Tuesday, January 3, 2012

BREAKING NEWS.. KOR MING SAMAN SEKUPANGDUA RM10 JUTA..

Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming  memfailkan saman RM10 juta terhadap penulis blog "sekupangduas" pagi tadi.

Ia berhubung satu artikel yang disiarkan menerusi blog berkenaan yang didakwa mencemarkan nama beliau.

Saman difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Ipoh, kira-kira jam 11:30 pagi tadi.

Kor Ming yang juga Ahli Parlimen Taiping dan Adun Pantai Remis, diwakili tiga peguam.

Dalam samannya, Kor Ming memohon perintah mahkamah melarang penulis blog terbabit, Ahmad Sofian Yahya menyiarkan artikel yang mencemarkan nama beliau.

Dalam blognya, Ahmad Sofian mendedahkan berlaku penyelewengan berhubung tender 24 kot untuk ahli Majlis Bandaraya Ipoh, MBI.

Tender terbabit dilaporkan diperolehi syarikat mempunyai kaitan dengan isterinya dan sekaligus membatalkan tender yang diputuskan kepada sebuah syarikat lain sebelum itu.

Sumber TV3.com

Menurut Sekupangduas dalam blog beliau....

UNTUK ITU 

-TEMAN TETAP AKAN PERTAHANKAN PERBUATAN KONGKALIKONG ATAU PENYELEWENGAN  PATUT DIBONGKAR! RAKYAT BERHAK TAU!

-MASIH  PERTIKAIKAN KENAPA SYARIKAT ISTERI BELIAU  YANG HANYA WUJUD SELEPAS 20 HARI SELEPAS DI AWARDKAN KEPADA GOODMAN TAILOR, PERJELASKAN KEPADA RAKYAT!

-TEMAN TAK AKAN TARIK BALIK KENYATAAN TEMAN , MAU PUN NAK MINTAK MAAP WALAUPUN TERPAKSA MENERIMA ANCAMAN SAMAN DAN SEBAGAINYA, TEMAN PERCAYA TEMAN TIDAK BERSEORANGAN, RAKYAT BERSAMA TEMAN.

-TEMAN JUGAK NAK BAGI DIA  48 JAM MULAI PUKUL TIGA HARI INI UNTUK BELIAU MENARIK BALIK KENYATAAN BELIAU ATAU TEMAN AKAN SAMAN DIA BALIK..

TC.. CAYA LAAAA Sekupangdua.. Lawan tetap Lawan.. Bravo...

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC