Saturday, March 20, 2010

Apa kena mengena Al Gore dengan One War ni.. Sumber kot...

ini olang melayu kasi hancur, warghhhh


KUALA LUMPUR 19 Mac - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan sahaja seorang pembohong malah penakut ekoran tindakannya ke London untuk bertemu rakan baiknya di sana iaitu bekas Naib Presiden Amerika, Al Gore.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli mendakwa, Anwar takut untuk berdepan dengan bekas-bekas wakil rakyat PKR di Dewan Rakyat yang kini merupakan wakil rakyat bebas.

Menurutnya, ia ekoran tindakan bekas Ahli Parlimen PKR Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim mendedahkan tembelang Ketua Pembangkang itu berhubung rancangan mengambil alih kerajaan Pusat 16 September pada sidang Dewan Rakyat semalam.

"Anwar juga takut untuk berdepan dengan wartawan yang pastinya mahu kepastian bagaimana beliau tergamak berbohong menjual nama-nama penting seperti Yang di-Pertuan Agong dan Panglima Angkatan Tentera.

"Anwar boleh memberi alasan bahawa beliau terpaksa ke luar negara kerana ada program dengan Al Gore. Tetapi bukankah sebagai wakil rakyat, sidang Dewan Rakyat merupakan tanggungjawab asas beliau," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Zahrain menggegarkan sidang Dewan Rakyat apabila 'memecahkan tembelang' Anwar berhubung rancangan Ketua Pembangkang itu mengambil alih kerajaan Pusat '16 September.'

Pendedahan itu juga menyebabkan Anwar 'panas punggung' sehingga mendorong beliau secara tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan.

Mengulas lanjut, Nazmi berkata, tindakan Zahrain semalam jelas membuktikan Anwar merupakan seorang pembohong.

Menurutnya, beliau mengucapkan tahniah kepada Zahrain kerana meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi kepentingan peribadi dengan membongkar cerita sebenar penipuan Anwar.

"Terbukti Anwar takut dan tidak berani mendepani ucapan Zahrain di mana beliau bergegas keluar tinggalkan Parlimen.

"Beliau dan wakil rakyat PKR tidak menafikan pendedahan itu sebaliknya memutarbelit isu dengan mengatakan Zahrain berkata begitu disebabkan beliau kecewa kerana gagal mendapat projek," katanya.. Utusan Online...


TC : pelik pelik.. Kelam kabut pi jumpa omputih ni buat apa.. Ada agenda di sebaliknya nie...

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC