Saturday, February 25, 2012
CSL VS LGE - APA YANG MELAYU DAPAT...
Satu yg pasti cek boleh katakn politik kaum cina adalah matang. Mereka lebih berkisar kepada siapa yg lebih bagus antara mereka. Lebih kepada pembangunan ekonomi & kepentingan kaum cina.
Mereka lebih kepada siapa yg baguih dlm menjaga kepentingan kaum cina. Kita tak boleh salahkan mereka malah patut belajar dr depa. Cuba kita tgk kita @ diri sendiri baik melayu dlm Pas mahupun UMNO. Kita lebih malu utk menjadi juara utk diri sendiri. Takut kalau2 dilabel racist & memilih kaum. Ttp tidak bg mereka. Malah mereka berlumba-lumba menjadi juara kaum. Mereka berbangga dlm soal sapa yg bagi 2400 hektar kepada sekolah cina. Kita bagaimana? Dpt ke tanah gitu? Tapi kita pulak dgn sikap 'takpa' kita & mengalah.
Sampaikn habis tergadai tanah-tanah dibandar & kawasan strategik.
Tgk saja la pelan pembangunan strategik yg melibatkn perkhitmatan LRT, MRT dll. Mana laluan bangi ? Mana laluan shah alam? Mana laluan Kota Damansara? Mana laluan yg majoritinya melayu? Semua laluan aliran transit ringan yg melalui kawasan melayu? Jadi org melayu tiada pilihan iaitu dgn cara naik kereta @ pun naik
Komuter. Kenapa jadi begini?
Benda ni jadi sbb wakil2 kaum cina bersatu bila bab kemashalatan kaum mereka. Depa tak kira kawasan tu DAP @ MCA @ PKR. Mereka matang dlm
berpolitik & menyokong & mendesak atas agenda & matlamat yg sama. Kita?
Kita pulak tak habis-habis bergaduh benda2 yg remeh. Ustaz mana yg power ustaz mana yg best. Soal2 pi kuil ke idak, soal valentine, soal BRIM, soal israel... Mcm bergaduh dlm kelambu. Apa haram tak berfaedah utk ummat. Bukan apa.. Boleh tapi tak payah lebih-lebih.
Kerana ada benda lain yg lebih penting yg patut kita perjuangkan. Soal kawasan kita. Soal fasiliti yg dinafikan hak dikawasan melayu. Soal kemudahan asas. Soal kurangnya sekolah dikawasan majoriti melayu. Soal tanah kepada org melayu ( sekolah agama @ kafa) & lain2. Soal dinafikan kawasan meniaga di pasar2 besar (kes klcc). Soal kuota melayu dlm sektor hartanah. Huihh punya la byk kalau nk disebut semua..
Melayu mudah lupa. Mmg betui. Jadi jadikanlah debat 2 cina hebat ni sbg idola bagaimana depa berlumba2 utk tunjukkan pada masyarakat cina apa yg depa dah buat yg terbaik utk cina.
Takyah dok ulas sgt isi kupasan debat depa. Sbb yg pasti depa dlm masa yg singkat sejak 2008 telah byk berbakti pada kaum depa...
Thursday, February 23, 2012
UNDI PAS BERDOSA - ULAMAK TERSOHOR MULA BERSUARA..
Malah, Abdullah menyatakan kesediaannya untuk berdebat dengan mana-mana individu termasuk pemimpin Pas sendiri yang tidak bersetuju dengan pendapat beliau itu.
Beliau turut melahirkan rasa hairan dengan sikap segelintir masyarakat yang masih tidak sedar bahawa Pas sekarang tidak sama dengan Pas dahulu yang tidak lagi bertegas dengan dasarnya menegakkan negara Islam.
"Pas masuk dalam pakatan pembangkang dan bekerjasama dengan DAP yang tidak terima Islam sebagai dasar.
"Sementara Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula dasar dia liberalisme dan pluralisme yang menyatakan semua agama termasuk Islam adalah sama, orang Islam dan orang lain sama rata. Perjuangan liberalisme, pluralisme, sosialisme ini haram.
"Pas duduk sekali dan reda serta menyokong pula calon-calon DAP, PKR. Pas juga sokong dan reda bila DAP menang dan jadi pemimpin, Timbalan Perdana Menteri, berdosa dari segi hukum syarak.
"Sokongan Pas itu menghancurkan Islam dan orang Islam. Umat Islam perlu menarik balik sokongan mereka kepada Pas," dakwanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Abdullah diminta mengulas kenyataannya sebelum ini yang menyatakan berdosa menyokong Pas kerana perjuangan parti itu kini tidak lagi menegakkan negara Islam, sebaliknya membawa kehancuran kepada sesama umat Islam apabila bersekongkol dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikatakan menyokong usaha memastikan keselamatan negara Israel.
Menurut Abdullah, kerjasama Pas dan DAP berbeza dengan kerjasama UMNO dengan parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) yang telah memperakui kedudukan agama Islam dan umat Islam sejak sekian lama.
Sementara itu, bekas anggota Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris menyokong pandangan Abdullah itu mengambil kira perjuangan politik semasa Pas yang lebih ghairah untuk berkuasa dan tidak lagi memperjuangkan pembentukkan negara Islam sebaliknya negara berkebajikan.
Mohd. Noor yang juga Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan turut berpendapat, sokongan kepada Pas boleh menyebabkan perpecahan sesama umat Islam yang sepatutnya bersatu.
"Penyatuan umat Islam tunjang kepada kepimpinan Rasulullah SAW sebagaimana bertautnya kaum Muhajirin dan Ansar, bahkan antara Aus dan Khazraj di Madinah.
"Sekarang umat Islam berpecah kepada dua, sokong Pas dan UMNO. Sokongan sepatutnya diberikan kepada UMNO yang lebih lama (tertubuh) berbanding Pas dan Fasal 3.3 Perlembagaan UMNO juga terang-terangan sebut menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam agama rasmi negara.
"Pas pula bersifat was-was, dulu kata nak tegak negara Islam, sekarang negara berkebajikan. Dulu Pas tentang kerjasama dengan orang kafir, sekarang Pas bekerjasama dengan orang kafir. Pas parti yang tidak tetap pendirian dan tidak ada istiqamah," katanya.
Wednesday, February 22, 2012
PAS OR PASIK.. FIKIRKANLAH..
1) Wajib menubuhkan negara Islam
2) Negara Islam tidak ada dalam Al-Quran
1) Cukai arak dan judi adakah haram
2) Kalau tak ambil cukai arak dan judi, mana nak cari duit utk pembangunan?
1) Haram memilih pemimpin dari bukan Islam
2) Boleh memilih pemimpin yang bukan Islam
1) Haram berkerjasama dengan orang-orang kafir (MCA & MIC)
2) Boleh 'tahaluf' dengan orang2 kafir (DAP), malah dengan syaitan pun boleh berkawan
1) Tidak boleh melantik wanita boleh jadi pemimpin
2) Wanita boleh jadi calon pemimpin, tak ada masalah
1) Wajib mendedahkan peribadi sesorang yang akan jadi pemimpin
2) Tidak boleh mengaibkan orang
1) Pemimpin yang terbukti ada masalah moral tidak layak jadi pemimpin walaupun beliau bukan islam
2) Video hanya besi
1) Haram menyokong Israel
2) Takpe sokong Israel dengan 'contigent'
1) "Undi Anwar umpama menempah pintu neraka'
2) Undilah Anwar "anugerah Tuhan"
1) Hukum hudud wajib dilaksanakan
2) Maaf, hudud tak ada dalam agenda kami
1) Tak boleh buat konsert kerana ia membawa keruntuhan moral
2) Takpe buat konsert utk menarik golongan muda
Tuesday, February 21, 2012
ANTARA KOLEKSI UCAPAN NIK AZIZ YANG SONGSANG
1. Bukan saja dalam manifesto, bahkan dalam Perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah Negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca Perlembagaan itu. - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.
2. Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka berubah sikap dan sanggup berkerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan Negara Islam.- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.
3. PAS sedia gugur slogan Negara Islam untuk mencari perdamaian setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam.- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.
4. Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam ka i sebagai pemimpin Islam mesti terima samada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS saya terima. Usahkan DAP, SYAITAN pun boleh saya terima.- Nik Aziz Nik Mat.-24Januari 1999.
5.PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, asalkan ia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia. 6 November 1999.
6. Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang orang Kafir untuk memerintah Negara atau Negeri, menjadi KAFIR atau HARAM. HUKUM DEWAN ULAMA PAS KELANTAN, Ogos 1963.
TC: banyak lagi, malas plak nak tulis..
Monday, February 20, 2012
KERETA ANWAR PECAH. KEBANGKITAN RAKYAT MULA DI RASAI.
Anwar Ibrahim telah disambut dengan cercaan dan balingan objek seperti batu, telor, botal dan kayu dalam siri ceramahnya di Sembrong Johor.
Keadilan Daily yang melaporkan kejadian tersebut kononnya dilakukan samseng-samseng UMNO dan menyebabkan kerosakan pada cermin dan pintu kereta yang dinaiki Anwar.
Keadilan Daily juga menganggap bahawa kejadian ini berpunca dari kebimbangan terhadap karisma Anwar. Namun hakikatnya, kenyataan tersebut tidak lebih sebagai ayat penyedap hati.
Disebaliknya, Anwar kini harus menyemak terhadap dirinya sendiri dan revolusi yang cuba dicetuskannya akhirnya. Telah tiba masanya Anwar menghadap cermin dan memikirkan bahawa inilah petanda kebangkitan terhadap kemarahan rakyat kepadanya.
Anwar wajib menerima hakikat, bahawa ini adalah kebangkitan rakyat dan bukan oleh perbuatan samseng.
Kredit to: Azlantaib.blogspot
TC: Rakyat mula marah dan sekarang di ekspresikan dengan perbuatan. Anwar harus bertaubat..
UISH, YE KER.. PETAI TERBESAR DI DUNIA..
TC: Sory geng, lari topik. Kita test blog kita, 2 3 hari ni dok trouble plak blog aku ni. Cubaan hackers ke. Uikkkk, jangan main kotor yeee..
Friday, February 17, 2012
APA YANG TERJADI DALAM PENTADBIRAN PAS SELAMA 30 TAHUN..
KAN PAS DI LEBELKAN SEBAGAI PARTY DI BERLANDASKAN ISLAM... YG TERDIRI DARI ILMUAN AGAMA DAN PARA ULAMAK
PAS TELAH DI BERI MANDAT OLEH RAKYAT KELANTAN SELAMA LEBIH 30 TAHUN... DEMI NIAT RAKYAT KELANTAN UTK MELIHAT MEREKA DI BIMBING OLEH KERAJAAN YG KONON NYA DAULAH ISLAMIAH PAS.
TAPI.....!!!
APA TERJADI PADA NEGERI KELANTAN SELAMA 30 TAHUN...??
PEMBANGUNAN KELANTAN IBARAT CERITA DONGENG...!!!
30 TAHUN RAKYAT KELANTAN MENENTIKAN PEMBANGUNAN DARI PAS...YG TERLALU BERPOLITIK SAMPAI LUPA PADA TANGGUNG JAWAB MEMAJUKAN KELANTAN.....
30 TAHUN RAKYAT KELANTAN MINUM AIR KARAT...
30 TAHUN PAS MEMRINTAH KELANTAN DENGAN KESOMBONGGAN BAHAWA MEREKA LA PARTY YG BENAR2 ISLAM.....TAPI KENAPA KERUNTUHAN MORAL DI KELANTAN MASIH TIDAK DAPAT DI BASMI...???
GRO MELAYU ISLAM....BOHSIA....MAT REMPIT....DADAH..PELACURAN...PERJUDIAN DAN PENYELUDUPAN HARAM....MASIH BERLUA-LUASA DI KELANTAN...
DI MANA KAH LAMBANG NEGERI SERAMBI MEKAH YG PAS REKA CITPA SELAMA INI...????
SELAMA 30 TAHUN PAS TELAH GAGAL DI KELANTAN...DLM MEMERTABAT KAN DAULAH ISLAMIAH....ADAKAH PAS MAMPU MENGGEMBELING PAKATAN RAKYAT UNTUK MENDAULAH KAN ISLAMIAH DI SELURUH NEGARA MENGIKUT ACUAN PAS...?????
TC: Orang-orang Melayu serta bangsa yang lain yang banyak menjadi senang lenang dan berpendidikan tinggi pun datangnya daripada usaha-usaha Kerajaan yang diterajui oleh orang Melayu UMNO.
Ini parti pembangkang baru setahun menerajui Selangor, tak nampak apa pun perubahan, jalan banyak yang pecah2, di Pulau Pinang nak cari makanan Melayu pun susah.
Parti pembangkang ini yang tahu mereka hanyak mengungkit perkara-perkara yang lepas ... you should move forward not backwards. As far as I can see the party has done nothing...
itulah sebabnya ahli-ahli parti pembangkang dah mula mengundurkan diri daripada parti tersebut.
Fikir-fikirkanlah..
Thursday, February 16, 2012
BN TAPAH GEMPUR ORANG MUDA.. KINI RATUSAN BELIA SOKONG BN DI TAPAH..
Perlancaran yang dimulai dengan konvoi bermotor Pemuda BN Tapah dari Bangunan UMNO Bahagian Tapah ke Bidor. Konvoi yang hampir 300 buah motor telah diketuai oleh YB Pengerusi BN Tapah merangkap ADUN Ayer Kuning,YB Dato Samsudin dan YB ADUN Chenderiang. Ketika konvoi sampai di Bidor, mereka disambut oleh YB Ahli Parlimen Tapah. Tahniah Pemuda Barisan Nasional Tapah atas Perlancaran Jentera Pemuda BN Tapah.
Ini lah cerita dia, orang muda sekarang perlukan aktiviti baru. Salah satu caranya dengan konvoi ini di programkan. Baru ngam, belia sekarang bukan belia lepak2 cicah biskut merry dengan kopi, belia sekarang high education, mentaliti hebat sejajar perkembangan semasa. Nahhhh, baru la dinamakan selari dengan peredaran budaya...
Tahniah BN Tapah kerana prihatin dengan kehendak orang muda.. BN pilihan Orang Muda..
TC: errrrr, kawasan lain bila lagi..
Wednesday, February 15, 2012
KATANYA BUAT UMRAH, AWAT ADA SINI ANUAR OIII...
Anwar Ibrahim tweet bahawa dia dan Wan Azizah sedang menjalani ibadah umrah di Kota Mekah tetapi apabila check kedutaan Arab Saudi tidak berada disana..
Anwar tidak pernah memohon visa untuk umrah dalam masa terdekat. Malah apabila hamba Allah buat pemeriksaan di kedutaan Malaysia di Arab Saudi nama Anwar dan Azizah tida ada dalam senarai rakyat Malaysia yang menjalani Umrah.
Sudah sah memang Anwar menipu rakyat Malaysia kononnya dia sekarang tenang dihadapan Ka'abah. MasyaAllah tak kanlah ibadah Umrah pun Anwar nak tipu jika benar ini berlaku Anwar perlu berTOBAT nasuha dengan segera.
Pssssttt.. Anwar sedang tweet atau perut Wan Azizah sambil ber tweet dengan peminatnya..
by;
Mohd Noor FB
TC: Kalau bab amal pun nak tipu, alahaiiiii pe lagi nak di kata..
Tuesday, February 14, 2012
BUKA MINDA - KEPADA ORANG CINA & INDIA, UMNO ADALAH TERBAIK UNTUK RAKAN KONGSI..
2. UMNO pertahankan bangsa... melayu, sebab bangsa inilah yg majoriti adalah pengamal ajaran Islam, bangsa inilah yang mewariskan Islam kepada pewaris masa depan...Apa akan jadi jika bangsa melayu makin lemah dan tertindas?
3. Jelas DAP juga pentingkan kaum dia jugak, DAP jugak nak kaum dia maju... So apa masalahnya jika umno mnjadi parti berteraskan melayu?
4. Begitu juga MCA, kalau bukan krn pemimpin dahulu yg 'fight' utk org cina, tidak lah bngsa tersebut dapat hidup mewah di bumi malaysia yg bertuah ini.
5. Manakala parti lain dlm komponen berteraskan bangsa mereka sndiri, bukankah hanya kaum tersebut yg tahu apa permasalahan dalaman kaum mereka?
6. mana mungkin kaum cina nak selesaikan masalah kaum india, dn melayu pula nak selesaikan masalah pengganut buddhist, tentu skali akan membuahkan perassan tak puas hati kerana yg uruskan hal tersebut sbnarnya tak begitu tahu akan 'jiwa' masyarakat tersebut.
7. Orang luar tidak akan dapat selesaikan masalah mereka, krn budaya, adat resam dn pegangan tidak sama. Yang sama hanyalah norma-norma sejagat, sperti tanggungjawab , amanah dn kasih syg.
8. Masalah dlm cahuvinist DAP lebih kepada dasar tidak mahu bertolak ansur dengan bangsa-bangsa lain , sedangkan UMNO masih boleh bertolenransi dengan kepercayaan lain dan memberi kebebasan mereka untuk menjalankan upacara ibadat mengikut cara masing2
9. UMNO tak pernah halang perarakan Thaipusam di mana-mana... UMNO juga tak pernah halang kaum cina makan besar di malam Tahun Baru Cina
10. UMNO tak pernah marah bunyi loceng kuil, malah org melayu juga boleh menerimanya... Asalkan tidak terlalu mengganggu kehidupan mereka...
11. Malah jika tokong-tokong nak bakar colok setinggi tiang letrik pun, takde halangan.
12. Belum pernah lagi dengar khabar MP UMNO hantar petisyen membantah pembakaran colok atau bunyi loceng kuil..
13. Tapi dah ada bbrapa kes di mana MP cahuvinist dap ni persoalkan azan, dn bbrapa perkara yg bersangkutan dgn agam islam.
14. Sepatutnya hal ehwal agama terutamanya jangan di campur oleh pengganut agama lain, biarkan pengganut agama itu sndiri yg selesaikan.
15. Ingatlah perpaduan negara berbilang kaum ini amat sukar kar utk di jaga, oleh itu rakyat malaysia perlulah bekerjasama utk mnjaganya demi utk generasi akan datang.
TC: HIDUP UMNO maka hiduplah melayu, cina, india dan lain2 bangsa di muka bumi Malaysia..
LATEST - NIK AZIZ TARIK HANDBREAK PASAL ANWAR.. LAWAK DOH..
KENYATAAN MEDIA MURSYIDUL AM PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS)
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengulangi pendirian yang berterusan dan tetap dengan prinsip, sekali-kali tidak mengiktiraf negara haram Israel sebagaimana yang juga ditegaskan menerusi pendirian di kalangan gerakan Islam antarabangsa, serta menyokong sepenuhnya perjuangan rakyat Palestin yang dihina di bumi sendiri.
Negara haram Israel diwujudkan oleh kuasa besar dunia secara zalim tanpa sifat perikemanusiaan dan sepatutnya ditentang oleh semua peradaban manusia.
Wajib ke atas umat Islam bukan sahaja di bumi Palestin malah seluruh dunia, berusaha sedaya upaya untuk membebaskan Palestin sepenuhnya.
Adalah haram menerima kewujudan negara yang haram. Maka PAS menolak penyelesaian dua negara, satu untuk rakyat Palestin dan satu lagi bernama Israel untuk Yahudi Zionis.
Keselamatan negara haram Israel juga bukanlah menjadi tanggungjawab yang dipikul oleh orang Arab atau umat Islam, kerana ditegakkan negara haram itu sendiri di atas dasar kezaliman.
Islam sebagai agama yang
sangat mementingkan hak asasi, keadilan, keharmonian dan hubungan baik
antarabangsa, tentu sekali tidak dapat berkompromi dalam isu kezaliman
ini.
Saya, selaku Mursyidul Am Parti Islam Se-Malaysia (PAS), dengan dipersetujui oleh seluruh ahli Majlis Syura Ulama PAS, menggesa Dato' Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya seperti dilaporkan di Wall Street Journal.
Sekiranya kenyataan itu dilaporkan secara salah atau membawa maksud yang berbeza, maka saya dan seluruh ahli Majlis Syura Ulama menasihatkan Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman Wall Street Journal bagi membersihkan nama beliau.
Dato Bentara Setia Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat
Mursyidul Am Parti Islam SeMalaysia (PAS)
13 Februari 2012/ 20 Rabiul Awwal 1433 H
Sumber drpd rakan bbm : Ashwad.
Sender: syedkadir@pas.org.my kpd media.
TC: Amacam Nik Aziz, dah tau rakyat mula nak marah baru kluaq statement ni ehhh.. Kah kah kah, lawak la hang ajih oiiiii..
Sunday, February 12, 2012
MENTERI2 DAN TIMBALAN JANGAN TIDUR.. YAB PM DAH SOUND TU..
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, nasihat Perdana Menteri itu perlu dilaksanakan yang bukan bertujuan untuk menang pilihan raya sebaliknya sebagai tanggungjawab pemerintah kepada rakyat.
Menurutnya, kerajaan sentiasa merancang dan melaksanakan program untuk keselesaan dan kesejahteraan rakyat sehingga sanggup menyediakan peruntukan begitu besar setiap tahun.
"Rakyat yang mengetahui perancangan dan pelaksanaan program kerajaan akan memantau sendiri keberkesanannya mengikut tempoh yang dijanjikan kerajaan.
"Memang diakui ada sesetengah program tidak dapat dilaksanakan mengikut masa ditetapkan berikutan masalah teknikal atau kekangan peruntukan, namun ia tidak boleh dijadikan alasan kegagalannya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, semua menteri wajar memantau setiap program di bawah kementerian masing-masing untuk mengetahui tahap pencapaian semasa dan mengkaji punca kelemahan di peringkat awal.
Ini bagi memudahkan kerja-kerja penambahbaikan di samping ia dapat disiapkan mengikut tempoh ditetapkan.
Menurutnya, pegawai kerajaan yang diamanahkan juga akan mengambil inisiatif lebih baik apabila mengetahui semua program kerajaan dipantau sendiri menteri mereka.
"Perdana Menteri sememangnya serius apabila melakukan sesuatu dan berharap hasil pencapaian cemerlang.
"Sejak memegang jawatan, Datuk Seri Najib sering turun padang untuk meninjau keperluan rakyat di samping memantau projek kerajaan yang sedang dilaksanakan," katanya.
Kata Ahmad Zahid: "Cara ini harus menjadi ikutan menteri dan pegawai tinggi kerajaan supaya semua program kerajaan berjalan lancar dan disenangi rakyat."
TC: Anda berada di jawatan anda tu krn rakyat....jadi sila faham...kalau kami dah menyampah dgn anda...anda boleh babai...
kepada sesiapa yg terasa tu...silalah undurkan diri secara 'terhormat' sblum anda di undurkan...
"BANYAK TIPU RAKYAT KETIKA BERSAMA PAS", kata Ustaz Omar Khalid
Kini, Ustaz Omar sudah sedar bahawa pemimpin Pas yang berjanggut, berserban dan berjubah Cuma bertujuan untuk mengabui mata orang Islam sahaja. Mereka tidak ikhlas melakukan segala bentuk sunnah Rasulullah itu.
"Lebih baik saya tidak berjanggut daripada menyimpan janggut tapi tidak ikhlas. ALLAH akan laknat kita ke dalam api neraka," tegasnya disambut tepukan gemuruh para hadirin di Kampung Jakang (dalam DUN Kadok) yang merupakan kubu kuat Pas sejak merdeka lagi.
Mendengar ceramah yang disampaikannya, cukup menarik. Beliau seorang yang bersahaja, tetapi isi ceramahnya penuh dengan fakta. Pokoknya, Pas yang menjadikan dirinya hebat di mata perjuangan parti, tetapi berdosa kepada ALLAH kerana berbohong besar.
Menurutnya, pembohongan ini dibuat semata-mata untuk menarik rakyat menyokong Pas. Pelbagai fatwa dikeluarkan kerana diajar oleh tok gurunya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
"Saya merupakan anak murid yang paling disayangi oleh Nik Aziz (Datuk). Saya berada di bawah 'ketiaknya' ke mana saja pergi dan sanggup melakukan apa saja demi perjuangan Pas," demikian katanya.
Sebagai bukti 'anak emas' Datuk Nik Aziz, Ustaz Omar pernah diberi tugas menggantikan Mursyidul Am Pas sebagai tenaga pengajar di Kelab (Pejabat) Pas Kota Bharu pada hariJumaat.
Setelah bergiat selama 35 tahun dalam Pas, segala-galanya berubah bila Pas berjaya menawan Kelantan pada tahun 1990. Perjuangan yang dikecapi melalui Pas sejak tahun 1956 bertukar menjadi medan permusuhan yang amat besar kerana semata-mata ALLAH telah membuka hidayah kepadanya.
Fakta yang jelas, katanya: "PAS TERLALU BANYAK MEMBOHONGI RAKYAT." Paling besar pembohongan Pas ialah ingin mewujudkan perundangan Islam di Kelantan sebaik sahaja mendapat kuasa pada pilihanraya tahun 1990.
Kisahnya bermula begini:
"Pada kempen pilihanraya tahun 1990, kita (Pas) berjanji akan menukarkan perlembagaan Kelantan kepada Islam jika berkuasa. Nik Aziz yang memberi jaminan ini dan diikuti oleh pemimpin Pas yang lain.
Tahun demi tahun, Ustaz Omar Khalid melihat pemerintahan Pas tidak ke mana. Keadaannya tetap serupa dengan pemerintahan UMNO/BN. Hinggalah tahun 1993, beliau bertemu dengan Datuk Nik Aziz di rumahnya bertanyakan tentang perundangan Islam yang bakal dilaksanakan di Kelantan.
Lagipun, pada waktu itu, pemimpin Pas telah mula menggomol balak. Kebendaan telah menjadi perhatian utama pemimpin Pas terutamanya wakil rakyat. Ini juga menjadi tajuk perbualannya dengan Datuk Nik Aziz.
Bagaimanapun, Datuk Nik Aziz memberikan jawapan yang cukup mengecewakannya. Menteri Besar Kelantan mengibaratkan Pas cuma ada kaki saja, tetapi badannya tidak ada. Maksudnya, Kelantan saja diperintah oleh Pas tapi Pusat oleh BN.
Satu lagi alasan Datuk Nik Aziz ialah politik sama seperti sebuah peperangan yang penuh dengan tipu muslihat. Jadi, Pas terpaksa menipu untuk memenangi 'peperangan' dalam pilihanraya.
Saturday, February 11, 2012
BONGKAR.. BUKTI PERTALIAN ANWAR DENGAN YAHUDI.. Mesti Baca..
Begitu juga hubungan akrab Anwar dengan seorang lagi yahudi bernama William Cohen, bekas Setiausaha (Menteri) Pertahanan Amerika semasa zaman Presiden Bill Clinton. Dan jangan lupa juga Michael Danby, seorang keturunan Yahudi yang menjadi Ahli Parlimen di Australia, menjadi penyokong kuat kumpulan seks bebas Gay & Lesbian di Australia, dan mengetuai kumpulan beberapa Ahli Parlimen Australia yang mendesak Kerajaan menggugurkan tuduhan liwat Anwar terhadap stafnya Saiful.
Paul Wolfowitz adalah Zionis Yahudi yang menjadi akitek kepada pencerobohan dan serangan terhadap negara umat Islam Iraq dan Afghanistan! Ratusan ribu rakyat Iraq & Afghanistan mati dibunuh ditangan tentera Amerika la'natullah ini.Paul Wolfowtiz tangannya bergelumang dengan darah umat Islam!
jangan lupa Wolfowitz lah yang melantik Anwar sebagai Pengerusi badan International Foundation For the Future (IFFF), dan dia juga terlibat dalam perlantikan Anwar sebagai pensyarah di John Hopkins University.
KREDIT TO: ARRIFIN HUSSIN FB
TC: HAK TETAP HAK, BATHIL TETAP BATHIL.. Sedarlah Rakyat Malaysia..
Kalau BN Nak Menang Di Perak... Mesti Baca Ni....
“BN Winnable Candidate” yang bagaimana untuk memastikan ia terus memerintah di Negeri Perak Darul Ridzuan.?
Walau apa pun hakikatnya, BN wajar dan perlu mendapatkan mandat yang memberangsangkan dan mengemudi semula Negeri Perak ke arah yang lebih berwawasan, mampan ekonomi dan mesra masyarakat di dalam PRU 13 nanti.
Jika PRU 12 , BN menang 28 kerusi, DAP 18, PKR 7 PAS 6, dan memaksa Kerajaan BN tumbang disebabkan faktor2 sabotaj dan balas dendam, maka di PRU 13 ini, BN wajar dan mesti membuat yg terbaik untuk mengekalkan pemerintahannya.
Untuk memerintah dgn selesa BN wajar memenangi 41 kerusi dari 59 kerusi yg dipertandingkan. Pecahan kerusi tersebut yg wajib dimenangi adalah dari UMNO = 34, MCA = 3, MIC = 3 dan Gerakan = 1.
Oleh itu, BN Perak wajar menggerakkan kerja dgn "Full Gear" dari sekarang utk mencapai kemenangan mutlak yg kapak janggakan tidak bermasalahpun, namun kesepakatan dan setiakawan wajib ada didalam menyusur, menggalur serta memastikan puncak kemenangan itu sentiasa berada di tahap terbaikkk...
UMNO Perak wajar mengambil semula kerusi2 berikut :
1.Titi Serong
2.Kuala Kurau
3.Gunung Semanggol
4.Selinsing
5.Kuala Sepetang
6.Changkat Jering
7.Lubuk Merbau
8.Changkat Jong
MCA Perak pula mesti mengambil semula kerusi:-
1.Pokok Assam
2.Kepayang
3.Simpang Pulai
4. Teja
MIC Perak juga wajar mengambil semula kerusi mereka seperti:-
1.Hutan Melintang
2.Sungkai
3.Behrang
dan Gerakan Perak wajar juga mengambil kerusi mereka di:-
1. Aulong.
kredit to: kapaktajam tajam blog spot
Wassalam dan Selamat Maju jaya BN..
Friday, February 10, 2012
ISU Pelanggan KFC Dibelasah : 2 Bukti Penting Yang TIDAK Dilaporkan - Pelanggan Keluar Tapi Masuk Balik KFC & BATANG BESI!!!
Dan dibawah pula adalah laporan Free Malaysia Today yang tidak terdapat di dalam Malaysiakini edisi bahasa Malaysia!
1. Isteri pelanggan KFC itu mendakwa bahawa beberapa pekerja KFC I-City telah masuk ke dalam dapur dan mencapai 'steel bars' atau batang besi setelah berlaku pertengkaran di kaunter sebelum itu.
2. Pelanggan tersebut dan isteri beliau telah keluar daripada restoran tersebut setelah tidak puas hati.
3. Tetapi beliau masuk kembali ke dalam restoran tersebut bertujuan untuk mengambil foto pekerja KFC itu mungkin bertujuan untuk dijadikan bukti!
Hairan dan sungguh dikesali dengan tindakan MalaysiaKini yang tidak melaporkan ketiga-tiga bukti di atas. Ianya kerana bukti-bukti di atas sebenarnya menunjukkan bahawa pelanggan KFC itu memang sengaja memanjangkan pertelingkahan yang berlaku di kaunter KFC.
Pelanggan Cina itu telah memilih untuk keluar daripada restoran tetapi kemudiannya masuk kembali mencari pasal! Why? Kenapa? Wei shen mei?
Dan jika sebelum ini kita menganggap pertelingkahan yang berlaku hanyalah sekadar berbalas kata, sekarang impressionnya ialah pekerja itu ibarat gangster Melayu! Apakah ianya adil kepada pekerja KFC tersebut?
Sudah tentu tidak!
Dan tindakan bangang Lim Lip Eng, Ahli Parlimen Segambut yang merelakan pejabat beliau dijadikan tempat sidang akhbar jelas menunjukkan motif negatif yang sangat dikesali.
Ramai juga yang memberi komen tentang tindakan pelanggan KFC tersebut yang membuat sidang akhbar tetapi melengah-lengahkan membuat laporan polis.
Betul juga.
Kredit to: MIM Blog
TC: YOUR FINGGER LINCKING GOOD.. Hehehehe, udah kantoi anak cina tu...
Thursday, February 9, 2012
ADUHAI NIK AZIZ.. MELINGKUP BETUL..
SHAH ALAM - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim menetapkan sasaran baru membentuk Kerajaan Persekutuan sebelum Aidiladha 2008 adalah tindakan yang betul.
"Perancangan membentuk Kerajaan Persekutuan oleh Anwar bertepatan dengan konsep yang dilakukan Rasulullah apabila berjuang demi menyelamatkan rakyat daripada terus alpa dengan dunia politik serta pentadbiran yang tidak berasaskan agama," katanya selepas menghadiri Majlis Lembaran Wanita Kelantan di Dataran Kemerdekaan di sini.
Ketika ditanya mengenai masalah yang sering dihadapi Anwar dan menyebabkan peralihan kuasa yang dirancang sering kali tertangguh beberapa kali, Menteri Besar Kelantan itu menjelaskan sesuatu perubahan yang baik apabila ingin dilaksanakan pastinya perlu melalui pelbagai masalah tetapi Anwar perlu tahu Pas sentiasa menyokong tindakannya itu.
"Rasulullah s.a.w sendiri menghadapi masalah apabila perlu menunggu selama 13 tahun untuk mengambil alih kerajaan yang ketika itu dikuasai Yahudi, tetapi baginda tidak pernah berputus asa untuk menyelamatkan umat Islam ketika itu.
"Bukan senang ambil alih pemerintahan sedia ada, tetapi perlu persediaan lengkap dan bersusah payah mencapai matlamat yang diingini. Tiada kerja mudah...jika nak senang campur susah rasuahlah," katanya.
Kredit to: UMNO Kuala Selangor FB
TC: Apa lagi lepas ni Nik Aziz oiiiii..
PEDAS!!! TUN MAHATHIR KELUAR STATEMENT BIDAS ANWAR IBRAHIM..
2. Tentulah Anwar tahu bahawa lapok dan ketinggalan zaman, bagi orang Barat bermakna tidak seperti apa yang terdapat di Barat sekarang. Sejak revolusi Perancis, slogan Liberte`, Egalite`, Fraternite`, iaitu Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan menghantui fikiran Barat sehingga apa sahaja yang tidak menepati slogan ini mesti ditukar atau dihapus.
3. Oleh kerana BBC bertanya berkenaan kes liwat Anwar, maka undang-undang yang didakwa jumud oleh Anwar tentulah berkenaan larangan terhadap hubungan seks di luar nikah.
4. Apakah undang-undang yang tidak lapok berkenaan seks yang terdapat sekarang di Barat? Bermula dengan keagongan konsep "freedom" atau bebas dan persamaan, mereka menjunjung tinggi hak yang sama antara lelaki dengan perempuan. Yang mula dituntut oleh kaum perempuan ialah hak mengundi dalam pilihanraya. Dan hak ini telah diberi kepada mereka seperti yang diberi kepada lelaki.
5. Kemudian ia melarat kepada hak yang sama dalam pakaian. Ini dituruti dengan kebebasan seks. Jika lelaki sebelum atau selepas kahwin boleh adakan seks dengan mana-mana perempuan kenapa perempuan tidak boleh dengan mana-mana lelaki. Atas nama kebebasan dan persamaan maka masyarakat pun memberi hak ini kepada mereka. Maka siapa sahaja, lelaki atau perempuan boleh tidur dengan siapa sahaja bila-bila sahaja. Dengan ini institusi perkahwinan antara lelaki dengan perempuan dianggap tidak penting lagi.
6. Sebaliknya institusi perkahwinan dan kekeluargaan di beri makna yang baru. Bersekedudukan di takrif sebagai berkeluarga. Bila bosan dengan pasangan, tukar sahaja. Penceraian tidak diperlukan lagi. Siapa yang menjadi bapa kepada anak tidak penting.
7. Dimasa yang sama, sekatan terhadap apa jenis seks yang boleh memuaskan nafsu dihapuskan juga atas nama kebebasan. Dengan itu lelaki boleh meliwat lelaki dan perempuan mengadakan hubungan seks dengan perempuan.
8. Kenapa harus hubungan seks dilakukan antara dua orang sahaja? Kenapa tidak beramai-ramai. Dan seks beramai-ramai pun diadakan.
9. Kemudian diadakan pula perkahwinan antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Pendek kata apa sahaja yang dilarang oleh agama, adat atau undang-undang yang menyekat nafsu, hendaklah dihapuskan. Segala yang menghalang dianggap lapok dan tidak sesuai dengan kebebasan dan persamaan. Dengan bangganya orang Barat mempamirkan pengamalan seks mereka sebagai hak asasi manusia.
10. Seperti biasa apa yang dicipta oleh Barat dianggap oleh mereka sebagai baik bagi semua manusia. Dengan itu mereka melancarkan usaha untuk mengembangkan konsep kebebasan dan persamaan mereka berkenaan seks.
11. Tentangan yang terkuat terhadap seksualiti merdeka ini datang dari orang Islam. Untuk mengatasi tentangan ini mereka mengenalpasti orang Islam yang boleh menjayakan perjuangan mereka. Bermula dengan tuntutan kebebasan yang mudah diterima, umpamanya hak asasi manusia, hak memilih Kerajaan (demokrasi), hak bersuara, kebebasan media, kempen Barat sudah sampai kepada serangan terhadap nilai-nilai moral orang Islam, pegangan mereka kepada agama, adat dan undang-undang yang menghalang kebebasan hubungan seks.
12. Undang-undang biasa dan undang-undang Islam digambarkan sebagai jumud dan perlu diganti dengan undang-undang Barat. Berzina dan meliwat disaran supaya menjadi sebahagian daripada hak asasi manusia termasuk hak asasi orang Islam.
13. Kita dapati Barat dengan kerjasama orang Islam tertentu sudah berjaya kerana di Malaysia sudah ada orang Islam yang anggap segala sekatan terhadap aneka jenis seks sebagai menidakkan kebebasan semulajadi manusia, sebagai zalim, terutama kepada pembesar politik. Dan ramai sudah orang Islam di Malaysia yang percaya ahli politik seperti inilah yang patut dipilih untuk memerintah negara Malaysia. Dengan kuasa yang diberi kepada mereka ini maka segala yang lapok di negara ini akan diganti dengan pendapat semasa termasuk merdeka seks.
14. Walaupun Barat menerima zina dan liwat sebagai perkara biasa, tetapi mereka tidak dapat terima paksaan keatas mangsa zina atau liwat. Sebab itu apabila seorang wanita melaporkan yang pengarah IMF Strauss Kahn telah merogolnya pihak berkuasa terus tangkap Strauss Kahn dan jawatannya dilucutkan.
15. Di Malaysia juga apabila lapuran diterima dari mangsa yang dianya telah di liwat, tentulah wajar tertuduh dikenakan tindakan undang-undang. Ini sudah tentu tidak lapok kerana Barat juga mengamalkannya.
16. Disini ingin saya jelas bahawa "teknikal" bukan bermakna tidak. Jenayah berlaku, bukan tidak berlaku. Hanya hakim tidak dapat hilangkan keraguannya terhadap bukti yang tertuduh melakukannya. Mungkin orang lain!! Kenapa mangsa tidak menuduh orang lain, wallahuwalaam.
P.S.
a. Newsweek melaporkan berkenaan tuduhan merogol yang dibuat oleh Diallo, perempuan kulit hitam yang bekerja sebagai pencuci bilik hotel terhadap Dominique Strauss-Kahn, pengarah IMF, seorang orang besar berkulit putih.
b. Walaupun Strauss-Kahn ditangkap kerana merogol dan ada bukti yang mangsa telah dirogol, tetapi pendakwaraya tidak membawa kes ini untuk dibicara dalam mahkamah.
c. Kononnya Diallo suka membohong. Apakah pembohongan yang dibuat? Kononnya dia membohong tentang apa yang dilakukan olehnya selepas dirogol, bilik mana yang dia pergi dan berapa lama.
d. Kononnya dia (biasa) membohong berkenaan duit yang diberi kepadanya dan lain-lain pembohongan lagi. Akhbar melapor oleh kerana dia biasa membohong, panel hakim tidak akan percaya yang dianya telah dirogol. Sebab itu Strauss-Kahn tidak dihadapkan ke mahkamah.
e. Tanya penulis rencana dalam Newsweek, "apakah panel hakim tidak tahu yang perempuan yang membohong juga boleh jadi mangsa rogol?"
f. Di Malaysia soalannya ialah apakah orang yang melafazkan sumpah dengan menjunjung Quran dalam masjid juga tidak boleh dipercayai? Sebaliknya orang yang tidak berani bersumpah boleh dipercayai.
Kredit to: Emma Harith FB
TC: Amacam Nuar.. Hehehehe.. Merah telinga tak.. Ekekekekeke..
PAS DAH TAK BOLEH PAKAI.. WAJAR DI TOLAK..
Sanggup kah kita meletakkan masa depan umat Islam dan Melayu di tangan DAP yg menyebar Kristian dan terang2 mempunyai dasar anti Islam dan anti Melayu nya??
DAP bising kalau ada anak Cina2 atau India yg memeluk Islam tapi pernah kah kamu dengar DAP bising kalau anak2 Cina atau India memeluk Kristian atau Agama lain??
Boleh kah kita harap PKR dan DAP membela nasib kita, Melayu dan Islam??
NAK BERGANTUNG DGN PAS??
Parti yg hanya jd Pak Turut dan mengangguk saja dgn DAP dan PKR??
PAS hanya Kaldai Tunggangan DAP untuk menipu pengundi Islam/Melayu.
PAS menukar dasar dan matlamat perjuangan nya untuk memenuhi kehendak DAP dan PKR, tapi adakah DAP dan PKR memenuhi kehendak PAS??
Ulamak2 dalam PAS sudah tidak boleh bersuara membantah lagi sbb kalau membantah atau mempertikaikan apa yg termaktup dalam Buku Jingga (Kitap Suci PR), mereka akan di singkir atau dipecat seperti Hassan Ali dan beberapa yg lain atau setidak2 nya diberi amaran keras seperti Azizan, MB PAS Kedah.
Suara ulamak dalam PAS sudah terpinggir dan PAS skrg dikuasai oleh gologan Erdogan dan Anwarinas.
Jangan gadai masa depan kita.
Kredit to: Ismet Ulam Raja FB
TC: PAKATAN RAKYAT MENIPU LAGI.
PANAS - GILIRAN PAPA GOMO DI SAMAN 10 JUTA..
Saman terbabit difail ekoran tulisan dalam blog Papagomo atau nama sebenarnya Wan Mohamad Azri Wan Deris dikatakan memfitnah secara terbuka peguam terbabit.
Sukri diwakili peguam Hisham Fauzi memfailkan saman tersebut baru-baru ini.
Dalam tuntutannya plaintif memohon defendan membuat permohonan maaf secara terbuka dengan menyiarkan permohonan maaf dalam blog defendan di alamat www.papagomo.com.
Defendan juga perlu mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian berbahasa Melayu dan bayaran gantirugi sebanyak RM10 juta.
Selain itu memohon gantirugi teladan, gantirugi melampau dan gantirugi punitif.
Plaintif juga merupakan ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri dan ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan.
Defendan tinggal di Villa Apartment, Danau Kota, Setapak, Kuala Lumpur dan merupakan pemilik dan penulis ruangan blog; http://www.papagomo.com.
Dalam blog terbabit defendan menyiarkan tulisan bertajuk "ratusan ribu wang rakyat lesap disamun penasihat Sultan Kelantan" pada 4 Mei 2011.
Artikel tersebut disifatkan plaintif secara jelas menyebut berita yang tidak benar dan tidak berasas.
Bagaimanapun mahkamah masih belum menetapkan tarikh bagi sebutan kes berkenaan..
TC: Apapun, TC nak ucap pada gomo wish u luck. Kita berjuang hingga ke titisan yg terakhir. Lawan tetap lawan, hak tetap hak, bathil tetap bathil..
GEMPAR - PATRICK WONG DI BUNUH ANGKARA PAKATAN SELANGOR.
Lebih mengejutkan, Raja Petra mendakwa kematian bekas Presiden Persatuan Pemborong Binaan Malaysia itu mempunyai kaitan dengan skandal penyelewengan pasir membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat di Selangor…..
Mendiang Teo Beng Hock mcm mana..??
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0209&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
TC: Fuhhhhh, udah sampai dah bunuh2 ni, risau le plak.. Main kerat2 je korang ni ek..
Wednesday, February 8, 2012
APA YANG MELAYU TINGGAL DI MUKA BUMI
" Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan 7 perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya salama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera"
Pertama : Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang dipijak dan langit yang kamu junjung. Persekutuan Tanah Melayu ( sekarang MALAYSIA).
Kedua : Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytiharkan dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
Ketiga : Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara ini.
Keempat : Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.
Kelima : Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan.
Keenam : Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.
Ketujuh : Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
MESTI BACA - JUTAAN DALIL KENAPA MESTI TOLAK PAS/PKR/DAP
PERCAYALAH, PEMBANGKANG WAJIB DITOLAK KERANA MEREKA…
1. Merelakan penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain, khususnya agama Kristian untuk membantu dakwah mereka kepada orang Islam.
2. Merelakan Islam disamatarafkan dengan agama lain atau mempromosi pemikiran pluralisma Islam.
3. Menentang sebarang perpaduan sesama Muslim demi menolak sebarang usaha untuk menjaga dan mempertahankan akidah umat Islam dan kepentingan Islam di negara ini.
4. Mengagung-agungkan penjenayah dan pengganas komunis sebagai hero.
5. Menyamakan tokoh-tokoh mereka dengan tokoh-tokoh Islam yang lampau dan akan datang demi mengaburi/mengelirukan umat dan demi politik.
6. Memandang sinis usaha membenteras gejala murtad, seperti yang dilakukan JAIS di bawah kerajaan negeri Selangor terhadap DUMC, walaupun usaha berkenaan dilakukan oleh pihak-pihak mereka sendiri.
7. Mengakui memperjuangkan Islam, tetapi sedikit demi sedikit pihak yang menyokong ulama diketepikan dan mengangkat orang yang kurang akhlaknya seperti Mat Sabu sebagai pemimpin mereka.
8. Mengharap situasi huru hara dan ketidakstabilan seperti di Timur Tengah berlaku di Malaysia bagi membuka peluang mereka untuk merampas kuasa secara haram.
9. Mendapat kuasa lebih penting dari kesusahan yang bakal dihadapi oleh rakyat jelata.
10. Melakukan sabotaj sekerap mungkin tanpa mengira mahu mengurangkan beban hidup rakyat.
11. Menyetujui hak-hak kebebasan beragama dalam kalangan umat Islam disekat seperti melarang bacaan Al Quran menggunakan pembesar suara, mempertikaikan ibadat qurban dalam kalangan umat Islam
12. Mempergunakan mahasiswa yang belum matang dan mudah ditipu helah untuk menimbulkan kekacauan dan ketidakstabilan negara.
13.Mempergunakan sistem perundangan untuk kepentingan politik melalui majlis-majlis dan badan-badan tertentu dengan pembohongan mengenai mempertahankan hak asasi manusia.
14. Jika sistem perundangan tidak menyebelahi mereka, mereka akan tuduh sistem berkenaan tidak adil dan mengheret kes ke kancah jalanan.
15. Meneruskan kesanggupan untuk guling di jalan bagi menentang pemerintahan yang sekarang ini yang ditunjangi oleh orang Islam. Ketika diberi peluang memerintah di peringkat negeri sahaja, tidak menunjukkan kemampuan mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.
16. Dan terkini, beria-ia meruntuhkan Madrasah yang terletak di atas tanah wakaf khas tanpa sebab melainkan untuk kepentingan komersil kroni Lim Guan Eng sedangkan rumah ibadat lain di sekitarnya naik dengan megahnya.
Dan banyak lagi yang akan menyusul..
JANGAN DOK TIDOQ.. NIK AZIZ JAWAB NIE...
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (OMBAK) mendesak kerajaan Pas Kelantan memberi penjelasan berhubung perjanjian yang ditandatangani pada tahun 2002 dengan sebuah syarikat pemaju, Liziz Standaco Sdn. Bhd. (Liziz Standaco) untuk menjalankan projek pembangunan di Lembah Sireh di sini.
Presiden OMBAK, Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, ini kerana melalui perjanjian yang dimeterai itu, kerajaan negeri bersetuju memberikan tanah seluas kira-kira 400 hektar kepada pemaju tersebut dengan bayaran premium hanya sebanyak RM1 juta dan sebagai ganti, pemaju perlu menjalankan beberapa projek di negeri ini membabitkan kos dianggarkan RM370 juta.
Wan Khairul mendakwa, dalam dokumen perjanjian yang dimilikinya, pemaju disyaratkan membina sebuah masjid bernilai RM20 juta, membangunkan jambatan penghubung Kampung Cina di sini dengan Palekbang Tumpat sebanyak RM150 juta, membina jambatan berkembar bersebelahan Jambatan Sultan Yahya Petra (RM160 juta), membina sebuah stadium tertutup wanita (RM25 juta) dan memasukkan wang ke dalam tabung perumahan sebanyak RM15 juta.
besaq gilee kereta nik aziz
KEJINYA PAS ROBOHKAN SURAU.. PUIIIIH..
Lantas Pas mengeluarkan fatwa Haram merobohkan surau dan masjid. Pas mengutuk tindakan Umno. Malah isu meroboh masjid bujal yang dibuat secara haram menjadi modal Pas untuk beberapa tahun.
Pas sendiri mengharamkan sebarang usaha merobohkan surau dan masjid samaada di tanah setinggan atau tanah wakaf.
Usaha Pas untuk merobohkan surau atau madrasah salihiah di bandar Alor Star lebih menyedihkan. Ini kerana bukan sahaja surau dirobohkan tetapi tanah wakaf juga telah dijual kepada pihak bukan Islam untuk membangunkan tanah tersebut secara komersial.
Konon cerita di dalam kompleks itu akan dibina surau atau musalla. Harus diingat bahawa surau di dalam komplek perniagaan tidak sama tarafnya dengan surau yang berdiri sendiri.
Tuesday, February 7, 2012
TAK KIRA ANDA PFAHAMAN POLITIK MANA, ISLAM HARUS BERSATU.. KATA PEMIMPIM2 TERTINGGI ISLAM..
Pemimpin Islam tanpa mengira politik disarankan duduk berbincang demi perpaduan dan mengembalikan semula kekuatan ummah supaya terus dihormati.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar ketika bertitah di Muar mengingatkan umat Islam tidak menabur fitnah dan mudah percaya dengan maklumat yang disebarkan melalui internet serta SMS yang belum tentu kesahihannya.
Titah baginda, umat Islam perlu sentiasa mengamalkan cara hidup yang berlandaskan syariat, memberi contoh yang baik kepada masyarakat, sekali gus meninggalkan perbuatan yang membinasakan.
Sultan Perak, Sultan Azlan Shah bertitah kemiskinan ummah akan menjadi lebih buruk jika pemimpin lebih mengutamakan kekayaan peribadi, keluarga dan kelompok berikutan ia diperoleh secara mendadak akan melahirkan individu yang hanya kaya sementara.
“Kekayaan material seumpama itu yang tanpa dilengkapi kekayaan minda, intelek, ilmu dan rohani adalah kekayaan palsu serta sekadar melahirkan budaya kemewahan, bermegah dan pembaziran, ” titah baginda di Parit.
DI SEREMBAN, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertitah, persefahaman dan perpaduan umat Islam boleh dicapai menerusi penghayatan ke atas prinsip Wasatiyyah yang terkandung dalam ajaran Islam.
Titah baginda, Wasatiyyah boleh diterjemahkan sebagai pendekatan sederhana yang terhasil daripada bimbingan Tuhan dan terbit daripada kefahaman terhadap panduan agama.
Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah ketika bertitah di Kuantan, mahu semua pemimpin Islam tanpa mengira politik disaran duduk semeja demi perpaduan dan ummah.
Baginda bertitah, pertemuan dan perbincangan itu penting bagi mengelakkan berlaku perpecahan di kalangan umat Islam yang semakin ketara kerana tiada persefahaman yang wujud di antara mereka.
Di KOTA KINABALU, Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, berkata umat Islam perlu membanteras perkara yang boleh mengancam akidah, ketenteraman masyarakat dan keselamatan negara, termasuk usaha mengiktiraf hak golongan lesbian, gay, biseksual serta transeksual.
Di KEPALA BATAS, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi berkata pemimpin perlu mencontohi pemerintahan Nabi Muhammad di Madinah yang memberikan perhatian saksama terhadap umat Islam dan bukan Islam.
Di MELAKA, 11,057 peserta daripada 198 kontinjen mewakili pelbagai agensi kerajaan, swasta, pihak berkuasa tempatan dan penduduk menyertai perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri yang diketuai Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob.
TC: Bersatulah Islam Demi Kesejahteraan Sejagat....
ORANG INDON PUN KUTUK ANWAR...
KUALA LUMPUR 6 Feb. - Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi sokongan kepada sebarang usaha bagi melindungi keselamatan Israel disifatkan menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam seluruh dunia.
Sehubungan itu, Pengarah Pusat Kajian Timur Tengah dan Dunia Islam Universiti Muhammadiah, Jakarta, Hery Sucipto menganggap Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan yang sangat melulu dan melampau berhubung perkara berkenaan.
''Sokongan Anwar ini boleh menyakiti dan mengabaikan aspirasi umat Islam di seluruh dunia ketika dunia antarabangsa menyeru serta mendukung perjuangan rakyat Palestin melepaskan diri daripada penjajahan Israel,'' katanya.
Beliau dipetik berkata demikian dalam akhbar Rakyat Merdeka, Indonesia yang disiarkan hari ini.
Anwar mencetuskan kontroversi apabila dalam wawancara dengan The Wall Street Journal pada akhir bulan lalu menyatakan sokongan terhadap sebarang usaha melindungi keselamatan negara Israel.
Kenyataan ketua pembangkang itu mendapat kecaman pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh antarabangsa yang memperjuangkan kemerdekaan Palestin.
Hery seterusnya secara terbuka menyifatkan tindakan Anwar itu bermotifkan politik bagi meraih simpati dan sokongan Amerika Syarikat (AS) serta negara-negara Barat.
Namun tegas beliau, langkah Anwar tersebut terlalu berisiko, khususnya bagi umat Islam di Malaysia mahupun antarabangsa.
''Rakyat boleh sahaja menilai Anwar mencari simpati untuk kepentingan politik jangka pendek, iaitu bagi meraih kejayaan dalam pilihan raya umum Malaysia tidak lama lagi,'' katanya.
Kata Hery, tindakan Anwar membuat kenyataan sedemikian dalam isu melibatkan Palestin dan Israel hanya akan menguntungkan kerajaan Zionis tersebut.
TC: Orang di negara luar nampak, kenapa golongan segelintir mangkok ayun ni x reti2 lagi..
Saturday, February 4, 2012
SALAM MAULIDUR RASUL
12 Rabiul Awal 1433H bersamaan 5 Februari 2012
Tema Maulidur Rasul 1433H/ 2012 : Persefahaman Asas Perpaduan Ummah
Sama-samalah kita hayati :-)
TC: Semoga Sinar Islam Terus Berkembang
Friday, February 3, 2012
BILA RAKYAT MULA BERBICARA SOAL POLITIK MASA KINI
Seorang yang bernama Anwar Ibrahim yang akan dinobatkan sebagai PM jika puak pakatan pembangkang berjaya mengambil alih kuasa dan sekali gus akan bertahta di Putrajaya. Kita berbicara bukan kerana buruk rupa yang telah dimamah usia, kerana rupa paras adalah kejadian yang telah ditentukan Allah tapi buruk perangai bukan dijadikan kepada sesaorang itu..melainkan orang itu sendiri yang menentukan perangainya sedemikian rupa. Sepatutnya SI Anwar Ibrahim ini sudah mula berubah dari perangai buruk kepada yang lebih elok, namun semankin tua semankin buruk perangai dan tingkah lakunya. Ada asas saya berkata demikian.
Berbalik pula kita kepada Pas dan penjuangan nya. Kalau dulu ramai yang respek dengan pemimpin dan tok guru mereka, yang mereka nobatkan sebagai ulama' tapi kini sudah semakin lupus hakisan kepercayaan rakyat terhadap hala tuju dan perjuangan baru dari kepimpinan Pas ini. Pucuk pimpinan Pas dan puak-puaknya di ibaratakan macam lalat hijau @ langau yang suka menghurung kepada benda yang busuk lagi yang tak elok. Segala yang buruk Pas akan jadi 'langau atau lalat hijau' menghurungnya saban waktu...urghekkk..loya lah tekak kaku nih..
Kepada Si Nuar ini betapa dan terdesaknya dia, membalas komen orang dengan cacian dan makian.. samalah juga dengan puak-puak PAS yang berhujah dengan makian dan cacian, kita perhatikan bagaimana Si Nuar ini memaki hamun kepada Mufti Perak Tan Seri Harussani Zakaria dan ustaz Fathul Bari Mat Jahya. Lengkap didalam link ini beserta video... ada lagikah penafian dari puak-puak HamPAS dan PR ini.. http://www.anwaraidc.com/?p=21533
by;
Mohd Noor FB...
TC: Rakyat sekarang sudah mula bukak mata akan kejinya politik kotor Pakatan Rakyat..
"UMNO tolak Islam. Hendak baca Al-Quran pun tak pandai," Kata Nik Ajih..
KOTA BHARU 2 Feb. - Pas ketandusan modal untuk menghadapi UMNO pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) apabila terus mencanang taktik lapuknya dengan memburuk-burukkan parti itu bagi menarik sokongan rakyat.
Seperti lazimnya, pemimpin Pas tidak melepaskan peluang mengguna platform sesi penerangan di serata negeri untuk menabur fitnah kononnya UMNO yang menjadi tunggak kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak Islamik.
Pada majlis pelancaran 'Road Show' Anak Muda Tolak UMNO (AMTU) di pekarangan pasar Peringat di sini malam tadi, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terus mengulangi tuduhan kononnya UMNO menolak Islam dan tidak pandai membaca al-Quran.
"UMNO tolak Islam. Hendak baca al-Quran pun tak pandai," katanya semasa berucap pada majlis tersebut.
Kredit to: UMNO Kuala Selangor FB..
TC: Astagfirullah Pok Nick.. Agak2 le bila berkata2 tu.. Aduhai...
Thursday, February 2, 2012
HADI AWANG HARUS BERTANGGUNG JAWAB.. ANDA ADALAH PUNCANYA..
TC amat tertarik akan gesaan FB UMNO Kuala Selangor yg menggesa Haji Hadi menyelesaikan perkara2 yg memungkin umat Melayu kini berpecah. Elok juga saranan2 sebegini di jadikan jalan menyatupadukan hubungan yg telah lama putus.
Sebelum berundur, eloklah Haji Hadi tarik semula ' Amanat Hadi' dan perbetulkan dahulu akidah pengikut PAS!
Mungkin ramai yang menyambut baik kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.
Bagaimanapun sebelum berundur, Abdul Hadi perlulah tarik semula 'Amanat Hadi' dan bertanggungjawab untuk memperbetulkan kembali akidah pengikut PAS yang telah terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO!
Ramai pengikut PAS masih berpegang kepada amanat tersebut yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.
Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka. Ini termasuklah tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut PAS yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut!
Kredit To: UMNO Kuala Selangor FB..
TC: Molek juga kalau berhenti, dapat gak luangkan masa dengan anak cucu.. Kan kan kan....
Wednesday, February 1, 2012
Aziz Bari Mengamuk Gelaran Profesor Digugurkan.. Kempunan le SPBA Aziz oiii..
Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.
Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.
''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.
''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya.
TC: Aziz Bari sebenarnya sudah malu besar.... itulah sebabnya dia mengamuk sakan! Jawatannya sebagai profesor JUSA C sebelum ini menerima kenaikan sekurang-kurangnya RM 6,000 sebulan di bawah SBPA. Melepas der....!!!!
GEMPAR.. KEPALA BABI DITEMUI DI MASJID..
Semakin hari semakin kurang hajar!Satu kepala babi ditemui di pintu masuk Masjid Nurul Iman di Batu 18 Rawang, Selangor, awal pagi ini.
Kepala kepala itu ditemui pada jam lima pagi oleh ahli jawatankuasa masjid apabila mereka membuka pintu pagar utama.
Pihak polis kemudiannya dihubungi dan tiba di lokasi pada jam 7.30 pagi. Setelah mengambil bahan bukti dan menyiasat di kawasan sekitar kira-kira dua jam, mereka kemudiannya meninggalkan masjid itu.
Exco kerajaan negeri Selangor Ronnie Liu, MB Selangor Khalid Ibrahim dan ADUN Rawang Gan Pei Nei! Apa cerita semua ni? jangan lah nak bermain wayang depan rakyat pulak!
TC: makin melampau laaa..