Wednesday, April 24, 2013

TAKTIK PKR MEMBOGELKAN PAS PULAK!!!

Tidak dinafikan bahawa PKR hari ini agak terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS berkaitan dengan dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Hadi Awang dalam satu ceramah telah terang - terangan menuduh beberapa calon PKR terlibat dalam aktiviti penjualan dadah 'Pil Kuda' dan menyokong perjuangan Komunis.

Selain itu, Presiden PAS itu juga turut menuduh PKR menamakan calon 'Tangkap Muat' yang mempunyai kemungkinan untuk membelot dimasa akan datang.

Terkedu dengan kenyataan tersebut, PKR mula jadi kecoh dan pening kepala. Puas diorang cari jalan untuk menutup dakwaan dan tuduhan yang dibuat oleh Hadi Awang.

Semalam tampil pulak Maria Chin Abdullah dengan dakwaan kononnya calon PKR Sungai Acheh, Si Chagi Bard tu telah dikasari oleh Unit Amal PAS.

Semua orang pun tahu, Unit Amal PAS merupakan sayap paling besar dalam parti tersebut. Dengan melabelkan mereka sebagai 'Pengganas', PKR berharap ianya dapat mengugat PAS.

Walaupun kenyataan tu tidak dikeluarkan oleh PKR sendiri, tapi semua orang tahu Maria Chin ada hubungan rapat dengan PKR memandangkan mereka pejuang LGBT.

Jadi, tidak mustahil jika kita kata kenyataan Maria Chin tu sebenarnya adalah untuk menimbulkan keraguan dikalangan rakyat dan melabel Unit Amal PAS sebagai pengganas.

Nak pulak bila PAS Sungai Acheh menolak pencalonan Si Chagu Bard serta menolak keputusan 'Tarik Diri' yang dibuat oleh calon mereka sebelum ini.

PAS Sungai Acheh tetap tidak berpuas hati dan mahu calon mereka tetap bertanding dalam Pilihan Raya Umum kali ini. Kempen mereka tetap akan diteruskan. Jadi PKR jangan suka hati sangat. Cabaran dari PAS tetap menanti!!!
BUKIT MERTAJAM: Ahli akar umbi PAS Pulau Pinang mendesak pucuk pimpinan parti itu mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh dan meminta Ketua Dewan Pemudanya Mohd Yusni Md Piah tidak menarik diri daripada bertanding. 

Bekas Ketua Pemuda PAS negeri, Mohamed Hafiz Mohamed Nordin berkata, kepimpinan tertinggi PAS perlu bertegas dalam mempertahankan kerusi itu dan tidak menjadikan parti itu mangsa kepada sekutunya Parti Keadilan Rakyat (PKR).  
"PAS hanya bertanding di enam kerusi DUN dan dua Parlimen di Pulau Pinang sedangkan PKR 16 kerusi DUN dan empat Parlimen. 

"Memang inilah sikap tamak haloba yang ada pada PKR dan selalunya yang jadi mangsa PAS negeri Pulau Pinang, calon-calon PAS Pulau Pinang. Bayangkan dulu PAS ada 16 kerusi sekarang hanya tinggal enam dan masih nak diambil daripada PAS," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini. 

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan calon PKR, Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'CheguBard' bahawa PKR tetap bertanding di kerusi itu dan calon PAS telah diminta menarik diri. 


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC