Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Monday, February 28, 2011

NIZAM ISA (SUA MB PERAK).. TC JAWAB TULISAN ABITW SETELAH RBF RUNGKAIKAN..

NIZAM ISA ( SETIAUSAHA AKBAR MB PERAK )

Minggu lepas kecoh sedikit pasal satu blog hebat bercakap omputih telah sedikit sebanyak membalun Saudara Nizam Isa selaku Setiausaha Akhbar MB Perak Dato Seri Dr Zambry Kadir..

Blog tersebut klik (http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/cronyism-creeping-into-silver-state.html) telah mengatakan nizam isa seorang yang sombong dan gagal menjalankan tugas beliau dengan baik dan sempurna..

Sebahagian petikan dari ABITW:

Zambery does not have an effective communication machinery to deflect any bad news against him.

With a press secretary whose arrogance and scheming had isolated Zambery from the local press corp and pro-UMNO bloggers that helped defend him against opposition onslaught, and raised eye brow within the UMNO and public, Zambery could be facing it alone when the chips are down this time around.


Banyak pihak yang tidak mengiakan statement ABITW ni terutama skali blog hebat dari Tun Faisal EXCO Pemuda Malaysia ( RBF ONLINE )..

ABITW adalah seorang bloggers yang hebat, itu TC akuinya. Tulisan nya kadang2 boleh menggegarkan seseorang. Tapi...... TC tak setuju kali ini. Sory to say ABITW..

Sepanjang tempoh TC mengenali Nizam Isa sejak Perak di nerakakan selama 11 bulan, pada pandangan TC Nizam adalah seorang yang amat PERAMAH.. Kami ( bloggers2 Perak Cyber Troopers ) sering memanggilnya dengan panggilan CHIP ( CHIEF @ KETUA )..

Setiap kali kalau berjumpa dan kalau ada perbincangan khas bersama2 bloggers perkataan pertama yang akan muncul ialah HANGPA DAH MAKAN KA BELUM, KALAU BELUM JOM KITA PI BALUN DULU.. Macam mana pulak boleh dikatakan seorang yang sombong. Tak pernah pulak TC nampak CHIP ni muka dia masam sepanjang mengenal dengan dia. Comel lagi ada kalau dia senyum dah le kepala dia tak de rambut (ekekekekekeke)..

TC teringat sewaktu sidang DUN penggal kedua, TC bersama rakan2 membuat liputan disana.. Tau2 sajalah, keadaaan memang payah nak kawal dengan juak2 pakatan ronggeng membuat huru hara kat sana. TC nampak Nizam ni dok senyum jer, macam takde tekanan yang berlaku. Kalau TC ler mungkin sumpah seranah le kompom2 dah di hamburkan.

Dengan wakil2 media termasuk le pakatan ronggeng punya line, semua nya dapat khidmat yang baik dan hebat dari Nizam bilamana kalau ada PC bersama dengan MB Perak. Ok je dia, tak pernah nampak pun wakil media merungut pun.

Jadi TC rasa statement yang ABITW keluarkan itu tidak bertepatan dengan maklumat yang diterima. Mungkin salah maklumat atau maklumat yang tidak sahih..

Kepada CHIP ( Nizam Isa ) teruslah berbakti dan terus lah berjuang..

Bayangkan situasi ini. Tapi boleh jadi ada juga yang pernah mengalaminya.

Ada seorang sahabat. Dia sangat baik, terkenal alim dan faqih dalam agama. Pelajarannya cemerlang, ibadahnya gemilang. Kita percaya dengannya. Satu hari, sahabat ini telah membuat satu penganiayaan @ kesilapan. Tanpa kita jangka, peribadi yang secantik itu telah melakukan sesuatu yang melukakan jiwa kita.

Kita pun berkata: “Apa la, selama ini ingat baik sangat”

Kemudian kekecewaan kita itu meleret-leret sehingga menghentam

Manusia bukan malaikat yang keimanannya mendatar. Manusia juga bukan malaikat yang tidak pernah membuat kesilapan. Manusia bukan malaikat yang 100% taat dan patuh pada segala larang perintah Allah.

Manusia adalah manusia. Ada masanya di atas, ada masa di bawah. Sehebat mana pun manusia, akan ada sisi kekurangannya. Tinggal kekurangannya itu kecil atau besar sahaja. Sebaik mana pun manusia, akan ada silapnya. Tinggal kesilapan itu memberi kesan yang teruk atau tidak sahaja.


TC : TERUSKAN BERJUANG CHIP.. HATI IKHLAS AKAN DAPAT MANFAAT DARI ALLAH SWT..

INSYAALLAH...

Sunday, February 27, 2011

Hari2 Kena Balun, Balun2 Hari2.. Anuar & Nick Ajih Kena Lagi.. Kui3x..

KAMPUNG GAJAH 26 Feb. – Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi kecaman terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang disifatkan sebagai pengkhianat bangsa Melayu kerana sanggup memecahbelah perpaduan ummah hanya semata-mata untuk kepentingan politik.

Beliau berkata, Anwar sanggup memecah belahkan orang Melayu untuk meraih sokongan semata-mata membolehkan beliau ke Putrajaya untuk menjadi Perdana Menteri, Nik Abdul Aziz pula menjadikan isu agama untuk mengkafirkan orang lain dengan membuat andaian orang yang berjuang untuk bangsa adalah orang kafir.

"Saya tidak tahu Nik Aziz dapat dari mana-mana hadis atau Al-Quran yang mengatakan sedemikian," katanya berucap pada Perhimpunan Melayu anjuran Perkasa Perak di sini.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, mengikut kenyataan Menteri Besar Kelantan itu, mereka yang menjadi nasionalis dianggap telah menolak agama.

"Bagi Nik Aziz kalau hendak menjadi Islam bukan saja mengucap dua kali syahadah tetapi menjadi tiga kalimah termasuk menjadi ahli dalam parti Pas, baru dianggap sah sebagai orang Islam," katanya. – Bernama


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, February 26, 2011

UNTUK PENGUNDI MERLIMAU.. BEZA MELAKA DGN KELANTAN.. FIKIR2 FIKIRLAH..



melaka terus pesat membangun


PERBANDINGAN KEJAYAAN MELAKA & KEGAGALAN KELANTAN


No. Butiran Melaka (warna merah) Kelantan (warna hijau)

1. Kadar Kemiskinan (2009) [%] 0.5 4.8

2. Pendapatan bulanan isi rumah (2009) [RM] 4,184 2,536

3. Kadar Pengangguran (Suku Ke 3 2010) [%] 0.8 3.2

4. Jumlah Pengangguran (Suku Ke 3 2010) [Bil.] 2,400 17,700

5. Pertumbuhan KDNK/GDP (2010) [%] 7.0 5.1

6. Nilai KDNK (2010) [RM billion – harga semasa] 19.43 12.45

7. KDNK per kapita (2010) [RM] 25,185 7,453

8. Indeks Bandar Mampan (2010) 84.21 – 87.72* 71.43@

9. Hasil Kutipan Jab Kastam (2010) [RM] 1.6 bilion 37.3 juta

10. Hasil Kutipan Jab Imigresen (2010) [RM Juta] 57.3 13.2

11. Kadar Celik Huruf W/Negara (2009) [ >10 tahun, %] 95.5 92.3

12. Kadar Kematian Kasar (2008) [per 1,000 penduduk] 6.0 6.1

13. Kadar Kematian Bayi (2007) [per 1,000 kelahiran hidup] 7.8 8.0

14. Kelahiran Anak Tak Sah Taraf (2009) 1,077 1,221

15. Penagih Dadah (2009) [Bil.] 327 1,902

16. Jenayah Kekerasan (2010) [Bil.] 678 882

17. Keseluruhan Jenayah (2010) [Bil.] 5,976 7,900

18. Penceraian Di Kalangan Muslim (2009) [Bil.] 923 2,478


Nota: * MPAG & MPJ = 84.21; MBMB = 87.72 – Mampan.

@ MPKB = 71.43 – Sederhana mampan


pasar khatijah ni je la yang boleh dibanggakan


KREDIT TO: MAT KLATE FACEBOOKERS



30 SEBAB KENAPA HARUS TOLAK PAS DI KERDAU DAN MERLIMAU.. WAJIB TENGOK..



Korang baca sendiri.. Apa yang pernah Nik Aziz pernah katakan. Himpunan Kenyataan Media Mursyidul Am PAS & MB Kelantan lebih 20 tahun di Bumi Allah Di Hadapan dan disaksikan Manusia dan umat Islam adanya :

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam" - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.(Nizar Jamaluddin pun pernah mengatakan pekara yang sama bila di tanya oleh kenapa PAS tak tubuhkan Negeri Islam semasa Perak Dineraka kan)

3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir" - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid." - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram" - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembagunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila minum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?" - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kepada golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 19 November 1992.

11. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

12. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

13. "Tidak ada orang yang berhak menjaga dunia ini, kecuali orang yang belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

14. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yang tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

15. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

16. "PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

17. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001. 18. "Tafsiran negara Islam yang dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yang dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

19. "Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang" - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

20. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.

21. “Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

22. “Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

23. “Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga.” – Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

24. “Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak Nampak simbol lain kecuali simbol PAS. “ – Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan cerah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.

25. “UMNO tetap parti sekular kerana asas perlembagaanya tidak merujuk al-Quran dan Hadis.” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 22 Februari 1999.

26. ‘‘Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar.’’ – Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

27. “Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP.” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999

28. "Percaya-ae (kepercayaan) manusiyo (manusia) kepada kiamat menyebabkan seganah-ganah (seganas-ganas) manusia akan tok (tak) jadi ganah. Kerana dia yakin walau bagaimana ganahnya aku dan bagaimana pangkat... tingginya pangkat aku, tapi apalah nasib aku apabila aku berdepae (berdepan) dengan padang mahsyar. Di padang mahsyar kelak ada lagi yang lebih gagah daripada aku namanya Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih jabaruut, lebih samseng daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Ada lagi yang lebih angkuh daripada aku iaitu Allah Subhanahuwataala. Dan nama Allah Subhanahuwataala satu daripada namanya al-Mutakabbir, al-Jabbarul Mutakabbir. ( Al-Jabbar maknanya gagah kuasa ataupun kita panggil samseng. Al-Mutakabbir sombong, angkuh.) Akulah oghaenya (orangnya) sombong, tok denga (dengar) kato (kata) orang lain. Itu satu daripada sifat Allah Taala. Samseng pun dok (ada) di aku, hanelan (handalan) pun dok di aku, somong (sombong) pun di aku. Kalu (kalau) samseng, aku lebih samseng. Kalu mu jahat, aku lebih jahat, kalu mu somong (sombong) aku lebih somong. Percayaan kito manusiyo kepada akidah nilah, akidah akhirat kito panggil menyebabkan orang Melayu yang sokong Pas ni tidak jahat...'' – Rakaman Ucapan Nik Aziz Nik Mat berhubung isu Allah Samseng, Utusan Malaysia, 31 Julai 2002.

29. “Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka,” – Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

30. "DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak Islam itu lebih menghina Islam," – Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 12 Ogos 2009



TC: HANCUS PAS HANCUS PAS HIDUP BN......

Friday, February 25, 2011

ANUAR DI BOGELKAN UMI.. MUAHAHAHAHA..





Wednesday, February 23, 2011

WASPADA.. RAMAI MELAYU ISLAM SYIRIK.. Nauzubillah.. SEBARKAN..

Jangan Tunjuk Peace kerana...


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda "v" mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda "Law of Fives" (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud 'Nail' (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala.

Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya. Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist).

Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menterbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud :Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri).

TC: SEBARKAN..

Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, February 22, 2011

TPM UMUM CALON KERDAU.. AISEH KETAYAP DENGAN KEMEJA BURUK JE.. CAYALAHHH..



Teka-teki mengenai calon yang akan mewakili BN di Kerdau terjawab sudah. Anak tempatan, berjawatan Penasihat Agama kepada Menteri Besar Pahang dan juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Krau, Syed Ibrahim Syed Ahmad, 44, diumum sebagai calon BN dalam pilihan raya kecil DUN Kerdau 6 Mac ini.

Pemilihan anak jati tempatan untuk membawa cabaran BN pada pilihan raya kecil ke-16 itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Bilik Gerakan BN di Kampung Sri Ketumbit, Kerdau sebentar tadi.

Dalam sidang media selepas itu, Muhyiddin memberitahu kredibiliti calon, Syed Ibrahim, beri harapan yang cerah untuk BN mengekalkan kerusi DUN tersebut.

Beliau juga berharap 54 peratus pengundi Kerdau yang merupakan ahli UMNO menunjukkan sokongan padu kepada parti dengan keluar beramai-ramai 6 Mac ini.

Pilihan raya kecil Kerdau perlu diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Dewan Negeri (ADUN), Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 64, akibat penyakit jantung, 12 Februari lalu.

Allahyarham menang kerusi DUN Kerdau pada Pilihan Raya Umum 2008 dengan majoriti 1,615 undi, menewaskan calon PAS, Hassanudin Salim dan kawasan berkenaan mempunyai pengundi yang terdiri daripada 89 peratus Melayu, enam peratus Cina, 3.7 peratus India dan 2.5 peratus lain-lain kaum.

Monday, February 21, 2011

SOALAN2 MAUT UNTUK PAS.. SUNGGUH BERGUNA UNTUK NGANGA KAN DEPA.. Kui kui kui..

Soalan untuk PAS ini memungkin terkangkangnya juak2 PASNGOK untuk menjawabnya.. Tak boleh jawab punya lahhhh.. TC berani potong kuku TC.. Ekekekeke.. Tak percaya, cuba korang tanya soalan2 dibawah ni..
 
1) Adakah Kit Siang, Karpal dan Guan Eng setuju dengan agenda penubuhan negara Islam yang dibawa Pas?
 
2) Adakah pihak pembangkang membenarkan Pas melaksanakan hukum syariah di negeri-negeri yang diterajui Pas?
 
3) Mengapa Pas berdiam diri ketika perjanjian 'Persefahaman pihak pembangkang pada 18 Disember 2009' walhal perjanjian itu tidak meletakkan agenda penubuhan negara Islam?
 
4) Apa pendirian Nik Aziz, Kit Siang, Karpal dan Guan Eng mengenai kenyataan Dr. Wan Azizah mengatakan Anwar sebagai 'anugerah Tuhan'?
 
5) Mengapakah pihak pembangkang membenarkan Karpal terus mewakili Anwar dalam kes liwat sedangkan pernah mengakui mempunyai bukti keterlibatan Anwar dalam aktiviti homoseksual?

TC: APA MACAM.. ADA BRANI PASNGOK.. Huahahahahaha...



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, February 20, 2011

BONGKAR.. HALATUJU DAP SEBENAR.. KIMAK DEPA NEH..

Sejarah Ringkas DAP
 
 
" Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial yang "berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.". (PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967).

Pada Ogos 1966, "Lidah Rasmi" Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali.
Pada Oktober 1967, DAP menyertai 55 parti demokratik sosial, sosialis dan buruh yang lain di seluruh dunia sebagai ahli Socialist International (SI) di Persidangan Antarabangsa SI di Zurich, Switzerland (SI juga diwakili oleh parti2 dari negara Israel). 
 
Dalam pilihan raya umum 1999, DAP bersepakat dengan Parti Islam SeMalaysia (Pas), Parti Keadilan Nasional (Keadilan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM) untuk membentuk Barisan Alternatif (BA) dalam percubaan untuk memecahkan hegemoni politik BN yang menunjukkan kesombongan mereka dalam memerintah melalui cara yang tidak demokratik dan menindas hak asasi rakyat Malaysia sewenang-wenang, hanya kerana mereka memperoleh majoriti Parlimen dua pertiga.
 
Malangnya, peristiwa-peristiwa yang berlaku seterusnya, khasnya desakan Pas untuk membentuk sebuah negara Islam – suatu idea yang dianggap tidak bersesuaian dengan sifat majmuk negara Malaysia yang dikecapi DAP – memaksa DAP menarik diri daripada gabungan tersebut dua tahun kemudian.
 
DAP bagaimanapun tetap berpegang kuat kepada komitmennya bahawa Malaysia hendaklah kekal sebagai sebuah negara demokratik dan sekular.
 
Kerjasama DAP dengan tiga parti pembangkang lain adalah berdasarkan manifesto bersama BA "Ke Arah Sebuah Negara Malaysia Yang Adil" demi memusnahkan hegemoni politik BN dan menghancurkan rantai kongkongan yang membataskan hak dan kebebasan rakyat Malaysia yang menjejaskan keadilan, kebebasan, demokrasi dan pemerintahan yang baik.
 
Dia atas kewajaran tersebut, DAP mengambil keputusan untuk tidak lagi berada di dalam gabungan BA ini apabila ianya dicemari oleh desakan satu parti komponen bahawa sifat sekular negara ini harus digantikan dengan pembentukan Negara Islam"..

TC: Pelik sangat2 dengan PASNGOK, dah nyata DAPig tolak negara Islam.. Bingai ka Bongok PAS ni..



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

LAGI NIK AZIZ DI BALUN.. KALI INI DARI...


Setelah banyak membawa kecelaruan kepada umat Islam di negara ini selain mencetuskan keresahan kepada masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat bertukar nada.

Semalam, Nik Aziz menyatakan bahawa perjuangan terhadap Melayu perlu diutamakan. ‘‘Bagi Pas, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu (di Malaysia),’’ katanya.

Malah katanya lagi, kaum paling dominan adalah orang Melayu. Perubahan nada dan pendirian beliau itu mengundang persoalan. Selama ini, Nik Aziz mengetepikan hakikat Melayu perlu diberi lebih perhatian. Beliau langsung tidak mengambil kira soal sejarah, realiti masyarakat Melayu masih jauh ketinggalan dan keistimewaan yang termaktub dalam perlembagaan negara.

Mana-mana pihak yang mengambil pendekatan memperjuangkan kepentingan Melayu, akan dianggapnya sebagai jahil.

Tetapi Awang tidak terkejut. Demi politik, Nik Aziz boleh berubah sekelip mata. Awang setuju dengan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa Nik Aziz akan melakukan apa sahaja untuk memenangi pilihan raya umum dan kemudian menjadi pemerintah bersama dengan DAP dan PKR.

Hakikatnya di kalangan ramai orang Islam dan masyarakat Melayu, Mursyidul Am Pas itu dilihat sebagai ancaman kepada masa depan agama dan bangsa. Pendirian beliau dalam banyak isu termasuk membenarkan penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama lain, tunduk kepada DAP dan mengetepikan agenda perjuangan bangsa, menghiris hati masyarakat Melayu. Apabila pengasas Singapura, Lee Kuan Yew menyeru umat Islam republik itu mengurangkan amalan nilai-nilai Islam baru-baru ini, Nik Aziz sanggup mempertahankan beliau.

Pada pilihan raya kecil di Tenang, beliau sekali lagi mencetuskan keresahan apabila mendakwa umat Islam yang tidak mengundi Pas adalah golongan jahiliah.

Kini Nik Aziz macam lalang ditiup angin terpaksa berpatah balik untuk menyakinkan semula masyarakat Melayu. Pada Awang, itu tidak cukup. Beliau sepatutnya memohon maaf atas banyak kenyataan dan tindak-tanduknya yang memudaratkan kepentingan agama dan bangsa.

Awang juga tertarik dengan perubahan strategi Pas sehingga terpaksa mengadakan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa: Jaminan Pas.

Rasanya tidak perlulah Pas bersusah payah mengadakan konvensyen seumpama itu. Ia tidak akan memberi sebarang kesan selagi Nik Aziz dan beberapa pemimpin Pas terus dicucuk hidung oleh DAP dan PKR.

Sudah sampai masanya Nik Aziz Nik Mat memerlukan kumpulan penasihat yang mantap bagi membantu beliau dalam mengeluarkan pandangan dan kenyataan media.

Jika tidak, Pas dilihat seperti organisasi pimpinan Ayah Pin. Buktinya, apabila Nik Aziz buka sahaja mulut, ia pasti mengundang padah kepada parti itu sendiri. Imej Pas akan menjadi lebih buruk dan parti itu seolah-olah melacurkan agama.

Terbaru, jawapan Nik Aziz kepada kritikan Dr. Mahathir juga longgar dan amat meragukan. Hujah-hujah Tok Guru tidak meyakinkan.

Awang hanya mahu menyentuh satu perkara iaitu penjelasan Nik Aziz mengapa beliau berbaik dengan DAP. Menurutnya, ia membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP. Dengan kata lain beliau mahu berdakwah kepada ahli-ahli dan penyokong DAP. Sampai ke manakah tahap dakwah itu, apakah sehingga mengislamkan ramai penyokong DAP? Nik Aziz kena perjelaskan hal itu sedalam-dalamnya untuk pemahaman masyarakat Cina dan juga menepis kekeliruan umat Islam. Tetapi Awang percaya Nik Aziz terperangkap dengan kritikan Dr. Mahathir. Ternyata beliau tidak mempunyai jawapan yang konkrit. Jika mahu berbaik dengan parti bukan Islam dan bagi memperkenalkan Islam, UMNO telah mempelopori usaha itu bersama MCA dan MIC seawal tahun 1950an lagi. Muafakat antara agama dan kaum telah lama dimulakan oleh UMNO pada ketika Pas sibuk mengkafirkan parti-parti bukan Melayu suatu masa dahulu. Lebih ramai bukan Islam memeluk Islam terutama di era Tunku Abdul Rahman kerana kesederhanaan dan toleransi agama Islam di bawah naungan kepimpinan UMNO. Yang sebenarnya menjadi isu sekarang ialah sikap Pas terutama Nik Aziz mengikut telunjuk DAP. Beliau tergamak melabel UMNO sebagai pihak yang kononnya tidak mengamalkan Islam tetapi menjulang DAP yang diketahui sentiasa cuba menggugat kepentingan Islam. Beliau terlupa bahawa kerajaan UMNO paling banyak mendirikan masjid, sekolah agama selain universiti Islam, Tabung Haji, memperkenalkan Bank Islam, instrumen kewangan Islam, insurans Islam dan banyak sumbangan lagi. Semua itu bukan hasil perjuangan Pas apatah lagi DAP.

Setakat ini, tiada apa yang menampakkan DAP akur kepada muafakat kepimpinan Islam dalam pakatan pembangkang. Sebaliknya, banyak kepentingan Islam tergugat angkara percaturan politik DAP sementara Pas menjadi picisan. Maknanya Nik Aziz gagal di samping membuka lebih banyak ‘pencerobohan’ ke atas kepentingan Islam di negara ini. Beliau juga ternyata takut kepada DAP. Penegasan berulang kali Pengerusi DAP, Karpal Singh ‘langkah mayat saya sebelum menubuhkan negara Islam’ tidak berani disanggah oleh Nik Aziz. Beliau menikus seolah-olah Karpal juga adalah Pengerusi Pas. Belum pernah dalam sejarah Pas, ada pemimpin yang dayus dan celaru seperti Nik Aziz. Belum pernah...

Saturday, February 19, 2011

UMNO RACIST!!!!! 17 DARI 20 ORANG KAYA DI M'SIA ADALAH MELAYU.. CEHHHHH..


Senarai orang terkaya di malaysia


Majalah perniagaan Malaysian Bussiness terbitan hari ini (16 Februari 2011) sekali lagi mendedahkan senarai terkini 40 individu terkaya di Malaysia (Malaysia’s 40 richest people). Seperti kajian sebelumnya, senarai terbaharu ini juga diperoleh berdasarkan penilaian ke atas pegangan individu terbabit dalam syarikat tersenarai. Bagaimanapun untuk blog ini, saya hanya menyenaraikan 20 daripada 40 individu terkaya yang dimaksudkan. Untuk mengetahui keseluruhan 40 senarai taikun terkaya di Malaysia dan butiran kekayaan mereka, kenalah baca daripada majalah tersebut.

Individu terkaya di Malaysia pada kedudukan 1 – 20 ialah:

  1. Robert Kuok – RM50.04 bilion
  2. T. Ananda Krishnan – RM45.78 bilion.
  3. Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.77 bilion
  4. Tan Sri Lee Shin Cheng – RM12.74 bilion
  5. Tan Sri Lim Kok Thay – RM10.89 bilion.
  6. Tan Sri Quek Leng Chan – RM10.75 bilion
  7. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM8.84 bilion.
  8. Puan Sri Lee Kim Hua – RM7.43 bilion
  9. Tan Sri Tiong Hiew King – RM4.77 bilion.
  10. Ong Bee Seng – RM3.98 bilion
  11. Tan Sri Azman Hashim – RM3.93 bilion.
  12. Tan Sri Vincent Tan – RM2.43 bilion.
  13. Datuk Lee Yeow Chor
  14. Lee Yeow Seng
  15. Datuk Seri Lee Oi Hian
  16. Datuk Lee Hau Hian
  17. Tan Sri Yeoh Tiong Lay
  18. Tan Sri Lau Cho Kun
  19. Datuk Mokhzani Mahathir
  20. Tan Sri Jeffrey Cheah
Daripada 20 individu terkaya itu, hanya tiga adalah golongan bumiputera. Mereka adalah Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary Foundation yang menerajui Kumpulan DRB-Hicom. Beliau menduduki tangga ketujuh dengan kekayaan RM8.84 bilion. Di tangga kesebelas adalah Tan Sri Azman Hashim daripada Kumpulan Arab-Malaysian dengan kekayaan RM3.9 bilion manakala anak mantan perdana menteri, Datuk Mokhzani Mahathir (kanan) dari Kenchana Petroleum di tangga ke-19 dengan RM1.6 bilion.

TC: MACAM NI RACIST LAGI KA MELAYU.. HUHUHU 3 ORANG JE LAAAA...

LATEST.. USTAZ DERIS BALUN NIK AZIZ LAGI.. HAHAHAHAHA..


KOTA BHARU 18 Feb. - Tuduhan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa UMNO menolak Islam, merupakan bukti beliau telah mengkafirkan orang UMNO.

Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris berkata, sungguhpun tidak ada perkataan kafir dalam kenyataan itu, tetapi ia jelas menggambarkan keadaan tersebut.

"Tuduhan UMNO tolak Islam bukti kafirkan orang UMNO. Apa erti tolak Islam, minta Nik Abdul Aziz perjelaskan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mempersoalkan apa bukti beliau mengkafirkan orang UMNO.

Nik Abdul Aziz turut berkata, hasil hubungan akrab Pas dengan DAP, serangan parti itu terhadap Islam telah berubah.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam kepada MCA dan DAP macam mana," katanya.

Nik Abdul Aziz mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat.

Dr. Mahathir berkata, Nik Abduk Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut kenyataan Nik Abdul Aziz, Mohd. Noor yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat berkata, Menteri Besar Kelantan itu patut bertaubat kerana kenyataan-kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini mengenai UMNO dan orang Melayu yang didakwa menolak Islam merupakan satu fitnah dan ia tersebar ke seluruh dunia.

"Orang Melayu di seluruh dunia sewajarnya berasa 'pedih' dengan kenyataan Mursyidul Am Pas itu," katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau meminta pihak berkenaan meneliti semula gelaran tok guru yang diberikan kepada Nik Abdul Aziz kerana ia tidak menggambarkan personaliti Mursyidul Am Pas itu.

Mengenai kenyataan Nik Abdul Aziz slogan 'Membangun Bersama Islam' Pas boleh diubah berikutan masih wujud kegiatan pelacuran dan perjudian di negeri ini, Mohd. Noor berkata, ia menunjukkan pemimpin Pas tersebut tidak istiqamah dalam perjuangannya.

"Bila pemimpin tidak istiqamah dan was-was, ini bererti dasar perjuangan Pas tidak istiqamah," katanya.

TERBARU.. NIK AZIZ DI CABAR LAGI.. MANA DIA BERANI BRO...



KUALA LUMPUR 18 Feb. - Kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) yang mengakui tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk memperkenalkan Islam kepada sekutu politiknya itu disifatkan sebagai amat meragukan.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, ini kerana kerjasama Pas dengan DAP dilihat lebih berkepentingan politik daripada keutamaan 'memperkenalkan' Islam.

Lagipun katanya, DAP telah wujud sejak berpuluh tahun lalu di negara ini dan parti itu sepatutnya telah memahami Islam memandangkan ia merupakan agama rasmi di Malaysia.

Justeru, katanya, Nik Abdul Aziz dicabar supaya mengemukakan bukti serta pelan perancangan parti tersebut dalam memperkenalkan Islam kepada DAP seperti yang diakui Menteri Besar Kelantan itu.

"Jika benar seperti apa yang didakwa Nik Aziz, JMM tidak akan teragak-agak untuk menyokong dan menyertai Pas dalam wadah memperkenalkan Islam kepada DAP, saya mahu lihat pelan perancangan beliau (Nik Abdul Aziz) dahulu," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan yang dikeluarkan Nik Abdul Aziz mengenai perkara itu di Kota Bharu semalam.

Kenyataan menteri besar itu merupakan susulan daripada percakarannya dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kebelakangan ini, yang antaranya mempersoalkan tentang kewajaran Pas bekerjasama dengan DAP.

Menurut Nik Abdul Aziz, hasil kerjasama Pas dengan DAP setakat ini memperlihatkan DAP kini tidak lagi menyerang Islam seperti sebelumnya.

Tengku Amalluddin kemudiannya secara sinis menambah, Pas diminta supaya 'memperkenalkan' Islam kepada DAP secara penuh berhemah supaya agama itu terus dihormati.

"Jangan sampai (Pengerusi DAP) Karpal Singh cakap 'langkah mayat saya dahulu' jika mahu mendekatkan Islam kepada DAP," tegasnya.

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC