Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, March 27, 2011

DATUK T DIPERSALAHKAN..


Masyarakat tidak harus menuding jari menyalahkan trio Datuk T semata-mata ekoran pendedahan mereka terhadap pembongkaran video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Setiausaha Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani berkata, orang ramai perlu bersikap positif terhadap pendedahan tersebut kerana ia bermatlamat untuk membongkar sebuah kebenaran.

Justeru, tegasnya, adalah tidak adil untuk mendesak agar tindakan dikenakan terhadap trio tersebut semata-mata kerana dianggap bersalah membongkar video seks tersebut.

"Pendedahan yang dilakukan itu adalah perkara yang berbeza dengan pemilikan atau tayangan video lucah untuk tayangan mahupun edaran kepada umum.

"JMM yakin ia (pendedahan) dibuat bukan untuk merangsang perhatian umum seperti penayangan video lucah sebaliknya kerana mendedahkan sebuah kebenaran," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.

Awal minggu ini negara digemparkan dengan pendedahan satu rakaman video aksi seks seorang lelaki yang didakwa pemimpin pembangkang dengan seorang pelacur dipercayai dari China di sebuah hotel di ibu kota.

Rakaman video hitam putih itu dimiliki dan didedahkan oleh sekumpulan yang menggelarkan diri mereka Datuk T sebelum misteri mereka terungkai apabila bekas Ketua Menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik, ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim mengaku bahawa mereka adalah trio tersebut.

Tengku Amalluddin berkata, pendedahan seperti yang dilakukan oleh Datuk T juga tidak boleh disamakan dengan matlamat penayangan video lucah yang lain yang mampu membuatkan penonton terangsang.

Sebaliknya, kata beliau, tujuan video seks itu dipertontonkan kepada sekumpulan wartawan adalah untuk mencari kebenaran semata-mata.

Malah beliau yakin dan optimis sekiranya dipertontonkan kepada umum, masyarakat akan berasa jengkel dan geli dengan aksi 'pelakon' dalam video seks tersebut.


Saturday, March 26, 2011

Bukti penting ditemui, wanita dalam video dicari..


Bukit Aman semalam menahan dua individu dipercayai boleh membantu siasatan kes rakaman video seks yang didakwa mirip Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang wanita muda warga asing.

Tanpa menyatakan identiti kedua-dua individu terbabit, Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Ghazali Md Amin, berkata polis juga memperoleh bahan bukti penting, termasuk salinan rakaman video berkenaan daripada mereka.

Katanya, salah seorang individu ditahan turut membawa polis ke sebuah bilik hotel mewah yang terletak di Daerah Dang Wangi dipercayai lokasi rakaman adegan seks berkenaan dilakukan.

"Unit Forensik dari Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras dihantar bagi membantu siasatan pasukan khas di tempat kejadian, termasuk menjalankan pemeriksaan ke atas rakaman CCTV di hotel berkenaan pada tarikh dan masa kejadian," katanya kepada pemberita, di sini semalam.
Ghazali turut mengesahkan kedua-dua individu terbabit dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dijalankan ke atas mereka, namun boleh dipanggil pada bila-bila masa bagi melengkapkan proses siasatan.

Penahanan kedua-dua individu terbabit menimbulkan pelbagai spekulasi di kalangan media dan orang ramai, termasuk mengaitkannya dengan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang membuat pendedahan berhubung rakaman video seks berkenaan.

Bagaimanapun, Rahim ketika dihubungi menafikan beliau salah seorang daripada dua individu yang ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan semalam.

"Mana ada saya ditahan... saya yang pergi sana (Bukit Aman) petang semalam (Khamis) untuk memberi keterangan, termasuk menyerahkan bahan bukti. Itu sekali saja saya pergi Bukit Aman dan sampai sekarang saya belum dipanggil (polis). Cerita fasal saya kena tahan ini mungkin timbul dari salah faham.

"Cerita fasal tangkapan ini atau siapa yang ditahan, semuanya saya percaya satu propaganda... tidak pastilah untuk tujuan apa sebenarnya. Yang paling penting sekarang, siapa pelakon dalam video itu. Bagi saya, itulah isu utamanya... itu yang rakyat mahu tahu," katanya.

Justeru, beliau meminta cerita mengenai penahanan atau penangkapan itu dihentikan segera kerana boleh membuatkan rakyat keliru dengan isu yang sebenarnya.

"Tidak timbul saya ditahan atau tidak... saya ke sana (Bukit Aman) hanya untuk beri kenyataan dan membantu siasatan polis. Persoalan utama sekarang, siapa yang muncul dalam video itu. Persoalan itu yang harus dijawab," katanya.

Rabu lalu, Rahim bersama Eskay dan seorang lagi rakan mereka, Datuk Shuib Lazim yang juga Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) membuat pengakuan bahawa mereka adalah Datuk T atau Datuk Trio yang bertanggungjawab mendedahkan rakaman video seks didakwa membabitkan Anwar kepada media.

Pengakuan itu menyusul tiga hari selepas sekumpulan media, termasuk wakil agensi berita asing dipertontonkan kepada rakaman adegan seks berkenaan di sebuah bilik dikawal rapi di Carcosa Sri Negara.

NIK AZIZ DI DAKWA KELUAR FAKTA EKORAN BLUE FILM....


Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mengeluarkan ‘fatwa’ tentang apakah hukumnya pemimpin pembangkang yang didakwa berzina dengan pelacur seperti yang didedahkan melalui rakaman video seks Isnin lalu.

Timbalan Yang Dipertua JMM, Omar Salleh berkata, ‘fatwa’ itu penting kerana Nik Abdul Aziz hanya menyalahkan pihak yang menyebarkan video tersebut tetapi, tidak langsung menyentuh mengenai dosa penzina dalam video itu.

“JMM berharap Nik Abdul Aziz tidak ketandusan ‘fatwa’ kerana sehingga kini masih belum ada sebarang hujah agama digunakan untuk mengutuk perlakuan zina ini.

“Sebaliknya, beliau menyifatkan pihak yang menyebarkan rakaman video seks itu sebagai bodoh dan tidak bermoral. Bagaimana pula dengan penzina? Adakah mereka bermoral?” katanya dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Nik Abdul Aziz yang dilihat cuba mempertahankan akhlak orang yang melakukan perbuatan zina di dalam rakaman itu.

Mengulas lanjut tindakan Menteri Besar Kelantan itu, Omar berkata, pendirian Mursyidul Am Pas tersebut bukanlah sesuatu yang pelik kerana percaya, Nik Abdul Aziz sanggup menghalalkan apa sahaja demi kepentingan politik meskipun sedar tindakannya itu akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di negara ini.

“JMM yakin Nik Abdul Aziz akan mempertahankan orang yang melakukan hubungan seks berkenaan dan pada masa yang sama akan mengkafirkan orang yang membongkarkan kegiatan tidak bermoral itu,” jelasnya.

Saturday, March 19, 2011

UNDI LAGI DAPig KAT PENANG.. ORANG MATI PUN DI KACAU NYA..




KUBUR ORANG MELAYU:-

Tak cukup tanah, bina rumah atas tapak kubur.

Demikian dakwaan penduduk Kampung Bukit Kechil, Sungai Nibong dekat sini terhadap rancangan sebuah syarikat pemaju untuk membina projek perumahan di atas sebahagian tanah perkuburan Islam kampung berkenaan tidak lama lagi.

Ia berlaku selepas pemilik tanah bertindak menjual tanah di atas bukit di situ kepada syarikat berkenaan baru-baru ini.

Penduduk mendakwa, tanah itu sebelum ini telah diwakafkan oleh pemiliknya sebagai kawasan perkuburan bersama beberapa pemilik lain semasa mereka meneroka kampung itu kira-kira 200 tahun lalu. malah kawasan seluas kira-kira 0.2 hektar itu telah dipagar oleh Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) sebagai tanah wakaf sejak lima tahun lalu.

Fikri Hasanusi, 43, mendakwa, walaupun ia hanya melibatkan kawasan seluas 100 meter persegi, 20 kubur lama di situ bakal lenyap dan bukannya dua kubur seperti yang didakwa oleh pemaju.

“Kami tidak mempertikaikan hak pemilik menjual tanah tetapi kami minta pihak berkuasa meninjau keadaan ini kerana ia melibatkan kepentingan orang ramai dan ramai waris si mati,”


JERAT ORANG CINA:-

Tindakan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) meluluskan kerja menggali dan mengalihkan 56 jirat Cina lama berusia 112 tahun di Batu Lancang di sini menimbulkan ke marahan waris-warisnya.

Mereka mendakwa, MPPP telah meluluskan permit menggali semula jirat itu kepada sebuah syarikat pemaju sedangkan pertikaian mengenai perkara itu masih dalam perbicaraan di mahkamah.

Seorang waris, Yeoh Cheang Huat, 65, berkata, kelulusan itu sepatutnya ditangguhkan tetapi MPPP membenarkan pemaju melakukannya menerusi peruntukan di bawah Seksyen 97(1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya, beberapa rayuan kepada MPPP termasuk untuk bertemu pemimpin kerajaan negeri bagi membincangkan isu itu tidak dilayan.

Katanya, antara tokoh ternama yang disemadikan di tanah perkuburan itu ialah pengasas Dewan Perhimpunan Cina Pulau Pinang, Tan Hup Chui dan dermawan terkenal, Lim Ko Seng.



Friday, March 18, 2011

NIZAR MEROYAN LAGI DI PERAK DAN MENIPU.. CEIT..


Pembangkang bohong sidang DUN dikawal ketat: Zambry


Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, hari ini berkata pakatan pembangkang berbohong apabila mendakwa persidangan Dewan Undangan Negeri Perak masih dikawal ketat oleh polis.

Katanya, persidangan yang berlangsung November lalu menjadi bukti bagaimanana ia berjalan dengan lancar dengan kehadiran Ahli Dewan daripada pembangkang yang turut sama bermesyuarat selama empat hari.

"Tak perlulah berbohong untuk cari alasan tak mahu hadir," katanya kepada pemberita di sini bagi mengulas kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang daripada PAS, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, semalam meminta Menteri Dalam Negeri memberi jaminan persidangan DUN Perak yang dijadualkan bulan depan bebas daripada kawalan polis.

Mohammad Nizar dilaporkan berkata, jaminan itu diminta kerana setiap kali berlangsungnya persidangan Dewan itu, pasukan polis dikerah untuk mengadakan kawalan ketat.

Zambry berkata, persidangan yang berlangsung sebelum ini jelas berjalan dengan baik dan tiada polis yang berkumpul di kawasan sekitar dewan seperti yang didakwa. - BERNAMA

PANAZZZZ.. Tony pernah ditahan di Singapura..


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa pernah ditahan dan dibicarakan di mahkamah Singapura menyebabkan beliau tidak layak untuk menjadi ahli Parlimen di republik itu.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, selain itu, Ahli Parlimen DAP itu juga pernah bersekolah di negara jiran tersebut di peringkat sekolah rendah sehingga ke peringkat yang lebih tinggi.

Katanya, fakta itu mungkin diketahui oleh Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin sehingga menimbulkan ketegangan di antara kedua-dua wakil rakyat tersebut pada persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mungkin Bung (Moktar) tahu dia (Tony) belajar di Singapura dari sekolah rendah sehingga peringkat tinggi.

"Dia dulu ditangkap di Singapura, dibawa ke mahkamah, tetapi sebab hubungan dia mungkin baik dengan pejabat tertentu di sana, beliau dilepaskan (dan) tidak dapat jadi ahli Parlimen (di sana)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Zahid diminta mengulas mengenai kemarahan Tony terhadap Bung Moktar apabila digelar sebagai ejen Singapura oleh wakil rakyat Kinabatangan itu.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid tidak menyokong kenyataan Bung Moktar tersebut dan meminta supaya Tony menjelaskan perkara itu di Dewan Rakyat memandangkan Bung Moktar melontarkan 'sindiran' itu di tempat sama.

Sementara itu, Tony ketika dihubungi hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad Zahid tersebut yang disifatkannya sebagai tidak berasas sama sekali.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat besar, saya tidak pernah ditangkap seumur hidup saya kecuali di Malaysia," ujarnya.

Selain itu, Tony menafikan beliau pernah bersekolah rendah di Singapura tetapi mengakui pernah melanjutkan persekolahannya di peringkat menengah di republik tersebut.

Thursday, March 17, 2011

BEKAS PEMIMPIN PKR PULA TEMPELAK JIJAH ISU DNA


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu menjelaskan kepada rakyat alasan suaminya enggan menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) kepada mahkamah.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, beliau yakin Wan Azizah tahu sebab Datuk Seri Anwar Ibrahim enggan berbuat demikian.

“Di mana letaknya maruah beliau yang setia menemani Anwar ke mahkamah kerana saya yakin beliau mengetahui kegiatan suaminya sebagaimana yang turut diketahui Karpal Singh.

“Adakah semua tindakan Wan Azizah disebabkan beliau masih lagi mempunyai impian untuk menjadi ‘wanita pertama’ walaupun ternyata lakonan dan nafsu politiknya dipandang jijik oleh semua lapisan masyarakat. Kami mohon Wan Azizah segera bertaubat,” katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keengganan Anwar menyerahkan DNA bagi melicinkan proses perbicaraan kes liwat beliau di mahkamah.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh pula berpendapat, keengganan Anwar menyerahkan DNA membuktikan konsep memperjuangkan keadilan untuk rakyat yang dibawa PKR selama ini hanyalah retorik.

Katanya, perjuangan PKR harus diperbetulkan kerana apa yang dilakukan Anwar ketika ini jelas menunjukkan keadilan yang diperjuangkan hanya untuk kepentingan sendiri.

“Mengapa perlu dipanjangkan lagi perkara ini. Sekiranya benar beliau tidak bersalah buktikan, bukannya memberi pelbagai alasan yang tidak masuk akal.

“Beliau harus sedar bahawa keadilan tidak seharusnya diperjuangkan untuk dirinya sahaja. Bagaimana pula dengan keadilan untuk Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang turut menerima tempias daripada perbicaraan yang sengaja dilewat-lewatkan,” katanya.

Wednesday, March 16, 2011

Wan Azizah Dalam Dilema Ekoran DNA..


Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail digesa supaya menasihati suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar menyerahkan DNA berhubung kes liwat agar kemelut yang menjejaskan maruah keluarga dan parti pimpinannya berakhir.

Bekas Ketua Pemuda PKR Terengganu, Fakhrul Azman Abu Bakar berkata, beliau yakin itulah cara terbaik untuk membersihkan nama baik Anwar sekiranya Penasihat PKR itu benar-benar tidak bersalah dan segala dakwaan tersebut hanya merupakan fitnah.

"Malah Wan Azizah juga adalah Presiden yang mempunyai hak untuk menggesa Anwar yang juga Penasihat PKR itu berbuat demikian jika beliau juga benar-benar yakin Anwar tidak melakukan perbuatan terkutuk itu," katanya di sini hari ini.

Fakhrul Azman berkata, beliau bersimpati dengan Wan Azizah yang terpaksa berhempas pulas mempertahankan suaminya itu tanpa asas yang kukuh.

Pihak pendakwa bagi kes liwat yang sedang dihadapi oleh Anwar baru-baru ini memohon perintah Mahkamah Tinggi supaya mengarahkan Anwar menyerahkan spesimen daripada tubuhnya bagi mendapatkan profil DNA untuk tujuan perbandingan.

Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden sebelum ini berkata, permohonan itu dibuat mengikut Seksyen 73 dan Seksyen 165 Akta Keterangan bagi menentukan sama ada profil DNA yang ditemui dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari Azlan adalah milik Anwar atau pun bukan.

Permohonan pendakwaan itu adalah yang pertama seumpamanya pernah dikemukakan di mahkamah negara ini.

Sejak beberapa hari lalu, pelbagai pihak di beberapa negeri mengadakan himpunan secara aman mendesak Anwar yang juga Ketua Pembangkang menyerahkan DNA beliau.

Kata Fakhrul Azman, jika Anwar tidak bersalah, keputusan DNA itu nanti pastinya akan lebih menarik keyakinan rakyat untuk menyokong beliau dan seterusnya mampu memenuhi cita-cita politik Ketua Pembangkang itu.

Monday, March 14, 2011

RENUNGAN BUAT WALI SELIPAR NICKO AJIH.. INGATLAH

17 bahaya lidah adalah:

- kita akan terdorong untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah.

- kita akan suka berlebih-lebihan ketika bercakap dan berkata-kata.

- adakalanya kita bercakap perkara yang tidak benar, berbohong sedikit.

- lidah menjadi penyebab akan berlaku pertengkaran.

- satu perkataan dari lidah kita boleh menyebabkan permusuhan.

- kata-kata pedas yang tidak disengajakan

- kita akan suka bermanis mulut untuk menunjuk-nunjuk.

- mengeluarkan bahasa kesat (memaki hamun).

- gemar menyumpah-nyumpah (melaknat orang yang seagama dan sebangsa).

- bernyanyi lagu yang melalaikan kita dari melakukan ibadah.

- terlalu banyak bergurau dan bersenda.

- suka menghina orang lain.

- menyebarkan rahsia.

- berjanji lalu mendustai janji itu.

- akan mengumpat walaupun perkara remeh apalagi perkara berat.

- mengadu-ngadu pada orang lain hingga terjadi perang dingin.

- menjadi talam dua muka, menabur fitnah yang berbeza-beza pada orang berbeza.

- memuji yang melampau-lampau.

Anda sudah tahu 17 bahaya yang mungkin berlaku apabila kita tidak mengawal kata-kata dan tidak menjaga setiap satu perkataan yang kita selalu ucapkan. Salah satu sebab mengapa ramai orang ditimpa masalah adalah kerana dari lidah mereka.

Kerana lidah, badan binasa. Kesannya, hidup kita binasa dan kemurkaan Allah turun kepada kita kerana kita menyakiti orang lain melalui lidah.

Kerana lidah yang selalu memaki-maki, menyumpah seranah, mentertawakan seseorang dan mengumpat-umpat, ramai di antara kita di timpa dengan masalah yang tak berkesudahan.

Masalah itu menjadi balasan Allah atas perbuatan kita kerana kita tidak menjaga lidah. Kita mungkin pernah mengumpat, memaki atau memarahi seseorang dengan teruk sekali. Kita tak pernah fikir balasan atas kata-kata kita itu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, March 13, 2011

PANAZZ.. GUAN ENG SI KAFIR HARBI DAPAT KERANDA..


Sempena tiga tahun pentadbirannya, kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini 'dihadiahkan' keranda oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Bagaimanapun, 'upacara' penyerahan keranda yang ditempah khusus untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri sedikit kecoh apabila dihalang oleh polis.

Keranda tersebut telah dirampas oleh polis ketika kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman cuba menurunkannya di pintu masuk utama Komtar pada kira-kira pukul 9 pagi.

Berikutan tindakan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya menempah sebuah lagi keranda dengan harga hampir RM2,000 dan menukar lokasi 'majlis' ke Komtar Walk, iaitu pintu masuk yang lain kira-kira pukul 3 petang.


Pada badan lori yang membawa keranda itu turut tertera kain rentang tertulis perkataan-perkataan yang mengecam sikap Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar seperti 'diktator', 'berlagak besar', 'suka balas dendam', 'angkuh' dan 'sombong'.

Kumpulan tersebut cuba membawa turun keranda itu untuk diarak mengelilingi Komtar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak meneruskan tindakan mereka.

Sebagai mematuhi arahan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya memandu sendiri lori yang membawa keranda berkenaan menuju ke rumah Wei Aik yang terletak di Air Itam.

Kesemua mereka sebelum itu menyertai Perhimpunan Aman Bangkit bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam di Komtar Walk yang dihadiri kira-kira 200 ahli daripada beberapa NGO Melayu.

NGO-NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjung, Persatuan Silat Gegaran Petani Pulau Pinang dan Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia.

Turut serta Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Nelayan Jelutong dan Gelugor, Majlis Belia Daerah Barat Daya, Pertubuhan Belia 4B Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Pada perhimpunan berkenaan, Pengerusi Majlis Gabungan NGO-NGO Melayu Islam, Anwar Khan Ali Azqar Khan membacakan memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas setebal lapan muka surat.

Kandungan memorandum itu antara lain menyatakan kekhuatiran rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan-tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepanjang tiga tahun mentadbir negeri.

Antaranya menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, merampas tanah rakyat untuk mendirikan universiti, merobohkan gerai-gerai peniaga kecil, menubuhkan portfolio bukan Islam, membatalkan perarakan Maulidur Rasul dan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab hiburan.

Menurut Anwar Khan Ali, sepanjang tiga tahun lalu, kerajaan negeri sebenarnya dikuasai oleh DAP dan berjaya menggunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk mentadbir.

"Terlalu banyak yang telah mereka laksanakan sehingga mengguris perasaan orang Melayu dan agama Islam.

"Justeru, memorandum ini dihantar untuk diperhatikan dan dipanjangkan masalah serta tuntutan umat Islam Pulau Pinang ke dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu," katanya di sini hari ini.

Memorandum berkenaan kemudiannya dihantar ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 5 petang.

Friday, March 11, 2011

'Anwar masuk lokap semalaman'....



KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi semalam diberitahu, Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di bilik Lokap Bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kuala Lumpur semalaman kerana polis masih belum selesai mengambil rakaman percakapannya.
Saksi ke-25 pendakwaan, Pegawai Penyiasat, Superintendan Judy Blacious Pereira berkata, Anwar selesai menjalani pemeriksaan perubatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 10.25 malam pada 16 Julai 2008 dan dibawa kembali ke IPK sejurus selepas itu.

Pereira berkata, beliau tidak dapat menyiapkan proses mengambil rakaman percakapan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah (KAJ) pada malam itu juga kerana mendapat arahan untuk tidak mengambil rakaman percakapan pada waktu malam.

“Selepas membawa Anwar balik ke IPK daripada HKL, siasatan belum selesai jadi saya tahan beliau kerana perlu bertanya soalan lagi disebabkan kami tidak boleh mengambil rakaman percakapan selepas jam 6 petang, ” katanya menjawab soalan Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden dalam pemeriksaan utama.

Pereira berkata, Anwar dibebaskan pada jam 9.30 pagi keesokannya selepas beliau selesai mengambil rakaman percakapannya berhubung pemeriksaan perubatan yang dijalani di HKL.

Ketika ditanya Mohamed Yusof sama ada Anwar memberikan contoh darahnya ketika menjalani pemeriksaan perubatan di HKL, Pereira menjawab, “Tidak, dia beri alasan perkara sama akan berlaku seperti berlaku pada tahun 1998. Saya tidak tahu apa berlaku pada 1998.”
Pereira berkata Anwar menolak untuk diambil contoh darah selepas berbincang dengan peguamnya, R Sivarasa dan berbual dengan seseorang melalui panggilan telefon, tetapi tidak mengetahui siapa dan butir perbualan itu.

Katanya, selain barang bukti diambil daripada lokap dan kondominium, beliau juga merampas bahan pelincir jenama ‘Johnson & Johnson’ yang dibawa Mohd Saiful ke Balai Polis Brickfields pada 29 Jun 2008 dan seluar dalam biru hitam miliknya diambil daripada mesin basuh di rumah teman wanitanya.

Beliau juga mengambil sehelai seluar hitam, sehelai seluar jenama Levi’s dan sehelai kemeja tangan panjang berwarna hijau daripada rumah Mohd Saiful di Bandar Utama.

Selain itu, katanya, beliau mengenal pasti imej Anwar dan bekas pembantunya Mohd Saiful dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan mereka secara berasingan memasuki dan keluar lif Kondominium Seri Damansara di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008, iaitu lokasi dan hari kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Katanya, beliau turut mengenal pasti pemilik Unit 11-5-1 dan 11-5-2 kondominium, Hasanudin Abdul Hamid dan empat lagi selepas menonton rakaman CCTV itu pada 5 Julai 2008 antara jam 12 tengah hari dan 6 petang. Kedua-duanya dicam saksi semalam.

Perbicaraan bersambung hari ini.


Wednesday, March 9, 2011

NUAR RAMAS TETEK SEPUL.. UIISSHHHH..

Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.

Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.

Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.

Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.

Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.

Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.

Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.

Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.

Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.
Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.

Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.

Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai.

Oleh it, katanya, dia menggunakan kertas kosong.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, March 5, 2011

Last Minit Kempen.. PAS Terdesak Janjikan Syurga Lagi Di Kerdau.. Hampeh..

Itulah PAS.. Bila keadaan semakin suntuk, pelbagai cara kotor akan di gunakan untuk undi.. Tak kira apa dah, janji undi dapat di peroleh untuk menang.. Halal ke haram ke dah jadi no 2 oleh juak khawarij neh..

Terbaru, risalah di edarkan sekitar Kerdau bagi memancing undi dan di percayai telah merebak ke serata tempat.. Contoh risalah seperti di atas.. Malah ada sampai ke masjid2 dan tak lupa kuil2 pun terima skali..

TC: Raspek pengundi Kerdau, anda memang hebat kerana tidak terpengaruh dengan dakyah ni..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, March 3, 2011

LAGI MELAYU SYIRIK.. BENARKAH SURAT@EMAIL@SMS BERANTAI PESONG AQIDAH..?


Korang pon mesti pernah dtg surat@email@msg berantai ni kan.. akhir msg tu mesti ada dinyatakan mcm ni..

"sila hantar@edarkan kepada 10 umat islam yg lain..nescaya dalam 10 hari kemudian..hidup akan akan lebih bermakna.. JANGAN PADAM @ BUANG "..

etc..
kalo ikut logik mmg mcm x perlu dilayan.. tapi bila ade setengahnya melibatkan hadis.. ayat2 al quran.. ramai yg berbuat seperti yg diminta..
perlu ke?

TC copy paste dari sumber mesra.net/forum untuk tatapan kita semua.. Moga ia sedikit sebanyak memberi input kepada kita kelak. Insyaallah..

Sumber di nyatakan:

Surat berantai khurafat fitnah "Sheikh Ahmad"

oleh:Asyraf Wajdi(majalah DAKWAH, Mei 1978)

Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75 untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia 54 tahun.

Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy, penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi (1967-meninggal dunia 1979).

Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad). Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini adalah "melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun dikirimkan risalah ini". (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil. 7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam mesyuaratnya diPekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan Idris Shah, Perak.

Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini "termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar (shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.". Lagipun,"surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda". Allahyarham Datuk Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini "paling kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sadar si-pengirim".

Contoh Email Berantai:

Assalamu Alaikum This is a letter from Saudi Arabia and addressed to all the Muslims. These are the words of Sheik Ahmed, the watchman of the Prophet Muhammad's mosque (PBUH). On Friday night after reciting the Holy Quran, Sheik Ahmed slept and saw the Holy Prophet (PBUH) in his dream. The Prophet (PBUH) said to him, "Sheik Ahmed, this Friday about six thousand 6,000) people died, but none of them went to heaven. The women do not follow what their husbands tell them anymore. The believers who have money do not help the poor. People do not perform their pilgrimage as it is prescribed. The Muslims do not say their prayers regularly, let alone how it is supposed to be." Sheik Ahmed, tell the Muslims that this letter comes from you. They are to produce more copies of this letter and give to other Muslims so that it can spread and get to all the Muslims in this world. Anyone who produces this and spreads it to other Muslims will see it indeed (will see the REWARD).


TC: halus sungguh dakyah musuh kepada ISLAM.. NAUZUBILLAH..

MOHON DISEBARKAN BUAT PANDUAN..

PAS KENA TAPAU DI MERLIMAU.. BOLEH BUNGKUS PULANG..

JASIN 2 Mac – Rata-rata pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau mahukan wakil rakyat mereka seorang calon tempatan yang tulen dan berdaftar sebagai pengundi di kawasan tersebut.

Penduduk Merlimau, Arshad Aman, 63, berkata, wakil rakyat yang dipilih nanti harus datang daripada kalangan penduduk tempatan yang tentu dapat memahami masalah di kawasan tersebut.

"Ketulenan seseorang calon itu boleh diukur dengan melihat di manakah beliau berdaftar sebagai pengundi, kita tahu (calon Barisan Nasional) Roslan Ahmad bakal mengundi di Merlimau Pasir tetapi bagaimana dengan Yuhaizad?

"Jadi, saya minta Yuhaizad tampil menjelaskan di mana beliau akan membuang undi pada pilihan raya kecil Ahad ini atau adakah beliau tidak 'mampu' mengundi dirinya sendiri," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Rekod daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan Yuhaizad berdaftar di DUN Bemban.

Sebaliknya calon BN merupakan pengundi berdaftar di Merlimau dan akan membuang undinya di peti undi Merlimau Pasir.

Suri rumah, Hamidah Abdul Rahman, 50, pula mempersoalkan profil Yuhaizad sebagai seorang usahawan seperti dikemukakan oleh pentadbiran Pas.

Ini kerana, Pas tidak menyatakan dengan jelas dalam borang pencalonan jenis perniagaan yang diceburi Yuhaizad.

"Selain itu melalui laporan yang dikeluarkan, Yuhaizad juga pernah mengatakan beliau seorang ahli politik sepenuh masa, jadi siapa sebenarnya beliau," katanya.

Bagi pengundi muda, Mohd. Sah Jusman, 36, beliau lebih selesa memilih calon dikenalinya kerana ia memudahkannya untuk mengemukakan sebarang masalah pada masa depan.

"Seperti Roslan, kita tahu beliau memang merupakan anak tempatan yang mempunyai darah politik mengalir dalam dirinya.

"Roslan juga sering ditemui di pekan Merlimau, waima sebelum pengumumannya sebagai calon BN, manakala Yuhaizad pula muncul secara tiba-tiba sebaik sahaja diumumkan sebagai calon Pas," katanya.

Peniaga kuih, Aishah Md. Filus, 37, pula menyifatkan pemilihan Yuhaizad mewakili Pas sebagai sesuatu yang pelik kerana penduduk Merlimau kurang mengenalinya.

"Melalui perbualan harian saya dengan pelanggan, mereka sering tertanya-tanya siapa sebenarnya Yuhaizad, namun saya tidak ada jawapannya," katanya.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, March 2, 2011

INGAT PAS PASTI KITA INGAT..............


TENGAH2 SERONOK MELAYAN JUAK2 PAKATAN RUYUP KAT FB, TERCELAH LAH GURINDAM OLEH SORANG PENYOKONG TEGAR. KIH KIH KIH, TERER LA DIA..

ingat PAS ingat permainannya terhadap agama

Ingat PAS ingat kebersekongkolan PAS

ingat PAS ingat zina

ingat PAS ingat pembohongannya

ingat PAS ingat talam dua mukanya

ingat PAS ingat pembangunannya yg mundur

ingat PAS ingat tabung mamali.

ingat PAS ingat ketaksubannya.

ingat PAS ingat balak di Gua Musang

ingat PAS ingat Bekas MB Perak yang gila Kuasa

ingat PAS ingat Air Kelantan yang makin berkarat

ingat PAS ingat rogol isteri orang

ingat PAS ingat Kumpulan Ulamak dan Kumpulan Erdagon.

ingat PAS ingat diperkudakan oleh PKR dan DAP

ingat PAS ingat fatwa kepimpinannya,

ingat PAS ingat Mat Sabu

ingat PAS ingat Skandal Sex.

ingat PAS ingat Isu Mamali.

ingat PAS ingat Gula jual murah di kawasan Pilihanraya.

ingat PAS ingat ingat ‘gula-gula’ yg diberi.

ingat PAS ingat persidangan bawah pokok (mcm cerita P.ramlee)

ingat PAS ingat Bai’ah setiap Adun.

ingat PAS ingat projek babi di Selangor.

ingat PAS ingat Cikgu Mala.

ingat PAS ingat janji-janji kosongnya.

ingat PAS ingat puak-puak yg sentiasa berkumpul diatas pentas..

ingat PAS ingat ‘anjing yang sentiasa menyalak bukit..”

ingat PAS ingat akan sentiasa dikalahkan pada setiap kali Pilihanraya…


TC: MUAHAHAHAHAHA.... SEMPOI.. JOM TOLAK PAS..


CALON PAS MERLIMAU : YUHAIZAD TIPU DUIT ORANG...?


MACAM BIASA LER KALAU TC DOK TAK BUAT APA, BLOGWALKING JE LA KERJA TC.. SAMBIL2 TENGOK ISU2 PANAS SEMASA.. TERKEJUT SEKEJAP TC BILA TC BUKA BLOG SAHABAT YANG MENGATAKAN CALON PAS MERLIMAU NI SUKA TIPU DUIT ORANG.. UUUIIIISSSSSHHHHHH, BIAQ BETUL..

OPEN KAT SINI YER ... http://ohpolitik.blogspot.com/2011/03/gempar-calon-pas-dun-merlimau-yuhaizad.html

KATA BLOG OH POLITIK :

TERKINI DARI MERLIMAU : BAPA SAUDARA CALON PAS, DUN MERLIMAU, AHMAD ISMAIL MENDESAK YUHAIZAD TARIK DIRI DARI BERTANDING KERUSI DUN MERLIMAU!!!!!
Menurut Ahmad Ismail, YUHAIZAD telah menipu hampir 100K dalam perniagaan yang dikongsi bersamanya. SEMUA DOKUMEN DAN RESIT BERKAITAN PENIPUAN ADE PADA USTAZ MAZLAN PAS MELAKA??? Aku sedang menyiasat berkenaan dengan isu ini.

Dari sumber cakap-cakap sekitar Chinchin, difahamkan Isteri Yuhaizad, Shakila juga sedang bercuti bersama anak-anaknya selama hari suaminya berkempen di DUN Merlimau ini. Namun tidak pula kelihatan kelibat isterinya disamping suami tercinta berkempen bersama-sama. Persoalan aku adalah, cuti apa yang diambil oleh isterinya? Adakah cuti sakit(MC)? Cuti kecemasan? Cuti separuh gaji? Cuti Tanpa Gaji? Dan dimanakah isteri dan anak-anaknya? Bersembunyi dari wartawan dan orang ramai? Atau bersama muslimah PAS raih undi?

Lagi kisah Yuhaizad ini, Mak saudaranya telah dikepung oleh jentera PAS. Difahamkan bahawa mak saudara Yuhaizad merupakan penyokong kuat UMNO dan mempunyai banyak maklumat mengenai penipuan Yuhaizad ini. Jesteru Jentera PAS sangat berhati-hati dengan sebarang pergerakkan oleh maksaudaranya ini.

TOLAK PENIPU..TOLAK ...PAS..bapak sedare sendiri ditipu,,apetah lagi rakyat!!!

TC: ISH ISH ISH, SAUDARA PUN DIA BUAT LAGU TU.. APATAH LAGI RAKYAT..

JOM PAKAT TOLAK PASSNGOK..... PTUIH PTUIH PTUIH..

PAS UPAH PAPARAZI DI MERLIMAU.. SKODENG ORANG TENGAH KOREK HIDUNG..



PAS DENGAN KAMERA LAMANYE, EKEKEKEK

JASIN 28 Feb. - Tindakan Pas menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan calon dan peraih undi Barisan Nasional (BN) di Merlimau dan Kerdau hanya mendedahkan kelemahan jentera pilihan raya parti itu yang ketandusan isu untuk dimanipulasikan.

Malah, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau cuma khuatir 'skuad' berkenaan akan lebih menjurus kepada gejala menabur fitnah dan dakyah yang amat dicela oleh Islam.

"Terima kasih kerana beritahu, kita akan senyum... tapi hakikatnya kita (BN) tumpu kepada strategi sebab kalau nak 'buat cerita', macam-macam fitnah dan dakyah akan berlaku.

"Macam insiden Nik Aziz (beri duit kepada Orang Asli pada kempen pilihan raya kecil Galas tempoh hari), itu kita serah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita ada peraturan dan saya percaya semua parti faham akan peraturan (berkempen) ini," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyampaikan Anugerah Tawaran Baru kepada 586 guru besar sekolah rendah dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan di SMK Tun Syed Zahiruddin, Merlimau di sini hari ini.

Muhyiddin mengulas kenyataan Ketua Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa Pas telah menubuhkan 'skuad kamera' untuk mengintip pergerakan jentera pilihan raya BN.

Menurut Abdul Halim, gambar yang akan diambil termasuk jika wujud pergerakan elemen rasuah itu kemudian akan dicetak dan disebarkan sebagai modal kempen Pas pada saat-saat akhir pengundian Ahad ini.

Dalam pada itu mengulas tindakan isteri calon Pas, Shakila Mohamad yang juga seorang guru mengiringi suaminya, Yuhaizad Abdullah berkempen untuk meraih sokongan pengundi, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata:

"Dia ada kelayakan dari segi jawatan (guru) dan dia bebas ke mana sahaja asalkan tidak melanggar peraturan perkhidmatan awam, kerajaan tidak akan berniat jahat terhadapnya."


TC: KOMPOM DAH TAK DE ISU, JADI KERJA NYE SKODENG JE LAHHH PASNGOK WEII..


SKUAD KAMERA UMNO, HAHAHA STYLO TAK..



SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC