Dengan fikiran yang tenang, ingatkan kembali wajah-wajah penunjuk perasaan yang menimbulkan huru-hara dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur, kelmarin. Lihatlah dengan teliti satu persatu, siapakah kumpulan majoriti dalam demonstrasi itu? Apakah keturunan dan agama mereka? Apa pakaian yang mereka pakai? Serta siapa yang mereka sokong?
Kita akan mendapat satu sahaja jawapan iaitu majoritinya ialah orang Melayu, beragama Islam dan penyokong Pas. Ada antara mereka yang kononnya atas nama perjuangan sudah berhari-hari di ibu negara dan ada pula baru tiba semata-mata untuk menyertai demonstrasi berkenaan.
Mereka sanggup datang daripada jauh dan dekat, merempat di masjid dan surau, stesen bas dan kereta api, menumpang rumah saudara dan taulan hanya dengan satu matlamat iaitu menyertai perhimpunan haram!
Akibat ketaksuban yang menguasai pemikiran dan mata hati, mereka tidak sedar bahawa perjalanan jauh mereka ke ibu negara adalah semata-mata untuk menjayakan satu perhimpunan haram yang dianjurkan oleh Pengerusi Bersih, Datuk S.Ambiga.
Ambiga bukanlah ahli politik dan malahan beliau tidak pernah menyertai mana-mana pilihan raya sebagai calon, sebaliknya Ambiga lebih dikenali sebagai salah seorang penyokong Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang suatu ketika berusaha menggugat kesucian agama Islam.
Malahan penyokong Pas yang bersedia menjadi 'pak sanggup' itu juga tidak memikirkan bagaimana biadabnya Ambiga menunjukkan kedegilannya kepada pihak berkuasa yang melarang perhimpunan haram tersebut diadakan. Tetapi pemimpin dan sebahagian ahli Pas yang sudah diresapi semangat politik kebencian seperti biasa mudah lupa dan begitu senang memaafkan, biarpun individu berkenaan pernah menggugat agama mereka.
Apa yang mengecewakan sehari sebelum itu, khutbah Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sudah mengingatkan mengenai siapa penganjur perhimpunan haram berkenaan.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment