Persatuan Kelab2 Belia Malaysia (MAYC) menyelar pembangkang yg cuba berselindung di sebalik hak asasi manusia untuk memburuk2kan imej polis dalam menguatkuasakan undang2 termasuk menahan penyokong perhimpunan haram Bersih Sabtu lalu.
Naib Pengerusi MAYC, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu tidak bertanggungjawab kerana mempergunakan hak asasi manusia untuk 'menghalalkan' perbuatan mereka melanggar undang2 dan mencetuskan kekacauan.
Katanya, sekiranya pihak pembangkang sama ada PKR, DAP atau Pas mahu membicarakan soal hak asasi manusia, mereka seharusnya melihat secara menyeluruh terutamanya kepada majoriti rakyat yg menentang perhimpunan Bersih itu.
"Mereka (pembangkang) mempersoalkan tindakan polis terhadap penyokong Bersih atas nama hak asasi manusia. Bagaimana pula dengan majoriti rakyat yg menentang perhimpunan haram itu, apakah mereka tidak mempunyai hak asasi?
"Majoriti rakyat yg menentang perhimpunan Bersih juga mempunyai hak asasi mereka sendiri untuk bergerak bebas, hak untuk hidup dalam aman tanpa kekacauan dan sebagainya.
Mengulas perkara tersebut, Budiman juga meminta Suhakam agar mengadakan siasatan terhadap pencabulan yg dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu selain pemimpin pakatan pembangkang terhadap hak asasi majoriti rakyat yg tidak menyokong Bersih tetapi menerima kesan akibat penganjuran perhimpunan haram itu.
Mengulas dakwaan kononnya polis melepaskan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam Hospital Tung Shin, kata Budiman, pihak pengurusan hospital sendiri telah menafikan dakwaan itu.
Bagaimanapun, beliau menyarankan supaya Suhakam menyiasat apakah niat dan tujuan sebenar penyokong Bersih berada di pekarangan hospital berkenaan ketika hari perhimpunan haram tersebut berlangsung.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment