Monday, May 10, 2010

TRAGEDI AMINULRASHID..Semua dok diam2, jangan banyak bunyi..

Polis juga mempunyai hujah mengapa peluru terpaksa digunakan pada malam itu. Kereta tersebut cuba merempuh polis, menyebabkan keselamatan anggota beruniform itu terancam. Dalam keadaan tersebut pilihan yang ada ialah TEMBAK..

Hukuman itulah yang kini dipertikaikan keluarga mangsa, juga pihak2 lain termasuk orang2 politik. Disatu pihak ada kesedihan kerana kematian tidak diduga itu. Disatu pihak lain pula ada publisiti yang boleh diraih dari peristiwa tersebut..

Sesiapa saja boleh buat andaian atau tuduhan mengenai perkara ini. Masing2 ada fakta untuk menyokong andaian. Tetapi, ini masih kes polis dan biarlah siasatan dilakukan dengan rapi mengikut peruntukan yang ada. TC nak ingatkan tidak ada siapa yang perlu tonjol kat sini nak jadi hero.

Lagi banyak kenyataan dibuat, termasuk lah kenyataan kawan baik arwah iaitu Azamuddin yang menjadi saksi utama, ia hanya akan sulitkan siasatan. Kenyataan2 terbuka juga boleh bangkitkan persepsi yang mungkin berat sebelah pada pihak2 tertentu.

Ada baiknya semua dok diam2. Biarlah siasatan dilakukan tanpa gangguan mana2 pihak. Pasukan panel khas telah ditubuhkan untuk memantau insiden ini. Bagi mereka peluang untuk jalankan tugas, jangan lah ada yang awal2 dah tuduh mereka ini tidak ada komited atau tidak layak.

Ada cadangan supaya ditubukan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kes ini. TC rasa tak payah ler, adakah dengan suruhanjaya seperti ini dapat memuaskan hati semua pihak. Semua pun tahu, berapa banyak kes yang dikendalikan Suruhanjaya sebelum ini, hasil siasatan pada akhirnya juga mereka2 pertikaikan.

Sementara kes dalam tindakan pemprosesan, TC harapkan kita memainkan peranan masing2 supaya tragedi adik Aminulrasyid tidak berulang lagi. Salah satu cara ialah dengan ketegasan untuk tak bagi anak2 memandu tanpa lesen waima motor sekalipun. Rasa TC lah, sampailah masa tindakan undang2 harus dikenakan pada ibu bapa yang sengaja merelakan anak2 mereka memandu tanpa lesen...

TC : KEPADA KELUARGA MANGSA, BERSABAR MENEMPUH DUGAAN INI..
AL-FATIHAH..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC