Anugerah Industri Muzik AIM 2011 telah pun melabuhkan tirainya malam ini. Ternyata malam ini ada juga beberapa kejutan di AIM. Apapun AIM tahun ini adalah yang terbaik yang kiteorang pernah saksikan.Ac Mizal dan Zizan juga memang mengacarakan majlis AIM dengan baik dan kelakar..hehe..Persembahan pun semua best2…
Tahniah buat semua pemenang AIM 18 (Anugerah Industri Muzik 2011)
ARTIS BARU TERBAIK AIM 18
-Najwa
LAGU POP TERBAIK AIM 18
-Sedetik Lebih – Anuar Zain
LAGU NASYID TERBAIK AIM 18
-Nora feat VOU – Pedoman
LAGU POP ETNIK TERBAIK AIM 18
-Adibah Nor (Joget tak Senang Hati)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (LELAKI) AIM 18
-Anuar Zain (Sedetik Lebih)
PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM LAGU (WANITA) AIM 18
-Yuna (Penakut)
PERSEMBAHAN VOKAL BERKUMPULAN TERBAIK DALAM LAGU AIM 18
-Tiga Suara (beribu sesalan)
KULIT ALBUM TERBAIK – Pereka AIM 18
-Keith Yong & Nick Lee – Urusan Aizat Amdan (Aizat Amdan)
RAKAMAN ALBUM TERBAIK – Jururakam AIM 18
-
VIDEO MUZIK TERBAIK – Pengarah AIM 18
-Ahmad Farish – Susun Silang Kata (Aizat Amdan)
LAGU ROCK TERBAIK AIM 18
-API (Pelita)
LAGU INGGERIS TEMPATAN TERBAIK AIM 18
-Najwa (Got To GO)
LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK OLEH ARTIS LUAR NEGARA AIM 18
- Ku Menunggu (Rossa)
SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU – Penggubah AIM 18
-Syed Shahir Faisal – Jeritan Batinku (Sheila Majid)
LAGU TERBAIK AIM 18
-Yuna (Penakut)
ALBUM TERBAIK AIM 18
-The Malaysian Philharmonic Orchestra (Sheila Majid)
Artis Kembara AIM 18
Yuna
Artis Mobile Celcom Terbaik AIM 18
6ixth Sense
Anugerah Sri Wirama AIM 18
Puan Beh Suat Peng
Info AIM 2011
Isu boikot dan beberapa isu lain menjadi isu pertama kepada seluruh karyawan seni sejak pengumuman penganjurannya AIM 2011 baru-baru ini. Rasa tidak puas hati dan rasa tersisih diterjemahkan secara terus kepada Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM) yang menjadi tulang belakang.
Paling terkesan apabila jumlah kategori Anugerah AIM 2011 yang dipertandingkan sudah semakin mengecil jika mahu dibandingkan dengan tahun lalu. Kali ini, hanya 18 kategori berbanding 28 kategori pada tahun sebelumnya dan ini sedikit sebanyak memberikan impak kepada seluruh karyawan muzik.
Isu artis tempatan sendiri tidak layak dan isu artis luar tercalon tidak mencacatkan majlis yang akan berlangsung pada 12 Oktober ini. Sebabnya fokus yang lebih besar AIM 18adalah mencari mereka yang benar-benar terbaik yang mampu memacu industri muzik ke pasaran yang lebih luas.
Di tambah dengan keupayaan anugerah AIM 2011 itu sendiri yang diadili oleh barisan juri-juri yang cukup arif dan bijaksana sudah pasti keputusan untuk setiap kategori itu nanti bakal menjawab siapakah yang benar-benar terbaik di antara yang terbaik.
Penguasaan beberapa penyanyi tempatan dalam beberapa kategori AIM 2011 sedikit sebanyak mencerminkan yang industri muzik tempatan masih belum ketandusan bakat-bakat baru. Aizat dan Yuna misalnya dilihat mampu memberikan cabaran kepada karyawan yang lain dengan hasil kerja mereka.
Bagi Rosmin Hashim yang bertindak sebagai Pengerusi Penganjur bersama AIM18, isu boikot dan beberapa isu panas yang lain bukan satu perkara yang besar memandangkan masih banyak agenda yang perlu dicapai dalam penganjuran kali.“Ramai yang masih tidak faham dengan kriteria yang ditetapkan pihak kami berkenaan dengan pencalonan.
Anugerah ini adalah anugerah untuk karyawan tempatan dan tidak ada siapa yang dapat mempertikaikannya.
woowww...,,
ReplyDelete-->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--
Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB
http://mulok.library.um.ac.id/