAGEDI AMINULRASHID..Semua dok diam2, jangan banyak bunyi..

Polis juga mempunyai hujah mengapa peluru terpaksa digunakan pada malam itu. Kereta tersebut cuba merempuh polis, menyebabkan keselamatan anggota beruniform itu terancam. Dalam keadaan tersebut pilihan yang ada ialah TEMBAK..

Hukuman itulah yang kini dipertikaikan keluarga mangsa, juga pihak2 lain termasuk orang2 politik. Disatu pihak ada kesedihan kerana kematian tidak diduga itu. Disatu pihak lain pula ada publisiti yang boleh diraih dari peristiwa tersebut..

Sesiapa saja boleh buat andaian atau tuduhan mengenai perkara ini. Masing2 ada fakta untuk menyokong andaian. Tetapi, ini masih kes polis dan biarlah siasatan dilakukan dengan rapi mengikut peruntukan yang ada. TC nak ingatkan tidak ada siapa yang perlu tonjol kat sini nak jadi hero.

Lagi banyak kenyataan dibuat, termasuk lah kenyataan kawan baik arwah iaitu Azamuddin yang menjadi saksi utama, ia hanya akan sulitkan siasatan. Kenyataan2 terbuka juga boleh bangkitkan persepsi yang mungkin berat sebelah pada pihak2 tertentu.

Ada baiknya semua dok diam2. Biarlah siasatan dilakukan tanpa gangguan mana2 pihak. Pasukan panel khas telah ditubuhkan untuk memantau insiden ini. Bagi mereka peluang untuk jalankan tugas, jangan lah ada yang awal2 dah tuduh mereka ini tidak ada komited atau tidak layak.

Ada cadangan supaya ditubukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini. TC rasa tak payah ler, adakah dengan suruhanjaya seperti ini dapat memuaskan hati semua pihak. Semua pun tahu, berapa banyak kes yang dikendalikan Suruhanjaya sebelum ini, hasil siasatan pada akhirnya juga mereka2 pertikaikan.

Sementara kes dalam tindakan pemprosesan, TC harapkan kita memainkan peranan masing2 supaya tragedi adik Aminulrasyid tidak berulang lagi. Salah satu cara ialah dengan ketegasan untuk tak bagi anak2 memandu tanpa lesen waima motor sekalipun. Rasa TC lah, sampailah masa tindakan undang2 harus dikenakan pada ibu bapa yang sengaja merelakan anak2 mereka memandu tanpa lesen...

TC : KEPADA KELUARGA MANGSA, BERSABAR MENEMPUH DUGAAN INI..
AL-FATIHAH..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 4, 2010

KENAPA NIZAR BELUM DITANGKAP... POLIS TAK BUAT KERJA KE..



ZULKARNAIN Abu Hamid (dua dari kanan) bersama Ketua Kampung Dengkil, Sepang, Chan Meeng Poh (tiga dari kiri), M. Ramesh (dua dari kiri) dan Abdul Halim Samat (kanan) membuat laporan polis di IPD Shah Alam, semalam.











Laporan telah dibuat oleh tiga individu yang mewakili kaum utama di negara ini dan membuat laporan polis mendakwa bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyampaikan ucapan berbaur hasutan dan boleh memecahbelahkan kaum ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor..

"Nizar dalam ucapan menyebut, 'sana Stadium Kampung Baru dia (Najib) bagi tahu Pemuda UMNO, dia angkat UMNO punya keris sudah banyak karat, kita mesti basahkan ini keris dengan darah Cina. Dia cakap kita mesti banjirkan pekan Kuala Lumpur dengan darah Cina," kata mereka..

Apa yang dikesalkan adalah sehingga hari ini masih tiada tindakan oleh pihak polis samada ditangkap ataupun dimasukkan ke ISA.. Yang jelas ucapan NIJAR ini dah sah sah berbaur hasutan dan perkauman serta bertujuan memecahbelahkan perpaduan antara orang Melayu, Cina dan India di negara ini..

Mana perginya perjuangan Pakatan Reban neh yang melaungkan perjuangan untuk mempertahankan perpaduan kaum di Malaysia.. MANGKUK HAYUN BERDENGUNG BETULLAH,,,,,

Kebal sangat ke dia neh, tak lut ke dari undang2.. ADUHAI.... PDRM buatlah sesuatu.... Takkan nak jadi aper2 baru nak kelam kabut nak perbetui...

Apa yang TC harapkan, kemungkinan rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian, adalah buatlah sesuatu demi KESEJAHTERAAN NEGARA....

Kita imbas kembali video mamat mangkuk hayun nie berucap......



SEPINTAS LALU.. Dokumen Bukti Rasuah PKR di Hulu Selangor..


PUTRAJAYA 3 Mei - Pemuda UMNO Hulu Selangor menerima dokumen misteri yang mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dengan salah laku membeli undi ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mohd. Jefrin Mat Tu berkata, beliau menerima dokumen mengenai salah laku itu pada Jumaat lalu dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

''Saya menemui dokumen dua halaman ini pada Jumaat lalu dan saya tidak tahu siapa yang meletakkannya di depan rumah saya.

''Dokumen ini bagaimanapun telah menyenaraikan secara teliti kira-kira 20 salah laku PKR termasuk nama individu yang terlibat, ia meliputi pemberian wang dan barang serta ugut gertak kepada penduduk Hulu Selangor.

''Penghantarnya mungkin mahu saya dedahkan kandungan dokumen ini dalam blog, saya bagaimanapun berasa lebih sesuai untuk diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau diiringi kira-kira 10 ahli UMNO dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Hulu Selangor.

Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Penguasa SPRM, Aini Awang Muda untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Mohd. Jefrin berkata, dokumen yang diterimanya turut melampirkan gambar yang menunjukkan pemimpin PKR memberi beg sekolah kepada penduduk Hulu Selangor walaupun kandungan dalam beg itu tidak dapat dipastikan.

''Saya meminta SPRM melakukan siasatan berhubung dakwaan dalam dokumen ini," katanya.


adakah beg ini yang di rasuahkan...


beg ni kot

atau beg ini

TC : Apapun mengikut keterangan dari Pengerusi UMB Pemuda H.Selangor, tidak dapat dipastikan apa yang diisi dalam beg2 berkenaan..

HARAP SPRM SIASAT.........

Monday, May 3, 2010

Ezam Dan Palanivel Angkat sumpah Sebagai Senator

Syabas TC ucapkan pada Ezam dan Palanivel atas upacara mengangkat sumpah sebagai Senator pagi tadi. Dua lagi tokoh yang bersama mereka adalah Rahim Rahman usahawan corparat dan Noriah Mahat, KW Bahagian Pagoh..

Mereka melafazkan sumpah dihadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang..

Apa yang ditunggu2 oleh TC dan ahli2 politik tanahair ialah kemunculan Ezam nanti di Parlimen. Apa yang akan dibongkar, apa yang akan diuar2kan, apa yang akan diceritakan oleh bekas ketua AMK ini. Pasti ramai yang tidak sabar akan kemunculan Ezam alias bekas s/u politik an war ini nanti..

Bagi TC, Ezam yang dahulu adalah penggerak utama kumpulan reformasi pasti sudah masak dengan perjuangan PKR yang lebih menumpukan pendirian peribadi dari keperluan Rakyat..

TC: Apapun syabas Ezam, inilah masanya untuk anda bersuara demi keadilan sebenar..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, May 2, 2010

PETUA KENALI WAKTU BILA AN WAR BERBOHONG

Waktu hujung minggu ni, TC tak nak buat apa.. Nak kluar jalan2, musim kat taiping nie belah petang mesti hujan.. Jadi TC menghabiskan masa melayari alam maya membukak youtube..

Video yang paling TC syok tengok bab2 politik ler..

layan punya layan youtube, last2 jumpa yang paling best skali..

saksikan........................



ish ish ish.......

Saturday, April 17, 2010

SEKITAR PENAMAAN CALON PRK H.SLGR.. LATEST PICTURE


GAMBAR-GAMBAR SEKITAR HARI PENAMAAN CALON DI KUALA KUBU BARU HULU SELANGOR.. CREDIT TO MY SAHABAT PERJUANGAN YANG RAJIN MENGAMBIL GAMBAR2.. SYABAS..











SYABAS TC UCAPKAN.. SEMOGA BERJAYA MEMPEROLEHI KEMENANGAN...

Thursday, April 15, 2010

MASA UNTUK BEKERJA.. CALON PRK HULU SELANGOR P.KAMALANATHAN...


SPEKULASI TAMAT, CALON TELAH DI UMUMKAN.. MARILAH BERSAMA MERAMPAS KEMBALI SEAT HULU SELANGOR DALAM PRK INI.. MUDAH-MUDAHAN MEMPEROLEHI KEJAYAAN...

Tuesday, April 13, 2010

FILEM YANG MENYENTUH HATI... BANGKIT LAH MELAYU...

TC : SEDIH DAN PILU MENGENANGKAN NASIB PEJUANG-PEJUANG TANAHAIR TERDAHULU.. SEDARLAH WAHAI MELAYU, JANGANLAH LAGI KITA DIJAJAH LAGI HENDAKNYA.. YA ALLAH, BERIKAN KAMI KEKUATAN UNTUK MEMBELA NASIB MELAYU DIMUKA BUMI ALLAH INI BAGI MENENTANG PENJAJAH ZAMAN MODEN KINI.. BANTULAH KAMI YA ALLAH...

SEDARLAH MELAYU.. SEDARLAH WAHAI PENGANUT ISLAM.. SEDAR LAHHHH....

Wednesday, April 7, 2010

Anwar yang arah Zulkifli kait nama PM, isteri, anak Nazri: Zahrain



KEPALA BATAS: Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, mendedahkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengarahkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Zahrain turut mendedahkan bahawa Anwar juga mengarahkan Zulkifli untuk mengaitkan anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, yang dikenali sebagai Nadim, dengan kes pembunuhan pelajar undang-undang, Darren Kang di Restoran Uncle Don di Sri Hartamas pada 2004.

Ketika mendedahkan perkara itu, Zahrain berkata diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.

Ketika mendedahkan perkara itu, Zahrain berkata diberitahu perkara itu oleh Zulkifli yang sebelum ini enggan mendedahkan nama individu yang mengarahkannya untuk memburukkan nama Najib, Rosmah dan Nazri.
"Zuklifli yang menjadi peguam bela (Cif Inspektor) Azilah (Hadri) (tertuduh kes pembunuhan Altantuya), diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Perdana Menteri dan Rosmah dengan kes itu.

"Beliau juga diarahkan oleh Anwar untuk mengaitkan nama anak Nazri dalam kes pembunuhan (Darrren)," katanya dalam ceramah 'Ini Kisah Sebenar' di Paya Keladi, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina dan bekas Setiausaha Politik Anwar, Ezam Mohd Nor. Ceramah itu dianjurkan oleh Angkatan Belia Muda Kepala Batas (BEMUDA).

Zulkifli ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat, baru-baru ini mendedahkan beliau pernah ditawarkan ganjaran yang disifatkannya boleh menggoyahkan iman untuk mengaitkan Najib dan Rosmah dalam kes pembunuhan Altantuya.

Zulkifli yang pada pertengahan tahun lalu menarik diri menjadi peguam bela kepada Azilah, dilapokan berkata beliau juga diminta mendapatkan pengakuan bersumpah bagi mengaitkan Najib dan Rosmah dengan kes itu.

Beliau turut mendedahkan pernah diminta untuk cuba mengaitkan Nadim, dengan kes pembunuhan Darren.

Pendedahan Zulkifli itu menggemparkan kerana ia dilakukan seminggu selepas bekas rakan partinya, Zahrain memecahkan tembelang Awnar berhubung rancangan mengambil alih Kerajaan Pusat pada 16 September 2008.

berlatar belakangkan yahudi

Berikutan itu, polis akan memanggil kedua-dua wakil rakyat bebas berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan berhubung pendedahan mereka.
Zahrain yang keluar PKR selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu, Mac lalu, berkata negara akan hancur jika Anwar dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng memerintah Kerajaan Pusat.

"Anwar ini adalah seorang pemimpin yang sanggup melakukan apa saja bagi mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri termasuk menafikan hak Bumiputera. Guan Eng pula tidak layak kerana sikap diktator, cauvinis dan berfikiran seperti komunis.

"Saya menyeru supaya rakyat negara ini menolak mereka ini bagi mengelakkan negara mengalami kehancuran. Saya sendiri akan berusaha untuk pastikan Guan Eng keluar dari negeri ini," katanya.

Sementara itu, Reezal mencabar Guan Eng untuk berdebat secara terbuka dengan Zahrain bagi membincangkan isu berkaitan Melayu di satu forum bakal dianjurkan oleh BEMUDA di Kepala Batas, bulan depan.


TC : CILAKO CILAKO CILAKO INI AN WAR..... HANCUSSS PKR....

Tuesday, April 6, 2010

NGEH NGEH DEGIL... WARAN TANGKAP AKAN DI KELUARKAN..


Polis akan keluar notis arahan hadir kepada Koo Ham

IPOH 5 April - Polis akan mengeluarkan notis arahan hadir kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham jika beliau masih enggan memberi kerjasama dalam melengkapkan siasatan berhubung dakwaannya terhadap polis baru-baru ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, Datuk Dzuraidi Ibrahim berkata, notis itu akan dikeluarkan segera mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan.

"Pegawai penyiasat polis telah menghubungi Koo Ham dua hari lalu untuk memintanya hadir bagi melengkapkan siasatan, tetapi dia enggan keterangannya diambil," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Koo Ham pada satu sidang akhbar pada 30 Mac lalu mendakwa, ramai anggota serta pegawai polis hadir di Bangunan Perak Darul Ridzuan semasa sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berlangsung.

Beliau dipetik sebagai berkata; "Saya takut jika ada perbahasan dan ada mana-mana polis tidak suka kita, mereka akan tembak mati. Ini boleh berlaku kerana mungkin ada polis tidak suka dengan kita."

Malah dalam satu kenyataan dikeluarkan di sini kelmarin, Koo Ham yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan menegaskan, beliau tidak gentar disiasat polis berhubung kenyataannya yang dibuat selepas sidang DUN itu.


Dzuraidi berkata, notis tersebut biasanya memberi tempoh antara seminggu dan dua minggu bagi membolehkan Koo Ham hadir untuk melengkapkan siasatan itu.

"Jika dia masih enggan datang, waran tangkap boleh dikeluarkan terhadapnya," katanya.

Menurut beliau, buat masa ini, siasatan termasuk merakam percakapan saksi-saksi termasuk beberapa wartawan yang hadir pada sidang akhbar Koo Ham telah selesai diadakan.


TC : HARAP POLIS AMBIL TINDAKAN BUKAN HANYA BERCAKAP KOSONG JER....

Monday, April 5, 2010

VIDEO IMBAS KEMBALI KELAKUAN BURUK PAKATAN REBAN DI SIDANG DUN PERAK

KENANGAN TAIPING CENTRAL YANG TAK MUNGKIN DILUPAKAN DI SIDANG DUN PERAK.. PERANGAI PAKATAN REBAN TAK UBAH SEPERTI BERUK MAK YEEE....

Thursday, April 1, 2010

KES ALTANTUYA HANYA KONSPIRASI AN WAR AL JUBRI




MEMANG CILAKO SUNGGUH BILA EZAM MEMBONGKAR BAHAWA KES ALTANTUYA YANG SERING DI PERKATAKAN LANGSUNG TIADA KAITAN DENGAN PM DATO SERI NAJIB KITA..

EZAM SURUH AL JUBRI SUPAYA SETLEKAN MASALAH NI, TAPI AL JUBRI NIE DENGAN SELAMBANYER SURUH CARRY ON.. KATA TAK PE MAINKAN ISU..

HARAM JADAH BETUL PUAK NIE, SANGGUP KES BUNUH, KES PALING BESAR SEKALI DIA SURUH KAITKAN PM KITA DENGAN ALTANTUYA..

INI LAH PENGKIANAT YANG PALING BANGSAT SEKALI PERNAH TC LIHAT..

LIHATLAH RAKYAT HELAH YABG CUBA DIBUAT DEMI KUASA YANG CUBA DIA GAPAI..


TC : HANCUS PKR, HANCUS PKR, HHAAANNNCCCUUUSSSS AL JUBRI

EZAM MOHON MAAF ATAS PERTAHANKAN ANWAR IBRAHIM

CERAMAH MEMBONGKAR RAHSIA ANJURAN PEMUDA UMNO BUKIT GANTANG DI TAIPING MENYAKSIKAN PERMOHONAN MAAF SAUDARA EZAM BEKAS KETUA AMK NASIONAL PKR DIATAS PERLAKUAN DAN PERILAKU YANG BELIAU TAHANKAN ANWAR SELAMA BERSAMA DENGAN AL JUBRI INI..

BELIAU JUGA TELAH MENERIMA PULANGAN ATAS MEMPERTAHANKAN BOSS NYER ITU DIMANA 7 TAHUN DIDALAM LOKAP, PENJARA DAN KEM TAHANAN DI KAMUNTING..

SYABAS BRO EZAM, SEMOGA PERJUANGAN HANG DEMI AGAMA DAN BANGSA MEMPEROLEHI KEBERKATAN ALLAH SWT..

AMIN......

PANAZZ.. BRO AN WAR PERABIH 15 BILLION UNTUK KRONI

CERAMAH MEMBONGKAR RAHSIA DI TAMAN MEWAH, KAMUNTING TAIPING OLEH SAUDARA EZAM BEKAS KETUA AMK PKR BONGKAR RAHSIA AN WAR KRONISME....

CERAMAH MEMBONGKAR RAHSIA.. EZAM DAN HANAFIAH MAN TURUN PADANG


TC berkesempatan bersama warga Bukit Gantang untuk ceramah membongkar rahsia anjuran Pemuda UMNO Bahagian Bukit Gantang semalam di Taman Mewah, Kamunting Perak.. Jelas nampak keberkesanan nyer hadirin yang hadir untuk mendengar isu panas ini menjangkau 500 orang..

Saudara Hanafiah Man iaitu bekas Ketua Pemuda PKR Perak memulakan ceramah beliau.. Di ikuti dengan Saudara Ezam Bekas Ketua Pemuda PKR Nasional Merangkap Bekas Pegawai Khas Al Jubri..

Juga kelihatan Saudara Ismail Safian Pegawai Khas MB Perak dan Naib Ketua Bahagian Bukit Gantang Saudara Kamaruddin..

Apa yang TC lihat hadirin nampak terbuka dan mimik muka yang jelas ketidakpuashatian terhadap Parti Kencing Rakyat bila tembelang2 mereka dibongkarkan oleh Panel2 ini..

Apapun syabas TC ucapkan kepada Pemuda Bukit Gantang kerana berjaya menganjurkan ceramah ini...


Para Panel menyanyikan Lagu Negaraku


Saudara Hanafiah Man, Bekas Ketua Pemuda PKR Perak memberi uacapan


Saudara Ezam, Bekas Ketua Pemuda PKR Nasional memberi ucapan

Antara hadirin yang hadir, tidak termasuk dibawah2 pokok dan tepi jalan

Hadirin diasingkan lelaki dan perempuan


TC : SYABAS UMNO, SYABAS BN, HANNNCCUUUSSSS PAKATAN REBAN...

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC