Doktor keempat dari Hospital Kuala Lumpur memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa berlaku penetrasi dalam kejadian liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dr Razuin Rahimi yang merupakan saksi pendakwaan ke-23 berkata, dia menerima panggilan dari pihak hospital ketika berada di rumahnya pada kira-kira 3.30 petang 26 Jun 2008, mengenai seorang mangsa yang mendakwa telah diliwat oleh seorang ahli politik berprofil tinggi.
Katanya. dia minta kakitangan tersebut supaya memberitahu pengadu membuat laporan polis terlebih dahulu.
Saksi itu memberitahu mahkamah bahawa yang dia memaklumkan kepada pegawai atasannya Dr Siew Sheue Feng, mengenai perkara itu dan Siew memintanya datang ke hospital.
Dia tiba di pusat krisis HKL dan menemui Saiful dan mengambil maklumat mengenainya.
Dr Razuin berkata, Saiful mendakwa berlaku penetrasi di duburnya dan bahan pelincir digunakan.
Saiful juga, katanya, mendakwa ahli politik berkenaan turut meramas dadanya.
Dr Razuin kata Saiful juga memberitahu yang dia diminta melakukan seks oral tetapi dia menolaknya.
Katanya, temubual dengan Saiful berjalan selama 20 minit sehingga jam 9 malam, apabila doktor lain - Dr Razali Ibrahim dan Dr Khairul Nizam Hassan - sampai.
Menurutnya, Saiful sekali lagi menceritakan mengenai kejadian tersebut.
Dr Razuin berkata, dia hadir ketika pemeriksaan dilakukan dan Saifu menceritakan perkara yang sama kepada doktor-doktor berkenaan.
Katanya, dia membantu Dr Siew menulis sejarah dan hasil pemeriksaan itu.
Dr Razuin berkata, dia mengisi muka surat tiga, lima dan enam borang pro-forma.
Bagaimanapun, katanya, dia tidak mengisi semua butiran dalam borang pro-forma kerana Dr Siew berkata borang itu tidak sesuai.
Oleh it, katanya, dia menggunakan kertas kosong.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Wednesday, March 9, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment