Monday, January 24, 2011

LATEST.. MULUT PAS DI DUN TENANG BERBAU JAMBAN.. UUWWEEEKKKK

LABIS: Pembangkang menggunakan pelbagai taktik kotor seperti menyebarkan risalah berbentuk fitnah dalam kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang kerana ia semakin tertekan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin

Timbalan Perdana Menteri berkata beliau bagaimanapun yakin pengundi tidak mudah tertipu dengan fitnah dan tohmahan itu.

Kita sedar mereka tidak akan berhenti mengeluarkan cerita-cerita yang mengejutkan untuk menakutkan pengundi. Itu adalah taktik biasa tetapi di dalam kebanyakkan hal pengundi tahu perkara yang sebenar dan tidak tertipu," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas bersama-sama pemimpin Barisan Nasional beramah mesra dengan pengundi dalam program tinjauan mesra di beberapa jalan utama dan pusat perniagaan di sini menjelang pengundian dalam pilihan raya kecil itu pada Ahad ini.

Pilihan raya kecil itu melibatkan calon BN Mohd Azahar Ibrahim, 39, dan lawannya daripada PAS, Normala Sudirman, 38. Ia diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha daripada BN pada 17 Disember tahun lalu.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

  1. BN mentedarah duit rakyat.Tunggulah balasan yang Allah akan jatuhkan nanti.Insaf-insaflah wahai,tengoklah kiri dan kanan kita milik siapakah tanah tersebut.Lihatlah ekonomi negara,siapa yg control,lihatlah yg makan rasuah siapa?. lihatlah siapa yg bg rasuah siapa?. lihatlah masa pemilihan peringkat bahagian UMNO,siapa yg berduit menang,siapa yg berjuang utk rakyat kalah.Lihatlah dari keikhlasan memimpin,lihatlah kebebasan akhbar,lihatlah pemberian sempena pilihanraya kecil,lihatlah apa yg UMNO dah buat.Jangan sampai tanah di Malaysia semuanya jd milik kaum asing.

    ReplyDelete
  2. ALLAH SENTIASA BERSAMA ORANG2 YANG BENAR.. JANGAN APA YANG DIKATAKAN SAUDARA ANON DI ATAS TERPALIT KE MUKA SENDIRI YA.. KERANA KINI ALLAH MEMBAYAR CASH.. DAN SEKARANG KEPINCANGAN PR SATU DEMI SATU TERSINGKAP.. SEDARLAH YANG SEMPURNA HANYA ALLAH.. YANG MAKSUM HANYA NABI MUHAMMAD.. PAS, UMNO DAN PARTI2 YANG LAIN HANYALAH PARTI.. DAN ORANG2 DI DALAMNYA HANYALAH MANUSIA BIASA.. JANGAN BERCAKAP MENGGUNAKAN HATI DAN EMOSI TAPI BERCAKAP MENGGUNAKAN AKAL FIKIRAN YANG ALLAH BERI..

    ReplyDelete

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC