Thursday, February 2, 2012

HADI AWANG HARUS BERTANGGUNG JAWAB.. ANDA ADALAH PUNCANYA..

Ronda punya ronda, TC jumpa.........

TC amat tertarik akan gesaan FB UMNO Kuala Selangor yg menggesa Haji Hadi menyelesaikan perkara2 yg memungkin umat Melayu kini berpecah. Elok juga saranan2 sebegini di jadikan jalan menyatupadukan hubungan yg telah lama putus.

Sebelum berundur, eloklah Haji Hadi tarik semula ' Amanat Hadi' dan perbetulkan dahulu akidah pengikut PAS!

Mungkin ramai yang menyambut baik kesediaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Bagaimanapun sebelum berundur, Abdul Hadi perlulah tarik semula 'Amanat Hadi' dan bertanggungjawab untuk memperbetulkan kembali akidah pengikut PAS yang telah terpesong disebabkan amanat beliau mengkafirkan UMNO!

Ramai pengikut PAS masih berpegang kepada amanat tersebut yang menganggap mati syahid kerana menentang UMNO, sedangkan pegangan itu jelas bertentangan dengan Islam.

Tidak cukup dengan Abdul Hadi berundur, beliau mesti bertaubat dengan dosa-dosanya melalui Amanat Hadi yang membawa malapetaka. Ini termasuklah tercetuskan Peristiwa Memali, gerakan bawah tanah merekrut pelajar pusat pengajian tinggi untuk menentang kerajaan dan akidah pengikut PAS yang rosak kerana beriktikad dengan amanat tersebut!

Kredit To: UMNO Kuala Selangor FB..

TC: Molek juga kalau berhenti, dapat gak luangkan masa dengan anak cucu.. Kan kan kan....

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC