Tuesday, February 16, 2010

YB Zul Balun Guan Eng Lagi.. Balun lagi Balun Lagi eyah eyah eyah....


YB Zul tak leh tahan lagi, lepas satu satu Guan Eng ni memporak-perandakan keadaan.. Ikuti petikan yang TC catatkan ni, adeih...........






Zulkifli Noordin menyifatkan slogan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng untuk mencontohi kepimpinan Khalifah Umar Abdul Aziz hanyalah retorik politik murahan yang kosong dan mengelirukan rakyat.

Bukan itu sahaja, pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut mengaitkan perbuatan Guan Eng yang cuba menutup kebenaran pembatalan perarakan Maulidur Rasul oleh kerajaan negeri itu sebagai sangat mengaibkan.

Beliau yang mengecam keras tindakan itu berkata, cubaan membatalkan perarakan membuktikan apa yang disebutkannya sebelum ini bahawa kepimpinan Guan Eng adalah bersikap cauvinis, ekstremis, rasis dan mempunyai agenda sempit perkauman yang jelas.

''Cubaan mereka untuk menutup kebenaran yang terbongkar sangatlah mengaibkan. Apakah ini yang dikatakan kerajaan yang telus dan ikhlas?

''Benarlah kata Rasulullah SAW, suatu ketika nanti akan datang zamannya umat Islam diratah oleh kafir-kafir yang bersatu, yang melunyai kita macam tempe dilenyek saja.

''Dan ia terjadi walaupun jumlah umat Islam terlalu ramai, tetapi jumlah yang banyak itu hanya umpama buih yang sedikit pun tidak membawa kesan. Kerana apa, kerana mereka terlalu sayangkan kedudukan, jawatan, habuan keduniaan mereka dan mereka takut kematian dan hilang semua nikmat duniawi ini," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk Musang Berbulu Ayam! dalam blog http://zul4kulim.blogspot.com.

Dalam sesi Soal Jawab TV3 pada 8 Februari lalu, Zulkifli juga telah menyerang Guan Eng dengan menyifatkan peletakan jawatan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin sebagai contoh tindak-tanduk DAP yang menjadi 'duri dalam daging' bagi pakatan pembangkang.

Kelmarin, Guan Eng berkata, perarakan Maulidur Rasul akan terus diadakan dan dakwaan beberapa pihak bahawa program itu telah dibatalkan adalah satu pembohongan dan sengaja dibuat untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri berkenaan.

Namun kenyataan Setiausaha Agung DAP itu berbeza dengan pekeliling yang ditandatangani Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan), Datuk Muhammad Yusoff Wazir bertarikh 5 Februari lalu yang menyebut mengenai pembatalan majlis perarakan berkenaan pada tahun ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, adalah sesuatu yang paling malang, apabila terdapat segelintir orang Melayu yang terpedaya dengan mainan politik silap mata yang menjijikkan oleh Guan Eng.

Malah katanya, golongan Melayu tersebut turut bersekongkol untuk menjahanamkan agama dan bangsa sendiri.

Bagaimanapun, katanya, Ketua Menteri itu seharusnya sedar bahawa bukan semua masyarakat Islam akan tunduk diam dengan perbuatannya.

''Yakin dan percayalah di luar sana masih ada umat yang tegas dan berani yang akan tetap mempertahankan akidah dan maruah agamanya tanpa takut sedikit pun kepada sebarang risiko yang bakal melanda.

''Kepada umat Islam khususnya di Pulau Pinang, termasuk pegawai dan kakitangan kerajaan, terutama pegawai dan kakitangan jabatan agama, janganlah kamu takut dengan rejim cauvinis ini.

''Pertahankanlah agama kamu, janganlah kerana gaji yang tidak seberapa ini maka kamu biarkan agama Islam dipermainkan,'' ujarnya.... Petikan Utusan...

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC