Thursday, June 23, 2011

MARI BERFIKIR.. MENYELAMI HATI SEBAGAI PENYOKONG PEMBANGKANG.. Selami hati, Selami Jiwa, Selami Lautan Dalam..

Ikuti kisah yg TC peroleh dari seorang pengikut penganut PAS yg kini telah insaf..

Semasa aku masih kecil, bapak aku ialah ahli Pas. Aku tak tau apakah yang menyebabkan dia menyokong Pas. Mungkin kerana dia anti Mahathir masa tu. Bagi dia, apa yang Mahathir buat semuanya salah. Mahathir lah yang jahat, Mahathir lah zalim, Mahathir lah bodoh. Pendek kata, dia tak kaya - kaya pun salah Mahathir jugak.

Dan aku, jugak terkena tempias kebencian itu. Sebagai penyokong pembangkang, prinsip kami ialah HANYA MEMBANGKANG. Apa yang kerajaan buat, pada masa itu, walaupun baik, kami tetap bangkang. Kami anggap kerajaan memang bodoh, semua projek perabih duit rakyat je. Tapi, kami tetap guna segala kemudahan yang kerajaan sediakan tanpa segan silu.

Sebagai penyokong pembangkang juga, kami takkan sekali - kali menyokong apa jua tindakan kerajaan. Kami sahaja yang betul, kami sahaja yang pandai. Kami tak faham kenapa harga barang makin naik, harga minyak makin naik, TIADA SIAPA DALAM PAS YANG MENERANGKAN KEPADA KAMI TENTANG FAKTA. TIADA SIAPA MENGAJAR KAMI TENTANG APA ITU EKONOMI KERANA BAGI PEMIMPIN2 PAS, KAMI CUMA RAKYAT MARHAEN YANG MUDAH DIPERBODOHKAN. Kami cuma disogokkan dengan KEBENCIAN kepada kerajaan. Kami tidak diberi peluang untuk BERTANYAKAN SOALAN SEPERTI MENGAPA, BAGAIMANA SESUATU PERKARA ITU BOLEH BERLAKU. Inilah tradisi dalam PAS dalam meraih sokongan rakyat biasa seperti kami.

Kami juga ditakut - takutkan dengan azab Allah jika kami MENOLAK UNTUK MENYOKONG PAS KERANA MENOLAK PAS BERERTI MENOLAK ISLAM DAN MENYOKONG KEPADA KEZALIMAN, WALHAL KERAJAAN BUKANNYA BEKERJASAMA DENGAN ISRAEL UNTUK BUNUH ORANG PALESTIN pun. Begitulah totoknya, jumudnya pemikiran kami bila menjadi penyokong Pas...

Kini aku dah besar. Dengan pendedahan yang luas tentang agama, ekonomi, politik dan ditambah dengan minat aku dalam membaca, satu persatu persoalan tentang ideologi sebenar perjuangan PAS mula muncul. Tuhan kurniakan akal, jangan sia - siakan ia. Aku kesal dengan cara pemimpin Pas yang TIDAK PERNAH MENDIDIK RAKYAT MELALUI POLITIK, sebaliknya HANYA MENABUR FITNAH DAN KEBENCIAN YANG TIDAK PERNAH SUDAH. Realitinya, PEMIMPIN PAS MENGANGGAP PENYOKONG PAS IALAH RAKYAT YANG BODOH KERANA MUDAH DIPERBODOHKAN DAN DIMOMOKKAN DENGAN FITNAH.

PEMIMPIN PAS PERLU BERTANGGUNGJAWAB DI AKHIRAT KERANA MEMPERGUNAKAN AGAMA ALLAH DEMI KEPENTINGAN POLITIK YANG RAKUS

TC: Mari kita terus berdoa semoga saudara2 kita didalam PAS di rahmati Allah dan berubah ke arah kebaikan.. AMIN..


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

  1. ko memang,dah termakan budi dgn UMCO..ko xpikir ke PAS ada usaha nak laksanakan undang2 ISLAM..HUDUD?Nak bela Islam..ko xpikir ke yg TG NA selalu buat ceramah ttg agama..ko tahu ke yg politik tu xboleh dipisahkan dengan ISLAM..wei,ko tahu tak undang2 yang kita bangga sekarang tu org KAFIR yg buat...wei,ko tahu x,kenapa jenayah x henti2 berlaku d MALAYSIA NI???SEBAB ALLAH XREDHA DENGAN PERATURAN YANG MALAYSIA BUAT SENDIRI,ORG KAFIR...bukan HUDUD,QISAS...apa ni???..ko ckp berdasarkan pengalaman ko je,tak tengok realiti yg sebenar..seingat akula,xpernah kerajaan bangkitkan isu2 HUDUD ni,nak perkenalkan jauh lah sekali...hidup matiku PAS..sampai bila2.Allahuakbar

    ReplyDelete
  2. kesian totok2 pas ni! tak nampak2 juga betapa pas bukannya nak negara Islam lagi sekarang ni! dah digadaikan ke karpal dah! dah tukar jadi negara kebajikan selaras dgn perkahwinan campur pas dgn pkr & dap!!!!

    hj hadi kata hudud hanya 0.001% saja dari semua perkara dlm Islam. dan negara Islam tak dak dlm alQuran..itula, orang suruh buka minda tak nak, asyik kena bodohka pemimpin2 pas. tok guru dah pergi makan angin ke iran pastu nak ke umrah! balik 10hb lepas demo bersih!!! dah pasti tok guru taknak libatkan diri dgn demo kotor tu!! ahli2 totokj mcm ni saja yg sanggup diperkudakan dlm demo tu nnt...huhuhu...

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC