Sunday, March 13, 2011

PANAZZ.. GUAN ENG SI KAFIR HARBI DAPAT KERANDA..


Sempena tiga tahun pentadbirannya, kerajaan DAP Pulau Pinang hari ini 'dihadiahkan' keranda oleh gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu.

Bagaimanapun, 'upacara' penyerahan keranda yang ditempah khusus untuk Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Ng Wei Aik di pekarangan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), iaitu bangunan yang menempatkan pejabat kerajaan negeri sedikit kecoh apabila dihalang oleh polis.

Keranda tersebut telah dirampas oleh polis ketika kumpulan berkenaan yang diketuai Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman cuba menurunkannya di pintu masuk utama Komtar pada kira-kira pukul 9 pagi.

Berikutan tindakan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya menempah sebuah lagi keranda dengan harga hampir RM2,000 dan menukar lokasi 'majlis' ke Komtar Walk, iaitu pintu masuk yang lain kira-kira pukul 3 petang.


Pada badan lori yang membawa keranda itu turut tertera kain rentang tertulis perkataan-perkataan yang mengecam sikap Wei Aik yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar seperti 'diktator', 'berlagak besar', 'suka balas dendam', 'angkuh' dan 'sombong'.

Kumpulan tersebut cuba membawa turun keranda itu untuk diarak mengelilingi Komtar tetapi diberi amaran oleh polis supaya tidak meneruskan tindakan mereka.

Sebagai mematuhi arahan polis itu, Mohamed Ghani kemudiannya memandu sendiri lori yang membawa keranda berkenaan menuju ke rumah Wei Aik yang terletak di Air Itam.

Kesemua mereka sebelum itu menyertai Perhimpunan Aman Bangkit bertemakan Bangkit Melayu Membela Islam di Komtar Walk yang dihadiri kira-kira 200 ahli daripada beberapa NGO Melayu.

NGO-NGO tersebut adalah Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Pertubuhan Suara Anak-Anak Malaysia, Persatuan Melayu Tanjung, Persatuan Silat Gegaran Petani Pulau Pinang dan Pertubuhan Seni Silat Pesaka Gayung Malaysia.

Turut serta Persatuan Anak Jati Melayu Islam Negeri Pulau Pinang (Pajim), Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Persatuan Nelayan Jelutong dan Gelugor, Majlis Belia Daerah Barat Daya, Pertubuhan Belia 4B Malaysia Negeri Pulau Pinang dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.

Pada perhimpunan berkenaan, Pengerusi Majlis Gabungan NGO-NGO Melayu Islam, Anwar Khan Ali Azqar Khan membacakan memorandum kepada Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas setebal lapan muka surat.

Kandungan memorandum itu antara lain menyatakan kekhuatiran rakyat khususnya orang Melayu terhadap tindakan-tindakan Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepanjang tiga tahun mentadbir negeri.

Antaranya menghapuskan Dasar Ekonomi Baru, merampas tanah rakyat untuk mendirikan universiti, merobohkan gerai-gerai peniaga kecil, menubuhkan portfolio bukan Islam, membatalkan perarakan Maulidur Rasul dan menjadikan Pulau Pinang sebagai hab hiburan.

Menurut Anwar Khan Ali, sepanjang tiga tahun lalu, kerajaan negeri sebenarnya dikuasai oleh DAP dan berjaya menggunakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas untuk mentadbir.

"Terlalu banyak yang telah mereka laksanakan sehingga mengguris perasaan orang Melayu dan agama Islam.

"Justeru, memorandum ini dihantar untuk diperhatikan dan dipanjangkan masalah serta tuntutan umat Islam Pulau Pinang ke dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu," katanya di sini hari ini.

Memorandum berkenaan kemudiannya dihantar ke kediaman rasmi Yang Dipertua Negeri di Jalan Utama di sini kira-kira pukul 5 petang.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC