Wednesday, April 4, 2012

SIAPA ZALIM. Naik 10sen RON97 atau naik 300% kadar sewa pejabat di Selangor.

Apapun kenaikan 10sen untuk RON97 adalah bertepatan bagi kerajaan kerana sudah tentu yang memakai minyak ini adalah tuan punya kereta besar bak kata orang 'ORANG KAYA'. Takkan pula di beri subsidi yang banyak untuk pengguna-pengguna yang memakai kereta besar tu. Di samping mengekalkan RON95 dan diesel untuk kesenangan rakyat yang rata-rata pakai minyak ini dalam kehidupan seharian, perkara ini wajar di contohi.

Itupun juak-juak pembangkang masih mengatakan keraajaan BN zalim, aik kome orang kaya laaaa yang dok pakai RON97 ehh. Klu xmampu jangan pakai, pakai 95 jeee.

Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata. 

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.

Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).-Utusan

TC: sapa zalim ekkk, pikir-pikir la yeee..

0 comments:

Post a Comment

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC