Friday, March 29, 2013

PERGHH - Video Episode 3 Dah Keluar. Anwar Terkam Mahasiswa Beb. Ganas Tuuuuuu.. Jom Layan..

Dari petikan papa gomo.

Bisu dan terus membisu itulah Anwar Bin Ibrahim ketua Umum Pakatan Pembangkang berhubung video yang didedahkan oleh Papa Gomo.

Sepanjang pendedahan oleh Papa Gomo mengenai video terbaru Anwar Ibrahim ini Gomo memerhatikan gelagat para penyokong Anwar Ibrahim yang beriya iya mempertahankan Anwar Ibrahim ketua mereka dengan bermacam macam alasan dan jawapan paling sadis pada Gomos etakat hari ini adalah jawapan dari mulut Pengarah Strategik PKR Rafizi Ramli yang menyatakan Anwar Ibrahim seorang yang peramah.

Gomo boleh terima jawapan dari Rafizi yang Anwar Ibrahim ini seorang yang peramah namun Gomo musykil bagaimana seorang yang berjawatan tinggi dalam parti iaitu Ketua Umum Pakatan Pembangkang dengan gelaran Dato Sri begitu peramah dengan seorang lelaki berpewatakan lembut duduk berdua duaan didalam sebuah bilik hotel dengan membahasakan diri sebagai "I" dan memanggil remaja tersebut sebagai "U".

Sehingga ke hari ini juga Anwar Ibrahim terus berdiam diri dalam isu ini walaupun asakkan dari rakyat Malaysia mahukan jawapan dari beliau untuk menjelaskan siapa remaja lelaki yang bersama beliau didalam bilik hotel. Malah rakyat juga ingin tahu atas kapasiti apa remaja lelaki tersebut berjumpa Dato Sri Anwar Ibrahim secara berdua didalam bilik hotel?

Apakah remaja lelaki tersebut yang merupakan seorang Mahasiswa berdua duaan dengan Anwar Ibrahim kerana mahu meminta bantuan Biasiswa? Ataupun Mahasiswa tersebut berjumpa Anwar Ibrahim untuk berbincang tentang PTPTN? Segala persoalan ini tidak dijawap oleh Dato Sri Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini.

Sepertimana yang Gomo maklumkan sebelum ini Remaja lelaki berumur 19 tahun itu sudahpun Gomo temui pada bulan Febuari yang lalu dan mahasiswa tersebut mengakui LIWAT antara beliau dan Dato Sri Anwar Ibrahim adalah faktor suka sama suka yang mana pada tarikh tersebut mahasiswa itu diliwat pertama kali dalam sejarah hidup beliau.

Segala kronologi mengenai kejadian Anwar Ibrahim meliwat mahasiswa ini telah pun Gomo jelaskan sedikit sebanyak melalui artikel artikel terdahulu:

RM 100 Juta - Demi Agama Bangsa Dan Negara Perilaku Anwar Ibrahim Didedahkan


EKSKLUSIF - Modus Operandi Anwar Ibrahim Meliwat Mahasiswa Didedahkan


Anwar Ibrahim Seorang Yang Peramah - Rafizi Ramli


Episode 2 - Video Anwar Ibrahim Sodomy Mahasiswa 19 Tahun


Paling jelas apa yang Gomo nyatakan adalah melalui surat terbuka buat isteri Dato Sri Anwar Ibrahim:

Eksklusif - Surat Buat Datin Sri Dr Wan Azizah Isteri Anwar Ibrahim


Segala pendedahan yang dilakukan Papa Gomo masih lagi belum dijawap oleh Anwar Ibrahim malah Wan Azizah, Nurul Izzah serta suami Nurul Izzah Raja Shahrir juga tidak menafikan akan kenderaan Kia Spectra yang digunakan oleh Anwar Ibrahim untuk keluar menjalankan kerja jijik beliau.

Rakyat perlu sedar mengenai pekara ini, isu yang Gomo tampilkan disini adalah tindakan Anwar Ibrahim yang duduk berdua duaan dengan remaja lelaki lembut didalam bilik hotel . Rakaman video yang Gomo pamerkan adalah JELAS dan ianya juga berwarna serta mempunyai Audio yang jelas untuk paparan rakyat menilai jenis macam apakah seseorang pemimpin itu boleh duduk berdua duaan dengan lelaki lembut didalam bilik hotel?

Gomo nak nyatakan disini kepada semua bahawa Gomo bukan MENFITNAH Dato Sri Anwar Ibrahim kerana apa yang ada pada Gomo malah pengakuan mangsa liwat adalah merupakan satu keterangan yang tidak boleh disangkal oleh Anwar Ibrahim. Gomo sendiri masih lagi menunggu tindakan Anwar Ibrahim untuk membuat Laporan Polis mengenai video yang Gomo paparkan ini kerana jika laporan Polis dibuat oleh Anwar Ibrahim pastinya siasatan akan dijalankan dan segala galanya akan terdedah.

Untuk artikel kali ini Gomo tayangkan video dibawah ini untuk rakyat Malaysia menilai siapa manusia bernama Anwar Bin Ibrahim yang sekarang ini sedang bercita cita untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. Lihat sendiri dan renungkan sendiri video dibawah ini:

Video di sini: http://www.papagomo.com/2013/03/episode-3-video-anwar-ibrahim-terkam.html?m=1
Perjuanganku Lebih Mudah Kerana Mengusir Penjajah, Tetapi Perjuanganmu Lebih Sulit Kerana Melawan Bangsamu Sendiri

1 comments:

  1. 6. Dua kali ada dialog Anwar kata dah ambil/tukar host/server FB/Twitter ke United States. Buat pengetahuan semua, akaun Twitter atau Facebook bukannya seperti lamaweb yang mana pangkalan data (server) kita boleh tukar host ke mana-mana yang kita suka sama ada Malaysia, Singapura atau USA.

    Tuan punya syarikat Twitter dan Facebook telah membeli host / server mereka sendiri. Bila masa pulak pengguna akaun boleh ubah host/ server Twitter atau Facebook ni ? Tak tau la kalau Anwar ni dah jadi ejen Twitter dan Facebook pulak selepas ejen insurans, ejen kereta dan ejen prepaid.

    7. Kamera ini dipasang dibadan “mahasiswa”, maka bolehlah dikatakan Anwar berada setentang dengan kamera dan “mahasiswa”. Pelik juga bila babak last yang dikatakan Anwar “menerkam” tu, “terkaman”nya dilakukan bukan dari depan tetapi dari tepi. Babak “terkaman” tidak jelas dan mungkin kelibat kepala ditambah.

    Mungkin juga ia sebenarnya adalah Anwar yang bangun beredar sebelum bersalam dan kelajuan video pada babak ini mungkin dipercepatkan bagi menjadikan aksi “terkam” lebih logik.

    8. Blogger yang menyiarkan video ini mendakwa rakaman dibuat menggunakan “TALIFON”. Logik ke jika semasa anda bercakap dengan seseorang, kamera telefon dihalakan ke arah anda setiap masa ? Saya berpendapat video ini diambil menggunakan kamera tersembunyi bagi tujuan manipulasi. Siapa orang yang mengambil video ini juga sukar dikesan, kerana kita tidak tahu bila dan dimana lokasi yang tepat bagi video ini.

    9. Walaupun ubahsuai / dubbing video ini dibuat dengan agak teliti namun masih ada kesilapan-kesilapan yang telah dibuat seperti juga video-video “Anwar” yang terdahulu. Sebagai makluman, antara kesilapan video dahulu adalah terdapat objek seperti tisu yang dilempar beberapa kali dan juga dua video dengan dua bentuk tubuh dan perut Anwar yang berbeza.

    Perut boroi dan punggung berisi dalam video dengan perempuan manakala dalam video dengan lelaki, Anwar ternyata tampak lebih kurus, tidak boroi sama sekali, belakang badan yang lebih sasa serta berotot dan memakai seluar dengan pinggang seluar lebih ke atas (nisbah kaki: badan seperti stail zaman 60-an). Video dengan lelaki ini didatangkan tanpa adegan seks, mungkin kena bayaran yang teramat keterlaluan kot kalau nak suruh pelakon buat adegan liwat).

    10. Mungkin juga nanti akan ada sambungan bahagian seks dengan paparan siling dan suara mengerang. Ini tidak sukar dilakukan tanpa Anwar, kerana memang bukan suara Anwar di dalam video ini.

    11. Kita sebagai orang yang berakal, perlulah tidak seperti lembu yang boleh ditambat hidung dan ditarik ke mana arah untuk mempercayai sesuatu berita yang ternyata mempunyai terlalu banyak kelemahan. Dekat-dekat pilihanraya ni, jangan percaya bulat-bulat apa sahaja berita dan selidik dahulu kebenaran sebelum membuat penilaian.

    12. Sekali lagi saya nak ingatkan, orang Cina dan India majoriti berani berubah menyokong PR. Kita orang Melayu masih ada yang setia dengan BN. Sepatutnya, jika orang Melayu cerdik, sama-sama la kita menyokong PAS atau PKR, baru la kerusi PR (PAS terutamanya) lebih banyak dimenangi dan kuasa orang Melayu dalam kerajaan baru nanti lebih dominan / kuat.

    Psstt .. Lt Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir dalam YouTube (link) dah bagitau bahawa risikan-risikan dari pakar risikan telah mendedahkan PR akan menang PRU13 nanti ! Najib pun dalam twitternya membayangkan jika peralihan kuasa berlaku, ia mesti dibuat secara aman (saya cari quote yang asal tapi dah tak jumpa, didelete atau twitter kena hack dan hacker yang tweet kekdahnya ?)

    13. Kalau bukan PRU13 ni kita bertindak bijak, sukar untuk kita bertanding secara sihat di atas pentas yang senget sebelah di PRU yang seterusnya. Ini kali lah !

    Nota : Kaedah penulisan secara gaya percakapan sengaja dibuat untuk mengelakkan kebosanan semasa membaca. Tak la skima sangat.

    Fairuz Hafeez

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC