Mengapakah Marina Tun Dr Mahathir Menyertai Perhimpunan Haram BERSIH?
Saya rasa tentu semua agak maklum siapa gerangan pemilik gambar di atas. Bagi yang masih tergaru-garu kepala, yang di kanan sekali adalah Dato' Paduka Marina, anak perempuan kepada Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir. Beliau juga merupakan Kakak kepada Timbalan Menteri MITI, Dato' Mukriz Tun Dr Mahathir.
Gambar ini diambil ketika beliau menemani anak beliau menyertai perhimpunan haram BERSIH semalam. Penulis telah lama mengikuti tulisan-tulisan beliau di akhbar portal berhaluan kiri dan juga di laman sosial Twitter beliau. Cara beliau yang menetang Kerajaan dan menyokong kebanyakan perkara yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang amat membingungkan penulis. Penulis tahu peribahasa lama masih boleh diguna pakai, "Dalam setandan pisang, mungkin ada sebiji dua yang busuk".
Cumanya, penulis berharap agar beliau mengambil kira kedudukan bapanya sebagai Negarawan ulung dan adiknya sebagai seorang Timbalan Menteri dari Kerajaan BN sebelum melakukan sesuatu yang boleh meletakkan kami penyokong-penyokong Kerajaan berada dalam keadaan serba salah.
Apa lagi yang tidak puas hati baginya. Bukankah kedudukan dan kemewahan yang beliau kecapi selama ini adalah kesan dari kedudukan bapanya sebagai seorang Perdana Menteri? Janganlah seperti kacang lupakan kulit. Betullah ungkapan yang pernah diucapkan oleh Tun Dr Mahathir, "Melayu Mudah Lupa".
Ruangan blogger : Cucu Tok Selampit
TC: apa2 pun kita ushar link Marina Mahathir di sini.. Layari di http://bit.ly/ofNoI5
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment