Saturday, December 11, 2010

TC KEMBALI MENEBUS MARUAH.. BERJUANG DIALAM MAYA MENGHAPUS PENKHIANAT BANGSA..


Ini bokan soal ludah nak jilat balik. Ini bukan soal hampuk di tarik balik. Ini adalah soal perjuangan yang TC anggap ia adalah sebahagian asam garam dalam kehidupan. Perjuangan hidup, dalam kebanyakan hal, dilalui dengan penuh liku, bagaikan mendaki bukit tinggi yang terjal, menang tanpa perjuangan panjang bagaikan menang tanpa kebanggaan. Jika tidak ada kesukaran, tidak ada kesuksesan. Jika tidak ada sesuatu yang diperjuangkan, tidak ada yang akan dicapai. Kesukaran mungkin menakutkan bagi orang yang lemah. Namun memberikan perangsang menyegarkan bagi orang yang tegas dan berani. Segala pengalaman hidup memang berperanan membuktikan bahwa rintangan yang menghalangi kemajuan manusia mungkin, pada umumnya, dapat diatasi dengan perilaku yang baik, semangat yang jujur, aktifitas, ketabahan, dan kebulatan tekad mengatasi kesulitan.

Terima kasih bebanyak TC ucapkan pada rakan rakan perjuangan Perak yang masih utuh bersahabat atas dasar Perjuangan. Semangat yang diberikan, galakan yang berterusan, nasihat yang dijadikan pegangan oleh sahabat sahabat otai bloggers dan muka muka baru Insyaallah TC akan ingat. Tq so much.. Anda adalah sahabat sejati.. Anda memberikan semangat baru buat TC untuk berjuang..

Kebangkitan Taipingcentral akan bermula dari sekarang.. Secara rasminya TC dengan ini membubarkan PROTES SENYAP yang dilancarkan bagi diri TC sendiri.. Posting dalam Perak mahupun diluar akan berada dialam maya bermula saat ini.. Saat ini TC tak peduli lagi, ganjaran, habuan, Dajjal yang merompak hak TC, fitnah yang dihamburkan kepada TC dan rakan2, laptop yang masih tersangkut payment, kekai mamak yang menjadi lokasi surfing, tetap TC akan terus berjuang hingga ketitisan darah yang terakhir..

Kepada sialan-sialan bangsa, anda memang bergaya di alam sekarang tapi INGATLAH dimuka pintu pengiraan bahu kiri dan kanan anda, terimalah dengan sedahsyat-dahsyatnye..

Kepada pejuang pejuang Bloggers yang bersama-sama dengan TC, BANGKITLAH, SEDARLAH, TERUSKAN PERJUANGAN BERSAMA, KITA AMUK, AMUKAN YANG HEBAT, BIAR APA ORANG NAK KATA, PEDULIKAN SEMUA, YANG MENJADI KEUTAMAKAN SEKARANG ADALAH PERJUANGAN KITA FISABILILLAH...

Hidup adalah
perjuangan. Itu kata orang. Memang benar, dalam hidup akan penuh dengan perjuangan. Terutama bagi mereka yang memiliki cita-cita besar, baik cita-cita pribadi maupun cita-cita dalam dakwah.. Bagi mereka yang tidak memiliki cita-cita besar, tidak akan mampu melihat bahwa hidup penuh dengan perjuangan. Yang ada di depan SIALAN SIALAN BANGSA ini hanyalah bagaimana mencari kesenangan belaka.. Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri.. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan
..

BANGKITLAH ANAK BANGSA, BANGKITLAH PEJUANG BLOGGERS PERAK, MARILAH BERSAMA, KITA BUKTIKAN, AMUK.... AMUK.... AMUK....

DAULAT TUANKU.. HIDUP MELAYU.. HIDUP PERAK..

5 comments:

  1. Assalamualaikum Pejuang!

    Sekali hampir rebah tetapi didokong bangun kembali, apa yang nyata kali ini bukan soal sakit sendi lagi, sakit pinggang maupun sakit urat, rasanya sudah SEMBUH dan boleh berlari deras

    Begitu besar ruoanya FADILAH walaupun Bloggers perak terinaya oleh pengkhianat bangsa, iktibar dan hikmah Bloggers perak terinaya berakhir dengan PENYATUAN,

    Tahniah dari kami untuk anda sekalian diatas kebangkitan kembali, pengakhiran yang tidak terduga bila kami lihat tuan-tuan semua semakin mantap dan perkasa sebagai satu batalion.

    Sukar untuk mejangka apa yang sekupangdua, anda serta sahabat bloggers Perak yang lain dihimpit dengan pelbagai isu dan cerita yang pelbagai warna yang menyedihan tetapi kami tetap percaya pengakhiran nya sungguh meyenangkan

    HARI INI PERANG SUDAH BERMULA/// KEPADA BLOGGER PENGKHIANAT BANGSA pastinya AMARAN DARI SAF BLOGGERS PEJUANG... PENGKHIANAT tunggu AMOKAN bloggers, Perak tak sebesar mana!!!

    Kalau inilah SAF PEJUANG!!! ini bermakna KAMI DIANTARAnya. HIDUP MELAYU!!!

    ReplyDelete
  2. ASALAMUALAIKUM SAHABAT

    Banyak rintangan blogger-blogger PERAK terpaksa tempuh bila ada kawan yang jadi lawan, bila rezeki di tukar cari untung, Bila ikhlas ditelan si TAMAk, bila Berjuang ditukar Pejuwang yang nampaknya mencacatkan perjuangan bloggers perak dengan membelakangi ikrar keikhlasan dan pengorbanan demi perjuangan.

    Sedar atau tidak, sekali pun ditawakan orang yang sedang kenyang menyamun, pura-pura senyum kononya senang sebaliknya ketawa dengan terinaya kawan-kawan, memek muka dikerut tampak sedih walau disebaliknya sedang berdekah tanda meraikan HASAD yang berjaya.
    semua ini sebenarnya jika diteliti pastinya terjawab, PENGAKHIRAN seperti kata Kinta Menjerit sebenarnya HIKMAH yang kita tidak sedari...

    Hikmah bila kita dihasadkan oleh penderhaka bangsa, semakin kita terinaya, maka setiap kali itu juga kita semakin ERAT, setiap kali ada gelombang hasad datang cuba meruntuh dan memusnahkan Blogger pengakhiran akan menyatukan kita bertambah KUAT dan ERAT.

    Bagaimanapun teman nak ucap terima kasih atas kepercayaan miker dan sahabat sekelian, jauh di sudut hati teman cukup jelas peribahasa lama perlu ditukar... kalau dulu rambut sama hitam hati lain-lain tetapi kini kita telah membuktikan salah sebenarnya peribahasa dari datok moyang lagi...

    RAMBUT TIDAK LAGI SAMA HITAM tetapi hati kita tetap sama ....

    Insyallah selagi hayat jika perjuangan memerlukan saya selagi itu teman akan bersama!
    DAULAT TUANKU! HIDUP MELAYU! ALLAHUAKBAR!!!
    Jom ngamok pada HARAM JADAH yang menjual bangsa! jangan kita biarkan walau seinci dia terlepas lari, ngamok MOH!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....berkat sabar kita bersikap senyap sambil mengisi diri telah menjadikan kita semua lebih kukuh. Sokongan dari sahabat pejuang semua telah mendidik saya untuk berdiri sebaris dengan pejuang semua dalam membina kubu yang paling utuh. semoga jalinan ini bukan sekadar dihujung jari tetapi juga hingga ke telapak tangan kita semua apabila bertemu secara nyata. Terima kasih kepada saudara Taiping dan sekupang atas semangat yang tak pernah dicapai oleh sesiapa pun selama ni. Parang pedang tetap terhunus untuk saudara semua acukan kepada musuh.

    ReplyDelete
  4. setuju...

    Seronokdok tengok ramai geng dah mula melompat!
    Nampaknya dah semua ready ... apalagi jom amuk
    Pada kaki cilok mau dok ingat! hang nak lari tang mana, baik bertobat la sebelum terlambat!
    Pak tam bukan boleh tengok Melayu dok tipu melayu macam ni, memang selalu naik angin
    ini yg buat pak tam dok naik bulu roma
    Lagi pun pasal balun haram jadah ni memang lama dok tunggu

    Hangpa jangan lupa pak tam pun masuk geg hahaha

    ReplyDelete
  5. Salam.. Mohon jasa baik tuan untuk link kan blog saya di dalam blog tuan..
    www.malaysianutd.blogspot.com
    TQ

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC