Tindakan pembangkang menggunakan kempen menghentam dan memfitnah menyebabkan ada pengundi yang menutup pintu rumah apabila didatangi calon mereka kerana muak dengan kempen memburukkan orang lain yang dilakukan secara berulang kali.
Perkara itu didedahkan Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, yang mengadakan kempen dari rumah ke rumah di sekitar kawasan peti undi Labis Timur, semalam.
Mohd Puad berkata, berbeza dengan jentera Barisan Nasional (BN) yang tidak menggunakan taktik menghentam peribadi orang lain menjadikan mereka lebih mendapat sambutan ketika mengadakan kempen rumah ke rumah.
"Saya yakin pengundi mahu melihat kepada isu yang lebih penting dan berkaitan dengan kehidupan harian mereka menyebabkan mereka tidak mahu terbabit dengan isu yang hanya disensasikan atau isu yang hanya berasaskan kepada tuduhan liar.
"Ini terbukti apabila saya mengadakan lawatan ke rumah pengundi, ada sesetengah pengundi mengaku menutup pintu dan tidak membenarkan wakil pembangkang masuk dengan alasan sudah jemu dan muak dengan kempen menghentam dan memfitnah," katanya ditemui selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Labis dekat sini.
Mohd Puad berkata, tindakan pembangkang yang berulang kali berkempen ke rumah pengundi tanpa mengadakan dialog atau menjelaskan isu secara rasional, sebaliknya hanya menghentam menyebabkan orang ramai sudah bosan.
Malah, katanya, ada pengundi menunjukkannya pelbagai risalah kempen diedarkan pembangkang yang mereka anggap keterlaluan apabila hanya bersifat menghentam dan tidak realistik.
"Antara risalah yang ditunjukkan termasuklah mengenai Ketua Wanita Umno Bahagian Labis (Haslinda Salleh) yang didakwa menyokong calon PAS dan pengundi menganggapnya sebagai pembohongan di siang hari yang keterlaluan... melampau sedangkan Haslinda bersama-sama berkempen dan menghadiri mesyuarat sehingga turut tidur lewat malam untuk memastikan calon BN menang," katanya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, January 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehehe wat lawak2 jer blog nihh ..masuk raja lawak lg bgussss
ReplyDelete