Sunday, January 15, 2012

GEMPAR - Megat Zulkarnain (EXCO PEMUDA) DI CARI

KUALA LUMPUR, 14 Jan – Spekulasi kuat berkencang terutama dalam laman media sosial internet seperti facebook dan twitter mempertikaikan 'kehilangan' seorang exco Pemuda UMNO Malaysia, Dato' Megat Zulkarnain Omardin.

Megat dilaporkan tidak menghadirkan diri sewaktu program tertutup "Taklimat Khas Pilihanraya ke 13" anjuran Biro Latihan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang berlangsung di PWTC dan turut dihadiri oleh semua exco Pemuda yang lain termasuk ketua dan naibnya, Khairy Jamaluddin dan Dato' Razali Ibrahim.

Kehilangan Megat dilaporkan untuk kali kedua setelah baru-baru ini juga hanya menghadiri sebahagian dari keseluruhan perjalanan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2011 di PWTC. Rungutan datangnya terutama dari para penyokong beliau yang datang dari pelusuk negara bagi bertemunya namun kecewa kerana beliau gagal dihubungi.

Rungutan pemuda-pemuda yang menyokongnya satu ketika dahulu walau bagaimana pun ditepis oleh seorang lagi exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Tun Faisal Ismail Aziz. Catatan Tun Faisal di twitternya menggesa semua pemuda agar tidak menyerang exco pemuda yang lain terutama di laman-laman media sosial sewaktu suasana sedang menghampiri pilihanraya.

Tun Faisal sebaliknya mahukan semua pemuda konsentrasi terhadap persiapan menghadapi pilhanraya umum yang sangat getir ini.

TC: Mesti ada cerita di sebaliknya.. Bertenang..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC