Tuesday, May 4, 2010

SEPINTAS LALU.. Dokumen Bukti Rasuah PKR di Hulu Selangor..


PUTRAJAYA 3 Mei - Pemuda UMNO Hulu Selangor menerima dokumen misteri yang mendakwa beberapa pemimpin tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) terlibat dengan salah laku membeli undi ketika berkempen untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

Pengerusi Unit Media Baru Pemuda UMNO Hulu Selangor, Mohd. Jefrin Mat Tu berkata, beliau menerima dokumen mengenai salah laku itu pada Jumaat lalu dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

''Saya menemui dokumen dua halaman ini pada Jumaat lalu dan saya tidak tahu siapa yang meletakkannya di depan rumah saya.

''Dokumen ini bagaimanapun telah menyenaraikan secara teliti kira-kira 20 salah laku PKR termasuk nama individu yang terlibat, ia meliputi pemberian wang dan barang serta ugut gertak kepada penduduk Hulu Selangor.

''Penghantarnya mungkin mahu saya dedahkan kandungan dokumen ini dalam blog, saya bagaimanapun berasa lebih sesuai untuk diserahkan kepada SPRM untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu pejabat SPRM di sini hari ini.

Beliau diiringi kira-kira 10 ahli UMNO dan wakil Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) Hulu Selangor.

Dokumen tersebut telah diserahkan kepada Penguasa SPRM, Aini Awang Muda untuk tujuan siasatan dan tindakan lanjut.

Mohd. Jefrin berkata, dokumen yang diterimanya turut melampirkan gambar yang menunjukkan pemimpin PKR memberi beg sekolah kepada penduduk Hulu Selangor walaupun kandungan dalam beg itu tidak dapat dipastikan.

''Saya meminta SPRM melakukan siasatan berhubung dakwaan dalam dokumen ini," katanya.


adakah beg ini yang di rasuahkan...


beg ni kot

atau beg ini

TC : Apapun mengikut keterangan dari Pengerusi UMB Pemuda H.Selangor, tidak dapat dipastikan apa yang diisi dalam beg2 berkenaan..

HARAP SPRM SIASAT.........

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC