Thursday, March 4, 2010

MCA bakal adakan AGM... Soi Lek Dan 7 CC Pusat Letak Jawatan..




Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini meletak jawatan sebagai Timbalan Presiden MCA dan mahu agar pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.

Ketika mengumumkan keputusannya itu pada satu sidang akhbar di Wisma MCA di sini hari ini, beliau berkata tujuh lagi anggota jawatankuasa Pusat (CC) MCA juga telah meletak jawatan.

Mereka ialah Kong Cho Ha, Gan Tian Loo, Dr Por Choo Chor, Tan Chai Ho, Chong Itt Chew, Tee Siew Keng dan Loh Seng Kok.


Sebelum ini, 13 anggota jawatankuasa itu sudah berbuat demikian.



Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. - Bernama


TC : Walaupun TC lebih mementingkan kemelayuan, harapan agar MCA bertemu dengan penyelesaian yang terbaik demi BARISAN NASIONAL.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC