Sunday, January 31, 2010

Debaran Tarikh 9 Feb 2010 ( Tarikh Keramat Kerajaan Perak )


Berdebarlah hati si Ir Nizar bila mengetahui bahawa tarikh yang dinyatakan itu mahkamah akan membuat keputusan kes yang tertangguh lama berkenaan isu jawatan MB.Besar sungguh pengharapan Ir Nizar untuk agar keputusan yang dilakukan oleh Dato Alauddin, Dato Ariffin Zakaria, Dato Zulkifli Makinuddin, Dato Hamid Embong dan Dato Ghazali Yusoff berpihak padanya

Kita pun boleh tahu jenis manusia bernama Ir Nizar ini, jenis manusia yang hanya menyakini keadilan sekiranya keputusan berpihak pada mereka, hanya mereka sahaja yang layak diberi keadilan dalam segala-gala keputusan baik mahkamah, sprm, polis dan undi...bila tidak memihak pada mereka mula lah dihambur segala maki hamun dan kata caci nista buat-buat pengubal keputusan dan penguatkuasa yang membelasah mereka...

9hb February adalah satu tarikh yang cukup mendebarkan bagis seluruh rakyat Negeri Perak yang cintakan kedamaian, keharmonian dibawah pentadbiran BN/UMNO sekarang dimana sendang menikmati peningkatan arus pembangunan di bawah kepimpinan Dato Zambry Kadir selaku Menteri Besar Perak.
Degup jantung kian menjadi-jadi pabila tarikh tersebut akan memutuskan hasil rayuan terhadap tuntutan Nizar (xMB) yang terlalu gilakan kuasa sehingga membelakangkan dan seterusnya menderhaka kepada Sultan Perak yang kita kasihi untuk menobatkan dirinya sebagai Menteri Besar Perak dengan kekurangan majoriti yang nyata. Tidak rela dengan episod lompatan 3 DUN menjadi BEBAS, terjahan demi terjahan berlaku terhadap mereka ini. Walaupun demikian 3 DUN ini sedar bahawa segala perjuangan yang telah di lakarkan selama ini bukan atas dasar kemelayuan akan tetapi adalah diatas dasar kecinaan dibawa didalam semua sistem untuk diolahkan oleh seorang Menteri Besar yang berdarah cina.

Jika kemenangan keputusan mahkamah pada 9hb February nanti memihak kepada BN/UMNO - satu kajian menyeluruh seharusnya dilakukan untuk memantapkan kembali sokongan rakyat yang kini semakin menipis terhadap Pakatan Rakyat aka Pakatan Rapuh aka Pakatan Rasuah. Kekuatan mesti ditingkatkan oleh BN/UMNO bagi memastikan apa yang telah berlaku sebelum ini akan menjadi titik tolak perjuangan dan mengingatkan kita bahawa kuasa rakyat adalah satu kuasa yang boleh meruntuhkan sesabuah negara.
Selaras dengan itu, persoalan yang sedang bermain di merata kedai kopi , dan pengkaji arus politik didalam negara ini " Adakah Pembubaran DUN akan berlaku"? jika ianya berlaku dan dijangka akan berlaku- apakah setiap DUN telah bersedia untuk menghadapinya dan bersedia untuk tidak di calunkan untuk memastikan kemenangan untuk BN/UMNO Perak. Apakah DUN yang tidak dicalunkan akan menerima dengan senang hati atau akan membawa kroninya lari dari asas perjuangan disebabkan perkara ini. Dan apakah mereka akan terus membuat sokongan terhadap pembangkang akibat daripada tindakan keputusan tersebut. Atau terus menjadi gunting dalam lipatan kepada BN/UMNO.

Kajian perkara ini seharusnya dilakukan untuk menarik sokongan rakyat terhadap DUN -DUN yang bermasalah dimana sebelum ini DUN ini tidak popular dikalangan pengundi tetapi popular dikalangan Balaci, pencacainya. Ini penting untuk memastikan suara rakyat didahulukan bukan atas kehendak atau citarasa pemimpin sahaja untuk mencalunkan sesaorang. Terlalu banyak faktor yang perlu dibuat kajian jika berlakunya pembubaran DUN berlaku. BN/UMNO Perak perlu melihat sejarah kejatuhan PRU12 didalam meletakkan calun calun didalam negeri Perak. Jadikan ianya sebagai pendoman bukan atas dasar pengkronian.

Selepas 9 February nanti akan menceritakan segalanya, dan pada hemat saya berkemungkinan akan berlaku pembubaran DUN dengan alasan. Boleh jadi tidak berlaku dengan alasan. Alasan yang bakal melibatkan sesaorang individu. Pembubaran ini juga boleh berlaku dengan restu dan perkenan Duli Yang Teramat Mulia Sultan Perak yang di kasihi.
Oleh yang demikian , marilah kita bersama sama berdoa agar kemenagan keputusan berpihak kepada BN/UMNO yang memperjuangkan hak semua kaum tanpa rasa perasaan berbelah bagi dan marilah juga kita berdoa agar setiap petualang yang ingin menghancurkan kestabilan politik. kaum didalam negeri Perak yang tercinta ni diberikan petunjuk daripada Allah Taala. Seperti yang ditulis oleh blogger merentas gelombang Nizar mengambil masa untuk menjawab ketika wartawan bertanya andai kata keputusan mahkamah tidak memihak padanya. namun tak susah nak ramal apa jawapan diberikan.

Yang menjadi persoalannya apakah Ir Nizar ini boleh menerima apa saja keputusan yang dibuat oleh mahkamah nanti?
Jika di baca dalam Blognya Ir Nizar mengunakan bahasa berbunga-bunga untuk berselindung, yang pasti perkataan RAKYAT tak pernah miss untuk memperjelaskan keputusannya nanti...paling menarik ayat yang dipakai oleh IR Nizar adalah Saya tidak gila kuasa dan saya tak mahu pegang kuasa selagi ianya tidak halal, bersih dan tulin atas keputusan pilihan rakyat. Dia sedar bahawa selama ini rakyat perak mengelar dirinya sebagai GILA KUASA. Kami berharap agar rakyat Perak semuanya bersabar dan menerima keputusan oleh mahkamah...

Kita tunggu bersama 9 February 2010

2 comments:

  1. berjuang bersama2. :)

    ReplyDelete
  2. Apa yg kita lihat menjelang tarikh tersebut hanyalah sekadar 'mind games' oleh nizar dan kuncu2 pakatannya.

    Apa yg jelas mahkamah akan menentukan semua dan apa pula sibuk2 Amerika dan negara2 eropah hantar pemerhati/agen/petualang memantau kes ini? Menyibuk atau cuba memantapkan design millenia ke 21 di sini?

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC