Taiping Central Blog Harapan Melayu

Bangsa yang sepatutnya memerintah Malaysia, Bangsa yang sepatutnya memimpin Rakyat jelata, Bangsa yang sepatutnya menjadi tunjang kekuatan Negara ini.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.

Tuesday, March 13, 2012

DIAMBANG MAUT KETIKA TERSEPIT. MB PERAK AJAR MANGSA MENGUCAP.

PARIT BUNTAR: Seorang lelaki sempat diajar mengucap dua kalimah syahadah oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, sebelum dia meninggal dunia di sisi isterinya yang turut maut akibat kemalangan jalan raya di kilometer 5, Jalan Kuala Gula - Gunung Semanggol, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 6.30 petang itu, Saidon Riduan, 65, dan isterinya Fatimah Abdul Kadir, 64, cedera parah apabila Toyota Harrier dinaiki terbalik selepas berlanggar sebuah Land Rover.

Kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang selepas memancing ikan di Kuala Gula di sini, berikutan penemuan batang pancing dan ikan sepat bertaburan di belakang kenderaan.

Saksi kejadian, Azlan Che Lob, 30-an, berkata, dia terdengar dentuman kuat sebelum melihat sebuah kenderaan pacuan empat roda terbalik di bahu jalan.

Menurutnya, apabila sampai ke tempat kejadian, dia mendapati sepasang suami isteri berlumuran darah tersepit dalam kenderaan itu.

"Pada masa sama, Dr Zambry yang kebetulan melalui tempat kejadian berhenti dan meninjau keadaan kedua-dua mangsa.

"Saya lihat Dr Zambry mententeramkan mangsa yang ketika itu nazak. Tanpa rasa takut beliau meminta lelaki berkenaan mengucap dua kalimah syahadah," katanya.

Menurutnya, keadaan menjadi sebak apabila isteri lelaki berkenaan ketika itu sudah meninggal dunia.

"Lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan saya nampak dia sempat melihat wajah isterinya buat kali terakhir sebelum dia turut menghembuskan nafas terakhir," katanya.

Zambry dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Abdul Puhat Nayan dalam perjalanan pulang ke Ipoh selepas mengadakan perjumpaan bersama masyarakat Cina di Kuala Kurau.

Anggota Bomba dan Penyelamat yang tiba di tempat kejadian mengeluarkan mayat pasangan suami isteri itu serta pemandu Land Rover yang tersepit.

Difahamkan, Land Rover itu dipandu lelaki berusia 50-an bersama tiga wanita dan dua kanak-kanak perempuan. Semua mereka cedera dan dibawa dengan ambulans ke Hospital Parit Buntar untuk rawatan.

Sementara itu, Zambry yang mengulas kejadian itu semalam berkata, dia amat terkejut dengan kemalangan meragut dua nyawa serentak di depan matanya.

"Saya cemas melihat mereka berlumuran darah dalam kereta yang terbalik itu. Saya tidak dapat membantu mengeluarkan mereka yang tersepit kerana bimbang lebih memudaratkan.

"Namun, saya hanya sempat meminta lelaki berkenaan bertenang dan mengucap dua kalimah syahadah sebelum menghembus nafas terakhir tidak lama kemudian," katanya.

Friday, March 9, 2012

BILA DAH ADA REPORT, SPRM MESTI SIASAT RPK. Nak tunggu apa lagi.

Pemuda Barisan Nasional (BN) Selangor telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat dakwaan penulis blog, Raja Petra Kamaruddin tentang pemberian projek oleh kerajaan negeri Selangor secara rundingan terus dan bukan tender terbuka sejak 2008.

Ketuanya, Ungku Salleh Ungku Jamal berkata, SPRM perlu melakukan siasatan segera bagi memastikan proses pemberian tender secara rundingan terus di negeri itu tidak berlaku lagi.

"Siasatan pantas itu penting kerana kita tidak boleh tunggu lebih lama nanti lebih ramai rakyat Selangor yang akan tertipu.

"Pemberian tender secara terbuka dan tanpa rundingan itu menunjukkan kerajaan Selangor cakap tak serupa bikin serta bertentangan dengan manifesto Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12," katanya kepada pemberita di pekarangan Ibu Pejabat SPRM di sini, hari ini.

TC: Yang ni TC setuju sesangat. Ye lah kalau benar kejadian ni seperti yang di timbulkan RPK,kerisauan bermula apabila mungkin ramai lagi rakyat Selangor bakal di tipu. Lagi cepat lagi bagus.

Buat kerja ye SPRM, jangan tunggu nak jolok baru nak jalan ye...

Tan Sri Aishah Ghani Tegur Orang UMNO


KUALA LUMPUR 8 Mac - "Jangan jadi seperti 'gunting dalam lipatan' yang akhirnya akan merosakkan parti."

Itu prasyarat utama yang ditegaskan oleh veteran UMNO, Tan Sri Aishah Ghani terhadap kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan UMNO jika mahu melihat parti yang sekian lama menunjangi negara itu kekal relevan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Sehubungan itu, katanya, semua pihak dalam parti perlu bersatu dan memberikan kerjasama baik selain mengetepikan perlakuan khianat antara satu sama lain.

''Jangan buat banyak kerenah dan khianat dalam parti. Kalau buat perangai buruk, kita tidak akan berjaya. Apa yang penting, mereka mesti bersatu.

''Bagi saya, BN masih relevan dan mampu mengembalikan kepercayaan rakyat walaupun ada banyak rintangan. Tetapi rakyat kini sudah faham. Namun apa yang dikesali, terlalu banyak yang mahu menjadi pengacau.

TC: bagi TC sangat benar apa yang dinyatakan beliau.. Syabas..

Thursday, March 8, 2012

ALLAH MAHA BESAR. YDP PAS TAIPING CANANG MB PERAK FITNAH ISU BR1M.. KINI TERPALIT DI MUKA PAS.


Media pakatan haprak melalui blog2 mereka masing-masing sekarang sedang melancarkan fitnah kepada YAB MB Perak dengan video YDP PAS Taiping ( klik sini ) yang mengatakan YAB MB Perak membuat fitnah terhadap PAS kawasan Kamunting. Apa yang boleh di terbitkan di sini adalah satu bentuk pengakuan YDP PAS berkenaan berkaitan sememangnya PAS bukan sahaja di Taiping malah seluruh negara melakukan aktiviti yang tidak sihat ini ( kutip duit ahli )..

Memang kompom lah derma atau sumbangan yang di perolehi adalah dari hak rakyat. Bukan sahaja BR1M malah bonus-bonus lain pun di kutipnya. Mana mungkin seorang ahli sanggup menolak hasrat untuk menderma dari seorang pemimpin. Mahu tidak mahu, dengan hati yang berat di keluarkan juga. Ini kah bentuk kebajikan yang diuar-uarkan oleh sebuah parti yang kononnya berlandaskan kebajikan. Tidak kan. Sepatutnya ahli di bela, di tolong, di bantu dan di jengok2 bukan dengan menadah tangan atau tin milo seperti yang kita nampak di setiap ceramah PAS. Dan sepatutnya ketua keluarga yang menerima sumbangan itu untuk anak2 dan bini masing bukan nye kepada pemimpin PAS.

Bukan sahaja YAB MB Perak di cemuh ekoran statement ini, ruangan TC di blog mahupun di Facebook di cemuh abis. Xpe, TC ok je. Marilah sekumpulan Garuda datang menyerang sekali pun, TC hadap tanpa menoleh kebelakang. Deme kata ia sebahagian daripada cara Rasullullah berjuang. Apa niiiiii, jangan le nak di samakan dengan zaman Nabi. Zaman itu zaman berperang dengan sapa. Aduhai teruk sungguh le anggapan deme ni. Ok merungkai kembali pasal YDP PAS ni cer ushar statement YAB MB Perak.

LUMUT 3 Mac - Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyifatkan tindakan Pas meminta ahlinya menyerahkan sebanyak 10 peratus daripada wang Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diterima, sebagai perbuatan yang sangat tidak wajar.

Menurut beliau, sebagai sebuah parti yang melaung-laungkan prinsip negara berkebajikan, Pas sepatutnya menasihatkan golongan miskin menggunakan wang bantuan secara berhemah dan untuk tujuan kebaikan.

"Pas tidak patut memaksa mereka menyerahkan bantuan yang diterima untuk kepentingan parti pula. Buatlah cara lain, kasihanilah rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Rali Malaysia (MRC) 2012 pada Majlis Perbandaran Manjung di sini hari ini.

Beliau mengulas entri blog Taiping Central kelmarin yang mendedahkan surat pekeliling Setiausaha Pas Kawasan Taiping, Razali Ab. Razak mengenai kutipan derma daripada ahli-ahli Pas yang mendapat bantuan BR1M untuk dimasukkan ke dalam tabung pilihan raya.

Nampak terang lagi bersuluh YAB MB Perak dalam ayat beliau "MENGULAS" dari blog... "DITANYA OLEH WARTAWAN".."MERUJUK SURAT".

Paham ke tak paham dengan ayat di atas.

Dari blog TC pulak entri (klik sini).. Aduhai, ada ke TC sebut pekeling tu berkaitan dengan BR1M dan hangpa balun duit BR1M.. TC cuma mendapat maklumat pakcik tua yang merungut di kedai kopi itu. Nampak tak tajuk entri yang di akhiri dengan tanda ?.. Selepas pada pesuruhjaya PAS Perak, Pak bakar Husin tidak menafikan, haaaaa baru jelas terang, kompon, padat, terbukti sememangnya benda ini terjadi. Hahaha, kome Juak-Juak PAS udah masuk perangkap TC.

Di tambah pulak dengan statement YDP PAS yang tak berapa cerdik ni, aduhaiiiii nampak sangat la PAS sememangnya sedang syok memungut duit ahli bukan sahaja dari BR1M malah dari bonus2 yang kerajaan sumbangkan kepada rakyat. Itulahhh, Allah itu Maha Adil Dan Penyanyang, jangan kita melabelkan orang sebagai fitnah, Allah bayar Cash ooooo, kan udah nampak Allah tunjukkan pekung kome semua.

TC: siapa faham ayat merujuk kepada sila angkat tangan.. Juak PAS boleh dok diam2.. Haaaaa..

Teruskan perjuangan YAB MB Perak Dato seri Zambry, sememangnya ia betul sebab seluruh pelosok negara di kalangan pemimpin PAS tidak pernah menafikannya. TC dengan sekeras-kerasnya tidak mengambil jalan tengah seperti mana sesetengah blog pro umno sebaliknya mengatakan sememangnya gejala kutip duit dari rakyat dari hasil sumbangan adalah sesungguhnya amat tidak sihat.

Allah Maha Berkuasa: Kebenaran di tunjukkan serta Merta di Bumi Bertuah Perak.. Allahuakbar..

HANGATNYA PEKELILING. SI BLOGGER MANGKUK SISI BUKIT SPIN CERITA MB PERAK...


TC merungkai kembali Persoalan yang di keluarkan oleh Bloggers Sisi Bukit yang telah membalun YAB MB Perak sebagai fitnah (klik sini).. Jika di lihat entri taipingcentral terdahulu ( klik sini ) TC ada menyebut perihal tentang seorang pakcik yang merungut2 mendakwa duit bantuan BR1M dia sebanyak 15% akan diserahkan kepada kawasan. Entri seperti berikut:

As salam. Terkejut TC bila mana satu makhluk orang kuat PAS merungut-rungut di depan TC di lokasi tempat juadah selalu santap bersarapan. Mana taknya, boleh dikatakan satu kedai tu boleh dengar suara pakcik ni.

TC pun pe lagi, pasang la telinga. Rupanya dia dok merungut duit BR1M yang dia baru dapat akan di aqhiqah kan kepada kawasan depa. 15% atau RM50 kena pulang balik pada kawasan atau dewan masing. Katanya untuk persediaan dan keperluan PIlihanraya Umum 13. Muncung pakcik tu punya panjang, ye lah baru nak berisi poket udah kena pau.

Malah sahabat2 terdekat beliau mengiakan akan perkara berikut semasa semeja dengan dia. Masing-masing mengeluh, menjuih bibir ekoran kejadian ini. TC ada saksi. Ramai lagi Juak PAS yang tidak menafikan perkara ini. Malah Blogger Sisi Bukit pun tidak menafikannya. Kenapa?.. Penyelidikan TC di mulakan sekitar kawasan DUN Kamunting, ramai Juak PAS yang mempertikaikan perkara tersebut. Kenapa harus duit bantuan mereka disedekahkan semata-mata untuk pilihanraya.

TC nak menegaskan YAB MB Perak tidak menfitnah, ulasan yang yang di komen adalah susulan dakwaan entri TC. Malah pesuruhjaya PAS Perak, Pak Bakar Husin tidak pernah sekali pun menafikan perkara BR1M ini. ( Klik sini ). Tidak menjadi kesalahan kepada beliau katanya. Menggalakkan supaya ahli menderma, cehhhhh.. Ada ka itu macam.. YAB MB Perak tidak perlu memohon maaf, kerana berita tentang BR1M ini tidak pernah di nafikan oleh mana- mana pemimpin PAS Negeri mahupun PAS Pusat. Seolah perkara ini terjadi.

TC nak beritahu pada bloggers sisi bukit, duit bantuan yang di beri kepada rakyat adalah hak rakyat. Bukannya hak untuk hanya pemimpin-pemimpin PAS yang dah sememangnya berada malah untuk mengadakan apa jua bentuk program sudah ada peruntukan nya. Ternyata dalam entri blog Sisi Bukit sudah menjadi bukti perjuangan parti PAS adalah dalam keadaan terdesak. Sanggupkah menganiaya rakyat untuk keperluan parti semata-mata.

Sebenarnya PAS Taiping hanya meminta kepada mereka yang mendapat bonus sama ada kerajaan,swasta dan badan berkanun.Derma pula untuk jenterapilihanraya melawan UMNO/BN.

Bukan hanya rakyat yang bekerja kerajaan, malah swasta dan badan berkanun pun hangat rembat sama yeee. Ish Ish Ish.. Sama ada BR1M mahupun bonus-bonus lain yang di keluarkan kerajaan adalah bantuan untuk rakyat tidak kira anda payung Parti mana, Agama Apa, mahupun Bangsa Apa. Ini jelas menunjukkan bahawa perjuangan Parti PAS bukan lah perjuangan berkebajikan dan bukanlah visi PAS untuk memperjuangkan hak rakyat. Malah di ruangan atas sekali di Blog Sisi Bukit awal-awal lagi sudah tertera DERMA untuk PAS Bukit Gantang.

Isu besar di sini bukan surat, tetapi komitmen dalam memperjuangkan hak- hak rakyat yang menjadi persoalannya. Dimana misi dan visi perjuangan Parti PAS bila wang di kutip dari ahli atau lebih tepat lagi RAKYAT untuk tabung perjuangan pemimpin PAS anda.

Kepada Author Perak Today bilamana anda berposting ini,

Isu ini bukan sahaja di Kamunting tetapi sampai satu Malaya. Pas Pusat juga tidak menafikan perkara ini. Malah Pas Parit juga melakukan perkara yang sama.

Tahniah TC ucapkan, kes yang bukan berlaku hanya di Kamunting, malah PAS Parit tengah giat menjalankan kerja sebegini.

Kepada Cikgu Din penulis Sisi Bukit, pahamkah anda sebagai seorang cikgu akan ayat-ayat ini

"MENGULAS" dari blog... "DITANYA OLEH WARTAWAN".."MERUJUK SURAT".

TC: Jangan Lupa isu Al tantuya yang di bikin RPK.. Bukan kan ia fitnah semata-mata....

Wednesday, March 7, 2012

ANDA PEJUANG MAYA. JOM JOIN PCT(perak cyber troopers) UNTUK AGENDA ADA CERITA RAKYAT WAJIB TAHU.

As Salam kepada yang beragama Islam dan salam perjuangan.

Setelah 3 tahun bergelumang dengan onak dan ranjau dalam menyatupadukan sahabat2 dari kalangan bloggers, facebookers dan twitters kini nampaknya usaha yang telah nampak sinarnya. Melalui gerakan PCT ( Perak Cyber Troopers ) sedang menjalankan kerja-kerja akhir untuk perlaksanaan ini berjaya. PCT akan menggabungkan kesemua TASK FORCE (tempur, asak, serang, komen) bloggers, facebookers dan twitter attacker tidak kira anda berada di dalam Perak atau negeri lain.

Kini antara nama-nama besar bloggers iaitu sekupangduas, taipingcentral, angkatan pemikir, kamuntingcentral, aweks bukit gantang, kinta menjerit, angin paktam, pergh kiri pergh kanan, budak benteng, dan ramai (sory yg TC tak tulis, banyak bebenor) dan Facebookers2 ternama dan Twitterian Hebat bakal sertai PCT dimana PCT ini akan di jadikan sebagai BANK MAKLUMAT untuk agenda ADA CERITA YANG RAKYAT WAJIB TAHU.

Yang terbaiknya PCT yang telah berpuluh2 kali mengadakan sessi sulitnya, suasana yang di harmonikan ketika bersama amat menyenangkan. Prinsip tiada otai atau baru, tiada tua atau muda, tiada high rank atau low rank, tiada elit atau marhein samada dikalangan bloggers, facebookers atau twitterian amat menyenangkan sekali. Tiada halatuju yang bersifat berhaluan kiri atau visi nak mengembungkan poket sendiri. Hebat PCT (taipingcentral telah laluinya).

Apa yang di juangkan disini adalah kebanyakan pejuang2 maya ini yang bekerja dalam status tidak bertuan atau pejuang jalanan dapat di satukan dalam satu komuniti dan akan di pusatkan bilamana sesuatu agenda bakal di ledakkan sekaligus menjadi kegelisahan juak pembangkang melalui saluran PCT.

Visi utama PCT juga adalah memahami apa saja isu atau kemelut yang boleh membahayakan rakyat tersasar dari segala tomahan serta fitnah oleh mereka yang berhasad merosakan pemikiran rakyat adalah fokus utama PCT bagi menuteralkan semula ancaman yang berkumungkinan disalah tafsir atau seperti yang kita tahu memang menjadi agenda jahat golongan mereka yang mahu menjajah minda rakyat dewasa ini.

Bak kata bro sekupangdua, Kita (PCT) merasakan ini merupakan tanggung jawab bagi merungkai segala HASAD serta perancangan mereka-mereka yang mahukan kuasa sekalipun dengan pelbagai tipu helah untuk Hajat HALOBA mereka yang menjadikan rakyat sebagai korban mereka, PCT tidak akan sekali-kali akan memberi ruang dan laluan malah akan menentang dengan berani perompak negara ini serta pertahankan keamanan dan kemakmuran negara dari ancaman mereka.

Sehingga kini PCT masih membuka seluas-luasnya kepada sesiapa sahaja yang ingin menyertai bersama didalam PCT yang bakal dilahirkan nanti. PCT juga tidak mahu dilihat menjadi kumpulan yang bersifat kenegerian, sehubungan itu beberapa bloggers dari PCT sehingga kini dalam usaha bertemu dan berurusan dengan seluruh negeri lain yang kini hampir semua negeri insyallah akan dapat menyertai PCT sebagai rakan bloggers dan facebookers yang akan berjuang bersama di perang maya nanti, troopers dari selatan hingga keutara, seperti Johor, Melaka , Negeri Sembilan, Pahang, Kelantan, Selangor dan negeri- negeri lain dan tidak ketinggalan Sabah, dan Sarawak bakal menjadi diantara troopers PCT nanti.

Diatas asas perjuangan dalam satu SAF PERANG, PCT tetap menerima kehadiran kalian untuk bersama. Memadai anda merupakan diantaranya yang tegar sebagai pejuang maya demi mempertahan dan memperjuangkan agama bangsa dan negara.

Insyallah akan dimaklumkan tarikh pelancarannya. TC berharap kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk menyertai PCT bolehlah:

1. meninggalkan add blog, facebook dan email anda diruangan komen dibawah.

2. atau meninggalkan add blog, facebook dan email anda diruangan komen di blog sekupang duas ( http://sekupangduas.blogspot.com/2012/03/pct-perak-cyber-troopers-bakal.html )

3. atau email terus ke pctlib10@gmail.com
4. atau perakcybertroopers@gmail.com

Insyallah akan kami maklumkan perkembangan terkini dan tarikh pelancaran...

Salam perjuangan... SYABAS PCT!

PANAS - Akhirnya Ustaz Pas Mengaku Membunuh Pelajar Yatim berusia 7 Tahun.

Seorang ustaz Pas akhirnya mengaku menyebabkan kematian kepada seorang muridnya anak yatim berusia 7 tahun. Hanif Mohd 28 tahun mengaku melakukan perbuatan itu di bilik warden asrama putera Sekolah Rendah Agama Al-Furqan, Arau, Perlis pada 31 Mac 2011 antara 6 petang dan 12 tengah malam. Dia didakwa mengikut seksyen 304(a) Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 30 tahun. Sebelum ini Hanif dituduh mengikut seksyen 302 Kanun yang sama, yang memperuntukkan boleh dihukum mati mandatori.

Semasa kejadian setahun yang lalu, tindakan Pas yang mendiamkan diri selepas seorang ustaz yang menjadi tenaga pengajar disebuah sekolah agama persendirian yang dikelolakan oleh Parti Anak-beranak Setan, dimana ustaz setan itu juga adalah ahli Pas, membuktikan Pas tidak sungguh sungguh dalam melihat seorang pembunuh anak yatim dihukum kerana kesalahannya yang mengakibatkan kematian Saiful Syazani Sopfidee yang telah dipukul selama 2 jam daripada 7 malam pada 31 Mac 2011 iaitu hari khamis hingga mengalami sawan dan seterusnya koma.

Bayangkan bagaimana kejam seksaan yang dialami oleh seorang kanak-kanak kecil yang merupakan seorang anak yatim. telah diseksa dengan tangan diikat ditingkap serta dihumban ke dinding denganimpak yang kuat. Apabila dia berjaya meloloskan diri ikatan ustaz tersebut. Pas pula pada masa itu lebih berminat mempertahakan Anwar Ibrahim, pelakon video porno yang hebuh diperkatakan itu dari membela nasib anak yatim yang mati dibelasah oleh seorang Ustaz Pas.

Mangsa dalam keadaan koma dapat dilihat pada link ini http://beritasemasa.com/pelajar-mati-dipukul yang disiarkan pada April 6, 2011 dan juga anda boleh mendapatkan kesah lengkap kejadian di sini http://www.ohtidak.com/oh-pelajar-tahun-1-dibelasah-guru-sampai-mati yang disiarkan pada April 4, 2011 yang hanya berpunca dari kejadian hilang atau kecurian RM7 sampai ustaz ini boleh naik syaitan...

Psssttt..hati-hatilah apabila menghantar anak-anak anda kesekolah Pas.. takut dan sedih kejadian ini berulang..!!

by; Mohd Noor FB

TC: buat baik di balas baik, ingatlah...

ISU PENUH KONFLIK DALAM DAP, PAS, PKR. WAJARKAH RAKYAT DIPERTARUHKAN.

"Pergelutan politik dlm PAS, PKR DAN DAP"
1. DALAM PAS

Kita telah lihat bagaimana kemelut dikedah menyaksikan percubaan kuasa paksi erdogan anwar dap dalam pas. Dnn kita telah melihat bagaimana kesannya kpd PAS. Dan kita juga telah melihat bagaimana tekanan politik yg pas hadapi. Dan pecahnya temebelang poltik para pemimpin pas.

Lebih banyak mereka menafikan kewujudan paksi erdogan yg menguasai kepimpinan pas. Lebih banyak terkeluar sendiri.

Kita juga telah melihat bagaimana pada muktmar pas 2011. Geng erdogan anwar menguasai kepimpinan pas yg diketuai oleh mat sabu. Dan kita juga nampak bagaimana dewan ulamak dibakulsampahkan.

Dan kita juga tahu isu hassan ali. Dan sebab kenapa hassan ali dipecat drpd pas.

Kesemuanya akibat kepimpinan pas dikuasai oleh anwar erdogan.

Dan lain lain...

2. DALAM PKR

Kita tahu paksi anwar dan azmin dgn paksi wan jijah izah dan khalid berahim.

Kita juga tahu. Lebih 50 org berjawtan besar telah tinggalkan pkr.

Kita juga tahu, pergelutan kuasa amk dlm amk pkr. Antara paksi chegu bard dn paksi shamsul.

Kita juga tau paksi azmin ali dgn paksi khalid ibrahim.

Dan lain lain

3. Dalam DAP

Kita tahu paksi lim kit siang - karpal singh anak beranak dalam dap pusat.

Paksi nga dan ngeh di Perak dgn paksi india.

paksi teng chang kim dgn paksi ronnie liu Z ( kit siang )

4. DALAM KOMPENAN

Kita tahu paksi Timbalan Ketua Menteri Penang dengan karpal singh.

Kita tahu antara pas dengan dap.

antara pkr dn dap....

antara dap dn pas....

antara dap pkr....

5.jika inilah yg berlaku dlm politik pr, bagaimana mereka nk memerintah jika mng pru13 ?

Apakah negara dn rakyat jelata wajar dijadikan pertaruhan politik jelek pr ini ?

TC: tepuk dada tanya selera !!

SEKALUNG TAHNIAH SAHABAT YANG BERJUANG BERSAMA TC