Monday, March 15, 2010

50 AHLI PKR KELUAR MESYUARAT.. Khalid terkedu angkara Azmin.. ish ish, betulker tu...

awat nya depa ni keluaq dewan plak.. aduih malunye i ni..


Kira-kira 50 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor bertindak meninggalkan mesyuarat agung tahunan bahagian itu kerana tidak berpuas hati dengan perjalanan mesyuarat yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Sungai Buloh, Jeram di sini petang ini.

Mereka keluar beramai-ramai ketika sesi soal jawab dengan ahli jawatan kuasa (AJK) yang diketuai Ketua Bahagian PKR Kuala Selangor yang juga Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedang berjalan.

Antara perkara yang tidak memuaskan hati mereka ialah cara ahli-ahli dipanggil datang ke mesyuarat agung dan isi kandungan minit mesyuarat yang diedarkan kepada semua yang hadir kerana didakwa tidak mengikut tertib dan melanggar perlembagaan parti.

Salah seorang ahli PKR yang keluar mesyuarat, Mazli Saring, 42, ketika ditemui berkata, ahli-ahli tidak diberitahu mengenai mesyuarat seperti yang sepatutnya iaitu dalam tempoh 14 hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Kata beliau, cara pemberitahuan juga tidak melalui surat tetapi hanya iklan kecil di akhbar kira-kira lima hari sebelum mesyuarat berlangsung.

Ujarnya, minit mesyuarat juga boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tiada notis pemberitahuan mesyuarat dan penyata tahunan yang dibentang juga tidak mengikut peraturan.

"Bila saya bangun mengutarakan masalah ini, mereka mencelah seolah-olah tidak mahu saya terus bercakap dan kemudian memberikan jawapan yang memang tidak selari dengan soalan saya.

"Mikrofon untuk ahli bercakap juga dipegang oleh 'orang' AJK dan bila mahu bercakap kena minta daripada mereka dan bila mereka nak suruh saya berhenti mereka terus ambil walaupun saya belum habis bercakap.

"Oleh itu saya dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk keluar kerana perbuatan itu seolah-olah mahu menyekat ahli-ahli daripada terus bersuara," katanya.

Seorang lagi ahli, Khalid Wahab, 40, berkata, beliau tidak berpuas hati kerana sebelum mesyuarat diadakan, terdapat cubaan mengehadkan kehadiran ahli-ahli ke mesyuarat agung kerana mewajibkan cawangan menghantar 10 orang sahaja menghadiri mesyuarat.

"Saya ada bukti kerana di cawangan Puncak Alam kami mendapat khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyuruh menghantar 10 orang sahaja. SMS itu dihantar kepada mereka yang menyokong AJK," katanya sambil menunjukkan SMS tersebut kepada wartawan.

Sementara seorang lagi ahli, Ibrahim Mahidin yang juga bekas Ketua Penerangan PKR Kuala Selangor pula berkata, sikap Abdul Khalid yang tidak mengambil tindakan terhadap 'orang kanannya' dalam AJK walaupun individu itu didapati muflis juga amat mengecewakan.

Jelasnya, Abdul Khalid menunjukkan ketegasan sebelum ini apabila memecat seorang AJK iaitu Azmi Mohamad kerana muflis.

''Tetapi bila orang yang rapat dengannya menghadapi masalah, beliau boleh tutup mata dan benarkan orang itu memegang jawatan walaupun tahu ia menyalahi perlembagaan parti.

''Inilah sikap pemimpin nombor satu Selangor," kata beliau.

Mesyuarat agung kali ini yang berjalan selama dua jam bermula pukul 2.30 petang juga menyaksikan tiada sesi pemilihan AJK baru bahagian dibuat kerana memberikan ruang kepada proses perlembagaan baru PKR dan pemilihan hanya akan dilakukan penghujung tahun ini... Utusan Online

TC : (kalau hangpa nak tahu kekecohan yang berlaku ni bukan di sebabkan UMNO tetapi inilah Game Azmin Ali dalam melenyapkan Khalid Gagap sebagai MB Selangor. Azmin nak rampas kerusi MB Selangor dalam tahun ni. sama sama kita tunggu dan lihat. ni lah puak PKR... yang Cantas Mencantas bagi Kerakusan Kuasa Tamak Haloba mereka.) ....

mai mai sapa nak beli air cap BN ni.. lepas ni aku MB tak jual dah..


ITULAH TC DENGAR DARIPADA GENG2 YANG MENDAPAT MAKLUMAT DARI DALAMAN TERDEKAT YANG MUNKIN JUGA BOLEH DIPERCAYAI.. SAMADA BETUL ATAU TIDAK SAMA2 KITA SAKSIKAN NANTI..


0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC