Wednesday, January 26, 2011

VIDEO BUKTI SAHIH CALON BN JAWAB TUDUHAN PAS DI TENANG.. HAHHH, TENGOKLAH PAS PIS PUS..




Semalam, PAS telah mengarahkan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang lebih mesra dipanggil Din Puduraya danAhli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin untuk memanipulasi kes lelongan sesorang tanah penduduk Labis yang dilakukan atas arahan mahkamah atas permintaan pihak Bank. Petikan dari Malaysiakini melaporkan seperti berikut:

PAS hari ini mendakwa bahawa kecuaian calon BN Mohd Azahar Ibrahim ketika menjadi penolong pegawai daerah Segamat, telah mengakibat tanah seorang penduduk dilelong tanpa pengetahuannya. Dakwaan tersebut dibuat oleh naib presiden PAS, Salahuddin Ayub dalam satu sidang akhbar di Tenang hari ini.Salahuddin berkata, kes itu berlaku pada tahun 2003 sehingga mengakibatkan sebidang tanah milik Mansor Mohamad telah dilelong. Sementara itu, ahli jawatankuasa PAS pusat, Mohamed Hanipa Maidin pula berkata, ekoran Mansor gagal membayar balik ansuran bank, Azahar dikatakan mengadakan satu inkuiri yang membawa kepada tanah Mansor dilelong tanpa pengetahuannya. Bagaimanapun, kata Salahuddin, pada tahun 2008, Mahkamah Tinggi Muar membuat keputusan yang memihak kepada Mansor di mana beliau menamakan pejabat tanah daerah Segamat sebagai defenden.


Beliau mendakwa, kecuaian Azhar itu telah mengakibat nama baik pejabat pentadbir tanah Segamat terjejas dengan teruk. Tegasnya, ia sekaligus menghakis keyakinan rakyat terhadap ketelusan pejabat tanah daerah Segamat dalam mengurus dan mengendalikan tanah mereka. Dalam sidang media yang sama juga Salahuddin yang juga ahli parlimen Kubang Kerian menegaskan bahawa pendedahan yang dibuat “tidak sama sekali tergolong kepada satu serangan peribadi terhadap calon Umno”. Sebaliknya apa yang kami ingin dedahkan adalah menyentuh isu integriti dan kelayakan calon Umno bagi mewakili rakyat di DUN Tenang. PAS percaya bahawa sebelum mana-mana calon dari mana-mana parti politik ingin meminta rakyat memilih mereka dalam mana-mana pilihan raya, adalah penting calon tersebut mengamalkan budaya ketelusan," tegasnya.


Salahuddin berkata, tanpa ketelusan sudah tentu rakyat tidak berupaya untuk membuat satu keputusan yang bermaklumat dalam memilih calon yang mereka ingini. Mansor yang turut hadir dalam sidang akhbar tersebut pula berkata, sekiranya beliau tahu tanah itu akan dilelong, beliau akan bertindak awal dengan membeli draf bank dan meletakkan nama tanah itu ke atas nama adik atau saudaranya.


“Pada pagi (itu), saya bayar duit kepada bank sebanyak RM10,000. Kemudian saya pergi beritahu kepada calon (Mohd Azhar), ini resit yang saya dah bayar kepada bank. Dia (Mohd Azahar) cakap nak kena lelong juga,” katanya sambil menambah beliau tidak berniat untuk berkempen di atas pentas Pakatan Rakyat.

LIHAT PENGUNDI DUN TENANG..

PAS MENIPU LAGI DAN LAGI DAN LAGI...

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC