Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Wednesday, January 18, 2012

FAKTA MANIFESTO PENUH PRU 12 OLEH PKR YG TIDAK TERTUNAI..

SAPA NAK SANGKAL FAKTA NI..

MANIFESTO PRU 12 OLEH PKR YANG MASIH TAK TERTUNAI HINGGA NAK BERTEMU PRU 13 DAH NI..

MASIHKAH KAU INGAT?
PAS/ PKR SELANGOR

Urustadbir Berwibawa

* Memastikan semua pemimpin bersih dari rasuah (dalam proses)
* Menyiasat penyelewengan pentadibiran tanah dan sumber negeri (dalam proses )
* Menghentikan projek-projek pembaziran dan rugi (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Memastikan ketelusan pentadbiran negeri (dalam proses - agaknya )
* Menghentikan campur tangan politik dalam perniagaan (menghentikan ditukar kepada menyambung)
* Melarang ahli-ahli Exco terlibat dalam perniagaan (dalam proses)

Sosial dan Kebajikan Rakyat
* Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor (belum laksana)
* Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yg dihantar ke nurseri (belum laksana)
* Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bg pendidikan pra-sekolah (belum laksana)
* Membri hadiah RM1000 kepada setiap anak Selangor yg mendapat tawaran ke Universiti (belum laksana)
* Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor (diteruskan)
* Memberi bantuan kepada anak-anak muda untuk mendirikan rumah tangga (belum laksana)
* Membuka pusat-pusat sukan mini dan rekreasi bagi belia (belum laksana- buat ladang babi dulu)
* Mencarum takaful bernilai RM2500 untuk warga emas,org kurang upaya dan anak yatim (belum laksana)
* Memberi elaun ibu tunggal yang layak (belum laksana)
* Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga (belum laksana) sepenuh masa anak-anak kecil mereka (belum laksana)
* Membantu setiap rakyat Selangor untuk mendapatkan kediaman sendiri ( belum laksana- buat ladang babi dulu)
* Mewujudkan institusi menyelaraskan hal-ehwal agama selain Islam (belum laksana)

Kesihatan Rakyat
* Memberi wanita bekerja 90 hari cuti bersalin ( belum laksana)
* Memberi 14 hari cuti kepada suami yg isterinya bersalin (belum laksana)
* Memberi sebulan cuti kepada wanita yg kematian suami (belum laksana)
* Menyediakan perubatan percuma untuk warga 65 thn ke atas (belum laksana )

Ekonomi Rakyat
* Menyediakan premis perniagaan yg cukup ( belum laksana RM100juta untuk ladang babi dulu )
* Memberi bimbingan perniagaan kepada golongan belia dan wanita muda (belum laksana)
* Memberi galakan kepada belia dan wanita muda dengan sewa minimum atau hanya perlu membayar air dan elektrik untuk dua tahun pertama (belum laksana)
* Mengurangkan cukai pintu rumah kediaman sebanyak 20% dan cukai premis komersial sebanyak 10% ( belum laksana)
* Memberi bekalan air kegunaan domestik secara percuma bg 20 meter padu pertama setiap bulan (dilaksana bulan jun)
* Menjalankan program bg membolehkan rakyat miskin terutama petani dan nelayan mendapatkan pendapatan yg lebih tinggi di atas garis kemiskinan (belum laksana)

Keselamatan Rakyat
* Menguatkusakan syarat-syarat perlindungan alam sekitar bg mengelakkan bencana seperti tanah runtuh dan banjir (belum laksana)
* Menggantikan sistem Rukun Tetangga dengan sistem baru yang lebih berkesan (belum laksana )
* Mewujudkan pusat khidmat sehenti bagi menangani kes-kes jenayah dan keganasan terhadap wanita ( belum laksana - mula dengan projek Rm100 juta kandang babi dulu)

p/s: terlaksana ker janji-janji tu?..yang duk kaco tempat luar pula???

SUMBER: UMNO Kuala Selangor FB..

AHMAD MASLAN KELUAR STATEMENT PASAL BLOGGERS LAGI

Datuk Ahmad Maslan bersuara lagi. Kali ini di dalm FB pulak. TC petik petikan beliau seperti berikut:


18 Januari 2012 : Ada satu fb membuat fitnah bahawa saya anggap bloggers sokong UMNO & BN sbg sampah..Seumur hidup saya sudah 46 tahun, tidak pernah walau sekali menggelar, menuduh, menyebut orang atau pihak lain sebagai sampah, lebih2 lagi jika mereka itu membantu UMNO & BN..

Saya tidaklah sebodoh itu & saya kira ini adalah cubaan utk mencemar usaha berterusan kita sebagai satu pasukan bagi menggagalkan pihak pembangkang menawan Putrajaya..

Kenyataan saya baru2 ini yg menyebut bahawa negara ini akan hancur jika pembangkang memerintah Malaysia, tentunya menambah usaha mereka menyerang saya..Kita berjuang sebagai anak jantan yg berani mendepani lawan..Kita berjuang atas landasan kebenaran..Untuk agama bangsa & tanahair..

Cabaran remeh fb ini hanya seperti batu kecil di atas lebuhraya yg nak berniat menghalang kemaraan sepasukan kereta kebal yg sedang menyambut semboyan perang..Tkasih

TC: oklah datuk.. Apapun, tengok2 lah kami bloggers jalanan ini sama. Tiada tempat mengadu, tiada tempat berlindung dan sama sekali hanya berjuang demi parti sahaja..

Kami sayang UMNO, Hidup MELAYU...

Sunday, January 15, 2012

ANWAR VS CALIGULA (Maharaja Rome)

Sejarah bakal Perdana Menteri ke-7 Malaysia menyamai sejarah kenaikan Maharaja Rome-CALIGULA. Siapakah CALIGULA dlm sejarah Empayar Rome? Apa persamaan KAREKTOR antara ke-2 tokoh ini? Apa activiti kesukaan Caligula-Anwar ini?

Dulu aku begitu jijik bila tengok dan baca sejarah Caligula. Namun hari ini aku dah faham kenapa Allah melihatkan sejarah ni balik kepada kita. Supaya kita TIDAK LUPA bagaimana runtuhnya sesebuah empayar bila di puncak kuasa.

Sekiranya detik kejatuhan Empayar Rome di sebabkan CALIGULA kerana KAREKTOR ACTIVITYNYA, Kebangkitan Melayu-Islam di Nusantara juga bakal tersungkur kerana Anwar dan KEREKTOR ACTIVITINYA. Sekali lagi sejarah ini AKAN MELALUI dan MELINTASI kita.

Sejarah ini LEBIH KEPADA MUSIBAH yg bakal melanda. Hanya yg mengamati menggunakan mata hati dan metafsir sesuatu analogi melalui TAFSIRAN TERSIRAT dari KEJADIAN TERSURAT sahaja dapat membaca gerak geri tersebut. Bila mahkamah mengesahkan dan melepaskan Anwar dari tuduhan LIWAT PAKSA(377B) atas alasan KEJADIAN LIWAT ITU BERLAKU KERANA SUKA SAMA SUKA(377A) , aNWAR SECARA TAK LANGSUNG TELAH JUGA MEMBERI KEMENANGAN KPD GERAKAN LGBT.

Aktiviti Gay-Lesbian kini akan lebih tunjuk taring dan mereka pasti menggunakan alasan penghakiman Anwar utk bela-diri. Bagi Anwar pula sekarang adalah masa untuk balas budi dan fullfil pula kehendak Kaum Nabi luth yg di laknat ini. Inilah yg di katakan sbg MUSIBAH. Kerektor Anwar 100% menyamai CALIGULA. Ko org tak penah dengarkan siapa CALIGULA? Ni aku bagi tahu. Search. Ada video. Tengok video tu. selamat menonton.

Ya Allah TUHAN YG MEMILIKI SEGALA KEKUASAAN.....JAUHKAN MUSIBAH INI DR KEHIDUPAN DAN ADAT RESAM SERTA PANTANG LARANG KAMI. JANGANLAH BARANG DI IZINKAN MUSIBAH INI MEREMPUH SYARIAT DAN ADAT YG KAMI JUNJUNG SELAMA INI..

TC: Betul punya marah MAMLUK QALAWUN FB dengan Anwar dalam post dia.. Ish Ish Ish...

FLASH BACK.. PEMBOHONGAN ANUAR IBRAHIM..

Sempoi gila beb, salah sorang FB friend TC post ni kat group perkasa.. Rasa2 x terjawab penyokong tegar ANU GAY statement2 ni..

APA LAGI PEMBOHONGAN2 YANG AKAN DI CIPTA UNTUK MENDAPAT SIMPATI OLEH KELUARGA ANUGERAH TUHAN MALAYSIA...............

Mari kita imbas kembali pembohongan keluarga ini

1. makanan dia dalam lokap di racun oleh pihak polis, kuku dan kaki dah jadi hitam, rambut dah telah gugur dan dia dalam keadaan nazak sebab keracunan. sampai sekarang di tak mampus juga......

2. Dakwaan konon di suntik HIV positive. kini boleh lagi dia menjuburi, dan main china doll tak pulak HIV positive...

3. Isu leher nak patah, urat terkehel dan akan membahaykan diri nya. maseh jugak sampai kini dia hidup lagi dan bergiat dengan hobinya untuk meliwat dan main pelacur....

4. Insiden lari ke Kedutaan Turki dengan dakwaan dia hendak di bunuh oleh Kerajaan. sampai sekarang tak jugak mati di tembak, di langar, di bom, di tikam dan lain2......

5. Dakwaan kotey dia tak boleh guna pakai lagi, tapi dah di bukti maseh boleh guna pakai seperti di Vedio..

Bermacam2 pembohongan yang telah di keluarkan oleh Keluarga ini dari bapak, emak, anak dan kawan rapat nya.....kita tunggu apa lagi pembohongan yang akan kita dengar dari KELUARGA ANUGERAH TUHAN INI..

Kredit: JAZ NAZZ FB

GEMPAR - Megat Zulkarnain (EXCO PEMUDA) DI CARI

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Spekulasi kuat berkencang terutama dalam laman media sosial internet seperti facebook dan twitter mempertikaikan 'kehilangan' seorang exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Megat Zulkarnain Omardin.

Megat dilaporkan tidak menghadirkan diri sewaktu program tertutup "Taklimat Khas Pilihanraya ke 13" anjuran Biro Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung di PWTC dan turut dihadiri oleh semua exco Pemuda yang lain termasuk ketua dan naibnya, Khairy Jamaluddin dan Dato' Razali Ibrahim.

Kehilangan Megat dilaporkan untuk kali kedua setelah baru-baru ini juga hanya menghadiri sebahagian dari keseluruhan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2011 di PWTC. Rungutan datangnya terutama dari para penyokong beliau yang datang dari pelusuk negara bagi bertemunya namun kecewa kerana beliau gagal dihubungi.

Rungutan pemuda-pemuda yang menyokongnya satu ketika dahulu walau bagaimana pun ditepis oleh seorang lagi exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz. Catatan Tun Faisal di twitternya menggesa semua pemuda agar tidak menyerang exco pemuda yang lain terutama di laman-laman media sosial sewaktu suasana sedang menghampiri pilihanraya.

Tun Faisal sebaliknya mahukan semua pemuda konsentrasi terhadap persiapan menghadapi pilhanraya umum yang sangat getir ini.

TC: Mesti ada cerita di sebaliknya.. Bertenang..

MELAYU PENANG SEMAKIN TERHIMPIT

PULAU PINANG - Sasterawan Negara, Profesor Muhammad Salleh berpendapat, falsafah pembangunan yang dipraktikkan di negara ini tidak peka kepada golongan bawahan, sejarah dan budaya.

Menurutnya, projek pembangunan hanya diukur berdasarkan satu faktor iaitu keuntungan kewangan dan tidak mempedulikan perkara lain.

"Inilah yang sedang berlaku di Pulau Pinang apabila orang Melayu di sini semakin 'tergesel' dengan projek-projek pembangunan yang dijalankan.

"Selama 70 tahun saya di sini, saya melihat perkara itu berlaku. Kalau dahulu orang Melayu ada di kawasan bandar, tetapi kini semakin mengecil tempatnya di negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berkongsi pandangannya dalam syarahan umum bertajuk Selamatkan Kampung Warisan Batu Uban dan Kampung Tradisi Tanjung Tokong di Pusat Pengajian Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM) di sini.

Turut hadir pengerusi syarahan itu, Prof. Madya Mohamad Md. Yusoff dan ahli akademik, Prof. Ahmad Murad Merican.

Utusan Malaysia baru-baru ini melaporkan tentang kerancakan sebuah projek pembangunan di Kampung Batu Uban yang merupakan bandar pelabuhan tradisional Melayu terawal di negeri ini yang wujud lebih 300 tahun dahulu.

Menurut Muhammad lagi, realiti pembangunan di negeri ini pada hari ini menyaksikan orang Melayu cuma mampu 'bernafas' dalam ruang yang sempit.

"Mereka kini berada di flat kos rendah dan sederhana. Keadaan ini berlaku dengan meluas di bahagian pulau seperti Batu Uban, Teluk Bahang, Teluk Tempoyak dan kini merebak ke Seberang Perai membabitkan Jawi, Sungai Bakap, Bukit Minyak dan Kepala Gajah.

"Di luar negara, projek pembangunan tidak boleh mengambil kawasan pantai untuk dibangunkan kerana ia hak bersama, namun perkara sebaliknya berlaku di negara kita," ujarnya.

Beliau turut mempersoalkan untuk siapakah bangunan-bangunan besar itu dibina dan apakah rakyat tempatan mendapat manfaatnya.

- utusan

Saturday, January 14, 2012

DAP Kata ALLAH Siapa Punya?

DAP mengeluarkan kenyataan tersebut dalam web The Rocket lidah rasminya, yang dikatakan antara penentangan kerajaan BN dengan rakyat.

Whose Allah is it?

A thorny issue in multi-religious Malaysia, religious rows have oft evoked the most emotional response from citizens of various backgrounds. In 2007 The Herald, a Catholic newspaper, filed a suit against the government seeking to use the word Allah, arguing that the word should not exclusive to Islam.

After intense public scrutiny and tense debate in the media, the court ruled in favor of The Herald. The ruling emphasized that use of the "Allah" by Christians is protected by the constitution as long as it is not used to proselytize Muslims.


DAP mengeluarkan kenyataan tersebut dalam web The Rocket lidah rasminya, yang dikatakan antara penentangan kerajaan BN dengan rakyat. Siapa rakyat? Yang tidak menyokong Allah digunakan oleh Kristian bukan rakyat Malaysia kah?

Begitu mudah DAP mengklasifikasi siapa rakyat dan siapa bukan rakyat. Inilah dia parti yang bakal memimpin Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU 13.

Mereka menggambarkan usaha menyelamatkan kalimah Allah dari digunakan oleh penganut Kristian (semenanjung) dilakukan oleh kerajaant BN dan pembaca The Rocket semestinya bukan kalangan penyokong PAS di ceruk kampung sana.

Ini juga gambaran bahawa mereka memomokkan kepada pengundi Kristian di belakang mereka supaya menentang Barisan Nasional dan hasil imbuhan politik ini jugalah PAS dikaburi dari melihat niat hati mereka.

KREDIT TO: IPOH MALAY BLOGSPOT...

TC: Sesuka hati mak bapak kafir harbi ni..

Friday, January 13, 2012

SEKUPANGDUAS KESORANGAN.. PEMIMPIN TAKDE TELOR..

Bahan bukti telah di keluarkan. Cabaran Ko Meng untuk mengadu ke SPRM telah di buat. Surat saman 10 juta telah di terima. Yang menjadi musykil nya mana pergi pemimpin2 yang hendak menegakkan nahi mungkar.

Baik pemimpin UMNO, mahupun pemimpin Pas yang berkobar2 berceramah di pentas2 utama, satu batang hidung pun tak nampak. Sedih mengenangkan Sekupangduas terkontang-kontang keseorangan menangkis segala-gala cabaran yang mendatang. TC salute pada beliau yang berani membongkarkan isu ini. Tapi kerisauan TC bermula, sehingga hari ini tiada siapa yang ke hadapan bersama beliau.

Mana perginya pemimpin-pemimpin semua. Mana perginya suara-suara keras di pentas2 ceramah yang berkobar2 ingin membasmi apa jua bentuk bathil. Mana perginya pejuang2 bangsa yang melaungkan amal makruf nahi mungkar. Takkan biarkan sekupangduas bermatian-matian seorang diri menangani cabaran ini.

Pejuang keramat pun akan layu jika di biarkan kesorangan. Pejuang kebal pun akan di tusuk jika peluru yg di tangkis kesorangan oleh musuh2 hebat.

Bangkit lah, Sedar lah, Berjuang lah.. Pemimpin-pemimpin bangsa, Ngo-Ngo, Badan-badan yang sewaktu dengannya. Bantulah sekupangduas dalam merealisasikan amal makruf nahi mungkar.

TC: Mana telor kome semua...

Friday, January 6, 2012

FAKTA.. ANTARA PAS KEDAH ROBOH SURAU DENGAN UMNO ROBOH MASJID.. SAPA KEJI..

Pas seleweng fakta pembangunan Kompleks Al-Bukhary


ALOR SETAR 5 Jan. – Kerajaan Pas Kedah telah menyeleweng fakta dengan memberi gambaran tindakan meroboh Madrasah Salihiah sama seperti pembangunan Kompleks Al-Bukhary di Alor Malai yang dilaksanakan semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, dalam kes Madrasah Salihiah itu kerajaan Pas ingin merobohkan sebuah surau serta mengambil tanah wakaf untuk didirikan sebuah kompleks membeli belah.

"Dalam pembangunan Kompleks Al-Bukhary, masjid yang sedia ada dirobohkan untuk pembinaan sebuah masjid yang lebih baik, luas dan selesa juga di kawasan yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, masjid baru itu boleh menampung lebih 3,000 jemaah berbanding masjid lama yang hanya dapat menampung kira-kira 500 jemaah.

Sebagai bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan semasa pembangunan projek Kompleks Al-Bukhary yang dimulakan sekitar tahun 2003, katanya penduduk juga telah menyatakan persetujuan bagi pembinaan masjid baru itu.

"Berbanding dengan Madrasah Salihiah itu para jemaah dan waris tanah wakaf berkenaan menentang tindakan meroboh madrasah dan kemudian mahu membina surau ganti di dalam kompleks membeli belah," kata Ahmad Bashah.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Penerangan Kedah, Abdul Ghani Ahmad dalam sebuah akhbar harian yang mendakwa tindakan kerajaan negeri yang mahu merobohkan Madrasah itu pernah dilakukan kerajaan BN dahulu yang merobohkan Masjid Alor Malai untuk membangunkan kompleks Al-Bukhary. - BERNAMA

GEMPAR.. BANNER TINGGAL UNIVERSITI SOKONG ANWAR TERSEBAR

Banner ini tersebar luas dan di bentangkan untuk mahasiswa2 kita di universiti.

betapa bodohnya syaitan yang buat kain rentang ni... ini tanda mereka nak hancurkan bangsa sendiri... dan menyuruh mereka melalukan kejahatan. inilah musuh yang nyata..pr adalah pertubuhan perosak bangsa.

Bodohnya orang kita, bangsa lain berlumba2 mencari kecemerlangan. Memang dasar PR suka melihat orang Melayu bodoh agar senang mereka memcucuk hidung kita.

TC: Rakyat untuk Anwar atau Anwar untuk Rakyat.. Fikirkanlah...

Wednesday, January 4, 2012

UISHH.. PENGETUA KOLEJ UPSI PULA KELUAR STATEMENT

SELAMAT TAHUN BARU 2012 YANG PENUH DENGAN KEJAYAAN SEKALI LAGI.
IZINKAN SAYA BERKONGSI SEDIKIT. SAYA SANGAT SEDIH, SAYU DAN TERDIAM MELIHAT BETAPA KELICIKAN PIHAK LUAR DAN PARTI POLITIK MENGAMBIL KESEMPATAN PERISTIWA RUSUHAN PADA MALAM TAHUN BARU DI PINTU HADAPAN UPSI.

JUSTERU, TAGGUNGJAWAB KITA, PENSYARAH DAN JUGA ULAMA IALAH HENTIKAN FITNAH DAN ALIRKAN TENAGA POSITIF BARU PADA TAHU BARU;

BERDASARKAN MAKLUMAT BERSAMA INDIVIDU YANG BERADA DI TEMPAT KEJADIAN KENYATAAN POLIS BERTINDAK GANAS DAN KEJAM ADALAH TIDAK BENAR DAN FITNAH. SEBALIKNYA, PARA PERUSUH YANG KEBANYAKKAN ORANG LUAR UPSI (HANYA 2 ORANG PELAJAR UPSI TERLIBAT IAITU ADAM ADLI DAN YUYU LUNA) TELAH BERTINDAK GANAS MAHU MEMANJAT DAN MEROBOHKAN PINTU UTAMA UPSI.. IBU KANDUNG KITA.

POLIS SUDAH BERIKAN MEREKA MASA BERUCAP DAN MENJALANKAN UPACARA MEREKA YANG PENUH PENGHINAAN KEPADA ORANG LAIN. NAMUN, ARAHAN UNTUK BERSURAI TIDAK DIENDAHKAN SEBALIKNYA PINTU UTAMA UPSI MULA DI PANJAT DAN HENDAK DIROBOHKAN.

TINDAKAN PROVOKASI INI MENYEBABKAN POLIS MULA MENGAMBIL TINDAKAN TEGAS DAN MENAHAN MEREKA TETAPI PARA PERUSUH TELAH MENENTANG MENYEBABKAN BERLAKU SEDIKIT PERGADUHAN FIZIKAL. PERUSUH SANGGUP BERLARI, MENJERIT DAN TERLANGGAR PINTU KACA KLINIK SYIFA (ADA PENDAPAT MENGATAKAN SENGAJA UNTUK MENDAPATKAN KECEDERAAN), LALU BERDARAH DENGAN AGAK BANYAK LALU GAMBAR DIAMBIL UNTUK FITNAH POLIS MEMUKUL MEREKA DAN PROVOKASI MERAIH SIMPATI TERMASUK DARI ULAMA)-(BUKTI PERISTIWA PERUSOH TERLANGGAR CERMIN KLINIK SYIFA BOLEH DITONTON DALAM YOUTUBE).

PERUSUH JUGA MENGELUARKAN KATA KESAT DAN BERLAKON CEDERA PARAH. JUSTERU, BERITA MANGSA KOMA DAN CEDERA PARAH JUGA HARUS DINILAI SEMULA KERANA LAPORAN HOSPITAL HANYA SEORANG YANG DIRAWAT SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HOSPITAL SLIM RIVER. MUNGKIN HANYA PROVAKASI POLITIK MERAIH SIMPATI...

DALAM KES INI JUGA SAYA SANGAT TERKILAN KERANA KEBANYAKKAN ULAMA-ULAMA YANG DIHORMATI TERLALU CEPAT MEMBERI KOMEN BERDASARKAN BERITA DAN SUMBER PROVOKASI, SEPATUTNYA MENUNGGU SEHINGGA MENDENGAR DARI DUA PIHAK (SEPERTI DALAM AJARAN ISLAM). SAYA JUGA TERGAMAM MELIHAT BETAPA PIHAK LUAR BEGITU PANTAS MENGGUNAKAN SISTEM IT DAN MEMANIPULASI SETIAP KENYATAAN INDIVIDU TERTENTU UNTUK DIMANIPULASIKAN DEMI KEPENTINGAN MEREKA. INI ADALAH TIDAK JUJUR.

POLITIK PIHAK LUAR YANG MENJADIKAN UPSI SEBAGAI MEDAN POLTIK MEMERLUKAN SEMUA PIHAK MATANG MEMBERI KOMEN DAN SURAT. SAYA JUGA TIDAK MENYOKONG SEBARANG TINDAKAN PROVAKASI SEMULA OLEH UPSI SEBAGAI TINDAKBALAS...

KERANA KITA AKAN MERENDAHKAN MAQAM DIRI DAN BERMARUAH SEPERTI MEREKA. TETAPI SAYA PERCAYA KITA PERLU MENYALURKN MAKLUMAT YANG BETUL, DAN SANGAT TEGAS BERTINDAK DAN MENGAMBIL TINDAKAN TATATERTIB BERANI DAN TEGAS BERDASARKAN HAK, PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG KTA ADA.

SAYA SANGAT PERCAYA TINDAKAN PERUSUH INI TIDAK DISOKONG HAMPIR KESELURUHAN WARGA UPSI YANG SAYANGKAN PROFESION PERGURUAN. BAGI PELAJAR GALASLAH HARAPAN IBU BAPA, TARGET 4.0, BERFIKIR MATANG, BANYAK BERISTIGFAR DALAM HATI DAN YAKINLAH UNTUK MENJADI PENDIDIK KEPADA NEGARA... JIKA RAKAN-RAKAN BERSETUJU DENGAN PENDAPAT SAYA SEBARKANLAH KEPADA SEMUA.

- IKHLAS PENGETUA KOLEJ UPSI
- DR MOHAMMAD AZIZ SHAH MOHAMED ARIP

HANGAT.. CERITA DI SEBALIK OSTAT AZHAR IDRUS.. Boleh tahan gak ye..

Apa ceritanya?

NAMA Azhar Idrus tiba-tiba menjadi sebutan dan beliau sering diundang untuk memberikan tazkirah ataupun ceramah agama di seluruh surau dan masjid di seluruh Negara dan beliau juga dilihat seperti menjadi ikon baru kerana dikatakan mampu menarik ribuan pendengar kerana kehebatannya berceramah serta disukai oleh orang muda.

Saat ini bila sebut sahaja namanya,berbondong-bondong orang mahu mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata ceramah beliau penuh dengan kata-kata nista serta maki hamun terutama sekali terhadap kepimpinan JKKK dan kerajaan nama beliau sering menjadi pilihan JK Masjid ataupun surau dan ceramahnya yang dikasetkan juga dijual secara meluas.

Namun persoalan mula timbul apabila beliau menggunakan pendekatan maki hamun dan cercaan dalam setiap ceramahnya siapakah beliau sebenarnya?Adakah beliau sama seperti Bob Lokman ataupun Azmil Mustapha?Ataupun lebih kurang dengan Akhil Hayy?Ceramahnya dimaku hamun semua orang baik pemimpin PAS maupun UMNO.Ada yang sudah mula panggilnya ustaz mereng..semua orang tidak betul cuma dia sahaja yang betul.

Saya sendiri tidak pernah mendengar ceramahnya walaupun ada yang kata boleh didengar melalui you tube kerana tidak tahu siapa Azha Idrus ini sebenarnya.Kalau mahu ketawa baik tonton Maharaja Lawak dan kalau mahu menuntu ilmu mestilah mencari guru yang pandai tapi ada yang beritahu ceramah beliau ini penuh dengan maki hamun tidak kira dalam masjid ataupun surau dan beliau pandai membuatkan orang ketawa.

Azhar Idrus anak kelahiran Kg Ladang,Terengganu ini menghilang diri cukup lama dan setelah balik ke negeri asal,beliau mula menyusup masuk ke majlis-majlis tahlil untuk menyampaikan tazkirah awalnya dan mengenakan bayaran tertentu.Dalam soal pandangan politik beliau cukup bijak kerana tidak menyertai mana-mana parti politik terutamanya PAS walaupun setiap ceramahnya beliau sering memetik pandangan Hadi Awang kerana beliau tahu,berada dalam PAS sukar untuk beliau mencari wang dan terpaksa menyumbang kepada parti itu.Sebab itulah barangkali beliau maki hamun pemimpin PAS atau UMNO supaya memudahkannya untuk beliau cari makan dengan hasil ceramah maki hamunnya.

Penduduk setempat mula mempersoalkan kredibiliti serta taraf perguruannya hingga melayakan beliau bergelar ustaz.Di mana ustaz ini belajar ilmua agamanya? Siapa gurunya dan kalau belajar di Pasenttren,pasentren mana,kalau belajar di pondok, pondok mana dan kalau belajar di universiti,universiti mana yang tiba-tiba sahaja boleh menjadi Ustaz ataupun orang yang arif tentang agama?

Persoalan sebegini mula berlegar dan kalau mengambil kira Hadi Awang idola Ustaz Azhar ini,sekurang-kurangnya Hadi Awang belajar di Al Azhar.Mesir walaupun kemasukannya ikut pintu belakang tapi sekurang-kurangnya pernah jejak kaki di Al Azhar dan semua orang tahu Nik Aziz adalah guru agama di KEMAS dan belajar ilmu agama di India tapi Ustaz Azhar ini belajar dimana hingga beliau dipanggil ustaz hari ini?

Orang Terengganu tahu dan orang Kampung Ladang tempat lahirnya tahu bahawa Azhar Idrus sebelum ini merupakan seorang pemuzik yang pandai memetik bass gitar serta bermain piono dan organ.Pernah bersama-sama Sallem,penyanyi IKLIM malah beliau juga sebelum ini merupakan seorang jurugambar dan penulis bebas.

Soal Azhar menuntut pengajian Islam dimana,biarlah beliau yang menjawabnya cuma kita menuntut penjelasan dan ingin tahu daripada Ustaz Azhar berkaitan dengan peristiwa jam lebih kurang 1.00 pagi di kawasan Masjid di Jambu Bongkok,Marang,Terengganu ( di Jambu Bongkok ada satu sahaja masjid) dan apa keperluan Azhar dikatakan berada dalam tandas wanita di masjid itu dan dalam masa yang sama turut ada seorang wanita lain didalam tandas tersebut?

Kelibat Azhar itu disedari oleh penduduk kampung dan memangil beliau keluar dan Azhar dikatakan memberikan alasan untuk mengambil wuduk.Wuduk untuk sembahyang apa pada jam lebih kurang 1.00 pagi itu dan kenapa menggunakan tandas wanita sedangkan tandas lelaki bersebelahan?

Menurut sumber lagi, ketika Azhar berbual dengan penduduk kampung,kelihatan seorang perempuan keluar dari tandas yang sama dan bergerak ke tepi pantai dan katanya perempuan itu dikenalpasti adalah wanita muda dari Dungun,Terengganu?

Kita tidak menuduh apa-apa cuma mahu penjelasan daripada Azhar Idrus apakah peristiwa sebenarnya?Takkan sebagai Ustaz yang cukup dikenali ramai turut melakukan perkara mungkar?Takkan Ustaz yang mendapat bayaran mahal mengambil kesempatan untuk melakukan maksiat?

Selepas bersoal jawab dengan penduduk kampong,Azhar mengambil keretanya dan terus ke tepai pantai dan selepas jam 3.00 pagi,wanita muda yang keluar dari tandas tadi berjalan kaki untuk mengambil keretanya yang ditinggalkan di masjid,bila ditanya olah penduduk kampong beliau menjawab,cari kawan.Takkan jam 3.00 pagi cari kawan di tepi pantai?

Ada juga sumber yang memberitahu bahawa hari ini penduduk Jambu Bongkok yang selama ini cukup mengkagumi Azhar Idrus telah menanggalkan gambar-gambar Azhar yang selama ini dikagumi mereka.Mengapa penduduk kampong ini bertindak demikian?

Dan kalau kita berkesempatan singgah di masjid itu dan berbual dengan orang kampong nama Azhar bukan lagi menjadi ikon tetapi disebut dengan berbagai-bagai gelaran. Dan kita peringatkan Azhar Idrus, makin tinggi ilmu agama (kalau ada) makin banyak dugaan Tuhan berikan.Jangan pula makin tebal serban maka begitu juga tebal dosa-dosanya.

Kredit to: Sanggah Tok Janggut & TM.com

Tuesday, January 3, 2012

MESTI BACA.. 10 SYARAT JADI CALON PAS KELANTAN..

Situasi politik PAS di Kelantan, persoalan yang timbul dikalangan ahli PAS Kelantan terhadap Wakil Rakyatnya...

1. Adakah YB ikan busuk akan jadi calon boleh menang nanti?

2. Adakah YB "semua hok ana" akan jadi calon buleh menang?

3. Adakah YB kuat Juddi akan jadi winable candidate?

4. Adakah YB yang ditangkap khalwat akan dipilih rakyat?

5. Adakah YB yang tidak tunai janji akan jadi pilihan rakyat?

6. Adakah YB Import yang mana sahkan rumah sendiri, rumah sewa pun tak ada dalam parlimen...akan jadi winable candidate?

7. Adakah YB yang dahulukan pakai motor sekarang pakai merc jadi pilihan rakyat?

8. Adakah YB Yang hanya nak pencen akan diterima rakyat lagi?

9. Adakah YB yang rahsiakan perkahwinan dan rahsiakan rumah yang besar di luar kelantan akan diterima rakyat?

10. adakah YB yang munafik dan penipu akan dipilih sebagai winable candidate?

RAKYAT AKAN FIKIR DAN NILAI, SESUNGGUHNYA RAKYAT BIJAK MEMILIH....

Kredit to: Jogho Kelate FB..

TC: Macam kena je sikap YB-YB Pas Kelantan.. Kih kih kih...

APA ITU BABI, APA ITU ADAM ADLI.. SAMA KE...

Kepada yg tak tau crita apa yg terjadi di malam tahun baru di perkarangan UPSI, TC nasihatkan jgn le cepat sangat melatah. Selidik dulu, tanya dulu, tengok betul2.. Ni x, teruih nak mengamuk...


Jangan cepat melatah

Ada satu cerita, nak dengar tak?

Ceritanya cam ni,

Ada seorang pompuan , masa tu dia sedang berhenti ditepi jalan sambil melihat keadaan keretanya yang kemek. hari dah nak masuk magrib, dia menjadi semakin resah. Dah lah jalan tu sempit, lampu jalan tak de pulak.

Tiba-tiba datang sebuah motosikal datang dari arah bertentangan. Dah lah tak pasang lampu, tak pakai topi keledar.. laju pulak tu.. macam pelesit.

Perempuan tu apa lagi, dia terus menjerit " Hoi.. Babiiiiiiiii....... Slow sikit....."

Bila mendengar laungan perempuan tu, apa lagi, penunggang motosikal tu pun menjerit balas .. "Celaka!!!!! punya pompuan you!!!, sial mak kau!!!".."

Bagerooo..."
sedap jer cakap babi...."

Selang beberapa saat.. tiba-tiba terdengar satu dentuman yang kuat.... Perempuan tadi berlari kearah bunyi dentuman tersebut..
Apabila sampai ke sana, kelihatan budak tu terpelanting dalam semak manakala motosikal nya remuk sama sekali.

Rupa-rupanya, dia dah langar babi yang telah dilanggar oleh perempuan
tadi.

Moral of the Story : Hoi babi!!!!!!!! slow skit!!!! tu bukanya marah...

tapi nak bagi tau jer....yang ada babi tergolek kat depan....hehehehehehe


Kredit to: Bus Man FB..


TC: Memang takde kena mengena pun antara BABI dgn ADAM ADLI.. Hehehehehe.....

BREAKING NEWS.. KOR MING SAMAN SEKUPANGDUA RM10 JUTA..

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming  memfailkan saman RM10 juta terhadap penulis blog "sekupangduas" pagi tadi.

Ia berhubung satu artikel yang disiarkan menerusi blog berkenaan yang didakwa mencemarkan nama beliau.

Saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kira-kira jam 11:30 pagi tadi.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis, diwakili tiga peguam.

Dalam samannya, Kor Ming memohon perintah mahkamah melarang penulis blog terbabit, Ahmad Sofian Yahya menyiarkan artikel yang mencemarkan nama beliau.

Dalam blognya, Ahmad Sofian mendedahkan berlaku penyelewengan berhubung tender 24 kot untuk ahli Majlis Bandaraya Ipoh, MBI.

Tender terbabit dilaporkan diperolehi syarikat mempunyai kaitan dengan isterinya dan sekaligus membatalkan tender yang diputuskan kepada sebuah syarikat lain sebelum itu.

Sumber TV3.com

Menurut Sekupangduas dalam blog beliau....

UNTUK ITU 

-TEMAN TETAP AKAN PERTAHANKAN PERBUATAN KONGKALIKONG ATAU PENYELEWENGAN  PATUT DIBONGKAR! RAKYAT BERHAK TAU!

-MASIH  PERTIKAIKAN KENAPA SYARIKAT ISTERI BELIAU  YANG HANYA WUJUD SELEPAS 20 HARI SELEPAS DI AWARDKAN KEPADA GOODMAN TAILOR, PERJELASKAN KEPADA RAKYAT!

-TEMAN TAK AKAN TARIK BALIK KENYATAAN TEMAN , MAU PUN NAK MINTAK MAAP WALAUPUN TERPAKSA MENERIMA ANCAMAN SAMAN DAN SEBAGAINYA, TEMAN PERCAYA TEMAN TIDAK BERSEORANGAN, RAKYAT BERSAMA TEMAN.

-TEMAN JUGAK NAK BAGI DIA  48 JAM MULAI PUKUL TIGA HARI INI UNTUK BELIAU MENARIK BALIK KENYATAAN BELIAU ATAU TEMAN AKAN SAMAN DIA BALIK..

TC.. CAYA LAAAA Sekupangdua.. Lawan tetap Lawan.. Bravo...

Breaking News.. 'BOBOI' Naib Juara Maharaja Lawak Mega Masuk UMNO..

Akhirnya, Aflin si Raja Lawak telah membuat pilihan … UMNO pilihannya untuk berbakti dan memberikan perkhidmatanya kepada masyarakat.


Alhamdulillah, selamat berjuang sahabat …. Semoga dengan kehadiran Aflin dalam arus perjuangan UMNO akan memberikan khidmat baktinya kepada masyarakat.


Khabarnya, Aflin akan menyerahkan borang menyertai UMNO hari nie .... kita tunggu kesahihan berita tersebut .....

Source: Sahabat Gunung


TC: Ternyata UMNO di hati Afdlin Syauki..

GEMPAQ.. ANUAR IBRAHIM DAN MAT SABU BERGADUH UNTUK TAKHTA

Juara dan Naib Juara Maharaja Kelentong..


Jika Astro boleh mengadakan rancangan Maharaja Lawak apa salahnya dalam senario politik tanah air diwujudkan pula anugerah Maharaja Kelentong.Dalam soal mengkelentong rakyat Ee rasa eloklah Maharaja Kelentong dianugerahkan kepada Anwar Ibrahim sebagai juaranya dan naib juaranya pula bolehlah diberikan kepada Timbalan Presiden PAS Mat Sabu..Mereka begitu bersahaja dalam usaha meraih sokongan dengan membuat pelbagi Pembohongan,Fitnah dan Propaganda,dalam masa yang sama mereka cuba menutup aib diri mereka sendiri.Pada Ee inilah antara sebab2 mengapa mereka layak digelar Juara Maharaja Kelentong dan Naib Juara.

Mungkin kenyataan Ee ini akan mendapat cemuhan dari peminat2 fanatik Anwar Ibrahim dan juga Mat Sabu.Namun Ee tetap mempertahankan apa yang Ee katakan ini berlandaskan kelayakan mereka berlandaskan fakta2 yang diakui benar oleh semua rakyat negara ini bahkan dunia mengakuinya hanya HamPAS2 yang tidak ingin mengakuinya pasti ada saja helah2 HamPAS untuk membantu dalam usaha pemimpin mereka mengkelentong rakyat..

Ee rasa pada setiap kali 16 September pasti akan ada yang tergelak bila teringat bagaimana Anwar dengan muka sepuluh sennya menipu rakyat negara ini kononnya akan berlaku perubahan kuasa kononnya ramai ahli Parlimen dari Barisan Nasional yang akan menyertai mereka dan seterusnya menubuhkan kerajaan baru pada tarikh tersebut dan Penubuhan kerajaan baru itu turut disokong oleh Yang DiPertuan Agong serta pehak tentera.Bukan saja rakyat di negara ini kena kelentong bahkan rakyat luar negara pun kena kelentong.Satu lagi kes yang Ee rasa nak gelak Nik Ajis, pemimpin2 PAS lainya dan para penyokong PAS pun kena tipu sehingga sanggup penjadi penjilat punggung si Anwar.Nik Ajis sendiri kena kelentong sehingga sanggup keluar bermacam fatwa menyokong Anwar..Hehehe..

Begitu juga dalam kes memburukan negara di luar negara Anwar dengan muka selamba memgkelentong pemimpin2 luar untuk meraih simpati untuk mendapatkan sokongan jadi PM.Tidak terkecuali mengkelentong rakyat Indonesia untuk membenci kerajaan BN.Inilah kelebihan Anwar dan beliau begitu layak mendapat gelaran tertinggi ini.Begitu juga dalam skandal vedio sexnya dengan muka selamba mengatakan bahawa jam tangan omeganya berada dalam simpanan isterinya tetapi sebenarnya berada dalam simpanan pehak berkuasa.

Dalam menutup segala keaibannya Anwar begitu yakin dengan mengunakan seorang blogger upahan Raja Petra untuk memfitnah PM dan Isterinya,ini semua diaku oleh Raja Petra.Bukan itu saja terlalu banyak yang telah kena kelentong dik Anwar Ibrahim.Yang Ee rasa hairan bin pelik Mahasiswa-Mahasiswi yang cerdik pandai bakal pemimpin negara juga kena tipu sanggup menjadi penjilat jubuh Anwar dan sanggup mati memperjuangkan Anwar bakal pesalah Penjara Sungai Buluh.Jika nak diterangkan segala apa yang diKelentong dik anwar rasanya tidak cukup ruangan..

Mat Sabu pula dalam usaha menyaingi Anwar Ibrahim pula telah bertindak mengkelentong rakyat semasa Bersih 2.0 yang lalu kononnya beliau telah dilanggar oleh polis.Begitu juga Mat Sabu cuba menjadi pakar Kelentong dengan cuba memutar belitkan fakta sejarah dengan mengngkat komunis sebagai wira negara dan menuduh pehak polis pula sebagai pengkianat.Inilah antara kelebihan dua orang pakar dalam mengkelentong rakyat dan selayaknya mereka mendapat gelaran Juara dan Naib Juara Maharaja Kelentong..

by Ee Si Kucing FB on Tuesday, 3 January 2012 at 03:54

TC: terbuka minda baca post ni.. Hebat..

Monday, January 2, 2012

PALSU.. PALSU.. HUDUD PAS PALSU..

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

"Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

GEMPAR - KRONOLOGI SEBENAR PADA MALAM RUSUHAN DI UPSI

Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm , kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan "we love upsi ". Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadapPerdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU. Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama.

Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2 20am Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia. Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

235am mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan "Buka Pintu" dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya "membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO". Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka , ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka.

Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana diluar kawasan upsi dan tnchepa mengarahkan agar staf/pelajar berada didalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO' DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM

TC: buka mata, buka minda, buka hati..

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC