Tuesday, March 9, 2010

ZUL CABAR JIJAH... 1 LAWAN SATU...


Lima hujah Zulkifli pertahankan kedudukan


KUALA LUMPUR 8 Mac - Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin mengemukakan lima hujah bagi mempertahankan kedudukannya selepas didesak mengosongkan kerusi itu oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas dasar prinsip demokrasi.

Berikut ialah hujah yang dikemukakan beliau melalui satu kenyataan, di sini hari ini:

1. Bukan saya yang meninggalkan PKR, sebaliknya saya dipecat walaupun sehingga saat terakhir saya masih lagi berpegang kepada prinsip supaya diberi peluang membela diri di hadapan panel lembaga disiplin yang beragama Islam kerana isunya membabitkan kalimah Allah. Tetapi Wan Azizah enggan memberikan saya peluang membela diri berdasarkan prinsip keadilan sejagat dan hak asasi kemanusiaan yang kononnya diperjuangkan oleh PKR. Dan kini, setelah menzalimi saya dan menjadikan saya mangsa mainan firaun-firaun kecil ini, Wan Azizah mahukan saya mengosongkan kerusi Parlimen kononnya atas dasar prinsip demokrasi dan keadilan. Lihatlah siapa yang bercakap.

2. Pada 2 September 1998, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan dibuang dari UMNO. Saya tidak mendengar pun desakan oleh Wan Azizah supaya Anwar mengosongkan kerusi beliau sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh semasa itu. Kalau Anwar tidak didesak mengosongkan kerusi kerana dipecat pada masa itu, mengapa pula Wan Azizah kini mendesak saya berbuat perkara yang beliau sendiri tidak lakukan. Bukankah ini bukti kenyataan Wan Azizah berkepentingan politik untuk menyeronokkan firaun-firaun kecil yang mengelilingi beliau.

3. Mengapa semasa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bota, Datuk Nasaruddin Hashim melompat ke PKR dari UMNO, Wan Azizah tidak pula mendesak beliau mengosongkan kerusi atas prinsip keadilan dan demokrasi. Malahan Wan Azizah menyatakan pada masa itu ia adalah hak Nasaruddin memilih parti mana yang ingin beliau sertai dan beliau berhak untuk terus kekal sebagai ADUN Bota. Jadi saya mahu bertanya kepada Wan Azizah, mana pergi prinsip demokrasi dan keadilan yang beliau laungkan itu atau adakah beliau sekadar menjadi 'Pak Pelaung' firaun-firaun kecil.

4. Semasa konspirasi 16 September dilaksanakan, Wan Azizah dan PKR telah menghantar Saifuddin Nasution, Elizabeth Wong dan beberapa orang lagi ke Taiwan untuk mengejar Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bagi memujuk mereka melompat ke PKR, sehingga sanggup bermalam di hotel yang sama dengan Ahli-Ahli Parlimen BN itu. Saya tidak pula mendengar Wan Azizah bertegas menyatakan Ahli-Ahli Parlimen BN tersebut mesti mengosongkan kerusi Parlimen masing-masing atas dasar dan prinsip keadilan dan demokrasi. Apakah apabila untuk kepentingan sendiri semuanya halal belaka, tetapi bila terkena batang hidung sendiri semuanya haram. Apakah matlamat menghalalkan cara atau apakah itu sebenarnya dasar dan tembelang PKR?

5. Adalah jelas sekarang PKR sudah kehilangan majoriti di Parlimen. Kerusi Parlimen PKR tinggal 27, sebaliknya DAP mempunyai majoriti iaitu 28 kerusi dan Pas 23 kerusi. Mengikut dasar dan prinsip demokrasi, sepatutnya Anwar sudah pun meletakkan jawatan sebagai Ketua Pembangkang. PKR sudah tiada alasan politik dan demokrasi untuk terus memegang jawatan Ketua Pembangkang. Jadi kalau Wan Azizah merasakan bahawa Anwar boleh terus memegang jawatan Ketua Pembangkang walaupun bercanggah dengan prinsip keadilan dan demokrasi, mengapa pula saya tidak boleh terus memegang jawatan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, apatah lagi saya dipilih dan diundi oleh rakyat. Biarlah rakyat yang menentukannya pada pilihan raya umum akan datang. Jika Wan Azizah berani, marilah kita bertanding di Parlimen Kulim-Bandar Baharu - satu lawan satu.


TC : HAAA, TU DIA... ADA BERANI KA JIJAH..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC