Wednesday, February 1, 2012

Aziz Bari Mengamuk Gelaran Profesor Digugurkan.. Kempunan le SPBA Aziz oiii..

Aziz Bari hari ini mengamuk sakan berhubung kenyataan yang di keluarkan oleh Universiti Islam Antarabangsa (UIA) bahawa beliau tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

Bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Abdul Aziz Bari tidak boleh lagi menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik setelah beliau menamatkan perkhidmatan dengan institusi pengajian tinggi itu.

Pengarah Bahagian Komunikasi Korporat UIAM, Abdul Rahim Ahmad berkata, sebarang aktiviti Abdul Aziz selepas ini juga tiada kaitan dengan universiti itu. Namun katanya, Abdul Aziz masih boleh menggunakan status profesor jika ada universiti lain melantiknya ke jawatan itu.

''Pensyarah yang tamat perkhidmatan dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam, tidak boleh menggunakan status profesor kerana ia gugur secara automatik.

''Dengan penjelasan ini, saya harap, semua pihak dapat mengetahui gambaran sebenar tentang Abdul Aziz dan berharap sebarang aktiviti beliau selepas ini tiada kaitan dengan UIAM," katanya.

TC: Aziz Bari sebenarnya sudah malu besar.... itulah sebabnya dia mengamuk sakan! Jawatannya sebagai profesor JUSA C sebelum ini menerima kenaikan sekurang-kurangnya RM 6,000 sebulan di bawah SBPA. Melepas der....!!!!

1 comments:

  1. Dalam kes melawan arus, lain kali berfikir dulu habis-habisan sebelum bertindak. Kalau tersilap langkah tapi masih tak reti minta maaf, baik terjun ke atas highway.

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC