Sayu terasa dihati bilamana melihat kemewahan yang diangkuhkan oleh pemimpin Pas dalam perilaku penindasan mereka terhadap rakyat Kelantan, mereka mencandui rakyat dengan Islam, pada masa sama mereka merampas tanah-tanah Tuhan yang berpuluh tahun sudah diterokai oleh rakyat.
Diatas nama ehsan dengan memberi keadilan didalam Islam, biarpun rakyat tidak punyai geran apakah berdosa besar untuk memberikan tanah-tanah yang sudah lama diusahakan oleh rakyat itu, dikatakan tanah kerajaan !!! Siapa kerajaan ? Wujudkah kerajaan tanpa rakyat ? dimana hak mereka sebagai rakyat pribumi Kelantan ? sedangkan cina-cina luar diberi hak bermaharajalela di bumi ini.
Dari mana hasil kekayaan pimpinan Pas Kelantan serta kroni termasuk anak dan menantu mereka, cuba kita bertenang dan renung sejenak, sebagai pemimpin yang kononnya berkerajaan untuk menegakkan Islam sehingga mengkafirkan orang-orang Umno serta mendakwa amalan orang Umno termasuk solat tidak mendapat pahala,berbaloikah tuduhan itu dengan apa yang pimpinan Pas sedang amalkan.
Kalaulah kita nak persoalkan tentang amal, dasar dan perbuatan realiti antara Pas dan Umno ianya terlalu panjang, dan tidak cukup dengan penulisan tanpa perbahasan, namun disini apa yang nak dipertikaikan adalah tentang gaya hidup pemimpin Islam yang perjuangannya sehingga mengkafirkan orang lain.
Anda dapat lihat didalam rakaman dibawah dimana rumah Adun Pas Kota Lama tersergam indah dibalik halaman yang luas, dalam kemunduran mentadbir negeri dan terdapat ramainya rakyat yang miskin, sebagai pejuang Islam ia agak tidak wajar untuk mendiami rumah sebesar itu, tidak cukupkah jika mendiami rumah banglo sederhana dan berkereta sederhana yang bersesuaian dengan zuhud seorang pejuang Islam ?
Copy paste n video disini:
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment