Yang nyata selepas perhimpunan haram Sabtu lalu, rakyat negara ini sudah maklum siapa itu S. Ambiga. Tembelang jahatnya apatah lagi - sudah pecah. Detik-detik beberapa orang perusuh yang iras ala-ala pengikut Pas sedang membaling sesuatu ke arah polis yang terpapar di dada akhbar, adalah cerminan betapa Pas benar-benar menjadi 'kuda tunggangan' PKR dan DAP untuk memperlekehkan sistem demokrasi di negara ini.
Ternyata, titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin supaya segelintir rakyat tidak mengikut amalan demonstrasi jalanan tidak dipedulikan. Ternyatalah juga titah baginda agar setiap permasalahan yang timbul dan sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan serta tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran", langsung diperlekehkan begitu sahaja.
Itu namanya penderhaka. Tetapi buat individu bernama Ambiga, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu - mereka hanya 'tersenyum kambing' sahajalah mendengar titah ini. Dan mujurlah pihak berkuasa sudah menghidu tipu muslihat si Ambiga ini, yang bermain wayang kulit dengan 'tok dalangnya' tidak lain dan tidak bukan semua maklum daripada PKR.
Persoalannya, dalam perhimpunan haram itu langsung si Ambiga tidak menyuarakan perihal lapan tuntutan untuk memastikan pilihan raya yang bersih dan telus. Sebaliknya yang kedengaran hanyalah kutukan dan lemparan kata-kata kesat terhadap kerajaan dan polis.
Ternyatalah SPR hanya dijadikan 'kambing hitam' oleh si Ambiga dengan sekadar hendak mencari sebab sahaja bagi 'menghalalkan' perhimpunan haram 'tahunan' itu.
TC: Celako Celako Celako Bak Kata Nik Ajih..
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
hmm...,,
ReplyDelete-->> JUDUL SKRIPSI, TESIS, DISERTASI <<--
Yang sedang bingung dengan judul SKripsi, Tesis, Disertasi
mampir aja kesini... banyak dan lengkap dengan abstrak, artikel dan semua BAB
http://mulok.library.um.ac.id/