Tuesday, October 4, 2011

PAKATAN RONGGENG HABIS MODAL.. PERMAINAN BARU AKAN BERMULA..



KUALA LUMPUR 4 Okt. – Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini jelas memperlihatkan barisan pembangkang kehabisan modal untuk bermain politik apabila terus memainkan isu lama yang telah diambil tindakan oleh kerajaan.

Ahli Parlimen Batu Pahat, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, permainan politik pembangkang masih mundur dan gemar menggunakan politik sentimen seperti membangkitkan kembali isu perhimpunan haram Bersih dalam perbahasan mereka.

Menurutnya, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga membangkitkan tentang pilihan raya yang perlu diadakan selepas segala syor Jawatankuasa Terpilih Parlimen (JTP) diterima oleh kerajaan.

‘‘Pada peringkat awal penubuhan JTP, Anwar enggan menghantar wakil pembangkang untuk menyertainya.

‘‘Tetapi selepas tiada lagi isu yang boleh pembangkang mainkan, apatah lagi setelah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hendak dihapuskan, barulah Anwar bersetuju turut serta dalam jawatankuasa tersebut,” katanya dalam entri terbaru di laman blognya di www.puadzarkashii.blogspot.com hari ini.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC