Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Sunday, December 23, 2012

NIK AZIZ STIM APA LA TU. FATWA BARU KINI DIJAJA. LINGKUP LE RAKYAT CENGGINI.

Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan sebagai bermulut celupar dan suka membuat fatwa sendiri apabila mengatakan orang Melayu yang menyokong Umno sebagai mungkar.

Muhyiddin berkata, kenyataan itu adalah rentetan fatwa songsang pemimpin Pas itu setiap kali menjelang pilihan raya.

"Itu satu lagi bukti Nik Aziz mengeluarkan faktwa yang tidak mengikut hukum bila dia sebut kumpulan orang yang mungkar ni kafir, orang Umno ni Firaun dan macam-macam lagi zalim dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas bersama pegawai, pengurusan dan profesional negeri Terengganu di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz dua hari lepas yang menegaskan bahawa beliau tidak akan bersara daripada politik selagi ada orang Melayu yang menyokong parti Umno yang beliau anggap mungkar.
Muhyiddin berkata kenyataan sedemikian yang dikeluarkan pemimpin Pas itu bertujuan mempengaruhi pengundi supaya tidak menyokong calon Umno dan BN pada pilihan raya umum nanti.

"Saya bimbang pasal (perkara ini) bukan baru, Nik Aziz selalu dia celupar, lepas cakap yang tidak ada bersandarkan hukum, dia buat fatwa sendiri, banyak tokoh-tokoh ulamak mempertikaikannya," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang dilakukan Nik Aziz hanya bertujuan memecahbelahkan umat Islam; "Inilah antara sebab masalah perpecahan di kalangan umat Islam kerana oleh fatwa-fatwa songsang oleh pemimpin Pas," katanya.

Mengenai hukum hudud, Muhyiddin berkata kerajaan BN tidak pernah menolak hukum Islam.

"Sebagai orang Islam, kita tidak menolak hukum Islam, namun ada beberapa fasa yang boleh dipertimbangkan, pendirian Umno, mereka nak buat hudud PAS dan bukannya hudud Islam, kalau buat tak betul susah kerana ia membabitkan isu melibatkan orang bukan Islam, banyak benda kena ambil kira," katanya.

-zaman rasullah dan sahabat tak ada orang kafir ker ? 


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

BONGKAR - BUKAN HANYA TANAH ITU JE NGA & NGEH DAPAT DARI NIK AJIS. BANYAK LAGI TANAH DI SELEWENG PAS KELANTAN. MESTI BACA.




KERAJAAN 'PAS' KELANTAN & UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD ...
10, 526 EKAR TANAHAIR RAKYAT KELANTAN......
Percayalah! Tidak akan ada NOKTAH selagi PAS kekal memerintah !!!!
1. PAS sebagai 'Pemegang amanah' rakyat Kelantan semenjak tahun 1990 sememangnya tahu bahawa tanahair Kelantan adalah untuk kepentingan rakyat Kelantan. Mereka (PAS) diberikan kepercayaan oleh rakyat Kelantan untuk mengurus,mentadbir dan memimpin bukan sahaja kemajuan agama Islam dikalangan rakyat Kelantan tetapi juga segala harta dan tanahair Negeri Kelantan. 'Kepercayaan' ini diberikan dengan harapan PAS 'lebih baik' daripada kepemimpinan UMNO/BN yang sebelum itu pernah diberikan mandat sebagai kerajaan bagi Negeri Kelantan (1978 - 1990).
2. Kes 'UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD' sebenarnya bukan kes yang pertama melibatkan HARTA TANAHAIR Negeri Kelantan. Malah, ia sebenarnya kes-kes yang berkonsepkan sama dengan kes-kes LADANG RAKYAT yang melibatkan hampir 60,000 HEKTAR tanah air Kelantan. Begitu juga dengan kes 'YAYASAN AL-HUSNA' dan Syarikat Ladang Sg. Sui Sdn Bhd serta juga kes 'LIZIZ STANDICO SDN. BHD' dan Kerajaan Kelantan yang melibatkan 1,000 ekar tanah rezab Melayu Kelantan sepanjang tebing Sungai Kelantan.
3. KONSEP PEMBANGUNAN EKONOMI bagi rakyat Kelantan ACUAN/ ALA/ MODEL PAS ini juga sebenarnya bukan hanya bermula tahun 2000an. KONSEP 'mengadai/memajak untuk tempoh 66 tahun, 99 tahun' kepada SYARIKAT-SYARIKAT berstatus PERSENDIRIAN dan BUKANNYA syarikat MILIK atau SEPARA MILIK KERAJAAN KELANTAN (Goverment Link Companies-GLC) bukan Bumiputra apatah lagi bukan syarikat Orang Islam..malah bukan juga Syarikat-syarikat anak Kelantan (baik muslim, Cina atau India) sebenarnya juga TELAHPUN BERLAKU dizaman awal pemerentahan PAS mula bertapak di Kelantan iaitu pada era tahun 1960an dimana Kerajaan PAS Kelantan juga telah terbukti menggadaikan 'KEKAYAAN' Negeri Kelantan kepada sebuah SYARIKAT PERKAYUAN Persendirian dari Singapura (TIMBERLAND LTD.) melibatkan beribu ekar Tanahair Rakyat Kelantan bagi Industrri pembalakkan.
4. Persoalannya sekarang !!! Adakah KONSEP ataupun MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI ala PAS ini - iaitu, memajak 'Kekayaan' kepada INDIVIDU/SYARIKAT LUAR untuk tempoh berpuloh-puluh tahun dengan hanya MEMUNGUT HASIL SEGERA dengan kutipan sewa pada kadar RM 100 ke RM 150 setahun bagi seekar tanah , SATU KONSEP/MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM ???? Atau satu KONSEP EKONOMI yang dapat 'menambahbaikkan keadaan ekonomi Negeri Kelantan dan rakyat Kelantan keseluruhannya' ????
5. Jika PAS selama kini 'mencerca, menyindir, menghina' KONSEP/MODEL PEMBANGUNAN EKONOMI acuan UMNO/BN dengan penubuhan Syarikat-Syarikat MILIK/SEPARA MILIK KERAJAAN seperti FELDA HOLDINGS BHD, SIME DARBY BERHAD, dan lain-lain termasuk KONSEP MEMBANGUNKAN EKONOMI RAKYAT MALAYSIA dengan berkongsi pemilikkan tanah-tanah bersama PENEROKA dengan kadar 10 EKAR bagi setiap PENEROKA , kenapa.....
kenapa PAS yang mendakwa diri mereka 'lebih islamik' TIDAK MENWUJUDKAN KONSEP PERKONGSIAN TANAH dengan rakyat Kelantan sebagaimana FELDA berkongsi pemilikkan tanah dengan para Peneroka ? Atau mewujudkan Syarikat2 GLC milik Kerajaan Negeri Kelantan ataupun Perbadanan2 Negeri bagi mengurus, memaju dan mentadbir secara terus didalam membangunkan tanah-tanah rakyat Kelantan !!! Kenapa sampai perlu digadaikan ????
6. Lihat ! Lihat KONSEP EKONOMI KERAJAAN PAS KELANTAN dengan dasar pajakkan 66 tahun atau 99 tahun kepada SYARIKAT/INDIVIDU LUAR.... dimanakah sebenarnya MANFAAT YANG DAPAT DINIKMATI oleh Rakyat Kelantan ????? Malah, apakah KEUNTUNGAN yang pihak KERAJAAN KELANTAN perolehi dengan KONSEP PEMBANGUNAN sedemikian rupa ?
7. Kes UPAYAPADU PLANTATION SDN. BHD melibatkan 10, 576 ekar tanah, tidakkah PAS sebagai JEMAAH PERJUANGAN MENDAULAT & MEMARTABATKAN ISLAM, paling tidak sudahpun dapat 'memartabatkan dan memperjuangkan' nasib ekonomi 100 BUAH KELUARGA ORANG2 ISLAM (jika konsep perkongsian usahasama dengan rakyat Kelantan pada kadar 1 keluarga = 10 ekar tanah, jika setiap keluarga 5 ekar, dah jadi 200 buah Keluarga) ????
Bagaimana dengan Kes Ladang Rakyat yang melibatkan keluasan tanah yang lebih besar ??? Tidak lagi termasuk kes-kes yang 'tersembunyi' ????
Ihsan dari: Aminuddin Muhammad fb


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri










PENGANUT PAS TAK HAIRAN AKTIVITI SEKS DI KELANTAN. BIASA BRO KATANYA.

tak hairan langsung.. dulu masa utusan ke sape yg dedahkan rumah pelacor dekat sahaja dengan pejabat Nik Aziz, aku tanya kawan aku..

kat kelantan pun ada ke macam ni..
dia jawab.. apa nak hairan..kat Arab dan mekah pun ada pelacor...

aku jawab singkat aje.. kalau sana yang haram ada kat kelantan pun wajib ada la... kira dah jatuh halal...

satu lagi bila satu artikel Harakah yang jelas memfitnah aku tanya dia lagi... dia cakap tak apa.. harakah bukan akhbar arus perdana... macam UTUSAN...

so kesimpulan... Harakah halal memfitnah sebab hanya khusus untuk orang PAS...



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

Saturday, December 22, 2012

KANTOI SEKS 30 MINIT DI PENANG. LGE TERBABITKAH?

Sindiket pelacur tempatan di Jalan Penang, Lebuh Chulia

GEORGETOWN: Satu sindiket pelacuran beroperasi di sekitar Pulau Pinang dipercayai merekrut wanita tempatan untuk dijadikan pekerja seks atau 'teman wanita sementara' kepada pelancong asing dan rakyat tempatan yang berkunjung ke negeri ini.

Kebanyakan gadis tempatan yang direkrut berusia 20-an dan mempunyai pekerjaan termasuk peniaga makanan, pekerja kilang, pengurus jualan langsung, kakitangan firma kewangan dan tidak ketinggalan kakitangan kerajaan.

Mereka dibayar kira-kira RM110 bagi setiap 30 minit perkhidmatan yang ditawarkan kepada pelanggan. Bagi ejen yang berjaya membawa pelanggan akan dibayar RM80 iaitu RM50 ditanggung oleh pelanggan, manakala RM30 lagi dibayar oleh rumah urut.

Sindiket itu dikatakan sudah lama beroperasi di rumah urut berlesen di beberapa tempat seperti Jalan Penang dan Lebuh Chulia di sini, bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Sumber memberitahu, sindiket merekrut gadis tempatan itu dilakukan bagi mengelakkan kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa dan juga orang ramai sekiranya mengambil warga asing.

Sebelum ini, sindiket mengambil wanita Filipina, China, Thailand dan Vietnam untuk bekerja tetapi kebanyakan mereka sudah dicekup pihak berkuasa. Sejak itu, sindiket membuat keputusan tidak lagi mahu menggunakan perempuan warga asing.

"Tindakan mengambil warga asing amat berbahaya dalam perniagaan ini dan ia juga menyebabkan senang dikesan pihak berkuasa," katanya kepada Berita Harian.

Difahamkan, ramai gadis tempatan rela melakukan pekerjaan sebagai pekerja seks bagi mendapatkan pendapatan lebih, selain untuk berseronok mengadakan hubungan seks dengan pelanggan yang lazimnya pelancong asing.

"Semua perempuan dari setiap negeri di Malaysia ditawarkan kepada mana-mana pelanggan yang berminat. Malah, hampir semuanya boleh bertutur Bahasa Inggeris dengan baik.

"Sindiket pelacuran ini juga mempunyai kelebihan kerana pekerja seks terdiri daripada pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina dan India termasuk perempuan etnik Sabah dan Sarawak," katanya.

Sumber memberitahu, sindiket berkenaan akan mendapatkan perempuan tempatan melalui ejen yang dilantik untuk melakukan tinjauan di kawasan pejabat, kilang dan kawasan tumpuan orang ramai seperti pusat beli-belah dan pusat rekreasi.

Katanya, ejen akan mendekati gadis yang difikirkan berpotensi untuk bekerja dengan sindiket dan akan menawarkan peluang pekerjaan menjadi 'teman wanita sementara'.

Beliau berkata, biasanya, mereka hanya mahu bekerja sementara dan tempoh bekerja ialah pada waktu malam saja.

"Malah, pernah berlaku beberapa gadis tempatan yang datang sendiri mahu berjumpa dengan tauke untuk memohon pekerjaan sebagai 'teman wanita sementara'.

"Gadis yang bekerja dengan sindiket akan diajar mengenai beberapa petua penting untuk menarik perhatian dan mengambil hati pelanggan yang datang mendapatkan perkhidmatan," katanya.
Berita Harian

Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

PANAS - CALON PAS PARLIMEN LARUT TINGGALKAN PAS ANGKARA BAIAH TALAK TIGA. MENYESAL BELIAU.

Setelah 7 bulan menyertai PAS, akhirnya Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman melahirkan rasa kecewa menyertai PAS. Borang keahlian menyertai PAS telah diserahkan pada 21 Mei 2012 di Taman Kota Wira, Ulu Sepetang Taiping.

Borang keahlian diserahkan sendiri oleh Datuk Fauzi Shaari kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang disaksikan oleh Mohamad Sabu, Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain dan Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty.

Pada hari ini mengejutkan apabila Datuk Fauzi melahirkan rasa kesal menyertai PAS kerana disuruh berbaiah untuk tidak meninggalkan PAS. 

"Kalau saya tahu begini keadaan PAS taubat saya tidak akan menyertainya. Masuk PAS umpama masuk parti DAP. Belum apa-apa saya disuruh bersumpah baiah cerai isteri talak 3 jika saya tinggalkan PAS"

Semasa menyerahkan borang keahlian PAS, beliau menerangkan bahawa niatnya menyertai Pas bukan untuk menjadi calon atau mempunyai jawatan tertentu, tetapi sekadar mahu membantu PAS ke arah kerja-kerja Islam yang dibawa PAS. Namun kini semuanya seakan-akan bertentangan dengan apa yang dikehendaki oleh Datuk Fauzi. 

"Takkan saya hendak menyertai DAP, saya melihat Pas lebih konsisten dalam perjuangan yang membuatkan saya memilih parti Islam itu. Saya memilih politik kerana berniat untuk berbakti dalam Islam selepas pencen ini, Pas adalah lebih syumul."

"Sekurang-kurangnya, saya boleh memberikan pendedahan kepada Pas apa sebenarnya yang berlaku dalam polis, ada juga kebaikan, tetapi tidak nampak, sekurang-kurannya akan menjernihkan tafsiran masyarakat kepada polis,"

Melihat kepada kenyataan-kenyataan Datuk Fauzi sebelum ini menampakkan bahawa beliau menolak DAP dan ingin memperbaiki PAS daripada dalam, namun sebaliknya berlaku kerana diminta berbaiah cerai talak 3. 

Kredit to: http://harapan-esok.blogspot.com/2012/12/bekas-polis-menyesal-masuk-pas-dipaksa.html?m=1


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

GADIS BOGEL, PESTA SEKS, PUSAT BERLENDIR, TARIAN TIANG. Perrghhhh, GILA SHAH ALAM LEPAS. PR PUNYA PASAL.

Pergh gila babi la pakatan haram sejak memerintah. Malin berleluasa la pesta seks di shah alam akan datang..

Shah Alam sebelum 2008, terkenal dengan bandar bercirikan keIslamannya. Jangan kata Kelab Malam, pusat snooker dan panggung wayang jangan harap dapat didirikan di bandar ini.

Dengan kewujudan pemerintahan baru, Pakatan Haram telah berjaya mewujudkan bukan sahaja Kelab Malam, malah rumah-rumah tumpangan dan hotel-hotel murah yang dikhuatiri menempatkan aktiviti-aktiviti maksiat berleluasa seperti cendawan selepas hujan. 

"Grand Opening" atau pembukaan besar-besaran telah diadakan pada 12.12.2012, satu tarikh keramat bagi penduduk Shah Alam. Voyage Shah Alam di dalam laman sosial Facebook nya juga menjanjikan "Draught Beer" yang paling berpatutan dari segi harga!

Adalah diharapkan Menteri Besar Selangor tidak melepaskan peluang untuk merasmikan hari bersejarah ini. Hidup PR! Hidup PR! Hidup PR!

Inilah ( gambar diatas )wajah model dan emcee cantik manis yang akan menjadi peneman anda sepanjang malam di kelab malam tersebut, Stephanie Tan.



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

DEDAH !! Kenapa Nik Ajis Tak Mahu Sangat Letak Jawatan ?

Ada udang disebalek mee rupanya .... Kutipan derma bagi lebuhraya yang berjuta ringgit tu pun dengar khabarnya entah kemana lesapnya, nak selenggara tanda perasmian pun tak mampu.

Tengok tu, papan tanda perasmian pun boleh hilang. Jangan terperanjat kalau esok-esok wang derma Lebuhraya pilihanraya itu pun lesap. Kemanalah agaknya menghilang wang derma yang berjuta-juta tu ? ....

kalau benda kecil sebegini pun tidak mampu nak diuruskan penyelenggaraannya. Bagaimana mahu memerintah negara pulak nanti. ?

Yang diumumkan masa pelancaran projek guna nombor akaun lain, sekarang ini dah tukar ke nombor akaun lain pulak. hakikatnya memang banyak betul perkara-perkara tersembunyi yang berlaku dalam Pas. Cuma diketahui oleh kroni-kroni rapat saja .

Tapi bak kata pepatah, bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru ...

sekarang rakyat ingin tahu bagaimana mungkin beberapa bidang tanah milik syarikat DAMAI (Darulnaim Agro Management Industries Sdn Bhd) , sebuah syarikat milik penuh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) kini menjadi milik pemimpin PAS serta anak isteri mereka ?


1) MB Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat memperolehi tanah dari kawasan Relai di Lot No. 51 yang dinilaikan berharga RM40,000 pada 20 Disember 2000 dan Lot No.31 dari kawasan Lojing yg bernilai RM35,000 pada 15 Disember 1997 ?

2) Isteri Nik Aziz iaitu, Tuan Sabariah bt Tuan Ishak pula menjadi pemilik tanah bagi Lot No. 29, Lojing yg nilaian harganya ialah RM35,000.00 pada 21 Disember 1997 ?

3) Bekas Timbalan MB Kelantan, Ab Halim Ab Rahman memperolehi tanah bernilai RM 35,000.00 pada 09 Disember 1997, tanah Lot No.33 dari kawasan Lojing 1. Manakala pada 18 Disember 2000 pula memperolehi tanah percuma di Lot No.99 bernilai RM45,000.00 dari kawasan Relai ?


4) Isteri Ab Halim iaitu Aminah Bt Abdullah juga memperolehi tanah di Lot No. 100 yg nilaiannya ialah RM45,000.00 manakala anaknya pula, Adlina Bt. Ab Halim memiliki tanah di Lot No.105 yang bernilai RM45,000.00 ?

Guano nih Pok NIk .........

tak cukup ke komisyen balak yg berselindung atas nama 'Ladang Rakyat' tu ....?

Kredit to: members from tepak bersulam group fb.


Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

VIDEO SEKS SPEAKER PERAK BN TERSEBAR. BOLEH TAHAN JUGAK GANESAN NI YE.

Asal skandal seks je BN, asal BN je skandal seks. Tuuuuuuu, kali ni Datuk R. Ganesan pulak. Biaq betui ni. Ish ish ish.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk R. Ganesan, menafikan sebarang pembabitan dalam skandal seks dan akan membuat laporan polis mengenai dakwaan tersebut.

"Saya akan meminta pihak polis menyiasat dakwaan," katanya kepada pemberita di Ipoh.

"Saya tidak terkejut kerana ia hanyalah cerita yang dibuat-buat."

Beliau (gambar) mengulas mengenai sampul surat yang diterima ahli dewan undangan negeri (Adun) pembangkang, V Sivakumar dan A Sivasubramaniam, pagi tadi.

Sampul surat itu mengandungi artikel yang dicetak dari dalam talian dan cakera padat (CD) dengan gambar lucah, gambar Ganesan dan gambar wanita pada bahagian kulit hadapan.



Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC