Sunday, March 14, 2010

MASA UNTUK BEKERJA LA PULAK.. tok sah dok loncat2 lagi yer...

MP BAGAN SERAI


Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri menegaskan, beliau tidak akan tunduk kepada desakan supaya mengosongkan kerusi yang disandangnya itu.

Tegas Mohsin, beliau masih mampu meneruskan tugasnya sebagai wakil rakyat di kawasan terbabit walaupun kini menjadi ahli Parlimen Bebas.

''Saya dilantik oleh masyarakat di Bagan Serai dan saya tidak fikir sebegitu (letak jawatan) hanya disebabkan oleh satu dua desakan.

''Lagipun wakil rakyat yang meletak jawatan tidak boleh bertanding semula pada pilihan raya seterusnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Mohsin Fadzli berkata demikian ketika ditanya sama ada beliau akan mengosongkan kerusi Parlimen Bagan Serai atau tidak.

Ditanya sama ada beliau akan menyertai Barisan Nasional (BN) supaya dapat memberikan khidmat dengan lebih berkesan, Mohsin Fadzli memberitahu, buat masa ini beliau belum memikirkan perkara itu.

''Setakat ini saya tidak akan menyertai mana-mana parti," katanya.

Dalam pada itu, beliau mendakwa, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah hilang kawalan terhadap parti menyebabkan ramai wakil rakyat PKR bertindak keluar.

Katanya, ini dapat dilihat berdasarkan masalah kepimpinan parti yang berlaku di beberapa buah negeri.

''Kalau Anwar boleh kawal anak-anak buahnya, dia boleh berjaya tetapi kalau tidak, susahlah," katanya.

Dalam pada itu, Mohsin Fadzli menasihatkan PKR, Pas dan DAP supaya melakukan reformasi dalaman bagi mengatasi masalah kepimpinan parti masing-masing.

''Saya dapati parti perlu buat reformasi sendiri. Ingat, reformasi parti bukan pada PKR sahaja tetapi semua.


bermula era baru untuk penduduk bagan serai


TC : Kena kerja untuk rakyat ler pulak YB.. Rakyat Bagan Serai lama ditinggalkan tanpa khabar dan khidmat sebab dulu dok berpolitik jer.. Haaa, inilah masanyer untuk dibuktikan..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC