Tuesday, February 15, 2011

PANAZZ.. 'BARANG' ANUWAR DI KULUM SEPUL SECARA PAKSA.. UISSSSHHHH..


KUALA LUMPUR 14 Feb. – Seorang pakar patologi forensik hari ini memberitahu bahawa beliau mengambil spesimen daripada bahagian lidah dan tekak Mohd. Saiful Bukhari Azlan selepas bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mendakwa dia turut dipaksa melakukan seks oral.

Menurut Dr. Siew Sheue Feng dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), Mohd. Saiful Bukhari memberitahu beliau bahawa selain diliwat, dia dipaksa melakukan perbuatan itu sewaktu beliau mengambil latar belakang kejadian tersebut daripada mangsa.

Selain itu, saksi pendakwa ketiga itu memberitahu, pemuda berkenaan mendakwa tidak dapat duduk selama dua hari kerana kesakitan akibat kejadian liwat tersebut.

Beliau menyatakan demikian semasa disoal balas oleh peguam Sankara Nair mengenai tindakannya mengambil spesimen daripada kedua-dua bahagian dalam mulut pada perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang itu di Mahkamah Tinggi di sini.

Sheue Feng kemudian turut membacakan latar belakang kejadian seperti yang dicatatkan dalam borang protokol perubatan (pro-forma) yang mana Mohd. Saiful Bukhari mendakwa dia telah diliwat oleh seorang orang kenamaan (VIP).

Ditanya mengapa beliau tidak menyoal latar belakang keluarga pengadu katanya, kes terhadap pengadu tidak seperti kes serangan sakit jantung yang memerlukan diketahui latar belakang keluarga pesakit.

Apatah lagi katanya, beliau telah menjuruskan mindanya terhadap dakwaan yang dibuat oleh pengadu.

Dalam keterangannya, saksi pendakwa ketiga itu berkata, beliau menjalankan pemeriksaan ke atas Mohd. Saiful Bukhari pada malam 28 Jun 2008 selepas pemuda itu dirujuk ke Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC) di HKL.

Menurutnya, Mohd. Saiful Bukhari ketika itu berada dalam keadaan tenang, memberikan kerjasama dan berkelakuan baik.

Sheue Feng menyatakan, beliau juga mengetahui bahawa sebelum diperiksa di HKL, pemuda itu telah membuat pemeriksaan di Hospital Pusrawi dan memaklumkan terdapat satu alat dimasukkan oleh doktor ke duburnya.

Berkaitan laporan daripada doktor Hospital Pusrawi yang menyatakan pengadu mendakwa duburnya sakit selama dua hari, pakar forensik itu memaklumkan, ia kemungkinan disebabkan kesan trauma daripada kejadian itu.

Dalam pada itu, Sheue Feng menafikan bahawa beliau bersikap berat sebelah, tidak bebas, memihak kepada polis atau menipu dalam menyediakan laporan perubatannya.- UTUSAN..


TC: GILA BABI LER ANUWAR NIE....

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC