Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Thursday, June 30, 2011

FAKTA.. Senarai 50++ Yang Telah Tinggalkan ANWAR IBRAHIM.. PKR KIAN HANCUR..

RECAP : DULU MEREKA BERSAMA ANWAR!! KINI MEREKA TELAH MEMBAWA HALUAN MASING2 SETELAH HILANG SUDAH KEPERCAYAAN KEPADA ANWAR IBRAHIM DAN PKR.. PKR KIAN MENGHAMPIRI ALAM KUBUR..

Mengumpulkan senarai dari JMD dan Badut Rakyat, ini adalah senarai nama-nama mereka yang sudah tinggalkan PKR:

1. Chandra Muzaffar (Timbalan Presiden Parti KeAdilan Nasional)

2. S. Nalla Karuppan (Ketua Bahagian PKR Kepong, teman rapat Anwar ketika TPM, rakan mainan tenis Anwar setiap minggu dan pemegang rahsia Anwar).

3. Ezam Mohd Nor (Ketua Pemuda PKR dan Ketua Besar zaman Reformasi, orang yang menubuhkan PKR dan paling dipercayai oleh Anwar)

4. Anuar Shaari (Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim di Kementerian Kewangan dan antara penggerak utama Reformasi)

5. Fairus Khairuddin (Bekas ADUN Penanti dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang)

6. Zahrain Mohd Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru & Pengerusi PKR Pulau Pinang)

7. Zulkifli Noordin (MP Bandar Baru Kulim, bekas Peguambela kes-kes peribadi Anwar dan pejuang kes Anwar diracun arsenik dan penceramah kes-kes anti-murtad)

8. Zainur Zakaria (Bekas peguam bela No. 1 Anwar dalam kes pertama, AJK Parti KeAdilan Nasional, calon Keadilan Pilihanraya Umum di Lembah Pantai 1999, dan bekas Presiden Majlis Peguam)

9. Ruslan Kassim (Ketua PKR Negeri Sembilan, Ketua Penerangan PKR dan Otai Reformasi)

10. Nell Onn (Ketua Wanita Parti KeAdilan Nasional)

11. Abdul Rahman Othman (bekas Bendahari PKR dan Timbalan Presiden Parti Keadilan Malaysia)

12. Marina Yussuf (Naib Presiden Parti KeAdilan)

13. Lokman Noor Adam (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan, Ketua AMK Johor) .

14. V. Arumugam (ADUN Bukit Selambau).

15. Mohd Radzi Salleh (ADUN Lunas).

16. Badrul Hisham Abdullah (ADUN Pelabuhan Kelang).

17. Tan Tee Beng (Ahli Parlimen Nibong Tebal).

18. Sallehudin Hashim (Setiausaha Agung PKR)

19. Dr Halili Rahmat (Bendahari PKR Hulu Selangor)

20. Muhammad Zahid Md Arip (Naib Ketua Pemuda PKR)

21. Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai)

22. Hamdan Taha (Timbalan Pengarah Pilihanraya Keadilan)

23. Dr Abdul Wahid Ahmad Suhaimie (Pengerusi Perhubungan Keadilan Pahang)

24. Jamaludin Abu Hassan (Pemangku Ketua PKR Padang Serai)

25. Mohd Hanafiah Man (Ketua Pemuda Keadilan Perak)

26. Fakhrul Azman Abu Bakar (Exco Pemuda Keadilan)

27. Shamsul Bahari Shamsuddin (Exco Pemuda Keadilan)

28. Rosli Mohd Johar (Naib Ketua Pemuda Keadilan Wilayah Persekutuan)

29. Zainuddin Awang (Exco Pemuda Keadilan Terengganu)

30. Datuk Bujang Ulis (Keadilan Sarawak)

31. Rusli Mohd Shariff (Naib Ketua Pemuda Keadilan Negeri Sembilan)

32. Jeffry Nizam (Exco Pemuda Keadilan Pahang)

33. Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang)

34. Kapten (B) Mohd. Osman Jailu (ADUN Changkat Jering)

35. Tan Wei Shu (ADUN Bakar Arang)

36. Soraya Sulaiman (Ketua Penerangan Wanita PKR)

37. Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai)

38 . Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak (Naib Presiden PKR)

39. Anuar Tahir (bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Nasional yang pertama sehinggalah pada tahun 2001, Pemimpin ABIM dan WAMY, menyertai Gerakan Reformasi bersama-sama Muhammad Nur Manutty, mantan Presiden ABIM, Mustapha Kamil Ayub (pernah menjawat Presiden PKPIM) dan juga Ruslan Kassim.)

40. Mohammad Mustafa (bekas Pengerusi Keadilan Kelantan)

41. Aminah Abdullah, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang

42. SD Mohamad Johari Yasin, (Setiausaha Angkatan Muda Keadilan Malaysia) penggerak awal Reformasi. Kenapa dia tinggalkan Anwar?

43. Mustafa Khalid Hanafi, (Pengarah Pilihanraya PKR Kedah).

44. Abdul Manap Shahardin (bekas calon PKR Bagan Pinang)

45. Mohd Shukri Mohd Ramli @ blogger CucuMatKilau (blogger ulung reformasi yang mula berblog sejak 1998 dan Calon PKR dalam PRU-12 bagi DUN Kemayan Parlimen Bera)

46. Tuan Hj. Sulaiman Abdullah (Peguam kes Anwar)

47. Zamil Ibrahim (Bekas Setiausaha Ahli Parlimen Merbok/Exco Pemuda PKR Pusat)Ini pula mereka yang sudah hilang keyakinan dengan Anwar tapi masih lagi melukut dalam PKR, atas sebab masing-masing

48. "Mike" Manikavasagam - YB Kapar

49. N Gobalakrishnan - YB Padang Serai, Kedah.

50. Loh Gwo Burne - YB Kamera Digital.

51. Zaid Ibrahim

dan banyak lagi pemimpin-pemimpin PKR yang sedang berkira-kira meninggalkan Anwar.

TC: Lihat lah wahai rakyat Malaysia.. Buka Hati Buka Minda Buka Jiwa.. Anwar Memang Bermasalah...


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Thursday, June 23, 2011

MARI BERFIKIR.. MENYELAMI HATI SEBAGAI PENYOKONG PEMBANGKANG.. Selami hati, Selami Jiwa, Selami Lautan Dalam..

Ikuti kisah yg TC peroleh dari seorang pengikut penganut PAS yg kini telah insaf..

Semasa aku masih kecil, bapak aku ialah ahli Pas. Aku tak tau apakah yang menyebabkan dia menyokong Pas. Mungkin kerana dia anti Mahathir masa tu. Bagi dia, apa yang Mahathir buat semuanya salah. Mahathir lah yang jahat, Mahathir lah zalim, Mahathir lah bodoh. Pendek kata, dia tak kaya - kaya pun salah Mahathir jugak.

Dan aku, jugak terkena tempias kebencian itu. Sebagai penyokong pembangkang, prinsip kami ialah HANYA MEMBANGKANG. Apa yang kerajaan buat, pada masa itu, walaupun baik, kami tetap bangkang. Kami anggap kerajaan memang bodoh, semua projek perabih duit rakyat je. Tapi, kami tetap guna segala kemudahan yang kerajaan sediakan tanpa segan silu.

Sebagai penyokong pembangkang juga, kami takkan sekali - kali menyokong apa jua tindakan kerajaan. Kami sahaja yang betul, kami sahaja yang pandai. Kami tak faham kenapa harga barang makin naik, harga minyak makin naik, TIADA SIAPA DALAM PAS YANG MENERANGKAN KEPADA KAMI TENTANG FAKTA. TIADA SIAPA MENGAJAR KAMI TENTANG APA ITU EKONOMI KERANA BAGI PEMIMPIN2 PAS, KAMI CUMA RAKYAT MARHAEN YANG MUDAH DIPERBODOHKAN. Kami cuma disogokkan dengan KEBENCIAN kepada kerajaan. Kami tidak diberi peluang untuk BERTANYAKAN SOALAN SEPERTI MENGAPA, BAGAIMANA SESUATU PERKARA ITU BOLEH BERLAKU. Inilah tradisi dalam PAS dalam meraih sokongan rakyat biasa seperti kami.

Kami juga ditakut - takutkan dengan azab Allah jika kami MENOLAK UNTUK MENYOKONG PAS KERANA MENOLAK PAS BERERTI MENOLAK ISLAM DAN MENYOKONG KEPADA KEZALIMAN, WALHAL KERAJAAN BUKANNYA BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL UNTUK BUNUH ORANG PALESTIN pun. Begitulah totoknya, jumudnya pemikiran kami bila menjadi penyokong Pas...

Kini aku dah besar. Dengan pendedahan yang luas tentang agama, ekonomi, politik dan ditambah dengan minat aku dalam membaca, satu persatu persoalan tentang ideologi sebenar perjuangan PAS mula muncul. Tuhan kurniakan akal, jangan sia - siakan ia. Aku kesal dengan cara pemimpin Pas yang TIDAK PERNAH MENDIDIK RAKYAT MELALUI POLITIK, sebaliknya HANYA MENABUR FITNAH DAN KEBENCIAN YANG TIDAK PERNAH SUDAH. Realitinya, PEMIMPIN PAS MENGANGGAP PENYOKONG PAS IALAH RAKYAT YANG BODOH KERANA MUDAH DIPERBODOHKAN DAN DIMOMOKKAN DENGAN FITNAH.

PEMIMPIN PAS PERLU BERTANGGUNGJAWAB DI AKHIRAT KERANA MEMPERGUNAKAN AGAMA ALLAH DEMI KEPENTINGAN POLITIK YANG RAKUS

TC: Mari kita terus berdoa semoga saudara2 kita didalam PAS di rahmati Allah dan berubah ke arah kebaikan.. AMIN..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, June 21, 2011

FAKTA.. Hanya 4 Melayu Dalam AJK Pentadbir BERSIH.. Yang Dok Atas Jalan Semua Melayu.. Cina India?.. Kena Tipu Lagi..

Dibawah ini adalah senarai Jawatankuasa Penganjur Bersih 2.0 seperti yang dinyatakan Ambiga Sreevenasanksahkh. Ambiga juga adalah orang kuat disebalik penubuhan IFC yang akan memberi sokongan moral dan sebagainya kepada sesiapa yang ingin murtad dinegara ini dan antara peguam yang mewakili Lina Joy...

1-   Ambiga Sree (Pengerusi)
2-   Mat Sabu (Timbalan)
3-   Andrew Khoo
4-   K Arumugam
5-   Dr Farouk Musa
6-   Harris Ibrahim
7-   Liau Kok Fah
8-   Maria Chin Abdullah
9-   Richard Y W Yeoh
10- Dr Toh Kin Woon,
11- Dr Wong Chin Huat
10- Datuk Yeo Yang Poh
12- Zaid Kamaruddin
13- Dr Subramaniam Pillay
14- Arul Prakkas

Daripada senarai Jawatankuasa Penganjur tersebut, hanya terdapat empat orang Melayu didalamnya. Mengapa ada empat orang sahaja sedangkan majoriti yang bakal menyertai demonstrasi adalah Melayu?

Kalau dilihat daripada peserta-peserta yang bakal terpekik terlolong didalam demonstrasi itu nanti, pasti ramai yang akan menyangka bangsa Melayu sendiri yang tidak berpuas hati dengan sistem pilihanraya dinegara ini.

Tapi hakikatnya, itu tidak benar sama sekali. Sebenarnya yang tidak berpuashati dengan sistem pilihanraya dinegara ini bukanlah bangsa Melayu. Daripada senarai jawatankuasa yang telah diberi, rakan-rakan pembaca yang bijaksana sekalian sudah boleh mengagak kaum mana sebenarnya yang tidak berpuashati.

Kasihan Melayu-melayu yang bakal menyertai demonstrasi tu nanti. Betapa bangangnya mereka semua kerana sanggup menjerit-jerit sampai keluar anak tekak dan sanggup pula menanggung risiko untuk ditahan polis hanya demi memenuhi hasrat "Ambiga and the Gang".

TC: Sekarang siapa tuan dan siapa barua tegar sebenarnya?

Sumber: umbhghululangat.blogspot.com



Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

FAKTA - KEMPEN KOTOR DALAM PERHIMPUNAN BERSIH..

KEMPEN INI AMAT PENTING BUAT KESEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG MAHUKAN KEAMANAN DI NEGARA INI.

HAKIKATNYA PERHIMPUNAN BERSIH HANYA PROPAGANDA BAGI MENCETUSKAN HURU HARA.

ANWAR DAN KUNCU2 NYA SEMEMANGNYA MENSASARKAN BERLAKUNYA KEKECOHAN YANG BAKAL DIMULAKAN DARI 2 3 KUMPULAN UPAHAN YANG AKAN PROVOKE DAN MENGAPI2 KAN TAHAP KESABARAN POLIS SERTA FRU SEPERTI MEMAKI HAMUN DAN MENGHINA KELUARGA.

INI BAGI MEMASTIKAN PIHAK POLIS DAN FRU YANG TERLIBAT AKAN BERTINDAK KASAR SETELAH DIMAKI HAMUN SEHINGGA MELIBATKAN KELUARGA SEPERTI "ANAK ANJING" DAN " ANAK HARAM."

ANWAR KINI TELAH MENGHUBUNGI SEBERAPA BANYAK MEDIA2 ASING AGAR DAPAT MEMBUAT LIPUTAN EKSKLUSIF DI SALURAN MASING2 TERMASUKLAH CNBC...

AYUH, KITA DESAK PERHIMPUNAN INI DIHENTIKAN..

AJAK RAKAN2 FB KITA TURUT KEMPEN PROTES TERHADAP BERSIH 2.0.. SILA PAMERKAN POSTER INI DI PICTURE PROFILE ANDA TANDA PROTES TERHADAP PERHIMPUNAN INI..

SEBARKAN....

SUMBER: Melayu Cindia FB


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Beza Orang Dan Binatang.. Ustazah dakwa keinginan seks suami cukup tinggi.. Kompom Orang PAS..

KANGAR 24 Mac - Seorang ustazah mendakwa suaminya, bekas Ketua Dewan Ulama Pas Perlis, Abdul Rashid Rahman lebih mengutamakan kepuasan seks sendiri tanpa mempedulikan kesihatan dirinya yang ketika itu menderita kesakitan akibat bisul di punggung.

Dakwaan tersebut dibuat oleh Siti Rosmala Mohamed, 38, ketika memberikan keterangannya selaku pemohon yang memfailkan permohonan cerai secara fasakh pada 15 Februari 2008 terhadap Abdul Rashid, 60.

Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini

Siti Rosmala memberikan keterangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Zaidi Abdullah di Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Ibu kepada tiga anak itu turut mendakwa, walaupun mereka sering bergaduh sehingga tidak bertegur sapa lebih seminggu, namun suami sering kali memaksanya melakukan hubungan seks. Juga mendakwa beliau hanya sekali diberi RM 300 sejak mereka berkahwin 10 tahun lalu & selalu di pukul (termasuk dikepala) & dirotan atas sebab2 yg kecil.

"Walaupun seminggu tidak bercakap, selepas saya dimarahi atau dipukul namun dalam soal nafkah batin (hubungan seks), saya mesti berikan biarpun terpaksa," dakwa Siti Rosmala

TC: APA LA MANGKOK PAS NGOK NI.. MANUSIA KA BINATANG.. KETUA DEWAN ULAMAK TUUUUU..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, May 28, 2011

Ulama Pas digesa 'siasat' Anwar cari kebenaran




Golongan ulama Pas digesa melakukan siasatan sendiri berhubung beberapa skandal didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim agar parti itu boleh menyatakan pendirian sebenar terhadap kepimpinan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, pendakwaan di mahkamah serta sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Mohd. Saiful Bukhari Azlan, parti itu terutama golongan ulama perlu melakukan siasatan untuk mencari kebenaran.

Menurutnya, siasatan itu perlu dilakukan demi keadilan kepada golongan ulama, profesional dan penyokong Pas yang mendokong cara kepimpinan menurut lunas Islam.

"Jika benar Anwar terlibat dalam skandal-skandal yang didakwa ke atasnya termasuk yang terbaru video (seks), Pas perlu menyatakan pendirian rasmi mereka terhadap kerjasama parti itu dengan PKR dan DAP yang diterajui Anwar.

"Sekiranya Pas tidak memperakui siasatan polis, kes mahkamah serta sumpah laknat oleh Shazryl Eskay dan Mohd. Saiful Bukhari, maka parti itu terutama golongan ulama perlu lakukan siasatan sendiri ke atas Anwar," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin yang mendakwa Anwar kini takut dengan penerimaan golongan ulama dalam Pas terhadapnya, selepas pelbagai salah laku beliau didedahkan kebelakangan ini.

Zulkifli seterusnya mendakwa, Anwar kini mengarahkan pemimpin serta ahli Pas yang cenderung menyokong beliau untuk merancang gerakan menghakis penguasaan golongan ulama dalam parti itu, ekoran pemilihan Pas yang akan berlangsung minggu depan.

Nakhaie berkata, golongan ulama dalam Pas mempunyai peranan penting untuk mencari kebenaran mengenai perilaku Ketua Pembangkang itu bagi menyampaikan mesej yang selari dengan tuntutan Islam.

Jelas beliau, salah satu tuntutan dalam ajaran Islam adalah memastikan seseorang pemimpin itu dilihat bersih dan terpelihara daripada sebarang tohmahan.

"Seseorang pemimpin bukan sahaja perlu bersih tetapi terpelihara daripada tohmahan dan dalam kes ini, Pas perlu menyiasat sendiri, bukannya menolak ataupun menerima tohmahan itu secara membuta tuli demi menjaga kredibiliti Anwar," tegasnya.

Sunday, May 1, 2011

JIJAH TAK LALU NENGOK NUAR CUCUK CHINA DOL




Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menegaskan, beliau tidak akan menonton klip video terbaru yang memaparkan imej lebih jelas seorang pelaku seks didakwa mirip wajah suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini tersebar di Internet.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dalam satu sidang akhbar di sini hari ini berkata, tiada keperluan untuknya berbuat demikian kerana yakin pelaku seks dalam rakaman itu bukan suaminya.

‘‘Saya memang pasti, lillahitaala. Itu bukan suami saya,” katanya yang kelihatan tidak senang ketika diajukan pertanyaan berhubung perkembangan terbaru itu.

Ditanya sama ada beliau tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkan kepastian dengan menonton sendiri video tersebut, Wan Azizah menegaskan:‘‘Saya tidak mahu tengok, itu haram. Saya tidak mahu, di televisyen pun saya tidak tengok kerana ia tidak baik untuk anak dan cucu saya”.

Dalam sidang akhbar 5 April lalu, Wan Azizah mengakui ada menonton sebahagian rakaman video seks berdurasi 1 minit 47 saat yang dimuat naik kali pertama di Internet awal bulan ini tetapi menafikan lelaki dalam video berkenaan adalah suaminya.

Khamis lalu, rakaman penuh video aksi seks yang dikaitkan Ketua Pembangkang itu sudah dimuat naik ke laman perkongsian video, YouTube dengan memaparkan imej pelaku lebih jelas berbanding visual klip video yang di muat naik sebelum ini.


CERAIKAN DAP DENGAN TALAK 3 DEMI ISLAM SEJATI



Datuk Seri Najib Razak semalam meminta PAS keluar daripada pakatan pembangkang yang jelas tidak memperjuangkan agenda bangsa, agama dan negara.

Perdana Menteri berkata sudah tiba masanya PAS meninggalkan pakatan pembangkang khususnya DAP yang ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.
"Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam? Hadi (Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden PAS), cukup-cukuplah dengan DAP. Ini merugikan kita, jadi jangan sebut perjuangkan Islam, tinggalkan DAP," katanya.
Ucapan di hadapan kira-kira 20,000 orang pada Majlis Perjumpaan Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Manir dekat sini yang dikuasai PAS, disambut laungan orang ramai, 'masuk BN' dan kemudian disahut Najib, 'kita boleh buat kira masuk BN, tapi janganlah ambil Terengganu.'

Presiden UMNO itu juga berkata, rakyat sekarang sudah bijak menilai kepemimpinan yang dapat menjamin masa depan negara dan ia hanya dapat dilakukan menerusi kerajaan BN dan UMNO.

"UMNO lahir di istana dan bukannya di jalanan seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebab itulah (PKR) sikit-sikit hendak berdemonstrasi. Takkanlah kita nak harapkan orang yang jam tangan pun hilang,” katanya sinis berhubung kontroversi membabitkan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Semasa di Sarawak (pilihan raya negeri) baru-baru ini, penduduk rumah panjang pun bertanyakan jam Omega (milik Anwar).
“Semalam (kelmarin) kenapa nak halang orang nak bersumpah?,” kata Najib merujuk kepada suasana kecoh ketika Datuk Shazryl Eskay Abdullah melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Ibni Al-As, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur, kelmarin.

Kemudian, ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong, Najib berkata PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam pakatan pembangkang, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada parti DAP.

Perdana Menteri berkata pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) ‘PAS ganti UMNO’, realitinya ‘DAP ganti PAS’, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lalu), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP.

"PAS, cukuplah dalam pakatan pembangkang, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN (Barisan Nasional) pun tak apa, tetapi keluarlah dari pakatan pembangkang," katanya

Dalam sidang media kemudian, Najib menjelaskan dalam realiti politik, kehadiran PAS dalam pakatan pembangkang tidak membawa sebarang makna untuk parti berkenaan dan sukar untuk mendapat kata sepakat dalam banyak isu dengan rakan parti lain terutama DAP.

"Sama ada dia (PAS) nak gabung dengan kita (BN) itu soal lain tetapi saya nak tekankan ialah dia tidak mendapat manfaat malah secara tidak langsung menguntungkan DAP," katanya.

Katanya, jika PAS serius mahu memperjuangkan Islam maka parti itu tidak boleh bekerjasama dengan DAP kerana itu adalah realiti politik, mereka mempunyai ideologi berbeza.

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC