Tuesday, February 9, 2010

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir Kekal MB Perak





Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas Mahkamah Persekutuan selepas menolak permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi.

Keputusan itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff. Keputusan 5-0 berpihak pada Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Panel hakim itu telah menangguhkan penghakimannya pada 5 November tahun lalu setelah selesai mendengar hujah peguam yang mewakili Dr Zambry dan Mohammad Nizar dalam kes berkenaan.

Rayuan itu dibuat Mohammad Nizar dalam cubaan terakhirnya mendapatkan semula jawatan Menteri Besar selepas Sultan Perak, Sultan Azlan Shah, pada 4 Februari 2009 menitahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang itu melepaskan jawatan selepas mendapati beliau tidak memperoleh majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.

Pada Mei tahun lalu, dalam keputusannya, Mahkamah Tinggi mengembalikan kedudukan Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah, sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan itu dan mengisytiharkan bahawa pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak adalah mengikut perlembagaan.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC