Anwar pengkhianat negara
Anwar Ibrahim disifatkan sebagai seorang pengkhianat negara yg perlu dikenakan tindakan tegas. Ini ekoran kenyataannya kepada media Indonesia bahawa Malaysia sudah mendekati revolusi selepas perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), pada Sabtu lalu.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, kenyataan Anwar itu terang2an menunjukkan Ketua Pembangkang tersebut ingin melihat negara ini mengalami kehancuran dan huru-hara.
"Mengapa dia perlu berkata begitu (revolusi) sedangkan dia sendiri yg mengadakan perhimpunan haram Bersih. Ini jelas bahawa dia seorang pengkhianat negara."Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sepatutnya tidak teragak2 lagi untuk mengambil tindakan tegas terhadap beliau yg ingin melihat negara ini huru-hara," katanya.
Seorang lagi bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu, kaedah yg digunakan pihak tersebut dalam mewujudkan kekecohan merupakan pendekatan yg ditinggalkan komunis. Menurutnya, sejak 1960-an, perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan merupakan pendekatan yg diguna pakai oleh pihak komunis dan pengikutnya untuk menentang kerajaan.
Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Samsuri Arshad menganggap kenyataan Anwar sebagai satu mimpi yg hanya dirasai oleh beliau yg ingin menjadi pemimpin nombor satu di negara ini. "Kenyataan itu adalah jalan pintas Anwar untuk mencapai cita2nya tetapi rakyat Malaysia tidak bodoh untuk menghancurkan keamanan yg ada ketika ini.
Bekas Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman pada tahun 1993, Datuk Zulkifli Abdul Rahman pula memberitahu, Anwar perlu dikenakan tindakan bagi menghentikan perbuatannya itu yg melampau. "Pihak kerajaan juga perlu membuat kenyataan balas secepat mungkin dan memberitahu keadaan sebenar dalam negara. Beritahu bahawa negara kita masih aman dan damai serta kita tidak perlukan individu yg sering memburukkan Malaysia di mata negara lain," ujarnya.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
SERANGAN UNTUK MERUNTUHKAN MUAFAKAT NASIONAL
5 years ago
0 comments:
Post a Comment