TC: minta pihak berwajib siasat kejadian ini yg sedang berleluasa di FB.
Sumber: MIM
Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.
Ingin KOMENG melangkah bertemu muka,
Terasa kaki amatlah berat,
Terasa hati SEKUPANGDUA amatlah suka,
Untuk melafaz apa yang tersirat..
Tapi hati KOMENG tidak sepakat,
Sepakat dengan anggota diri,
Tempat yang jauh terasa dekat,
Tetapi SEKUPANGDUA masih berdiri..
Berdiri SEKUPANGDUA hingga ke dinihari,
Menunggu SAMAN jatuh ke riba,
Menunggu SEKUPANGDUA berhari-hari,
Entahnya bila masakan SAMAN tiba..
SEKUPANGDUA perangsang kejayaanku,
Akan dikau dah pernah sedar,
Terima kasih ikhlas dariku,
Masa depan RAKYAT tak lagi pudar..
Gembira hatiku tidak terlakar,
KOMENG Pengecut tak datang-datang,
Renyuk buang ataupun bakar,
Tiada siapa menghalang SEKUPANGDUA sekarang..
KOMENG PENGECUT..
KOMENG TAK DAK TELOQ..
KOMENG KULUP KASI SIMPAN..
TC: hahahahaha.. Amacam bro SEKUPANGDUA..
Anugerah Industri Muzik AIM 2011 telah pun melabuhkan tirainya malam ini. Ternyata malam ini ada juga beberapa kejutan di AIM. Apapun AIM tahun ini adalah yang terbaik yang kiteorang pernah saksikan.Ac Mizal dan Zizan juga memang mengacarakan majlis AIM dengan baik dan kelakar..hehe..Persembahan pun semua best2…
Tahniah buat semua pemenang AIM 18 (Anugerah Industri Muzik 2011)
ARTIS BARU TERBAIK AIM 18
-Najwa
LAGU POP TERBAIK AIM 18
-Sedetik Lebih – Anuar Zain
LAGU NASYID TERBAIK AIM 18
-Nora feat VOU – Pedoman
LAGU POP ETNIK TERBAIK AIM 18
-Adibah Nor (Joget tak Senang Hati)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) AIM 18
-Anuar Zain (Sedetik Lebih)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) AIM 18
-Yuna (Penakut)
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU AIM 18
-Tiga Suara (beribu sesalan)
KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka AIM 18
-Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam AIM 18
-
VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah AIM 18
-Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
LAGU ROCK TERBAIK AIM 18
-API (Pelita)
LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK AIM 18
-Najwa (Got To GO)
LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA AIM 18
- Ku Menunggu (Rossa)
SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah AIM 18
-Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)
LAGU TERBAIK AIM 18
-Yuna (Penakut)
ALBUM TERBAIK AIM 18
-The Malaysian Philharmonic Orchestra (Sheila Majid)
Artis Kembara AIM 18
Yuna
Artis Mobile Celcom Terbaik AIM 18
6ixth Sense
Anugerah Sri Wirama AIM 18
Puan Beh Suat Peng
Info AIM 2011
Isu boikot dan beberapa isu lain menjadi isu pertama kepada seluruh karyawan seni sejak pengumuman penganjurannya AIM 2011 baru-baru ini. Rasa tidak puas hati dan rasa tersisih diterjemahkan secara terus kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menjadi tulang belakang.
Paling terkesan apabila jumlah kategori Anugerah AIM 2011 yang dipertandingkan sudah semakin mengecil jika mahu dibandingkan dengan tahun lalu. Kali ini, hanya 18 kategori berbanding 28 kategori pada tahun sebelumnya dan ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada seluruh karyawan muzik.
Isu artis tempatan sendiri tidak layak dan isu artis luar tercalon tidak mencacatkan majlis yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini. Sebabnya fokus yang lebih besar AIM 18adalah mencari mereka yang benar-benar terbaik yang mampu memacu industri muzik ke pasaran yang lebih luas.
Di tambah dengan keupayaan anugerah AIM 2011 itu sendiri yang diadili oleh barisan juri-juri yang cukup arif dan bijaksana sudah pasti keputusan untuk setiap kategori itu nanti bakal menjawab siapakah yang benar-benar terbaik di antara yang terbaik.
Penguasaan beberapa penyanyi tempatan dalam beberapa kategori AIM 2011 sedikit sebanyak mencerminkan yang industri muzik tempatan masih belum ketandusan bakat-bakat baru. Aizat dan Yuna misalnya dilihat mampu memberikan cabaran kepada karyawan yang lain dengan hasil kerja mereka.
Bagi Rosmin Hashim yang bertindak sebagai Pengerusi Penganjur bersama AIM18, isu boikot dan beberapa isu panas yang lain bukan satu perkara yang besar memandangkan masih banyak agenda yang perlu dicapai dalam penganjuran kali.“Ramai yang masih tidak faham dengan kriteria yang ditetapkan pihak kami berkenaan dengan pencalonan.
Anugerah ini adalah anugerah untuk karyawan tempatan dan tidak ada siapa yang dapat mempertikaikannya.
SEPANG, 10 Okt – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom hari ini menjelaskan bahawa kenyataan daripada Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad lepas yang beliau selesai menunaikan ibadah haji sedangkan masih ada rukun haji yang belum dilaksanakan ketika itu, telah disalah tafsir.
Sambil menolak sebarang andaian kononnya Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta beberapa kenamaan lain tidak selesai mengerjakan ibadah haji, beliau berkata sebagai tetamu diraja kerajaan Arab Saudi, Perdana Menteri serta jemputan yang lain dapat menjalankan ibadah dengan baik.
Bercakap kepada pemberita sejurus tiba dari Tanah Suci di KLIA, Jamil Khir berkata Perdana Menteri dan rombongan telah mendapat kawalan yang baik dan teratur bagi menyempurnakan semua ibadah semasa mengerjakan haji.
“Yang dimaksudkan (dalam Twitter Perdana Menteri), bukan selesai ibadat haji (tetapi) selesai wukuf. Wukuf ini dari Zohor 9 Zulhijjah sehingga Maghrib hari yang sama. Jadi yang dimaksudkan selesai itu, selesai wukuf.
“PM selesai (menunaikan ibadah haji). Haji ialah kita mesti pergi di Arafah. Kalau kita tidak berada di Arafah, maka tiadalah haji itu.
“Jadi pada petang itu mungkin…barangkali soalan itu ditanya petang itu…selesai itu, selesai arafah. Haji itu belum selesai lagi.
“Kita masih ada untuk nak melontar selama tiga hari pada hari-hari Tasyrik. Jadi ini yang mungkin disilap faham,” kata beliau.
sumber : http://umno-online.com/
Panglima dapat lihat bagaimana terdesaknya Pakatan Haram apabila ibadat haji yang merupakan rukun kelima Islam telah dipolitikkan pembangkang.
Bermula isu pengawal PM sehingga isu tweet beliau ‘selesai tunai haji’, semua dijadikan modal oleh mereka.
Sebagai seorang rakyat biasa dan juga blogger, Panglima melihat politik yang diamalkan Pakatan Haram sudah tidak sihat dan tidak diterima oleh mana mana rakyat yang sihat akal fikirannya.
Jika mahu menyerang Perdana Menteri sekalipun janganlah sehingga ibadat haji juga dipolitikkan dan anak isteri juga diserang. Ia dikira sudah melampaui batasan berpolitik.
Bukankah dalam peperangan kanak-kanak dan perempuan selain orang tua perlu dielak dari menjadi mangsa peperangan mengikut ajaran Islam ?
Jika mereka ahli politik, seranglah semahu-mahunya tetapi jika serangan anda kosong dari fakta, tentu serangan akan berbalik kepada penyerangnya samada dalam bentuk penolakan rakyat dalam PRU akan datang atau dihujani surat saman jutaan ringgit atas serangan jahat yang terancang dan penuh unsur fitnah.
Mari kita berpolitik dan berblog dengan cara sihat jauh dari sebarang fitnah atau fakta palsu tanpa meninggalkan adab sopan sebagai Melayu beragama Islam yang menjadi pakaian kita sejak dulu, kini dan selamanya.
Sekian, mohon disebarkan.
Sumber artikel dari :
Panglima Perang Siber
Buat Pertama kalinya TC mencuba menggunakan hp.. Hehehehe, selalunya TC dok kedai mamak nak mengepost apa2 yg difikirkan sesuai..
Huhuhuhu..
TC: INILAH KEMAJUAN IT YG DINYATAKAN..
SEMPOI....
KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini jelas memperlihatkan barisan pembangkang kehabisan modal untuk bermain politik apabila terus memainkan isu lama yang telah diambil tindakan oleh kerajaan.
Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, permainan politik pembangkang masih mundur dan gemar menggunakan politik sentimen seperti membangkitkan kembali isu perhimpunan haram Bersih dalam perbahasan mereka.
Menurutnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membangkitkan tentang pilihan raya yang perlu diadakan selepas segala syor Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) diterima oleh kerajaan.
‘‘Pada peringkat awal penubuhan JTP, Anwar enggan menghantar wakil pembangkang untuk menyertainya.
‘‘Tetapi selepas tiada lagi isu yang boleh pembangkang mainkan, apatah lagi setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendak dihapuskan, barulah Anwar bersetuju turut serta dalam jawatankuasa tersebut,” katanya dalam entri terbaru di laman blognya di www.puadzarkashii.blogspot.com hari ini.
KUALA LUMPUR 1 Okt. - Bekas ketua gerila komunis Malaysia, Chin Peng dilaporkan kini berada dalam keadaan koma di sebuah hospital di Bangkok. Thailand.
Orang rapat dengan keluarga pemimpin berkata, keluarganya telah melawat Chin Peng, 86, selepas dia dimasukkan ke dalam hospital pada bulan lepas. - AGENSI
Pas disifatkan gila kuasa apabila masih sanggup bersekongkol dengan DAP yg secara terang dan nyata menentang matlamat perjuangannya. Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah berkata, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh menentang tindakan Kerajaan Pas Kedah untuk menutup operasi pusat hiburan sepanjang Ramadan nanti secara terang menunjukkan identiti sebenar sekutu Pas itu.
Bagaimanapun katanya, amat menghairankan apabila pemimpin Pas masih rela diperkuda oleh parti itu yg sebenarnya hanya ingin melihat perpecahan dalam kalangan umat Islam bagi membolehkan mereka membentuk kerajaan.
"Orang Melayu kena sedar DAP nak tunjuk kekuatan dia dan kelemahan Melayu. Belum lagi kuasai Putrajaya, sudah tunjuk kekuatan DAP dan kelemahan Pas. Orang Pas tak faham lagi? "Pas sudah jelas hilang tujuan dan matlamat dalam perjuangannya. Ia sudah kena tipu dan sudah jadi kuda DAP," katanya lagi.
Pengerusi DAP, Karpal Singh sebelum itu dilaporkan telah memberi kata dua supaya Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan berkenaan yang hendak dikuatkuasakan mengikut Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997.
Mengulas lanjut, Abdullah berkata, umat Islam wajib mengukuhkan perpaduan sesama mereka dan tidak 'memberi muka' kepada pakatan pembangkang pada pilihan raya umum akan datang bagi memastikan pemerintahan negara terus diterajui oleh orang Islam untuk menjamin kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu.
Beliau turut menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang termasuk dalam kumpulan orang yg tertipu dengan DAP sehingga tidak dapat memikirkan mudarat yg bakal menimpa negara apabila menyokong demonstrasi jalanan semata2 untuk berkuasa. Malah, katanya, Abdul Hadi juga semakin hilang punca dan pertimbangan apabila menolak seruan pendakwah antarabangsa, Sheikh Ahmed Tijani Ben Omar agar umat Islam di negara ini tidak menyelesaikan permasalahan di jalanan.
"Daripada segi hukum syarak berdosa (mencetuskan kekecohan semata2 untuk berkuasa). Adalah dusta jika menyatakan Islam membenarkan demonstrasi jalanan (bagi mendapatkan kuasa)," katanya.
Komen : Pas bukan saja buta mata … malah buta hati …
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Dalam hal Penutupan Pusat-Pusat Hiburan di Kedah pada Ramadhan ini, niat awal Kerajaan PAS Kedah amatlah murni sekali ...
Sehinggakan aku sebagai penyokong kuat UMNO pun turut merasa amat gembira dengan keputusan "BERANI" (di peringkat awal haritu) ... bahawa Kerajaan PAS Kedah telah mengarahkan agar semua premis hiburan di Kedah WAJIB DITUTUP OPERASINYA sepanjang Bulan Ramadhan ...
Tapi amatlah sayangnya, apabila taring PAS Kedah waktu itu yang sudahpun sedikit terserlah, kini telahpun dihancurkan selunyai-lunyainya oleh DAP !!!...
Apabila timbul sahaja komplen & pembelaan daripada Parti Cina itu yang membela (kononnya) para pengusaha premis hiburan berkenaan, ianya telah menyebabkan PAS Kedah terkencit-kencit ketakutan dan terus menarik balik arahan penutupan pusat hiburan sepanjang Bulan Ramadhan nanti.
PAS Kedah hanya berani sebut, "DENGAN SYARAT TIDAK MEMBENARKAN ORANG ISLAM BERKUNJUNG SEPANJANG RAMADHAN".
Kenapa jadi begini ? Kenapa hanya orang Islam diarahkan sedemikian? ...
Bukankah PAS Kedah sudah mempunyai kuasa mutlak dan taring yang ampuh untuk meneruskan hasrat murni tersebut kepada seluruh Rakyat Kedah ? GUNAKANLAH SEADANYA !!
Cubalah berani sikit, dengan menguatkuasakan PENUTUPAN PUSAT HIBURAN walaupun ianya hanya dalam bulan puasa untuk SEMUA ORANG ISLAM DAN BUKAN ISLAM !! ...
Cubalah terapkan budaya keislaman di Kedah ni, walaupun hanya sebulan kepada keseluruhan kaum yang bukan Islam, supaya mereka juga boleh merasai dan cuba menerima cara hidup Islam dengan lebih praktikal.
BILA LAGI PAS NAK GUNAKAN KUASA YANG ADA UNTUK KESYUMULAN SYIAR ISLAM ?!?
Kalau beginilah keputusan "playsafe" PAS, sampai bila-bila pun Negara Islam yang dihajati oleh pengasas PAS selama ini akan terus tinggal impian sahaja.
(Memang patutlah PAS sanggup tukar untuk berjuang demi Negara Berkebajikan pulak!)
Adakah PAS Kedah amat takutkan DAP??
Aku dapat bayangkan muka Kit Siang tersenyum puas tanda menang..!!! Khuakkkhh Ptuihhhhh...!!! Buat kerja cara Islam la, Ustaz Azizannnn..!!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Meskipun wujud hubungan mesra dan kukuh, Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh enakmen melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah ketika bulan Ramadan.
Pemimpin-pemimpin DAP membincangkan idea itu pada pemukiman mereka semalam, yang dilihat kemungkinan akan membawa kepada berulangnya perpecahan dalam kerjasama dengan PAS-DAP dalam perikatan Barisan Alternatif pada 2001.
Pua melahirkan rasa tidak puas hati menerusi Twitter semalam dengan berkata, beliau berpandangan DAP tidak wajar berada dalam Pakatan Rakyat jika keprihatinan dan kebimbangan pihaknya tidak diambil kira oleh kerajaan negeri dalam isu semasa ini.
"(Kami) tidak mahu jadi macam MCA atau Gerakan dalam BN," kata wakil rakyat ini.
Bagaimanapun ketika dihubungi The Malaysian Insider, Pua enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut dengan berkata ia hanya pandangan peribadi, bukannya pendirian rasmi parti.
Pun begitu katanya, perkara tersebut ada dibincangkan pada sesi pemukiman DAP di Seremban semalam dan akan dibincang secara mendalam pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat Selasa ini.
Pandangan itu dikeluarkan di sebalik laporan media bahawa Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abu Bakar tetap kekal dengan keputusan kerajaan negeri yang mahu melaksanakan secara sepenuhnya Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997, yang melarang pusat-pusat hiburan beroperasi sepanjang bulan Ramadan.
"Ustaz (Menteri Besar) Azizan tidak akan berundur! Itulah pendirian beliau dalam isu ini dalam nada yang sangat tegas.
"Saya yakin seluruh umat Islam akan berdiri teguh di belakang beliau dalam menangani isu ini. Jika takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai," kata Setiausaha Politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor.
Kenyataan ini dikeluarkan sehari sebelum Azizan diminta PAS pusat memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja parti itu.
Laporan The Malaysian Insider semalam memetik Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS mahu Azizan memberi penjelasan kepada jawatankuasa kerja pusat parti itu hari ini rasional larangan penuh ke atas operasi pusat-pusat hiburan semasa Ramadan yang bermula bulan depan.
Bagaimanapun menurut Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, Azizan tidak dapat hadir sebaliknya akan menghantar wakil ke mesyuarat pagi ini.
Azizan juga merupakan Pesuruhjaya PAS Kedah.
Sebelum ini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata perkara tersebut akan dibangkitkan pada mesyuarat kepimpinan Pakatan Rakyat minggu depan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tindakan itu diambil Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Kim setelah Mohamad Satim enggan mematuhi arahannya supaya duduk dan menghentikan perbalahannya berhubung soal agama itu ketika Ng membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2011 pada sidang itu.
Ketika membahaskan rang undang-undang itu, Ng menyatakan beliau mahu membacakan sebuah hadis sebagai hujah untuk menyokong perbahasannya itu namun ditegur oleh Mohamad Satim apakah kesahihan, benar atau tidak hadis yang mahu bacakan oleh wakil rakyat DAP itu.
Bagaimanapun, Ng tidak menyatakan hadis apakah yang beliau mahu bacakan itu selain memberikan alasan bahawa tindakannya mahu menggunakan hadis kerana beliau meminati agama Islam.
Sementara itu, Mohamad Satim ketika ditemui pemberita di luar Dewan menyifatkan Ng tidak layak untuk membicarakan soal hadis kerana beliau bukan seorang Islam selain tidak memahami agama Islam termasuklah tidak memahami hadis Rasulullah SAW itu sendiri.
"Kenapa beliau mahu membicarakan mengenai hadis agama Islam sedangkan beliau tidak beriman kepada agama itu sendiri. Saya melihat tindakannya itu seolah-olah mahu mempersendakan Islam.
"Betul ke beliau tahu hadis? Saya tanya hadis mana, sahih atau tidak, di mana dia rujuk hadis itu, Ng tak jawab," katanya.
Mohamad Satim menyatakan sebagai rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, semua pihak baik daripada apa-apa agama pun sepatutnya menghormati sensitivity dengan tidak mempergunakan agama masing-masing untuk tujuan dan kepentingan tertentu.
"Kalau saya menyatakan sesuatu daripada ajaran agama Buddha, Kristian dan sebagainya dan ia tidak betul, ia sudah tentu menyinggung perasaan penganut agama itu," katanya.
Sementara itu ADUN BN kawasan Kuang, Abdul Shukor Idrus turut menerima nasib sama apabila digantung selama tiga hari daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Selangor kerana tidak mengendahkan larangan menyebut nama Yang di-Pertuan Agong ataupun Raja-raja Melayu dalam perbahasan.
Speaker dewan Datuk Teng Chang Kim membuat keputusan itu 3.15 petang tadi setelah Abdul Shukor ditegur berkali-kali untuk tidak berbuat demikian.
Insiden itu berlaku ketika Abdul Shukor membahaskan satu usul tergempar yang dikemukakan oleh ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, berhubung perhimpunan haram Sabtu lepas pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Tindakan itu menyebabkan kesemua ADUN BN bertindak keluar meninggalkan dewan bersama Abdul Shukor.
Ketika ditemui pemberita di lobi bangunan dewan, Abdul Shukor berkata keputusan Teng nyata berat sebelah kerana tidak mengenakan tindakan sama ke atas Nik Nazmi yang turut menyebut nama Yang di-Pertuan Agong semasa membahaskan usul itu.
"Speaker tidak adil dalam perkara ini kerana ADUN Seri Setia (Nik Nazmi) turut menyebut nama (Yang Di-Pertuan) Agong dalam pembentangan usul berkenaan.Tetapi mengapa beliau tidak membuat perkara sama (gantung) terhadap Nik Nazmi.
"Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Di mana letaknya keadilan?" katanya.
Abdul Shukor turut mempersoalkan bagaimana usul mengenai perhimpunan haram anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) boleh dibahaskan secara terbuka dalam Dewan itu kerana perhimpunan yang dijalankan itu adalah haram..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone