Membimbangkan apabila ada pihak tidak bertanggungjawab cuba mengaut keuntungan mudah dengan mengambil kesempatan terhadap populariti budaya Korea seperti K-Pop dan K-Drama dalam kalangan masyarakat Malaysia terutama golongan muda dengan menawarkan 'adik' istimewa dari negara berkenaan.
Tarikan terbaru itu jika tidak dibendung dikhuatiri boleh menyesatkan golongan muda yang makin terikut-ikut dengan budaya Korea.
Siasatan mendapati pihak terbabit cuba mempromosikan pakej terbaru itu dengan menonjolkan keistimewaan gadis Korea berkenaan seperti memiliki payu dara besar selepas melakukan suntikan hormon, cantik selain bekerja sambilan (freelance) sekali gus masih 'bergetah'.
Bagaimanapun, bayaran untuk khidmat gadis Korea itu lebih mahal iaitu sekurang-kurangnya RM600 sejam berbanding pekerja seks dari negara lain kira-kira RM200 sejam.
Difahamkan, harga mahal itu tidak mengejutkan kerana gadis Korea masih baru di pasaran kerana mereka sebelum ini lebih gemar bekerja di pusat hiburan dan karaoke milik warga negara itu dan hanya menawarkan khidmat sesama mereka.
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment