Thursday, April 5, 2012

AIR - BERJUTA PERUNTUKAN UNTUK KELANTAN. Awat Kualiti Air Macam Taik Je..

Projek bekalan air: Kelantan tidak pernah dianaktirikan

KUALA LUMPUR 4 April - Kerajaan Pusat tidak pernah 'menganaktirikan' mana-mana negeri dalam pemberian peruntukan untuk meningkatkan infrastruktur perkhidmatan bekalan air.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Noriah Kasnon berkata, demikian juga halnya Kelantan yang tidak dibezakan dengan negeri-negeri lain yang telah menerima kemudahan pinjaman mudah yang disediakan.

Jelasnya, di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan meluluskan peruntukan pinjaman tanpa faedah berjumlah RM241.98 juta bagi pelaksanaan sembilan buah projek bekalan air di Kelantan.

''Antara projek yang dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan tersebut adalah program pembinaan loji dan meningkatkan sistem agihan, program menaik taraf loji rawatan air, program pengurangan kadar kehilangan air tidak berhasil, program sistem pemantauan kawalan dan penyatuan data (SCADA) dan sistem telemetri.

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC